NAMA:
MUHAMMAD IQBAL BIN NOOR RAFIZAN
NO PELAJAR:
2011378311
NAMA PENSYARAH:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
KOD PROGRAM:
BM111
GROUP:
BMD2CC
Hiburan mengikut perspektif Islam
Hiburan adalah sesuatu aktiviti dimana
manusia lakukan untuk melepaskan tekanan, merehatkan minda, menghiburkan hati
dan menenangkan jiwa setelah melakukan sesuatu kerja atau sesuatu perbuatan
yang menyebabkan mereka tertekan. Hiburan juga telah wujud sejak pada zaman
dahulu kala lagi. Hiburan pada zaman dahulu banyak disampaikan dengan cara
bersyair, berpidato dan juga melalui lagu. Namun, pada zaman dahulu, hiburan
banyak berkisarkan tentang peperangan dan tragedy yang menimpa manusia pada
zaman dahulu. Pada zaman dahulu juga, hiburan mereka banyak diselitkan dengan
unsur-unsur pengajaran dan pedoman untuk manusia. Pada zaman ini, terdapat
banyak jenis hiburan dan antaranya adalah seperti hiburan dengan lakonan, muzik
dan acara sukan juga boleh diketegorikan sebagai suatu bentuk hiburan. Hiburan
juga boleh menjadi tempat bagi seseorang itu untuk menunjukkan bakat mereka
dalam sesuatu bidang. Contohnya, seseorang itu boleh menunjukkan bakat mereka
dalam acara sukan dan lakonan atau lain-lain. Namun, melalui hiburan juga
manusia boleh dipesongkan dan dilalaikan. Ini kerana, manusia sering mengisi
masa mereka dangan hiburan-hiburan sehingga lupa akan tanggungjawab mereka dan
perkara-perkara yang jauh lebih penting daripada sesuatu hiburan itu. Tambahan
lagi, konsep hiburan pada zaman kini telah banyak ditambah dan diperbaharui
oleh Negara-negara barat dengan cara penyampaian yang lebih agresif dan
ditambah dengan elemen-elemen yang menyimpang dari ajaran agama Islam.
Pada zaman moden dan canggih ini, konsep
hiburan telah diperkembangkan dan diperbaharui. Pembaharuan konsep hiburan pada
zaman ini boleh dibahagikan kepada dua konsep, iaitu pertama adalah, konsep
pembaharuan hiburan dengan unsur positifadalah seperti, Konsep hiburan masa
kini yang telah diperbaharui dengan konsep hiburan yang mengikut hukum agama
islam dan yang telah ditetapkan oleh syarak. Selain itu juga, konsep hiburan
ini menampilkan pengacara dan pelakon-pelakon yang menutup aurat dan tidak
berlebih-lebihan dalam menyampaikan sesuatu. Tambahan lagi, pembahuruan dari
segi ilmu keagamaan juga turut dibuat. Contohnya seperti segmen bacaan
al-quran, zikir dan nasyid dalam konsep yang lebih menarik. Konsep hiburan ini
juga turut mengetengahkan gaya hidup dan budaya yang positif dan mulia yang
patut dicontohi oleh para remaja yang merupakan pelapis negara dan pejuang
untuk agama. Kedua adalah konsep pembaharuan hiburan dengan unsur negatif.
Contohnya, konsep hiburan ini diperbanyakkan segmen hiburan yang tidak menutup
aurat dan melalaikan manusia. Konsep hiburan ini juga diperbanyakkan dengan
hiburan yang tidak ada menyentuh tentang hal-hal agama walau sedikit pun.
Konsep hiburan ini juga banyak mengajar penonton untuk membuat perkara yang
bertentangan dengan ajaran Islam. Tambahan lagi Ia juga tiada unsur-unsur
nilai-nilai murni untuk diteladani oleh penonton-penonton.
Agama Islam merupakan sebuah agama fitrah
bagi manusia. Jika dibandingkan dengan agama-agama yang lain, agama Islam
merupakan agama yang menolak sesuatu yang jauh dari fitrah dan juga sesuatu
yang bersifat mengongkong penganutnya. Contohnya, Islam menggalakkan
penganutnya untuk berkahwin dan mendapatkan tidur walaupun sekejap sekalipun
ketika mengerjakan ibadat. Islam juga menggalakkan supaya penganutnya untuk
menikmati keindahan alam, mendengar atau membuat hiburan yang dibolehkan kerana
sesungguhnya ia dapat merehatkan minda dan menenangkan jiwa. Hiburan adalah
sesuatu perkara yang mampu menenangkan jiwa dan merehatkan minda. Namun,
hiburan hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama
Islam. Secara umumnya, Islam tidak mengahalang dan mengharamkan hiburan secara
keseluruhannya, akan tetapi, Islam menetapkan had untuk sesuatu hiburan.
Hiburan itu juga hendaklah terdapat unsur-unsur nilai murni yang positif agar
dapat dicontohi dan diteladani oleh penganutnya. Hiburan tersebut juga haruslah
tidak melalaikan penganutnya sehingga lupa kepada Allah S. W. T. serta
tanggungjawab mereka sebagai umat islam. Ini kerana, hiburan itu adalah fitrah
bagi setiap manusia. Maqasid Syariah telah menyatakan bahawa Islam tidak pernah
mengharamkan sesuatu yang baik melainkan membolehkannya, sebagai rahmat kepada
ummah untuk kebaikkan jiwa-jiwa dan akal manusia. Hiburan diharuskan dibuat dan
dinikmati, akan tetapi ia mestilah berlandaskan syarat agama Islam. Syarat
hiburan diharuskan adalah, Hiburan tersebut hendaklah terdapat unsur-unsur dn
tidak meninggalkan adab-adab Islam. Intipati atau tajuk hiburan tersebut tidak
terdapat unsur-unsur yang menarik ke arah kemaksiatan dan perkara-perkara haram
serta melupakan kita tentang Allah S. W. T. Alat muzik adalah diharamkan untuk
dibawa ke dalam rumah Allah kerana rumah Allah adalah untuk beribadat. Hiburan
tersebut hendaklah tidak berlebih-lebihan kerana Islam tidam menggalakkan
perbuatan berlebih-lebihan. Tujuan penganjuran hiburan tersebut untuk tujuan
yang tidak menyimpang dari agamaTempat dan persembahan hendaklah tidak yang
mengundang maksiat. Dua sumber umat Islam iaitu Al-Quran dan Hadis juga ada
menyentuh mengenai hal hiburan ini. Contoh dalil dari Al-Quranyang menyentuh
tentang hiburanadalah seperti berikut:
i) Firman Allah di dalam Surah
al-Jumaah ayat 11:
Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan ( yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbar- berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki
Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan ( yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbar- berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki
Tafsiran dari ayat di atas:
Para sahabat sedang mendengar khutbah Jumaat, lalu mereka meninggalkan Rasulullah saw dan pergi kepada perniagaan disamping mendengar nyanyin yang menggembirakan (al-lahwu), namun demikian al-Quran tidak mengharamkan al-lahwu tersebut. Rasulullah saw juga tidak menempelak atau menidakkan perbuatan tersebut. Ini bermakna : Nyanyian yang menggembirakan seperti itu adalah harus.
Para sahabat sedang mendengar khutbah Jumaat, lalu mereka meninggalkan Rasulullah saw dan pergi kepada perniagaan disamping mendengar nyanyin yang menggembirakan (al-lahwu), namun demikian al-Quran tidak mengharamkan al-lahwu tersebut. Rasulullah saw juga tidak menempelak atau menidakkan perbuatan tersebut. Ini bermakna : Nyanyian yang menggembirakan seperti itu adalah harus.
ii) Firman Allah di dalam Surah al-Anbia"
ayat 16-17
Maksudnya: Dan (ingatlah) kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya, secara main-main (16) Sekiranya kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi kami, akan tetapi kami tidak melakukannya (17)
Maksudnya: Dan (ingatlah) kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya, secara main-main (16) Sekiranya kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi kami, akan tetapi kami tidak melakukannya (17)
Tafsiran dari ayat di atas:
Kedua-dua ayat di atas menyentuh dua
perkara iaitu: 1)mainan dan 2)- kegembiraan (lahwu). Kedua-dua perkara tersebut
tidak diharamkan. Ianya diharuskan( difahami dari gaya ayat).
Manakala Dalil dari hadisyang ada
menyentuh tentang hiburanpula adalah seperti berikut,
i) Daripada Aisyah r. a
katanya: Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah
(budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda
(mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan
mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r. a serta mengherdik saya dengan katanya
serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar
seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan
Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada
dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti menyanyi dan keluar (meninggalkan
kami). (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tafsiran dari hadis:
Hadis sahih ini jelas menunjukkan nyanyian
adalah diharuskan. Kalau tidak harus masakan Rasulullah saw mendengar nyanyian
tersebut bersama Aisyah. Abu Bakar yang ingin melarang dan cuba menegur
putrinya Aisyah, telah ditegur oleh Rasulullah dan berkata kepadanya, tidak
mengapa. Nyanyian adalah harus.
ii) Daripada Khalid bin
Zakwan katanya: Ar-Rabi" binti Ma"waz berkata: Telah dating
mengunjungiku nabi saw bersempenan hari perkahwinanku, baginda mengambil tempat
duduk diatas hamparanku dihadapanku, sepertiman kamu berada dihadapnku
sekarang. Ketika itu sekumpulan perempuan sedang mengadakan persembahan
nyanyian dengan iringan duff (sejenis alat muzik). Menggunakan senikata memuji
pejuang-pejuang yang terqurban dikalangan bapa-bapa kami diperistiwa perang
Badar. Salah seorang penyanyi tersebut meneruskan nyanyian dengan menggunakan
lirik: bersama kami nabi Allah yang mengetahui apa yang alan berlaku esok hari.
Mendengar lirik terakhir itu Rasulullah saw menyapa: tinggalkan lirik itu dan
teruskan nyanyian dengan lirik yang telah kamu nyanyikan sebelumnya. ( Hadis
riwayat al-Bukhari)
Tafsiran dari hadis:
Rasulullah saw menghadiri majlis
perkahwinan yang serikan dengan nyanyian wanita-wanita muda menggunakan alat
muzik. Rasulullah saw tidak melarang perbuatan tersebut malah turut mendengar
nyanyian tersebut. Namun apa yang dilarang oleh Rasulullh adalah lirik lagu
yang jelas bertentangan dengan hukum syarak. Tiada seorang insan pun(walaupun
ia Rasulullah) yang mengetahui apa yang akan berlaku pada esok hari. Ini
bermakna, bagind tidak menghalang nyanyian tersebut akan tetapi baginda
menghalang penggunaan lirik lagu tersebut.
Daripada kedua-dua jenis sumber dan
pegangan umat Islam tersebut, nyanyian atau sebuah hiburan adalah diharuskan.
Namun hiburan tersebut hendaklah tidak lari jauh dari ajaran agama Islam.
Tambahan lagi, kita sebagai umat Islam haruslah membuat sesuatu perbuatan yang
mengingatkan kita pada pencipta kita dengan membuat hiburan yang bertujuan
untuk memuji kebesaran dan mengingati Allah S. W. T dan Rasulullah. Penggunaan
alat muzik dalam hiburanjuga sudah menjadi topik perbincangan yang selalu
dipertengahkan oleh para ulama. Hiburan sentiasa dikaitkan dan sentiasa
digandingkan degan alatan muzik. Pelbagai jenis alatan muzik yang digunakan
dalam setiap rancangan hiburan. Contoh jenis alatan muzik adah seperti, alatan
muzik yang bertali, bertiup, dan dipukul. Pelbagai pandangan dan pendapat yang
diberikan oleh para ulama. Pandangan setiap mazhab juga berbeza. Contoh
pandangan mazhab-mazhab islam adalah seperti berikut, mengikut Mazhab Hanbali,
hukum bagi menggunakan alatan muzik adalah diharamkan. Ini bermaksud, segala
penggunaan alat muzik yang bertali, alat muzik yang ditiup dan dipukul adalah
diharamkan. Manakala, mengikutMazhab Shafiepula hukum bagi menggunakan alatan muzik
yang bertali, alatan yang ditiup, dan alatan yang dipalu adalah haram melainkan
kompang. Selain daripada itu
Mazhab Malikijuga berpendapat sama dengan pendapat yang telah diberikan oleh Mazhab Shafie iaitu
hukum bagi menggunakan alatan muzik yang bertali, alatan yang ditiup, dan
alatan yang dipalu adalah haram melainkan kompang.
Setelah diteliti semua pandangan
ulama-ulama dari semua mazhab, kesimpulan dalam hukum penggunaan semua alat
muzik adalah diharuskan. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang dalam
menentukan hukum tentang penggunaan alatan muzik dalam hiburan. Pengharaman
sesuatu alatan muzik itu akan berlaku sekiranya sesuatu unsur-unsur kemaksiatan
dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun, kita haruslah sentiasa
mengelakkan diri daripada berhibur sehingga lalai dan lupa kepada kewajipan
kita sebagai orang islam.
Terdapat banyak jenis-jenis hiburan
yang terdapat pada zaman era globalisasi ini. Perkara ini tidak terkecuali juga
terdapat di Negara-negara islam di seluruh dunia. Terdapat banyak
hiburan-hiburan yang baik dan juga terdapat juga hiburan-hiburan yang
melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada manusia. Sebagai umat islam kita
haruslah bijak memilih dan membezakan jenis-jenis hiburan yang halal dan haram.
Berdasarkan kesemua dalil dan hadis-hadis yang sahih, terdapat banyak hiburan
yang dihalalkan atau hiburan yang baik dan hiburan yang melalaikan yang harus
umat islam bezakan. Antara jenishiburan yang baik atau dihalalkanadalahsekiranya
hiburan tersebut terdapat unsur-unsur fitnah, Tidak terdapat unsur-unsur yang
mengajak kearah maksiat, menunjukkan nilai-nilai murni dalam hiburan, memakai
pakaian yang menutup aura dan sopan, mengajak penonton membuat perkara yang
baik dan mulia, dan juga sentiasa mengingatkan penonton agar mengingati ALLAH
S. W. T. Manakala, hiburan yang melalaikan atau hiburan yang diharamkan adalah
seperti hiburan yang mengandungi unsur fitnah dan mengandungi berita atau
cerita yang tidak benar, menunjukkan sesuatu budaya yang tidak mengandungi
unsur positif, hiburan yang menunjukkan aurat-aurat penyampainya dan hiburan
yang menggunakan kata-kata kesat.
Menurut Fatwa Sheikh Shaltut, muzik atau
segala bentuk hiburan adalah diharuskan selagi ianya tidak bertujuan untuk
melalaikan dan maksiat. Manakala menurut Al-Ghazali, tidak ada bukti atau
perincian syarak berkenaan dengan alatan muzik, yang halal atau haram akann
tetapi ia berhantung kepada masa dan keadaan tempat serta mana-mana alat muzik
yang dimainkan adalah bertujuan yang baik, maka ia adalah harus untuk
didengari. Manakala, bagi hiburan yang menggunakan alatan yang melalaikan dan
pemuzik serta penyanyi yang mempamerkan akhlak yang buruk, maka ia adalah
merupakan perbuatan yang ditegah sama sekali. Oleh itu, kita sebagai umat Islam
haruslah pandai menilai jenis-jenis hiburan di sekeliling kita sama ada ianya
adalah jenis hiburan yang baik dan halal atau tidak. Tambahan lagi, kita juga
haruslah bijak memilih jenis hiburan yang baik dan tidak melalaikan serta melupakan
kita tentang Allah S. W. T. Ini bermakna bahawa, tidak menjadi satu masalah
sekiranya hiburan pada masa kini disemarakkan lagi akan tetapi ianya haruslah
dibangunkan mengikut acuan dan garis panduan yang betul dan mengikut hukum
syarak yang telah ditentukan oleh Islam asalkan ianya bertujuan untuk memberi
semangat, mendidik, memberi nasihat dan lain-lain perkara yang positif. Ini
kerana berdasarkan sejarah, manusia di zaman dahulu sering memberi semangat
kepada askar-askar yang hendak berperang melalui lagu dan puisi.
Setiap perkara dan perbuatan yang baik
pasti ada kebaikkan dan keburukkannya. Kebaikkan dalam mengikuti dan
menghiburkan diri dengan hiburan yang baik adalah seperti, hati dan perasaan
sentiasa aman dan tenteram dengan hiburan yang mengingatkan kita tentang Allah
S. W. T, hidup kita juga akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S. W.
T, kita juga akan sentiasa ingin membuat perkara-perkara yang baik dan
dirahmati kerana hiburan-hiburan yang kita ikuti menunjukkan nilai-nilai murni yang
baik dan yang terakhir pula adalah hiburan yang baik dapat mebuatkan kita
dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat, ini kerana, apabila kita telah
diterapkan dan dididik dengan hiburan yang baik atau hiburan yang menunjukkan
nilai-nilai murni kita akan menggunakannya dan mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian kita dengan membantu orang-orang di sekeliling kita, dan
menghormati orang lain. Keburukkan dalam mengikuti atau menghiburkan hati
dengan hiburan yang tidak baik atau yang tidak berlandaskan Islam pula adalah
seperti, kita akan hidup penuh dengan kemaksiatan dan sentiasa penuh dengan
dosa, kita akan sentiasa lalai dan lupa akan Allah S. W. T serta tanggungjawab
kita sebagai orang Islam, hidup kita juga akan sentiasa tidak diberkati dan dirahmati
oleh Allah S. W. T, serta, kita juga akan sentiasa dipandang rendah oleh
masyarakat kerana perlakuan dan adab kita yang teruk oleh kerana pengaruh dari
hiburan yang tidak baik atau hiburan yang tidak mengikut syarak.
Kesimpulannya, umat Islam di seluruh
dunia haruslah bijak memilih dan juga bijak membezakan diantara jenis hiburan
yang baik dan diredhai ataupun jenis hiburan yang tidak baik dan tidak diredhai
oleh Allah S. W. T. Umat Islam juga haruslah mengelakkan diri daripada terlibat
dan terpengaruH dengan hiburan-hiburan yang melalaikan dan menyesatkan. Ini
kerana, sesungguhnya hiburan yang melalaikn dan tidak mengikut hukum islam itu
hanyalah membuang masa dan menjauhkan diri kita daripada Allah S. W. T. dan
kita juga hendaklah berhibur dengan batasan agar tidak menyimpang dari agama
Islam.
------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com