Barah Murtad

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh :
Abu Naim Bin Mohd Nor

PENGHARGAAN

Assalamualaikum W. B. T.
Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan masa yang telah diberikan akhirnya saya dapat menyempurnakan tugasan ini. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah CTU151 kami bagi semester ini iaitu Ustaz Abd Aziz bin Harjin kerana telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar dalam menyiapkan tugasan ini. Saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas yang juga banyak memberi sokongan dan pendapat mereka ketika saya melaksanakan tugasan ini. Disamping itu juga, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak-pihak yang turut memberikan tunjuk ajar kepada saya ini seperti pensyarah-pensyarah lain di uitm kampus Arau ini. Dengan galakan yang diberikan secara tidak langsung dapat membantu saya menjadi lebih yakin untuk menyempurnakan tugasan ini.

PENDAHULUAN

Gejala murtad merupakan antara isu yang disifatkan sebagai sangat sensitif kepada masyarakat muslim khasnya di Malaysia ini. Orang-orang Islam yang murtad adalah dianggap telah melakukan satu jenayah yang besar terhadap agama dan umat Islam. Meskipun tidak ada statistik yang tepat mengenai jumlah sebenar orang-orang Islam yang murtad di Malaysia, namun berdasarkan kes-kes yang dilaporkan oleh media massa dan yang telah diputuskan oleh Mahkamah Syariah, gejala ini sememangnya adalah sesuatu yang serius dan perlu diberikan perhatian. Penglibatan sesetengah kelompok bukan Islam yang tampil membela dan memperjuangkan hak-hak golongan yang murtad ini atas dasar kebebasan asasi secara jelas memberi isyarat bahawa kedudukan Islam dan masyarakat muslim kini semakin tercabar. Melalui saluran perundangan, golongan ini cuba memanfaatkan ruang dan peluang yang yang ada, meskipun tindakan mereka itu dilihat sebagai mencampuri urusan agama Islam dan hal ehwal masyarakat muslim. Gejala ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya akan pasti membawa kepada berbagai implikasi negatif kepada perkembangan Islam dan keharmonian masyarakat muslim di Malaysia.

DEFINISI MURTAD

Murtad merupakan kata terbitan dari Bahasa Arab. Perkataan asalnya adalah riddah yang bermaksud kembali. Dari segi istilahnya, murtad bermaksud orang yang keluar dari agama Islam yang benar kembali kepada kesesatan. Murtad juga disebut dengan perkataan irtidad atau Riddah. Di dalam al-Quran, Allah SWT telah berfirman yang bermaksud :
“ Dan janganlah kamu kembali ke belakang kamu kerana takut akan musuh. Maka jadilah kamu orang – orang yang rugi. ” (al – Maidah: 21)
Dari segi istilah syara’nya pula, tokoh – tokoh dan ulama’ terdahulu member beberapa beberapa takrifan tentang murtad. Menurut Imam Husni, murtad bermaksud keluar daripada Islam dan serta kembali kepada kufur serta membebaskan diri daripada Islam. Menurut al-Shaykh Abd al-Qadir Awdah ialah meninggalkan agama Islam dan keluar daripadanya setelah menganutnya. Manakala, Dr Wahbah al-Zuhayli mendefinisikan murtad sebagai berpaling daripada Islam dan kembali kepada kufur, sama ada dengan niat atau perbuatan yang menkafirkan atau perkataan, dan sama ada di ucapkan dengan gurauan atau penentangan atau I’tiqad.

Seksyen 23 (1), Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993, Negeri Kelantan mentakrifkan irtidad ialah apa-apa perbuatan yang dilakukan atau perkataan yang disebutkan oleh seseorang yang mukallaf yang mana perbuatan atau perkataan itu mengikut hukum Syarak adalah menjejaskan atau berlawanan dengan akidah agama Islam, dengan syarat perbuatan itu dilakukan atau perkataan itu disebutkan dengan niat, dengan sukarela dan dengan pengetahuan dan tanpa apa-apa paksaan oleh sesiapa atau oleh keadaan.

Seksyen 23 (2) pula menyatakan, perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan yang menjejaskan akidah itu ialah perbuatan-perbuatan atau perkataan-perkataan mengenai atau bersabit dengan perkara-perkara asas yang dianggapkan mesti diketahui dan dipercayai oleh tiap-tiap orang Islam sebagai pengetahuan umumnya kerana dia orang Islam seperti perkara-perkara mengenai rukun Islam, rukun Iman dan perkara-perkara halal dan haram.

Perkataan murtad yang bermaksud kembali digunakan dalam situasi ini kerana murtad bermula di tanah Arab sebaik saja kewafatan Nabi Muhammad SAW. Golongan yang lemah imannya dan juga kumpulan munafiq telah kembali kepada ajaran asal nenek moyang mereka iaitu menyembah berhala. Peristiwa ini berlaku sebaik saja Khalifah Abu Bakar R. A memegang jawatan khalifah. Beliau bersama para sahabat yang lain telah berusaha dalam memerangi serta menangani masalah gejala murtad ini

PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MENYEBABKAN MURTAD

Secara umumnya, murtad boleh berlaku melalui amalan hati (iktikad), perkataan dan perbuatan. Menurut ulama, seseorang itu boleh menjadi murtad atau terkeluar daripada Islam dengan salah satu daripada tiga perkara berikut, iaitu :
Pertama, mengingkari hukum yang telah diijmakkan padanya, hukum ini dikategorikan sebagai maklum min al-din bi al-dorurah seperti mengingkari kewajipan zakat, puasa, haji, minum arak, makan riba dan sebagainya. Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkara tersebut adalah sama dari segi pengetahuannya di antara golongan ulama dan orang awam. Manakala mengingkari hukum yang tidak diijmakkan padanya, atau hukum yang diijmakkan padanya tetapi tersembunyi pengetahuannya daripada kebanyakan manusia, maka keingkarannya terhadap perkara tersebut tidak menyebabkan seseorang itu menjadi kufur, seperti mengingkari pensyariatan solat duha, mengingkari haramnya berkahwin dengan perempuan yang diceraikan sebelum tamat tempoh eddahnya dan lain-lain lagi.

Kedua, melakukan perbuatan yang merupakan perbuatan khusus bagi orang-orang kafir seperti sujud kepada berhala, melakukan sesuatu yang merupakan ibadah khusus orang-orang kafir atau melakukan perbuatan yang bertentangan dengan pegangan seorang muslim seperti melemparkan al-Quran, kitab-kitab hadis dan tafsir dengan sengaja ke tempat yang kotor. Walaubagaimanapun hukum ini tertakluk dengan syarat seseorang itu melakukannya dengan sukarela dan bukan dengan paksaan.

Ketiga, mengucapkan perkataan yang bertentangan dengan pegangan hidup seorang muslim samada pengucapan itu dengan iktikad atau degil atau dengan tujuan gurau senda semata-mata seperti mencela agama, mencela Allah, mencela salah seorang Nabi dan sebagainya. Seseorang yang mengucapkan perkataan seperti: Islam tidak sesuai untuk dilaksanakan dalam tamadun manusia, Allah tidak wujud, pemakaian hijab adalah membawa kepada kemunduran, dan sebagainya adalah menyebabkan kekufuran samada ianya didorong oleh faktor iktikad, marah atau kerana degil. Pengucapan perkataan yang bertentangan dengan pegangan muslim adalah menyebabkan kekufuran sekalipun dengan tujuan gurau senda seperti seseorang itu berkata kepada orang yang menasihatinya : “Jikalau kamu masuk ke dalam syurga, tutuplah pintuya supaya aku tak boleh masuk bersama kamu. ”

Keempat, murtad kerana meninggalkan sesuatu perkara yang diperintahkan oleh Allah SWT. Perbuatan ini dianggap murtad apabila seseorang itu meninggalkan perintah Allah SWT dengan tujuan mengingkari dan menzahirkan penentangan terhadap perintah tersebut. Sebagai contoh : Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya ketika menjelaskan ayat : “Barangsiapa yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT kerana menolak al-Quran dan menentang sabda Nabi SAW maka dia adalah kafir. ” Ibn Masud menjelaskan bahawa ayat ini adalah umum bagi sesiapa sahaja yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah SWT samada dari golongan orang Islam, orang Yahudi dan orang-orang kafir. Sesiapa yang tidak berhukum dengannya tetapi tidak mengingkarinya maka dia telah melakukan perkara yang haram dan dia tetap tergolong dalam golongan orang-orang fasik dan urusannya terserah kepada Allah SWT.

KATEGORI ORANG MURTAD

Orang yang murtad terbahagi kepada tiga kategori iaitu :
Kategori pertama ialah orang yang murtad, namun menyembunyikannya. Orang yang murtad namun menyembunyikannya kemurtadannya sehingga tiada siapa yang mengetahui kecuali ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat, tidak dijatuhkan hukum hudud di dunia. Hukuman mereka adalah di sisi Allah di Hari Akhirat kelak.
Kategori kedua ialah orang yang murtad dan menzahirkannya. Orang yang murtad lalu menzahirkannya atau mengumumkannya dengan apa cara sekali pun seperti media cetak, media elektronik, internet, Sistem Pesanan Ringks (SMS) dan sebagainya, maka dia dijatuhkan hukuman bunuh setelah terlebih dahulu diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat.

Kategori ketiga ialah orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam. Orang yang murtad dan menzahirkannya serta menyerang Islam dengan apa cara sekali pun, sama ada dengan menggunakan senjata, pena, lisan, pemikiran serta menggunakan bantuan orang bukan Islam dan munafik, maka mereka ditangkap dan dibunuh serta merta tanpa diberi tempoh dan diajak untuk bertaubat.

FAKTOR – FAKTOR BERLAKUNYA GEJALA MURTAD

Terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada gejala murtad di kalangan umat Islam. Antara factor-faktor tersebut ilah seperti berikut :
Jauh Dari Ajaran Islam Yang Sebenar
 Umat Islam sendiri merasakan bahawa ajaran yang terkandung dalam Quran sebagai sumber hidup manusia adalah pelik dan tidak realistik mengikut peredaran zaman. Terdapat sebilangan umat Islam yang jauh daripada ajaran Islam yang sebenar, bahkan tidak dapat membezakan antara sistem yang ada dalam Islam dan yang datang dari Barat sehingga mencampuradukkan kedua-duanya. Perkara ini mendatangkan kerosakan pada akidah umat Islam tersebut yang tidak lagi dapat membezakan antara kesahihan ajaran yang ada dalam Islam dan kebatilan kebanyakan teori yang digunapakai oleh golongan bukan Islam. Umat Islam yang bersungguh-sungguh mempertahankan ajaran Islam dan menegakkan syiar adalah menjadi musuh kepada mereka disebabkan kepelikan ajaran yang diamalkan dalam suasana yang menuntut kepada ketamadunan dunia. Maka, berlakulah perpecahan yang mengakibatkan lahir pemuka-pemuka yang merosakkan Islam. Sungguh benar apa yang dinyatakan oleh Rasulullah s. a. w. dalam satu hadis yang bermaksud: “Permulaan Islam itu dagang dan akan kembali dagang (di mata manusia) maka beruntunglah kepada orang-orang yang dagang. ”
Kejahilan Umat Islam Tentang Keunggulan Peraturan Yang Terkandung Dalam Agama Islam
Umat Islam tidak menyedari bahawa Islam diturunkan untuk menghapuskan penyembahan manusia terhadap manusia dalam segala bentuk manifestasinya, juga untuk mengesahkan penyembahan mereka hanyalah kepada Allah SWT. Sistem hidup yang lahir daripada agama Islam bukanlah sistem yang bersifat sejarah iaitu satu sistem yang terbatas pada satu masa tertentu, ia juga bukanlah sistem yang bersifat semula jadi yang hanya digunakan oleh sekumpulan generasi manusia tertentu, malahan ia merupakan satu sistem yang teguh dan utuh, diredhai Allah SWT untuk dipraktikkan dalam seluruh kehidupan manusia di setiap tempat dan masa. Sistem ini bertujuan untuk mengekalkan kehidupan manusia di dunia agar berlegar di sekitar paksi yang diredhai Allah. Sistem ini juga bertujuan untuk mengekalkan kehidupan agar sentiasa dihiasi dengan nilai-nilai yang tinggi, yang dianjurkan oleh Allah SWT.

Kurang Pertarbiahan Dan Pendidikan Berasaskan Agama
Di antara kekuatan umat Islam terdahulu adalah hasil dari asas didikan dalam perkara agama. Generasi sahabat Rasulullah SAW, tabi’en dan salafussoleh yang melalui pendidikan dan tarbiah keimanan yang mantap sanggup menggadaikan diri mereka demi Islam. Kisah sahabat Nabi SAW yang bernama Khabbab ibnu Al-Arat, yang disiksa sehingga luruh daging-daging dari tubuhnya, Bilal bin Rabah yang dijemur ditengah panas terik dengan diletakan batu besar atas dadanya, kesemuanya adalah kerana mempertahankan aqidah dan ajaran Islam merupakan contoh teladan dan ikutan untuk generasi sekarang dan akan datang. Didikkan keimanan seperti mana golongan terdahulu kini kelihatan telah hilang sedikit demi sedikit dalam diri umat Islam. Akibatnya mereka mula meringan-ringankan suruhan agama. Maksiat menjadi tabiat biasa untuk dilakukan disebabkan tidak adanya didikan dan tarbiah yang cukup tentang Islam. Inilah kekurangan juga kelemahan umat Islam yang menjadi punca hilang kekuatan pada diri mereka.

Gerakan Antarabangsa Mermurtadkan Umat Islam Di Malaysia
Berdasarkan kajian terhadap perisian ´Windows 10/40´ yang merupakan sesuatu yang amat asing bagi masyarakat Malaysia khususnya masyarakat Islam, angka 10/40 yang tertera di belakang perkataan ´Windows´ itu terkandung satu rahsia yang harus dilihat secara ilmiah oleh semua umat Islam di Malaysia. Pada peta dunia, Malaysia terletak pada garis lintang latitud dan magnitud 10 dan 40. Majalah ´The Minaret´ yang diterbitkan oleh California Islamic Centre, Malaysia tersenarai dalam salah sebuah lokasi gerakan Kristianisasi terancang. Matlamat utama gerakan di sekitar latitud dan magnitud 10/40 itu untuk memesongkan akidah umat Islam supaya bertunjangkan ajaran Kristian dan inilah yang termaktub dalam gerakan ´Windows 10/40. ´Windows International Network´ (WIN) yang ditubuhkan pada 1999, bercadang menggerakkan 40 juta penganut Kristian untuk menyebarkan ajaran itu ke 67 buah negara. Sisters Beverly Pegues, pengarang ´WindoWatchman 1´ dan editor WindoWatchman II´ merupakan pengasas, Presiden dan CEO kepada gerakan ini. Pegangan utama Sisters Beverly Pegues dalam mentafsirkan gerakan ini berpandukan kepada Bible Genesis ayat 1:26; Rasul tertinggi yang dinyatakan kepada umat manusia bukanlah seperti yang dinyatakan umat Islam iaitu Nabi Muhmamad s. a. w sebaliknya adalah Jesus Christ (Isa Al-Masih) sebagai pembawa kebenaran.

Keinginan untuk menghapuskan Islam yang muncul sebagai agama paling dominan di dunia (penganut paling ramai) di samping agama Hindu dan Buddha menjadi teras perlaksanaan gerakan Windows 10/40. Menurut Bryant L Myers, faktor kemiskinan yang melanda di negara-negara sekitar 10/40 merupakan satu kelebihan untuk melebarkan gerakan Kristianisasi sebagai salah satu program pembasmian kemiskinan. ´Windows 10/40´ menggariskan empat panduan khusus kepada semua masyarakat Kristian di dunia. Matlamat utama mereka adalah menyebarkan dakyah Kristian kepada populasi bukan Kristian (majoritinya penganut Islam) di garisan latitud dan magnitud 10/40 seperti Afrika, benua Arab dan Asia. Antara panduan yang terkandung dalam manifesto ´Windows 10/40´, masyarakat Kristian seluruh dunia harus bersembahyang dan berdoa kepada Jesus supaya penduduk di kawasan sasaran menerima ´hidayah´ dan Kristian sebagai agama.

Bagi melaksanakan impian tersebut, mereka disarankan supaya mendekati masyarakat di negara-negara yang terlibat melalui pelbagai cara seperti melancong ke negara-negara ´Windows 10/40´. Justeru, untuk memudahkan penerimaan masyarakat yang majoritinya Muslim, penganut-penganut Kristian menggunakan pendekatan bijak dalam mendekati golongan sasaran. Berselindung atas nama badan-badan kebajikan dan seterusnya menghulurkan bantuan kemanusiaan, mewujudkan rumah-rumah kebajikan adalah cara terbaik yang diberikan oleh pengasas ´Windows 10/40´.

Secara tidak langsung, individu yang menerima ´bantuan´ dan terpedaya dengan helah sedemikian rupa mudah dipujuk untuk beralih pegangan sekaligus dimurtadkan. Golongan Misionaris Kristian merencanakan ´Windows 10/40´ secara terancang dan amat halus. Strategi utama yang ditancapkan pada setiap gerakan adalah berusaha memesongkan umat Islam daripada agama Islam melalui penyebaran risalah berbahasa Melayu, melodi dan irama hiburan yang pelbagai serta membuat agama palsu sebagai perbandingan antara Islam dan Kristian. Fokus utama dalam gerakan ´Windows 10/40´ ini adalah menghancurkan kesatuan umat Islam supaya terus menjauhkan diri daripada ajaran Islam yang sebenar.

IMPLIKASI KEPADA GOLONGAN MURTAD

Disuruh Bertaubat
Apabila seseorang telah sabit murtad, dia perlu diberi nasihat dan kaunseling, juga disuruh bertaubat beberapa kali. Jika tidak mahu bertaubat setelah disuruh berulang kali, dia mesti dibunuh. Tempoh masa untuk bertaubat tersebut mengikut Jumhur U’lama selama tiga hari tiga malam. Apabila seseorang murtad itu sedar dan mahu bertaubat serta mahu kembali kepada Islam semula, taubatnya diterima dengan melalui beberapa perkara seperti mengucap dua kalimah syahadah semula dan menginsafi segala kesalahan dan perlu membuat pengakuan atau ikrar diatas apa yang dia ingkar yang menyebabkan dia menjadi murtad.

Dijatuhkan Hukuman Bunuh
Apabila orang yang murtad tidak mahu bertaubat setelah dinasihatkan atau dikaunseling dalam tempoh masa yang ditentukan, maka dia mesti dijatuhkan hukum bunuh dengan segera dengan dipancung lehernya. Hukuman bunuh seperti di atas telahpun dijalankan oleh sahabat-sahabat
Rasulullah SWT, antaranya Saidina Umar al-Khatab dan Saidina Ali bin Abu Talib di zaman pemerintahan masing-masing.

Dirampas Hartanya
Setelah sabit seseorang Islam itu murtad, maka segala harta miliknya akan dirampas dari miliknya (ditahan hak milik terhadap harta itu) dan diletak di bawah pengawasaan ketua negara atau wakilnya. Jika harta itu perlu di ambil untuk urusan perbelanjaan dirinya sebelum dijatuhkan hukuman bunuh, pihak kerajaan boleh mengambil dari hartanya sekadar perlu sahaja. Sekiranya dia bertaubat memeluk Islam semula, harta tersebut perlu diserah balik kepadanya.

Terputus Hubungan Suami Isteri
Orang murtad dianggap sebagai orang yang sudah mati, kerana dia akan dijatuhkan hukuman bunuh, apabila tidak mahu bertaubat. Sekiranya salah seorang suami atau isteri murtad, maka pernikahan kedua-duanya terbatal. Walaupun begitu, Sekiranya yang murtad kembali bertaubat (masuk Islam semula) dalam masa edah isterinya belum habis (tamat) maka kedua-dua bekas pasangan suami isteri tersebut dikira kembali seperti asal. Tidak perlu akad nikah baru. Tetapi jika dia tidak bertaubat dalam masa edah isterinya tamat, nikah tersebut dianggap terbatal.

Penyembelihan Tidak Halal Dan Segala Pahala Ibadatnya Terbatal
Penyembelihan orang murtad tidak halal dan haram dimakan. Hukumnya sama dengan hukum penyembelihan orang kafir yang menyembah berhala. Selain itu pahala amalan soleh atau pahala ibadat yang dikerjakan, walaupun berapa banyak sekalipun menjadi sia-sia. Ini akan berlaku sekiranya dia murtad secara berterusan sehingga mati di dalam kufur. Tetapi sekiranya dia bertaubat dan kembali kepada Islam semula, maka dia dituntut supaya menggantikan amalan-amalan ibadat seperti sembahyang, puasa dan zakat yang ditinggalkan sepanjang tempoh murtad tersebut. Adapun haji yang dikerjakan sebelum murtad tidak perlu digantikan.

LANGKAH-LANGKAH BAGI MENGATASI MASALAH MURTAD

Secara umumnya dapatlah dirumuskan bahawa gejala murtad yang berlaku di negara ini adalah serius dan perlu diberi perhatian oleh segenap lapisan umat Islam. Kedudukan Islam sebagai agama persekutuan seperti yang diperuntukkan dalam perlembagaan Malaysia semakin tercabar dengan kemunculan gerakan-gerakan yang cuba menafikan kedudukan tersebut. Perkara-perkara yang dianggap sebagai hal-hal dalaman umat Islam seperti isu murtad kini cuba diketengahkan untuk dibincang secara terbuka atas dasar kebebasan asasi. Sensitiviti masyarakat Muslim kini tidak lagi diperdulikan meskipun ada kumpulan yang cuba membantah dan melakukan penentangan terhadap segala usaha yang cuba dilakukan itu. Oleh itu, terdapat beberapa langkah bagi mengatasi masalah murtad ini.

Antaranya ialah pendidikan asas agama Islam perlulah diperkasakan dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian Tinggi. Ini penting bagi membolehkan kefahaman mengenai asas-asas agama Islam diterapkan kepada anak-anak orang Islam sejak dari usia kecil sehinggalah mereka dewasa.

Program-program dakwah kepada masyarakat Islam mestilah terus dipergiat dan dipertingkatkan sejajar dengan bertambahnya cabaran baru yang dihadapi oleh umat Islam masakini. Pendekatan dakwah semasa perlu dikemaskini agar sentiasa releven dengan kumpulan sasar (mad’u) terutamanya bagi menarik golongan muda Islam yang amat terdedah kepada pelbagai gejala negatif termasuklah murtad. Kajian dan penyelidikan berkaitan dengan gejala murtad dalam konteks di Malaysia perlulah dipergiatkan bagi mendapatkan gambaran yang lebih mendalam dan mencari pendekatan yang sesuai untuk membendung gejala ini.

KESIMPULAN

Dari ulasan-ulasan yang panjang lebar di atas jelaslah bahawa murtad mengikut pandangan Islam merupakan satu jenayah yang paling besar dan paling bahaya kerana ia menghina Islam, menghina Allah S. W. T. dan Rasulullah S. A. W. Oleh itu hukum bunuh dengan memancung leher adalah satu hukuman yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan. Hukum tersebut juga untuk menakutkan orang lain supaya tidak malakukan jenayah seperti itu. Selain itu apabila murtadnya seseorang Islam, beberapa hukum lain dikenakan ke atasnya, seperti hartanya perlu dirampas oleh pemerintah, terpisah hubungan suami isteri, tidak boleh mempusakai harta, mayatnya tidak boleh dimandikan, disembahyang dan ditanam di perkuburan Islam dan lain-lain lagi.

Oleh itu, dalam menangani isu murtad ini, kita perlulah mengambil beberapa tindakan bagi membanteras gejala murtad ini. Antara tindakan tersebut ialah pendidikan asas agama Islam perlulah diperkasakan dari peringkat pra sekolah hinggalah ke peringkat pengajian Tinggi. Ini penting bagi membolehkan kefahaman mengenai asas-asas agama Islam diterapkan kepada anak-anak orang Islam sejak dari usia kecil sehinggalah mereka dewasa. Program-program dakwah kepada masyarakat Islam mestilah terus dipergiat dan dipertingkatkan sejajar dengan bertambahnya cabaran baru yang dihadapi oleh umat Islam masakini. Pendekatan dakwah semasa perlu dikemaskini agar sentiasa releven dengan kumpulan sasar (mad’u) terutamanya bagi menarik golongan muda Islam yang amat terdedah kepada berbagai gejala negatif termasuklah murtad.

Sebagai konklusi daripada gejala murtad ini, kita sebagai umat Islam haruslah sentiasa menjaga agama kita. Kita juga perlu berhati-hati dengan kaum kafir yang kini mahu ramai umat Islam murtad. Mereka mempunyai strategi yang amat licik dalam memurtadkan umat Islam. Anak-anak muda pula janganlah terlalu lalai dan leka dalam mengejar duniawi kerana ini akan menyebabkan mereka hanyut dalam kancah maksiat dan lama kelamaan mereka akan lupakan hukum-hukum agama dimana akhirnya mereka boleh terjebak dalam gejala murtad ini. Akhir kata, sama-samalah kita menjaga agama Islam dan sayangilah agama Islam kita ini.


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my

http://abdazizharjin.blogspot.com