Disediakan Untuk:
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Disediakan Oleh:
Nor Laila Mastura Binti Mahmad Pas
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA MENGASIHANI
Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi
dengan keizinan serta rahmatNya dapat juga saya menyiapkan tugasan ini. Hanya
kepada Allah s. w. t kita panjatkan pujian dan kita sampaikan kepada junjungan
Nabi Muhammad s. a. w, keluarga serta sahabat-sahabat Baginda hingga hari
kiamat.
Ringkasan Panduan solat lengkap lelaki
& perempuan ini merupakan buku panduan lengkap tentang tatacara mengerjakan
solat yang dilengkapi dengan panduan bergambar bagi memudahkan pembaca untuk
mempraktikalkannya. sejumlah perbaikan telah dilakukan bagi edisi ini sebagai
tanggungjawab kami kepada dunia keilmuan dan kepada pembaca sekalian.
Sebarang teguran dari para arif dan
bijaksanasangat-sangat kami harap dan dialu-alukan agar saya dapat
memperkemaskan tugasan ini pada waktu hadapan. Kepada Allah s. w. t saya
memohon taufik dan hidayah-Nya semoga usaha saya ini sentiasa dalam keredaanNya
dan mencatatnya sebagai amal soleh buat kami. Amin ya Rabbal ‘alamin.
Wasalam
PENDAHULUAN
Buku panduan solat lengkap lelaki dan
perempuan ini merupakan sebuah buku panduan tentang tatacara mengerjakan solat
yang dilengkapi dengan panduan bergambar bagi memudahkan para pembaca untuk
mempraktikkannya. Buku ini telah disusun, dimana isi yang terdapat di dalamnya
dihuraikan secara jelas dan ringkas, berdasarkan ayat al-quran dan sunnah Nabi
s. a. w yang berkaitan dengan hukum dan masalah mengenai ibadat solat, buku ini
lengkap dengan Bahasa Arab berserta pengertiannya bagi memudahkan para pembaca.
Buku ini dikemaskini dengan tambahan bab zakat, haji, puasa, dan dilengkapi
dengan dengan surah-surah penting dengan terjemahannya sekali (surah-surah yang
sering digunakan di dalam solat)
Tajuk di dalam buku ini terbahagi
kepada beberapa bahagian iaitu sembahyang, sembahyang sunat, panduan
mengerjakan sembahyang fardu, sembahyang berjemaah, sembahyang qasar dan jamak
dan beberapa tajuk kecik. Buku ini menceritakan tentang panduan-panduan
mengerjakan solat dengan cara yang lengkap berserta rukun-rukun sembahyang dan
perkara-perkara tentang membatalkan sembahyang.
Buku ini juga banyak menceritakan
perbezaan lelaki dan perempuan dalam sembahyang, makruh dalam sembahyang,
tentang sembahyang sunat berserta dengan bacaan-bacaan dalam solat dan
surah-surah yang selalu digunakan dalam solat. zikir-zikir selapas solat dan doa-doa
selepas solat dan disertakan juga syarat-syarat yang berkaitan dengan tajuk
ini. Keseluruhan buku ini diringkaskan supaya mudah bai para pembaca lebih
memahami berkenaan dengan solat.
SEMBAHYANG
ERTI SEMBAHYANG
Sembahyang merupakan perintah Allah s.
w. t yang paling utama. Oleh itu, perintah sembahyang disampaikan kepada Nabi
Muhammad s. a. w secara langsung, tidak melalui perantaraan iaitu tatkala Nabi
Muhammad s. a. w dipanggil ke langit melalui peristiwa Israk dan Mikraj.
Perintah sembahyang berbeza dengan perintah yang lain. Sembahyang beerti berdoa
atau pemohonan kepada Allah. Sembahyang menurut istilah adalah ibadah yang
merupakan ucapan dan perbuatan yang diawali dengan takbir dan diakhiri dengan
salam.
LIMA SEMBAHYANG FARDU
Sembahyang mesti dilakukan pada
waktu-waktu tertentu. Adapun sembahyang yang wajib dikerjakan ada lima waktu :
1) Sembahyang fardu Zuhur
2) Sembahyang fardu Asar
3) Sembahyang fardu Magrib
4) Sembahyang fardu Isyak
5) Sembahyang fardu Subuh
SYARAT-SYARAT MENGERJAKAN SEMBAHYANG
1) Seseorang itu mestilah beragama
islam.
2) Baligh dan berakal.
3) Suci daripada hadas kecil dan hadas
besar.
4) Suci badan, pakaian dan tempat
daripada sebarang najis.
5) Mengetahui mana yang rukun dan mana
yang sunat.
6) Menutup aurat.
7) (Aurat bagi lelaki adalah antara
pusat dan lutut sedangkan aurat perempuan adalah seluruh badan kecuali muka dan
kedua-dua tapak tangan)
8) Menghadap kiblat.
9) Yakin masuk waktu sembahyang.
RUKUN SEMBAHYANG
1) Berniat.
2) Berdiri bagi yang saggup dan berkemampuan.
3) Takbiratul ihram (membaca Allahu
Akbar).
4) Membaca surah Al-fatihah.
5) Rukuk dengan tuma’ninah.
6) Iktidal dengan tuma’ninah.
7) Sujud dengan tuma’ninah.
8) Duduk antara dua sujud dengan
tuma’ninah.
9) Duduk tasyahud akhir dengan
tuma’ninah.
10) Membaca tasyahud akhir.
11) Membaca selawat kepada Nabi pada
tasyahud akhir.
12) Memberi salam yang pertama.
13) Tertib (Berturut- turut).
PERKARA YANG MEMBATALKAN SEMBAHYANG
Apabila salah satu rukun dan syarat
tidak dikerjakan atauditinggalkan dengan sengaja, maka batallah sembahyang
(tidak sah). Diantara yang membatalkan sembahyang adalah sebagai seperti
berikut :
1) Berhadas seperti haid, nifas dan
sebagai nya.
2) Bercakap-cakap dengan sengaja.
3) Terbuka aurat.
4) Bergerak berturut-turut tiga kali.
5) Makan dan minum walaupun sedikit.
6) Tekena najis.
7) Membelakangi kiblat.
8) Tergelak-gelak.
9) Menambah rukun.
10) Mendahului imam dua rukun (ketika
menjadi makmum)
11) Berubah niat.
12) Melangkah atau memukul dengan
kuat.
13) Murtad (keluar dari agama islam)
DUA JENIS SEMBAHYANG SUNAT
SUNAT HAI’AT
Sunat hai’at adalah sunat yang tidak
perlu diganti dengan sujud sahwi. Contoh sunat hai’at ialah tangan kanan
mengengam tangan kiri.
1) Mengangkat kedua-dua tangan hingga
ke telinga ketika takbiratul ihram, iktidal, dan berdiri dari tasyahud awal.
2) Meletakkan tangan kanan di atas
tangan kiri ketika berdiri.
3) Membaca doa iftitah
4) Membaca ta’awwuwz sebelum
Al-fatihah.
5) Membaca amin setelah Al-fatihah.
6) Membaca surah-surah Al-quran pada
rakaat pertama dan kedua.
7) Menguatkan suara ketika membaca
surah Al-fatihah, yakni pada rakaat pertama dan kedua dalam sembahyang Magrib,
isyak dan subuh dan sebaliknya merendahkan suara dalam sembahyang Zuhur dan
Asar. Sedangkan bagi perempuan dikehendaki merendahkan suara atau bacaan
tersebut pada setiap sembahyang.
8) Membaca takbir ketika berpindah
dari rukun.
9) Membaca sami’allahu liman hamidah
ketika bangun dari rukuk dan rabbana lakal hamdu ketika iktidal.
10) Membaca tasbih ketika rukuk dan
sujud.
11) Meletakkan kedua-dua tapak tangan
di atas paha lketika duduk tasyahud awal dan akhir serta menunjukkan dengan
dari telunjuk tangan kanan.
12) Duduk iftirasy pada semua duduk.
13) Duduk tawarruk (seperti seperti
duduk tasyahud akhir)
14) Membaca doa tasyahud akhir.
15) Salam yang kedua, serta berpaling
ke kiri dank e kanan.
16) Khusyuk dan tawaduk dalam
sembahyang.
SUNAT AB’AD
Sunat ab’ad adalah sunat yang yang
perlu diganti dengan sujud sahwi apabila ditinggalkan rukun-rukun solat sengaja
ataupun tidak. Contoh sunat ab’ad ialah salam akhir.
1)Menbaca tasyahud awal serta
duduknya.
2)Berselawat kepada Nabi pada tasyahud
awal.
3)Membaca selawat atas keluarga Nabi
pada tasyahud akhir.
4)Membaca qunut dengan berdiri dalam
sembahyang Subuh, witir pada pertengahan Ramadan hingga akhir Ramadan.
PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG
Terdapat beberapa perkara yang boleh
mengurangkan pahala sembahyang seseorang insan. Antaranya ialah seprti berikut
:
1) Meletakakkan tapak tangan dalam
lengan baju ketika takbirratul ihram. Rukuk dan sujud.
2) Menutup mulut rapat-rapat.
3) Terbuka kepala.
4) Memejam mata.
5) Mendingak ke langit.
6) Meludah.
7) Sembahyang di atas kubur.
8) Bercekak pinggang.
9) Berpaling ke kiri dank e kanan.
10) Menahan hadas.
11) Melakukan hal-hal yang
mempengaruhi kekhusyukkan sembahyang.
CARA-CARA MENGERJAKAN SOLAT
1) Berdiri tegak menghadap kiblat
dengan niat sembahyang. Lafaz niat sembahyang sesuai dengan sesuai dengan apa
yang sedang dikerjakan, misalnya sembahyang Zuhur dan sebagainya.
Niat sembahyang fardu Zuhur
Ertinya : “sengaja aku sembahyang
fardhu Zuhur empat rakaat menghadap kiblat pada waktunya kerana Allah ta’ala”
2) Mengangkat kedua-dua tangan sejajar
dengan telingan dan membaca takbiratul ihram.
3) Tangan diletakkan di bawah dada di
atas pusat, tangan kanan di atas tangan kiri dengan bersedekap, kemudian
membaca doa iftitah.
4) Kemudian membaca surah Al-fatihah
serta selesai membaca surah Al-fatihah pada rakaat pertama disunatkan membaca
surah atau ayat Al-quran, misalnya surah Al-Ikhlas.
5) Selesai membaca surah lalu rukuk
iaitu membongkokkan badan sejajar dengan kepala, kedua-dua tangan memegang
lutut sambil membaca :
6) Melakukan iktidal. Mengangkat
kedua-dua tangan ke atas separas telinga seraya membaca bacaan ketika iktidal.
Setelah tangan di turunkan dan tegak terus membaca bacaan ketika dalam rukuk.
7) Kemudian membaca Allahuakbar lalu
membacakan sujud seraya membaca bacaan ketika bersujud.
8) Duduk di antara dua sujud. Setelah
membaca Allahu akbar bangun dari sujud kemudian duduk dengan membaca bacaan
duduk di antara dua sujud.
9) Sujud kedua. Stelah membaca
Allahuakbar lalu melaksanakan sujud bacaannya seperti sujud pertama.
10) Duduk tasyahud/tahiyat awal. Duduk
ini dilaksanakan pada rakaat kedua, caranya tapak kaki kanan tegak dan tapak
kaki kiri diduduki sambil membaca tasyahud awal.
11) Tasyahud akhir. cara duduknya
ialah dengan kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan, jari-jari tetap menjejak
tanah, sambil membaca soperti pada bacaan tasyahud awal ditambah dengan selawat
Nabi Muhammad dan selawat Nabi Ibrahim dan keluarganya.
12) Salam. Selesai membaca tahiyat
akhir kemudian membaca salam dengan menoleh ke kanan kemudian ke kiri.
SEMBAHYANG JEMAAH
Apabila seseorang mengerjakan
sembahyang dengan mengikut orang lain yang mengerjakan sembahyang di depan nya
maka yang demikian itu dinamakan sembahyang berjemaah ataupun beramai-ramai,
yang mengerjakan sembahyang di depan ataupun yang diikuti itu dinamakan imam,
dan yang mengikuti di belakangnya dinamakan makmum. Imam mestilah seorang dalam
satu kelompok namun jumlah makmum boleh seorang ataupun ramai, lebih banyak
makmum lebih baik. Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak boleh mendahului,
mengerjakan sembahyang berjemaah hukumnya sunat muakkad (sunat yang di
anjurkan). Sembahyang Jemaah pahalanya 27 darjat, dari sembahyang sendiri
seperti disebutkan dalam hadis.
“ sembahyang Jemaah baik daripada
sembahyang sendirian dengan kelebihan 27 kali darjat “ Riwayat Bukhari dan
muslim
SEMBAHYANG JUMAAT
Sembahyang jumaat hukumnya fardu ain
bagi tiap-tiap muslim yang mukalaf, lelaki, merdeka, sihat bermukim (bertempat
dalam satu negeri) dan tidak di dalam keuzuran (halangan)seperti sakit, hujan
dan musafir.
Disebut dalam hadis yang ertinya
sebagai berikut :
“sembahyang jumaat itu adalah
kewajipan yang penting bagi tiap-tiap muslim dengan Jemaah kecuali empat
golongan manusia iaitu hamba sehaya, perempuan, anak-anak dan orang yang sakit
“ riwayat Daud dan Alhakim.
SEMBAHYANG QASAR DAN JAMAK
Bagi orang yang sedang dalam
perjalanan diperbolehkan meringkaskan sembahyang wajib 4 menjadi 2 (rakaat)
dengan syarat sebagai berikut :
A. Jarak perjalannya
sekurang-kurangnya dua hari perjalanan kaki atau dua marhalah iaitu sama dengan
16 farsakh = 138 km.
B. Pemergiannya bukan untuk maksiat.
C. Sembahyang yang boleh diqasar hanya
sembahyang yang 4 rakaat sahaja dan bukan qada.
D. Berniat mengqasarkan semasa
takbiratul ihram.
E. Tidak menjadi makmum kepada orang
yang mengqasar.
SEMBAHYANG JAMAK
Sembahyang jamak ertinya dua
sembahyang yang dikumpulkan dan dikerjakan dalam satu waktu, sembahyang yang
boleh di jamak ialah sembahyang Zuhur dengan sembahyang Asar, sembahyang Magrib
dengan sembahyang Isyak.
Cara mengerjakan sembahyang jamak ada
dua macam
A. Sembahyang Zuhur dan Asar
dikerjakan pada waktu Zuhur atau sembahyang Magrib dengan Isyak dikerjakan pada
waktu Maghrib disebut jamak Taqdim.
B. Sembahyang Zuhur dengan Asar
dikerjakan pada waktu Asar pada waktu asar atau sembahyang Maghrib dengan
sembahyang Isyak dekerjakan pada waktu Isyak di sebut jamak ta’khir.
SEMBAHYANG BAGI ORANG SAKIT
Orang yang sakit wajib juga
mengerjakan sembahyang dengan cara seboleh-bolehnya selama akalnya atau
ingatannya masih waras, kalauia tidak berkuasa berdiri boleh sembahyang dengan
duduk.
Kalau tidak kuasa duduk, boleh
mengiring ke sebelah kanan menghadap kiblat, kalau tidak kuat mengiring, boleh
melentang dengan dengan kedua-dua kakinya di pihak kiblat, kepalanya diberi
bantal agar mukanya menghadap kiblat.
SEBAHYANG JENAZAH
Hendaklah kita memperbanyakan
mengingati mati dan bertaubat daripada dosa, sebelum mengalami kematian sebab
mati adalah akhir dari kehidupan dunia dan permulaan dari kehidupan akhirat.
Apabila mati maka terputuslah segala amalan perbuatannya, kita hanya menanti
pengadilan Allah s. w. t sahaja
Syarat sembahynag jenazah sama dengan
sembahyang lain seperti menutup aurat, suci dari hadas besar dan hadas kecil,
suci badan, pakaian dan tempat dari najis, serta menghadap kiblat. Syrat kedua
mayat dimandikan dan dikafankan. Kemudian letak mayat itu di sebelah kiblat
orang yang disolati kecuali kalau dikerjakan di atas kubur atau sembahyang Ghaib.
Jenazah bayi yang baru dilahirkan
apabila semasa lahir ia sudah dapat bersuara atau berteriak maka hukumnya
seperti matinya orang dewasa yang sudah tua. Apabila ia dilahirkan dalam
keadaan mati dam sempurna kejadiannya maka hanya dikerjakan di atasnya 3 perkara
iaitu dimandikan, dikafankan dan dikuburkan. Apabila keadaannya tidak sempurna
maka tidak diwajibkan apa-apa ke atasnya, hanyalah dikuburkan sahaja.
SEMBAHYANG-SEMBAHYANG SUNAT
SEMBAHYANG SUNAT RAWATIB
Sembahyang rawatib ialah sembahyang
sunat yang dikerjakan mengiringi sembahyang wajib, sama ada sebelum atau
selepasnya. Adapun sembahyang sunat yang dikerjakan sebelum sembahyang wajib
disebut sunat qabliyah. Manakala sembahyang sunat yang dikerjakan selepas
sembahyang wajib disebut sembahyang sunat Ba’diyah.
SUNAT DHUHA
Sembahyang Dhuha dilaksanakan pada
saat matahari sedang naik kira-kira setinggi 7 hasta (pukul 7 sampai masuk
waktu Zuhur) bilangan rakaatnya boleh 2 rakaat, 4 rakaat, 6 rakaat atau 8
rakaat dilaksanakan 2 rakaat pada satu salam.
SEMBAHYANG TAHIYATUL MASJID
Apabila masuk masjid, sebelum ia duduk
maka disunatkan solat tahiyatul masjid (sembahyang menghormati masjid)
dilaksanakan pada hari jumaat atau hari lain, waktu siang ataupun malam dan
dikerjakan 2 rakaat.
SEMBAHYANG TAHAJJUD
Sembahyang Tahajjud iaitu sembahyang
sunat pada waktu malam lebih baik dikerjakan selepas larut malam, dan
dilaksanakan selepas tidur, walaupun tidurnya baru sebentar bilangan rakaatnya,
dua rakaat sampai tidak terbatas dan waktunya selepas sembahyang isyak sampai
terbitfajar sedang waktu malam tersebut terbahagi kepada :
A. Sepertiga malam pertama lebih
kurang pukul 19. 00 – 22. 00.
B. Sepertiga malam kedua lebih kurang
pukul 22. 00 – 01. 00.
C. Seperti malam ketiga lebih kurang
pukul 01. 00 – 04. 00.
SEMBAHYANG ISTIKHARAH
Sembahyang istikharah ialah sembahyang
meminta petunjuk yang baik, umpama seseorang akan mengerjakan sesuatu perasaan
yang penting, sedangkan ia masih ragu apakah pekerjaan itu baik untuk dia atau
tidak, saat itu lah disunatkan baginya mengerjakan sembahyang Istikharah 2
rakaat.
Selepas sembahyang lantas berdoa
meminta petunjuk kepada Allah, atas pekerjaannya yang nasih ragu itu kemudian
hendaklah ia memilh mana yang cenderung dalam hati atas ketetapannya, mungkin
Allah akan memberi tanda petunjuk baginya.
SEMBAHYANG SUNAT TASBIH
Sembahyang sunat tasbih digalakkan
mengamalkannya setiap malam, apabila tidak boleh maka seeminggu sekali atau
sebulan sekali setahun sekali atau seumur hidup sekali.
A. Apabila dilakukan pada siang hari
hendaklah dilakukan sebanyak 4 rakaat, satu malam, tidak ada tahiyat awal.
B. Apabila dilaakukan pada malam hari
dikerjakan 4 rakaat dijadikan dua salam.
Sembahyang ini disebutsembahyang
tasbih, sebab di dalamnya dibacakan tasbih pada 4 rakaat itu berjumlah 300 kali
tasbih.
SEMBAHYANG SUNAT MUTLAK
Sembahyang sunat mutlak ialah sunat
yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa sahaja, asalkan tidak pada waktu yang
terlarang untuk sembahyang sunat sedang jumlah rakaatnya tidak terbatas, namun
tiap dua rakaat hendaklah salam.
Adapun waktu yang diharamkan untuk
mengerjakan sembahyang sunat adalah sebagai berikut :
A. Setelah sembahyang Subuh sampai
terbit matahari.
B. Apabila Istiwa’ (tengahari) hingga
tergelincirnya matahari kea rah barat, kecuali hari jumaat.
C. Selepas sembahyang Asar hingga
terbenamnya matahari.
D. Waktu terbit matahari sehingga
tinggi tombak.
------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com