Aurat Silang Jantina


TAJUK : 
AURAT SILANG JANTINA

DISEDIAKAN UNTUK : 
Ustaz Abdul Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151

DISEDIAKAN OLEH : 
ANAS BIN HADI 2011381699

TARIKH :
13 September

 AURAT SILANG JANTINA

Pengertian aurat dari segi bahasa : Segala perkara yang dirasa malu ( jika dilihatkan didedahkan ) juga memberi makna a’ib, cacat, cela atau juga diterjemahkan sebagai lorong-lorong jalan di bukit. Aurat juga ialah bahagian tubuh manusia yang wajib ditutup dan dilindungi daripada perhatian orang lain. Ini adalah pengertian menurut syarak. Dalam Hadis ada menyatakan. “ Wanita itu adalah a’urat ”. Maksudnya wanita itu menjadi aurat kerana dirinya adalah aurat bila ia menampakkan apa yang patut ia rasa malu seperti mana seseorang yang bila auratnya tersingkap terasa malu. Justeru, kita diwajibkan menjaga aurat kita daripada menjadi perhatian orang lain kerana boleh mendatangkan dosa. Kemaksiatan, kes-kes jenayah juga adalah berpunca daripada aurat yang tidak dijaga. Terdapat hujah-hujah wajib menutup aurat diantara nas-nas syarak yang menyatakan aurat itu wajib ditutup ialah Allah menyebut dalam ayat 31 surah al-Nur “ Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, supaya menahan pandangan mereka ( daripada memandang perkara-perkara yang haram ) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya. Dan mereka perlu melabuhkan kain tudung mereka ke dadanya. ” Maksud ayat ini ialah wanita dilarang untuk menonjolkan atau menunjukkan perhiasan yang dipakai melainkan perhiasan yang bukan berada ditempat aurat yang perlu dijaga. Justeru anggota yang boleh didedahkan ialah muka dan tapak tangan. Ia juga dinyatakan wanita harus menjaga aurat daripada kepala hingga ke paras dada. Ertinya, tengkok dan leher tidak boleh didedahkan. Selain itu, Allah berkata dalam ayat 59 surah al-ahzab : “ Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuannya serta perempuan-perempuan yang beriman supaya mereka melabuhkan pakaian bagi menutup seluruh tubuhnya. ” Ayat menunjukkan bahawa Rasulullah memerintahkan para isterinya dan semua wanita islam melabuhkan pakaian di tubuh mereka. Para lelaki dan wanita perlu menjaga aurat mereka daripada didedahkan kerana apabila aurat tidak dijaga kita akan mendapat dosa dan dimurkai Allah S. W. T. .

 Yang pertama adalah aurat lelaki di dalam sembahyang mereka iaitu pendapat dari majoriti para ulama mengenai aurat lelaki dalam sembahyang adalah anggota yang berada di antara pusat dan lutut. Terbatal sembahyang seseorang lelaki itu jika auratnya didedahkan semasa menunaikan sembahyang. Pakaian bagi lelaki ialah baju melayu dan kain pelekat dalam masyarakat Melayu Islam Malaysia manakala pakaian seperti baju t-shirt dan seluar panjang juga sudah sempurna bagi menutup aurat lelaki dalam sembahyang yang menjadi contoh bagi sahsiah diri lelaki islam. Manakala aurat lelaki diluar sembahyang pula ialah Aurat lelaki di luar sembahyang pula adalah sama dengan aurat semasa dalam sembahyang iaitu anggota antara pusat dan lutut. Tetapi ada juga segolongan pengikut Mazhab Hanafi (Hanafiyah) berpendapat bahawa aurat lelaki di luar sembahyang adalah seluruh tubuh. Justeru, seelok-eloknya kita menjaga aurat kita daripada terdedah supaya amalan yang baik yang kita lakukan setiap hari diterima oleh Allah S. W. T. dan mendapat keredhaan-NYa.

 Yang kedua ialah aurat wanita dalam sembahyang mereka iaitu aurat wanita adalah seluruh tubuh mereka dalam sembahyang kecuali muka da kedua tapak tangan mereka. Malah, seperti yang dijelaskan dalam hadis Rasulullah aurat wanita dalam sembahyang termasuklah tempat wanita memakai gelang termasuklah kekura tangan hingga ke sendi yang memisahkan tapak tangan dengan tangan.
“ Allah tidak menerima sembahyang wanita yang didatangi haid kecuali dengan mengenakan tudung. ” ( oleh Abu Daud ).
 Kebiasaannya kaum wanita memakai kain telekung untuk menutup seluruh anggota tubuh mereka tetapi memakai baju kurung yang menutup aurat juga sudah sempurna menutup aurat perempuan dalam sembahyang. Pakaian amatlah penting kerana apabila anggota lain daripada muka dan tapak tangan terdedah semasa menunaikan sembahyang, sembahyang wanita itu batal. Manakala aurat diluar sembahyangnya pula ialah aurat wanita di luar sembahyangnya adalah sama sahaja dengan auratnya di dalam sembahyang iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Wanita islam digalakkan memakai pakaian yang labuh untuk mengelakkan aurat daripada terdedah dan boleh mendatangkan dosa. Ia juga boleh mengelakkan berlakunya maksiat di merata tempat. Hingga ke hari ini ada yang masih tertanya-tanya adakah kaki wanita itu aurat ? Sebenarnya bahagian aurat kaki wanita adalah mulai daripada pergelangan termasuklah buku lali, kekura kaki hingga ke hujung jari, tumit dan tapak kaki. Melalui pendapat majoriti ulama, kaki wanita adalah aurat. Hujah yang, mereka pegang adalah hadis yang melaporkan oleh Ibn Umar, Rasulullah berkata :“ Allah tidak melihat kepada sesiapa yang mengheret pakaiannya yang labuh kerana bermegah. Ummu Salamah bertanya : ‘ Bagaimana wanita patut lakukan dengan hujung-hujung pakaian mereka yang labuh ?’. Beliau menjawab : ‘Labuhkanlah kadar sejengkal. ” Dalam hadis ini jelas menunjukkan bahawa Rasulullah memerintahkan supaya wanita melabuhkan pakaian mereka kadar sejengkal bagi menutup bahagian kaki mereka. Justeru, perintah ini menunjukkan kaki wanita adalah aurat dan ia wajib ditutup. Bagi menjaga maruah diri dengan lebih sempurna perkara ini amatlah penting untuk dititik beratkan supaya kita terhindar daripada dosa-dosa yang dimurkai oleh Allah S. W. T. .

 Dalam agama islam atau yang termaktub dalam ayat Al-Quran, aurat juga terbahagi kepada aurat pandang dan aurat sentuh. Aurat pandang ini bermaksud aurat yang boleh dipandang oleh sesiapa pun tetapi tidak boleh disentuh aurat yang dipandang itu. Apabila disentuh ia merupakan satu dosa dan boleh terbatal wuduk seseorang itu. Aurat ini dapat diterangkan dengan lebih jelas melalui hokum lelaki memandang aurat wanita iaitu Melalui pendapat-pendapat yang diberikan oleh 3 mazhab terkemuka iaitu mazhab Syafie, Maliki dan Hanafi mengatakan bahawa lelaki ajnabi haram melihat aurat seseorang perempuan itu sama ada dengan syahwat atau tidak. Lelaki ajnabi hanya boleh melihat muka dan tangan wanita sahaja kerana itu merupakan luar batasan aurat mereka. Aurat wanita adalah seluruh tubuh mereka kecuali muka dan tangan mereka. Tidak dosa seseorang lelaki itu jika memandang aurat di luar batasan aurat wanita tetapi syaratnya mestilah tidak timbul sebarang fitnah dan juga tidak mempunyai niat atau tujuan untuk menikmati tubuh wanita itu. Malah, bukan melihat dengan nafsu.

Sabda Rasulullah S. A. W. .
“ Dua mata itu berzina dan zinanya adalah pandang. ”

 Berdasarkan sabda Rasulullah ini, terdapat hukum mengenai pandangan terhadap aurat wanita ini iaitu haram melihat anggota aurat perempuan ajnabiyah melainkan muka dan tapak tangan mereka samada dengan syahwat ataupun tidak. Hal ini kerana, anggota aurat haram dilihat kecuali dalam keadaan darurat. Selain itu, boleh melihat aurat anggota bukan aurat jika tiada fitnah dan tidak ada syahwat. Kita mesti mematuhi hukum ini kerana ia merupakan sabda Rasulullah S. A. W. .

 Terdapat juga pandangan lelaki kepada wanita islam iaitu Daripada pandangan umum islam terhadap hubungan lelaki dan wanita dan kaedah-kaedah asas yang mendasari cara pengeluaran hukum dalam masalah “pandangan” lelaki dan wanita “ajnabi” kita dapat membuat kesimpulan seperti berikut tidak harus melihat atau memandang bahagian aurat wanita (selain dari muka, tangan dan kaki ) sama ada dengan syahwat atau tidak. Bagi bahagian yang bukan aurat seperti melihat wajah dan tangan wanita ajnabi (yang halal nikah) hukumnya harus jika tidak dengan syahwat dan menimbulkan fitnah. Walaupun yang lebih afdhal ialah menyerongkan pandangan. Jika pandangan melibatkan bahagian aurat hukumnya harus jika kerana hajat atau darurat.
Keadaan-keadaan yang dikecualikan kerana keperluan atau darurat :
a.             Pandangan saksi untuk mengenalpasti orang yang didakwa.
b.             Pandangan kerana keperluan muamalat seperti jual beli dan sebagainya.
c.             Pandangan kerana merawat penyakit.

 Aurat yang patut dijaga juga ialah aurat sentuh sentuh antara jantina ajnabi tanpa alas. Berdasarkan sepakatan daripada Mazhab Hanafi, Maliki, Hanbali dan syafi’i, lelaki haram menyentuh seluruh anggota wanita tanpa alas, termasuk muka dan dua tapak tangan meskipun muka dan tapak tangan boleh dipandang kerana ia bukan aurat.

•              Sentuh sesama lelaki
Bagi aurat sentuh lelaki boleh menyentuh anggota yang bukan aurat tanpa syahwat, haram dengan syahwat. Juga haram menyentuh anggota aurat dengan syahwat ataupun tidak.

•              Sentuh sesama wanita islam
Dijelaskan bahawa “ Pandang dan sentuh pada anggota bukan aurat adalah sama ”
Aurat sesame wanita islam adalah anggota di antara pusat dan lutut. Anggota daripada pusat ke atas dan daripada lutut dan ke bawah bukan aurat.

•              Keadaan Luar Biasa pandang sentuh
Keadaan luar biasa adalah seperti darurat dan haajah, berlainan jantina boleh memandang dan menyentuh anggota aurat dan bukan aurat. Malah ada yang berpendapat, dalam keadaan ini boleh pandang dan sentuh semua anggota sekalipun dengan syahwat.
Kes-kes luar biasa adalah :
a)             Kerana menjadi saksi, kadi atau hakim
b)            Kerana urusan muamalat
c)             Kerana rawatan perubatan

Hukum sentuh bukan mahram kerana darurat atau perubatan

 Darurat ialah keperluan yang sangat diperlukan oleh manusia. Adapun darurat menurut ulama fiqh adalah berhajatnya manusia itu kepada batasan ( perkara yang dilarang oleh syarak ) dan jika sekiranya tidak mengambil perkara yang dilarang itu maka akan binasalah manusia tersebut.


 Di antara keadaan yang boleh dikatakan sebagai darurat adalah terpaksa melihat aurat dan menyentuh bukan mahram ketika mengubati pesakit dengan beberapa syarat yang telah ditetapkan oleh syarak. Darurat yang dimaksudkan disini ialah ketikamana tiada doctor sejantina untuk merawat pesakit yang kronik iaitu pesakit yang jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan kematian dan kesakitan, maka dibolehkan doctor yang bukan sejantina merawat pesakit tersebut dengan beberapa syarat yang telah digariskan oleh syarak.


 Tiada khilaf keempat-empat mazhab mengenai keharusan melihat aurat perempuan jika doctor lelaki, ketika mana di dalam keadaan darurat. Namun di sana diletakkan syarat-syarat yang perlu diikuti bagi keharusan melihat aurat dan menyentuh bukan mahram ketika darurat untuk merawat pesakit. Contoh dalilnya ialah :

Firman Allah Taala bermaksud : Dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah di dalam perkara agama.
( Surah al-Hajj : Ayat 78 )

 Harini ramai yang tidak mengetahui bahawa suara wanita juga telah menjadi isu sama ada suara mereka itu aurat atau tidak. Majoriti para ulama termasuk al-Jaafari berpendapat, suara wanita bukan aurat, kerana para sahabat mendengar suara para isteri Rasulullah bagi mendapatkan hukum-hukum syarak, terutama daripada Saidatina Aisyah. Tetapi haram kita mendengarnya apabila disertakan dengan rentak dan lagu, sekalipun dengan membaca Al-Quran kerana ia mendatangkan fitnah. Alasannya adalah kerana dikhuatiri bahawa para lelaki terfitnah. Lelaki haram mendengar suara wanita apabila ada kemungkinan mereka boleh tergoda dengan suara wanita itu. Antara hadis yang menunjukkan para sahabat mendengar suara kaum wanita adalah :
 Kata-kata Ummu Atiyyah :
“ Rasulullah mengambil baiah ( perjanjian ) daripada kami. Beliau pun membacakan kepada kami : kami tidak mensyirikkan Allah dengan sesuatu…dan melarang kami daripada perbuatan meratapi si mati. Lalu seorang perempuan di kalangan kami menggengam tangannya dan berkata : “ Si fulanah menggembirakan aku, aku ingin membalasnya. “ Lalu dia pergi dan kembali semula. ”
Hadis ini menunjukkan, percakapan wanita ajnabi boleh didengar oleh lelaki dan suaranya juga bukan aurat.
 Malah, ada juga ulama yang berpendapat suara wanita yang tinggi itu juga adalah aurat. Oleh itu, wanita ditegah melaungkan azan, kerana azan bertujuan memberitahu. Pada masa dahulu, azan memerlukan laungan yang sungguh kuat. Hukum ini jelas. Cuma yang perlu dipastikan adalah takat mana yang diambil oleh seseorang wanita itu mengangkat suara yang tinggi. Dengan kata lain, suara wanita menyanyi itu boleh didengar jika tidak mendatangkan fitnah kepada kaum adam iaitu lelaki kerana apabila timbulnya fitnah haram lelaki mendengarnya. 
 Oleh itu, sebagai kesimpulannya pergaulan silang jantina dalam kalangan masyarakat pada hari ini perlu diambil berat. Kesan buruk daripada pergaulan bebas ini ditandai oleh hubungan-hubungan sumbang mahram dan perlakuan zina yang berleluasa dalam masyarakat. Bertepuk tampar bergurau senda antara jantina yang berlawanan sudah menjadi perkara yang terlalu biasa. Ia seolah-olah bukan satu dosa lagi. Siapa pun tidak mampu menafikan hakikat ini. Berdasarkan sedikit sebanyak perkongsian saya ini harap dapat membantu mengetahui lebih mengenai isu tentang aurat ini. Aurat hendaklah sentiasa dijaga tidak kira di mana saja kita berada kerana hukum menutup aurat adalah wajib.
 Pendapat daripada Imam Hanafi dan Imam Hambali :
 “ Sebagaimana dilarang seorang mukallaf ( Orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan ) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian kecuali ketika darurat atau terpaksa dibuka seperti ketika qadha’ hajat atau ketika mandi. Ketika darurat diharuskan membukanya”.


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com