Tajuk: Wanita

PENGENALAN
Manusia pada hari ini telah tidak lagi memperdulikan larangan-larangan yang terkandung dalam ajaran Islam, manusia hari ini hanya mempergunakan Islam untuk sesuatu sebab sahaja. Antaranya manusia menggunakan Islam untuk akad nikah, berhari raya, mengebumikan mayat dan sebagainya.

Apabila larangan Allah Subhanahu wa ta’ala tidak dihiraukan maka banyaklah perkara-perkara buruk berlaku yang antaranya isteri berlaku curang tehadap suami, suami melakukan kerja-kerja maksiat, anak-anak hidup meliar tanpa ada pegangan hidup dan sebagainya. Apabila tidak ada pegangan hidupdan tujuan hidup maka akan lahirlah insan-insan yang tidak mengenal Allah dan Rasul.

Apabila manusia tidak mengenal Allah dn Rasulnya maka kehidupannya itu akan menjadi seperti orang yang tidak siuman fikirannya, antara buktinya apabila Allah Subhanahu wa ta’ala telah memerintah supaya manusia itu menutup auratnya. Tetapi apabila manusia tidak mengenal Allah dan Rasulnya maka manusia mendedahkan auratnya supaya tubuh menjadi barang pameran.

Apabila manusia mempamerkan tubuhnya pada orang lain maka ianya akan menaikkan nafsu lawannya dan akan berlakulah homosex, lesbian, zina dan sebagainya. Ini adalah berpunca dari sifat manusi yang suka menggayakan tubuh mereka untuk ditonton oleh orang lan. Tidakkah seseorang itu berasa malu untuk memperlihatkan anggota tubuhnya kepada orang lain, maka sesungguhnya orang yang takut kepada Allah Subhanahu wa ta’ala tidak akan melakukan perkara-perkara yang menjadi kemurkaan Allah.

Bersolek atau dikenali sebagai tabarruj bermaksud memperlihatkan wanita akan kerupawanan dan kecantikannya yang mestinya wajib ditutup kepada lelaki yang bukan muhrim. Memperlihatkan wanita akan kecantikannya kepada lelaki yang bukan muhrimnya, termasuklah menampakkan kecantikan adalah membuka dan mempamerkan bahagian-bahagian susk tubuh badan yang mengghairahkan seperti pinggang, lengan, betis, dada, leher, wajah. Abul A’la Al Maududi mengatakan: Kalimat tabarruj apabila ditunjukkan pada wanita mengandungi 3 makna:

• Memperlihatkan kecantikan wajah dan bahagian-bahagian yang merangsangkan pada lelaki yang bukan muhrim.
• Memperlihatkan kecantikan, pakaian, dan perhiasannya pada lelaki bukan muhrim.
• Memperlihatkan diri sambil berjalan berlenggang lenggang dan menunjukkan gayanya pada lelaki bukan muhrimnya.

Bersolak hukumnya haram menurut Al Quran, hadis dan ijmal para ulama. Ini adalah kerana seluruh anggota tubuh wanita itu adalah aurat. Orang yang bukan muhrimnya sedikit pun tidak boleh melihat rambut, tubuh, perhiasan mahupun baju dalamnya. Adapun yang mendedahkan tubuh, bersolek, mempamerkan kecantikan dan perhiasan yang kebanyakannya dilakukan oleh wanita hari ini tidak lain hanyalah membuat maksiat. Ini adalah disebabkan kekurangan didkan agama dalam didi mereka. Dalam zaman yang moden ini, wanita telah terpengaruh dengan fesyen-fesyen pakaian orang kafir yang dikatakan cantik oleh mereka sedangkan pakaian itu mendedahkan aurat mereka. Apabila seseorang wanita itu keluar rumah dengan memperlihatkan kepalanya, memperlihatkan tengkuknya, dadanya serta mendedahkan betisnya adalah dia termasuk dalam kemungkaran yang di benci oleh Allah. Selain itu, wanita yang keluar rumah dengan memperlihatkan bahagian-bahagian yang merangsangkan atau memakai baju yang nipis sehingga dapat melihat terus auratnya, maka kesemua itu adalah tergolong dalam bersolek yang diharamkan oleh Allah dan Rasulnya. Dosa-dosa yang sering dilakukan oleh kaum wanita pada hari ini ialah keluarnya mereka dari rumah dengan berhias dengan bermacam-macam perhiasan, memakai wangi-wangian, memperlihat bahagian yang mengghairahkan serta bercmpur dengan lelaki. Hal ini adalah menjadi kemurkaan Allahdan akan membawanya kepada seksaan Allah Subhanahu wa ta’ala yang sangat pedih.

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam surah Al-Ahzab:” Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dam bertingkah laku seperti orang-orang zaman Jahiliah yang dahulu”.

Maksud ayat di atas adalah menganjurkan wanita supaya tetap tinggal di rumah, tidak boleh keluar tanpa ada hajat yang penting kerana demikian itu lebih selamat dan terjamin dari fitnah dan sebagainya.

Dalam sebuah kisah di ceritakan bahawa Siti Saudah isteri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam telah ditanya oleh seseorang:”Mengapakah kamu tidak berhaji dan umrah seperti saudara-saudaramu”?Maka berkata Siti Saudah:”Saya telah berhaji dan berumrah, kemudian Allah telah memerintahkan supaya saya diam di rumah”. Perawi hadis berkata demi Allah dia(Siti Saudah tidak pernah keluar dari rumah sehinggalah jenazahnya di keluarkan.

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang bermaksud:”……dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliah yang dahulu”.

Maksudnya adalah wanita-wanita tidaklah boleh terlalu sering keluar rumah dengan berhias diri dan mamakai wangi-wangian seperti kebiasaan orang jahiliah yang tidak punya pengetahuan dan tidak beragama.

Perhiasan terbahagi kepada 3:

 Pakaian yang indah-indah

 Perhiasan (emas dan sebagainya)

 Perhiasan yang dipakai oleh wanita untuk menghias kepala (rambut) untuk menghias muka, menghias bahagian-bahagian tubuh yang lain(kuku, jari, tapak tangan)yang mana zaman moden ini dikenali sebagai “make up”.

Al-Qurthubi berkata:”Perhiasan itu ada dua, perhiasan semula jadi dan perhiasan buatan”.

Perhiasan semula jadi adalah kecantikkan wajah dan keindahan tubuh yang tercipta sejak manusia lahir.

Perhiasan buatan adalah barang-barang yang dipakai seperti pakaian dan perhiasan yang lain.

Bersolek adalah haram hukumnya bagi kaum wanita baik ianya masih muda mahupun sudah tua, samada wanita itu cantik atau huduh. Kaum wanita yang bersolek sesungguhnya telah diperdaya oleh syaitan dengan tipu dayanya dan menyimpang dari tuntutan Al-Quran dan Sunnah. Dengan melanggar ketentuan Allah Subhanahu wa ta’ala akan mengakibatkan mereka terjerumus kejurang kefasikkan dan kemaksiatan.

Pergaulan antara lelaki dan perempuan atau dipanggil ikhtilath bermaksud berdua-duaan antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan muhrimnya. Ikhtilath juga bermaksud berdua-duaan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrimnya dalam suatu tempat yang kemungkinan akan terjadinya hubungan diantara keduanya, samada dengan pandangan, isyarat atau perkatan.

Ikhtilath dengan jelas hukumnya haram, ini kerana ikhtilath termasuk perbuatan yang paling berbahaya. Allah Subhanahu wa ta’ala telah memperingati kita supaya menjauhi ikhtilath kerana pergaulan antara lelaki dan perempuan termasuk penyebab besar yang akan mendorong kejurang kekejian dan lebih bahaya dari itu. Berkhalwat dengan perempuan yang bukan muhrimnya merupakan pintu masuknya syaitan. Seperti sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam : “Tidak bersepi-sepi seorang lelaki dan perempuan kecuali syaitan ikut menjadi pihak ketiga. ” 

Khalwat pada hakikatnya adalah menyendirinya seorang lelaki dengan seorang perempuan yang bebas dari pandangan mata manusia. Hal ini banyak terjadi pada zaman globalisasi ini kerana manusia lebih mengajar keduniaan berbanding akhirat. Satu perkara yang tidak dapat dinafikan lagi ialah tabiat manusi pada zaman sekarang, lelaki dan wanita akan menyintai antara satu dengan yang lain telah jelas merupakan fitrah. Sebab-sebab utama terjadinya bersolek dan bercampur gaul lelaki dan perempuan antaranya ialah:

1. Akibat lemahnyaiman dalam jiwa. Sesungguhnya iman yang kuat apabila sudah sebati di hati ianya akan mempengaruhi seluruh anggota dan pancaindera. Apabila ini terjadi ia akan teguh menjalankan perintah Allah Subhanahu wa ta’ala dan menjauhi segala laranganNya. Apabila iman dalam jiwa seseorang itu telah lemah, maka ia akan menilai sesuatu yang baik itu sebagai yang buruk baginya dan sesuatu yang buruk itu baik baginya.

2. Lemahnya semangat kaum muslimin untuk berdakwah ke jalan Allah dan malasnya untuk melaksanakan kewajipam amal ma’ruf nahi munkar serta malasnya untuk melaksanakan kewajipan jihad fisabilillah, maka akibatnya tertindihlah kewajipan-kewajipan dan bermaharajalelalah kemungkaran.

3. Sedikit pengetahuan ilmu aagama akan mengakibatkan menonjolnya kebodohan. Disebabkan sedikitnya ulamak yang mengamalkan ilmunya yang memberikan contoh kepada masyarakat dalam mengerjakan kebaikan, padahal orang-orang bodoh yang memberikan dorongan membuat jahat terlalu ramai.

4. Melimpahnya majalah dan surat khabar yang dengan beraninya memaparkan cara berolek, dan gambar-gambar wanita yang berpakaian mendedahkan aurat serta memaparkan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Bidang penerbitan majalah dan surat khabar adalah salah satu alat yang dapat menarik manusia kearah kemaksiatan atau bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa ta’ala 

5. Pandangan sebahagian besar manusia tertuju ke Eropah dan Amerika, mereka mengatakan bahawa negara itu yang maju maka mereka pun ikut ala negara itu. Bersolek dan bergaul bebas menjadi kebiasaan negara itu kini telah menjadi kebiasaan negara kita.

Dalam kisah umat-umat dahulu kala dijelaskan tentang kemenangan orang-orang mukmin dan hancurnya kaum kafir yang tertera dalam Al-Quran. Kisah-kisah itu sebagai peringatan dan ibarat bagi kita, bagaimana Allah Subhanahu wa ta’ala membinasakan mereka di dunia dan mempersiapkan seksa neraka bagi mereka di akhirat nanti. Ini adalah kerana mereka itu engkar kepada Allah. Hindarilah taklid buta, janganlah bertaklid kepada bangsa-bangsa Barat dan Timur yang kafir dan musyrik, musuh Allah, musuh Rsulnya, musuh agama dan musuh kaum muslimin.

Bersolek dan bercampur antara lelaki dan perempuan boleh mengakibatkan banyak perkara-perkara jelek berlaku antaranya:

1. Tempat bersarangnya zina dan perbuatan keji yang tidak menghiraukan perkahwinan secara syar’I sedangkan dosa zina manusia lebih berbahaya daripada bom yang meletup dan lebih dasyat dati gempa bumi. Zina akan merosakan keturunan dan kehormatan serta menyebabkan bermacam-macam penyakit.

2. Dapat merosakan rumahtangga yang bahagia dan menghancurkan hubungan keluarga, menjadinya talak, kerana si suami dan si isteri masing-masing hendak pada kemenangan.

3. Lahirnya anak yang tidak kenal siapakah bapanya. Apabila manusia sudah berjinak dengan zina maka yang akan teruk menanggung malu adalah kaum wanita bukan hanya menanggung malu malah kesedihan, kesakitan fikirannya tidak tenteram sebab mengandung anak dari jalan haram dan akhirnya untuk melepaskan dari segala macam tanggungjawab maka kaum wanita memilih jalan untuk menggugurkan kandungan dengan cara membunuh bayi tersebut.

4. Banyak perkara-perkara keji akan berlaku antaranya mengeluarkan mani dengan tangan sendiri, zina, liwat khususnya di kalangan pemuda/pemudi yang baru baligh. Ssemua ini terjadi disebabkan memuncaknya nafsu syahwat disebabkan mata yang tidak mahu menundukkan pandangan, bercampur gaul antara lelaki dan perempuan yang bersolek.

5. Penderitaan akan mengancam lelaki dan perempuan kerana keduanya tidak akan mendapat kebahagiaan hidup. Kebahagiaan hidup hanya akan dapat dicapai apabila seseorang itu taat kepada Allah dan RasulNya dengan meninggalkan segala larangan dan melakukan segala perintahNya.

Allah Subhanahu wa ta’ala telah memerintah kepada kaum muslimin dan muslimat supaya memelihara kemaluannya dari perbuatan zina dan menjaga pandangan yang boleh menyebabkan timbulnya perbuatan zina.

Menundukkan pandangan mempunyai banyak sekali faedahnya antaranya ialah:

a. Menunjukkan tanda bahawa seseorang itu tunduk kepada perintah Allah Subhanahu wa ta’ala dan merupakan puncak kebahagian seorang hamba di dunia dan di akhirat.

b. Dapat menangkis serangan anak-anak panah iblis yang sangat panas lagi beracun yang mana kebanyaknanya boleh mengakibatkan kehancuran.

c. Dapat menghiasi hati dengan sinar cahaya dan dapat melenyapkan kegelapan yang terdapat pada wajah dan anggota badan.

d. Mewariskan firasat yang sihat dan benar yang dapat membezakan antara yang baik dan buruk.

e. Membuka pintu pengetahuan, iman dan makrifat kepada Allah Subhanahu wa ta’ala serta hukum-hukumnya.

f. Mewariskan hati dengan kesenangan dan kegembiraan.

Zina ialah hubungan intim yang terjalin antara lelaki dan wanita yang belum berkahwin. Sesungguhnya zina adalah hasil yang tidak diduga akibat perbuatan tabarruj dan ikhtilath. Zina adalah temasuk dalam kehancuran yang besar dan kekejian yang paling hina yang mengancam masyarakat.

Sesungguhnya perbuatan zina telah menjalar dan ianya kini telah menjadi satu kebiasaan. Zina juga merosakkan ikatan pernikahan secara syar’i yang dilaksanakan dengan persyaratan-persyaratan hak dan kewajipan.

Terdapat beberapa cara untuk digunakan oleh kita semua agar dapat membasmi zina, antaranya:

1. Menetapkan hukuman zina yakni dengan mengenakan 100 kali sebatan bagi penzina yang belim berkahwin sementaraa bagi penzina yang telah berkahwin hendaklah direjam sampai mati dan hendaklah disaksikan oleh orang ramai supaya orang lain tidak akan berani melakukan zina.

2. Menjauhkan diri dari hal-hal yang membangkitkan nafsu syahwat.

3. Mencegah dari mempamerkan kecantikan dan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan.

4. Mengusahakan pendidikan yang baik dan memperjelaskan tentang bahayanya perbuatan zina.

5. Tidak mengunjungi tempat-tempat hiburan dan pesta-pesta yang berunsurkan maksiat dan sebagainya.

6. Tidak bergaul dengan orang-orang fasik dan penzina serta menjauhkan diri dari majlis mereka.

7. Melarang wanita membuka aurat dan menonjolkan bahagian-bahagian yang merangsangkan.

Kaum wanita adalah diwajibkan menutup seluruh tubuh mereka seperti mana yang diterangkan dalam Al-Quran dan Hadis.

Dalil-dalil wajibnya kaum wanita memakai hijab antaranya:

Firman Allah Subhanahu wa ta’ala dalam surah An-Nur ayat 31yang bermaksud: “Katakanlah kepada wanita yang beriman:Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan mereka, kecuali pada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau puteri-puteri mereka, atau putera-puteri saudara mereka atau putera-puteri saudara perempuan miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak berminat pada(wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka menghentakkan kaki mereka supaya diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan taubatlahkamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ” 

Ayat ini menunjukkan wajibnya kaum wanita berhijab serta memelihara kemaluan mereka.
Hijab menurut syara’ harus memenuhi syarat-syarat antaranya:
• Hijab harus menutup seluruh badan. Sebagaimana firman Allah yang beerti:
“Hendaklah mereka menghulurkan jibabnya”. Jibab adalh baju kurung yang dapat menutup seluruh tubuh badan yang dibuat panjang dan longgar.
• Hijab hendaklah tidak mengandungi hiasan-hiasan atau dibuat untuk megah-megahan, contohnya dibuat dengan warna-warni yang memikat pandangan mata.
• Hijab mesti dibuat longgar, tidak sempit hingga bentuk badan kelihatan yang memungkinkan terjadi rangsangan.
• Hendaknya baju tidak mengandungi haru-haruman yang dapat mempengaruhi kaum lelaki. Hijab tidak boleh menyerupai baju lelaki kerana hadis dari Abu Hurairah r, a: “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam melaknat orang lelaki yang memakai baju perempuan dan perempuan yang memakai baju seperti lelaki. Hadis lain juga menyebutkan: “Allah melaknat orang lelaki yang berlagak perempuan dan orang perempuan yang bergaya seperti lelaki. ” (Hadis Riwayat Bukhari)

KESIMPULAN
Firman Allah Subhanahu wa ta’ala : “Sesungguhnya lelaki muslim dan perempuan-perempuan yang muslimah, lelaki yang mukmin dan perempuan-perempuan yang mukminah, lelaki yang taat dan perempuan-perempuan yang taat, lelaki yang benar dan perempuan-perempuan yang benar, lelaki yang sabar dan perempuan-perempuan yang sabar, lelaki yang khusyuk(takut kepada Allah) dan perempuan-perempuan yang khusyuk, lelaki yang bersedekah dan perempuan-perempuan yang bersedekah, lelaki yang berpuasa, dan perempuan-perempuan yang berpuasa, lelaki yang memelihara kemaluannya dan perempuan-perempuan yang memelihara farajnya, lelaki yang banyak mengingati Allah dan perempuan-perempuan yang banyak mengingati(Nya), maka Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. ”

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com