Sifat Calon Penghuni Syurga


Tajuk : 
Sifat Calon Penghuni Syurga

Disediakan Untuk : 
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh : 
Muhammad Nazirul Bin Suraji (2011382287)

Program : 
Diploma Pengurusan Perniagaan

Tarikh Hantar : 
11/09/2012

Sifat-Sifat penghuni Syurga.
Syarat-syarat yang diberi oleh Allah s. w. t untuk mencapai kegemilangan kepada para hamba-Nya adalah kemenangan seseorang menundukkan dirinya. Untuk mencapai kegemilangan tersebut adalah dengan mendidik mereka dalam muhasabah (mengkaji) diri. Al-Quran dan Sunah telah menjelaskan hal ini, seperti terlihat kepada kehidupan para sahabat dan salafus-soleh.
Seorang hamba yang murni niatnya apabila melakukan suatu perbuatan, ia tidak mengharapkan pujian apapun daripada sesamanya. Rasulullah s. a. w pernsh ditanya tentang dua orang yang berperang dengan keberanian, orang yang berperang kerana mempertahankan diri dan yang berperang kerana riak. Manakah di antara mereka yang berjuang dijalan Allah Rasullullah menjawab: Barangsiapa yang berjuang untuk menegakkan kalimat Allah, dia berada di jalan Allah s. w. t. 

Pendahuluan
Syukur terhadap illahi kerana setelah sekian lama saya membuat tugasan ini dan akhirnya berjaya disiapkan. Saya amat berterima kasih kepada Ustaz Abd Aziz bin Harjin kerana telah memberi banyak bantuan dari segi maklumat dan informasi semasa dalam proses penyiapan tugasan ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan yang saling bertukar pendapat dalam proses tugasan ini. Dalam menyiapkan esei ini, saya telah mendapat pelbagai ilmu daripada bahan bahan bacaan yang saya perolehi. Tujuan esei ini ditulis adalah untuk menambahkan lagi pengetahuan seseorang mukmin untuk mendalami islam dan mengetahui tentang kebaikan dan kelebihan dalam agama islam. Seorang mukmin lebih mengetahui apakah contoh-contoh sifat calon penghuni syurga dan batas-batas serta kemuliaan dalam islam. Saya amat bersyukur kerana dalam saya menyiapkan tugasan ini, dapat juga saya beberapa info tentang agama islam dan lebih mendalami bagaimana sifat-sifat calon penghuni syurga. Saya harap dengan penulisan ini bukan sekadar tugasan yang perlu saya mempertanggungjawabkan, malah ia menjadi satu inspirasi untuk diri saya juga sebagai umat islam untuk lebih mengetahui tentang perkara-perkara yang umat islam tidak sepatutnya melakukan.

Sifat-Sifat Calon Penghuni Syurga
 Hanya berharap dan berasa takut kepada Allah. Seorang mukmin memurnikan akidah dan tauhidnya daripada syirik. Ia menyembelih dengan nama Allah, bersumpah dengan nama Allah, dan bernazar hnaya untuk Allah, tidak oernah ke bomoh mengundi nasib serta tabarruk (bersemadi) di atas pohon dan batu, tidak mengunjungi kuburan untuk memohon dan memenuhi keinginannya. Demikian pula seorang mukmin menghindari ketergantungannya kepada selain Allah. Ia hanya berharap dan merasa takut kepada Allah, betawakal serta membenci dan mencintai, seperti apa yang dibenci dan dicintai Allah.

 Mermurnikan niat hanya kepada Allah. Seseorang mukmin sentiasa memurnikan tujuan (matlamat) dan perbuatannya. Ia hanya melakukan perbuatan yang tidak dilarang syarak dan mengikuti petunjuk Rasulullah s. a. w. Amal soleh adalah segala kebaikan dengan mengikuti Sunah Rasulullah s. a. w. Baginda mengajarkan perbuatan yang mendekatkan kita kepada-Nya serta melarang perbuatan yang menjauhkan kita daripada-Nya. Ringkasnya, seorang mukmin sentiasa harus berhati-hati dalam melakukan perbuatan. Menanyakan kepada dirinya sendiri sebelum ia berbuat, untuk siapa ia berbuat, bila untuk Allah maka ia lakukan, bila tidak maka ia tinggalkan. Juga ketika memulai sesuatu perbuatan, ia bertanya tentang hukumannya dan merujuk kepada teladan Rasulullah s. a. w. Inilah dua pokok amal soleh.

 Mengagungkan syiar-syiar Allah. Seorang mukmin selalu mengagungkan syiar-syiar Allah. Kerana itu, kita dapat melihat ia selalu bersemangat dalam melakukan kewajipan dengan cara yang diperintahkan Allah, di samping selalu diikuti dengan perbuatan sunnah sebagai jalan mendekatkan diri kepada Allah. Pekerjaan sunah yang ia lakukan setelah melakukan yang wajib, menjadikannya dalam darjat yang tinggi. Dalam sebuah hadis Qudsi disebutkan :
 Barangsiapa yang menjadikan penolong selain-Ku maka telah aku izinkan untuk diperangi, dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan sesuatu yang paling Aku cintai daripada segala yang telah Aku wajibkan kepadanya. Dan tidaklah seorang hamba mendekatkan diri kepada-Ku dengan perbuatan sunah sehingga Aku mencintainya. Maka apabila Aku telah mencintainya, Aku adalah pendengarannya ketika ia mendengar. Dan penglihatannya ketika ia melihat dan tangannya yang menggenggam dan kakinya ketika berjalan, jika ia meminta kepada-Ku nescaya akan Aku berikan, dan jika ia memohon perlindungan kepada-Ku, nescaya Aku lindungi. (Hadis Riwayat Bukhari)
 Seorang mukmin sentiasa mengutamakan solat berjemaah dia masjid, mereka juga segera bergerak ke masjid untuk memurnikan hatinya daripada kesibukan hal dunia, sehingga ketika tiba waktu solat, ia menghadapkan hatinya dengan kusyuk. Solat sebeginilah yang dapat menjauhkan diri daripada perbuatan-perbuatan buruk manusia yang selalunya lalai dengan keseronokkan dunia. Setelah solat, ia mengikutinya dengan perkara-perkara sunat yang dituntut seperti zikir dan sunah-sunahnya yang lain.

 Bertawakal Hanya Kepada Allah. Seorang mukmin sentiasa bertawakal kepada Allah dalam segala urusannya. Beriman kepada Allah bukannya satu halangan untuk melakukan perkerjaan malah ia adalah satu penyempurnaan bagi seseorang islam dalam melakukan ibadah. Kita diperintahkan untuk melakukan pekerjaan-pekerjaan yang bersesuaian dengan kemampuan kita dan bertawakal dengan segala benda yang luar daripada kemampuan kita. Seorang mukmin bertawakal, ia sekadar melakukan perkara yang dia mampu dan selebihnya diserahkan kepada Allah.
 Hadis daripada Ibnu Abbas dalam Sahih Bukhari menyatakan bahawa Ibnu Abbas pernah berkata, Ketika Ibrahim a. s dilemparkan ke dalam api baginda baginda berkata ‘hasbunallah wa ni’mal wakil’ (cukuplah Allah sebaik baik perlindung) dan doa ini pulalah yang diucapkan Nabi s. a. w ketika ada segolongan yang menakut-nakuti baginda.
 Seorang mukmin yang bertawakal kepada Allah dan melakukan perintah-Nya akan menerima apa yang Allah berikan kepadanya. Sebab bagaimanapun, ia mengetahui bahawa kemampuannya sangat terhad dibandingkan dengan kekuasaan Allah. Apa yang telah Allah berikan kepadanya adalah perkara yang terbaik.

Menanti Kematian. Kematian seseoarang individu adalah tidak menentu. Seoarang mukmin menantikan kematian mereka setiap saat. Ibnu Umar berkata, berlakulah di dunia ini bagaikan orang asing atau perantau. Ibnu Umar Lalu berkata, Jika engkau berada pada waktu petang, jangan kamu nantikan pagi, dan jika kamu berada diwaktu pagi, jangan kamu menantikan petang. Manfaatkan masa sihatmu sebelum datang sakit dan masa hidupmu sebelum datang kematian.
 Seseorang mukmin memandang kehidupan dunia hanya selintas saja. Lalu membayangkan cita-citanya yang akan diakhirinya dengan kematian. Setiap orang yang berusaha demi masa depan mereka tiba-tiba datanglah kematian maka lenyaplah segala impiannya. Umar bin Khattab r. a. pernah berkata, Setiap kali diberitakan si polan meninngal maka ingatkanlah, Umar juga akan meninggal juga suatu hari nanti.

 Memiliki Kekayaan Hati. Rasulullah s. a. w menyebutkan bahawa bukanlah orang kaya itu yang banyak hartanya, tetapi orang yang kaya itu adalah mereka yang baik budi pekertinya.
 Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan jiwa, iaitu orang yang tidak mencemburui oleh apa yang orang lain ada termasuklah harta, takhta, mahupun wanita. Hatinya orang mukmin tidak memikirkan perkara-perkara sebegitu mereka menganggap perkara-perkara seperti itu hanyalah terlalu remeh jika nak dibandingkan dengan seruan dan ketentuan illahi.
 Orang yang kaya dengan harta benda tetapi hatinya miskin dengan budi pekerti dan mengharap apa yang dimiliki orang lain itulah yang dieertikan kefakiran yang sebenarnya. Namun orang yang fakir tetapi hatinya kaya dengan hati yang mulia mereka akan merasa tenang bersama Allah dan merasa cukup dengan apa yang ada sesungguhnya inilah kekayaan yang sebenar.
 Pengaruh qana’ah (merasa cukup) bagi sesorang mukmin di antranya: ia tidak akan memandang dan tenggelam atas kurniaan Allah yang telah dikurniakan kepadanya, yang berupa kenikmatan dunia. Ia meyakini bahawa rezeki Allah akan selalu datang kepadanya.
 Lalu, terlihatlah ia yang terteram, tenang, dan tidak akan berlebih-lebihan dalam mencari kesibukan duniawi. Setiap manusia akan diberikan rezekinya masing-masing dan malah Allah s. w. t memberikan juga rezeki kepada mereka yang tidak taat kepada-Nya termasuklah penyembah sapi, matahari, api, pokok yang sebagainya apatah lagi kepada mereka yang taat kepada seruannya. Maka Allah pernah ada rasa kedekut terhadap umat yang taat kepada-Nya.
 Pengaruh lainnya ialah zuhud terhadap dunia. Seseorang mukmin melapangkan dadanya dari kecintaannya terhadap dunia. Ia tidak merasa gembira yang melampau atau sedih yang terlampauan jika mendapat sesuatu ganjaran mahupun dugaan.

 Menahan Diri Daripada Segala Yang Bersifat Duniawi. Seseorang mukmin menahan dirinya daripada segala hal yang bersifat duniawai. Dia tidak merasa dirinya besar dan dipandang tinggi oleh orang lain malah ia akan berkumpul dengan kaun yang lemah dan miskin serta berusaha tidak menolak sebarang kunjungan daripada mereka.
 Rasulullah s. a. w seorang yang bertawaduk walaupun beliau mempunyai darjat yang begitu tinggi. Baginda bersabda: seorang hamba yang memberi maaf akan ditambahkan kemuliaannya, dan seorang hamba yang rendah diri kerana Allah akan diangkat darjatnya.
 Anas r. a meriwayadkan tentang sifat rendah Nabi s. a. w bahawa seseorang hamba di antara hamba-hambanya di Madinah memegang tangan Nabi s. a. w an pergi kepadanya kemana dia suka dan Nabi memenuhi keinginannya.
 Ibnul Qayyim menyifati rendah hatinya Rasulullah s. a. w ia menyatakan, Jika makan Nabi menjilati jarinya tiga kali dan Nabi tinggal dirumah membantu keluarganya. Tidak membalas dendam kerana dirinya, Nabi juga menjahit seliparnya, menampal bajunya, memerah susu kambing untuk keluarganya, memberi makan unta, makan bersama para pembantu, duduk bersama-sama orang miskin, berjalan bersama para janda dan yatim serta menolongnya, memberi salam mendahului dari orang yang ditemuinya, dan memenuhi undangan orang yang mengundangnya walaupun kepada orang yang bertaraf yang paling rendah. (Tahdzib Madarij as-Salikin: 428)
 Fudhail bin Iyadh ditanya tentang tawaduk. Ia berkata, Engkau tunduk kepada kebenaran dan mengikutinya walaupun kamu dengar daripada seorang anak kecil dan orang yang paling bodoh yang pernah kamu jumpai.

 Merendah Diri Dengan Sesama Mukmin. Seseorang mukmin saling merendah diri sesamanya, dan perkara sebegini merupakan sifat daripada calon-calon penghuni syurga. Sebagaimana firman Allah : (Surah Al-Syu’ara ayat 215)
 Bermaksud: Dan rendahkanlah dirimu terhadap orang-orang yang mengikutimu, iaitu orang-orang yang beriman.
 Kerendahan seorang mukmin terhadap dirinya mencerminkan kemenangannya. Tabiat diri akan selalu menyenangi kekuasaan dan kemenangan terutamanya terhadap orang-orang yang lemah. Tetapi, orang-orang yang beriman sentiasa melawan hawa nafsunya dan selalu berusaha untuk mengawasi dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Maka, mereka akan merendahkan dirinya terhadap saudara-mara sebagai tanda kasih sayang, kelembutan dalam berinteraksi dan keramahan ketika bertutur kata.
 Seorang mukmin juga mengasihi dan mencintai sesama mukmin. Ia akan merasa serba salah dan cemas apabila saudaranya ditimpa musibah atau kesulitan. Nabi s. a. w bersabda: Saya telah memulai solat dan ingin memanjangkannya, kemudian saya mendengar tangisan anak maka saya percepat solat saya, kerana saya tahu betapa cemas ibu mendengar tangisan itu.

 Tegas Dan Keras Terhadap Orang Kafir. Seorang mukmin tegas dan keras terhadap orang kafir, sebagaimana firman Allah : (Surah Al-Fath Ayat 21)
 Bermaksud:. . . . . dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. . . . .
Seseorang mengangkat kepalanya terhadap orang kafir dengan tanpa rasa takut dan gentar kerana mereka tahu asal usul mereka semuanya berasaskan daripada Al-Qur’an dan mereka percaya sumber kekuatannya berasal daripada Allah dan keteguhannya juga daripada Al-Qur’an.

 Memiliki Akhlak Yang Mulia. Akhlak yang mulia adalah kesempurnaan iman. Nabi s. a. w menyebutkan bahawa seorang mukmin yang paling sempuna imannya adalah yang paling mulia akhlaknya.
 Orang mukmin selalu menampakkan wajah yang cerah, sentiasa berusaha tersenyum walau dalam bagaimanapun keadaanya. Nabi s. a. w bersabda:
 Janganlah engkau menganggap rendah kebaikan, meskipun sekadar tersenyum kepada saudaramu. ( Hadis Riwayat Muslim)
 Ia selalu mempelihatkan sifatnya yang baik dari segi pertuturan dan tingkah laku hinggakan manusia senang berkumpul dan bersahabat dengannya. Tutur katanya menyenangkan hati orang yang mendengarnya, lemah lembut, tidak keras dan tidak kasar. Mudah bergaul dengan orang lain dan tahu bila waktu untuk serius dan bila masanya waktu untuk bergurau senda. Gurauannya pula tidak menyakiti dan tidak bergurau selain daripada kebenaran, sebagaimana kebiasaan Rasulullah s. a. w yang selalu berlapang dada.
Sabda Nabi s. a. w:
 Allah mengasihani seorang yang berlapang dada, ketika membeli, menjual, serta meminta. (Hadis Riwayat Bukhari dari Jabir r. a. )
 Orang-orang mukmin menjaga dirinya, tidak mudah untuk menceburi perkataan dan perbuatan yang keji kerana mereka tahu semua itu tiada sebarang faedahnya malah mengundang dosa. Mereka memilih kata-kata yang baik seperti memilih buah-buahan yang baik untuk dimakannya agar tidak mencemari diri. Mereka menggunakan pertuturan yang baik sehingga tidak menyakiti hati orang lain dengan tidak menggunakan kata-kata yang kasar. Sifatnya sebagaimana sabda Nabi:
 Seseorang mukmin tidak menuduh, melaknat, tidak berkata kotor, dan tidak mencela. (Hadis Riwayat Tarmizi)
 Ia selalu berbuat baik dan memberi manfaat kepada orang lain. Rasulullah s. a. w bersabda:
 Setiap hari di mana matahari terbit, berbuat adil diantara dua orang adalah sedekah, menolong seorang mengangkatnya adalah sedekah, kalimat yang baik adalah sedekah, setiap langkah untuk melakukan solat adalah sedekah dan membuang duri daripada jalan adalah sedekah. (Muttafaq ‘alaih)

 Besaudara Kerana Islam. Seorang mukmin bersaudara kerana Allah, mereka tidak mencintai saudaranya melainkan perasaan cinta yang diredhai Allah. Ia menghilangkan kepentingan duniawi dan perbadinya demi persahabatan dan cinta terhadap saudaranya, sehingga ia layak dicintai Allah.
 Nabi s. a. w menyebutkan bahawa seseorang yang mengunjungi saudaranya di tempat lain, maka Allah mengutus malaikat di dalam perjalanannya dan ketika bertemu malaikat bertanya, Hendak kemana engkau? Ia menjawab, saya ingin mengunjungi saudara saya di desa ini. Kemudian malaikat bertanya lagi, Apakah engkau mempunyai maksud ingin merasakan kesenangan darinya? Dia menjawab, Tidak, saya hanya mencintainya hanya kerana Allah. ‘ Lalu malaikat berkata, Ketahuilah, saya diutus oleh Allah untukmu agar memberitakan bahawa Dia mencintaimu sebagaimana engkau mencintai saudaramu kerana-Nya.
 Seorang mukmin selalu setia kepada saudaranya, tidak berubah walaupun zaman semakin hari semakin banyak perubahannya. Seorang mukmin juga tindak meninggalkan sedaranya walau terdapat manusia berpaling terhadap mereka. Rasulullah s. a. w telah menghormati seorang perempuan tua yang mengunjunginya dan berkata :
 Dia pernah mengunjungi kami ketika Khadijah masih hidup dan ketahuilah, hubungan yang baik sebahagian daripada iman. (Hadis Riwayat Hakim)
 Seorang mukmin mengutamakan kepentingan saudaranya daripada kepentingan diri sendiri kerana cinta dan setianya terhadap saudaranya.
 Ketika perang Yarmuk, Ikrimah dan para sahabatnya diberikan air, tetapi setiap sahabat memerintahkan untuk membeikan kepada sahabatnya yang lain, meskipun dia terluka dan memerlukan air, sampai semuanya meninggal dan tidak seorang pun yang meminum air tersebut. (Mukhtasar Ibnu Katsir jil. III: 474).

Penutup
Sifat- sifat Calon Penghuni Syurga terdapat pelbagai kandungannya. Sebagai seorang mukmin yang berjaya haruslah mempunyai sifat-sifat yang mulia yang diredhai Allah. Antaranya adalah ‘Hanya Berharap dan Berasa Takut Kepada Allah’, ini membuktikan manusia hanya boleh buat sesuatu benda atas kemampuan diri saja dan selebihnya diserahkan kepada Yang Maha Berkuasa. ‘Memurnikan Niat Hanya Kepada Allah’ setiap perkara yang dilakukan haruslah diniatkan kerana Allah ini kerana segala yang terjadi semuanya atas kehendak Allah. ‘Mengagungkan Syiar-Syiar Allah’ melakukan suruhan Allah tanpa rasa paksaan atau terpaksa. Melakukannya dengan rela hati, malah mukmin yang berjaya tidak hanya melakukan perkara wajib sahaja, tetapi yang sunat juga mereka laksanakan. ‘Bertawakal Hanya Kepada Allah’ bertawakal kepada Allah bukanlah halangan dalam melakukan pekerjaan malah ia menjadi satu pelengkap dalam melakukan tugasan. ‘Menanti Kematian’ seseorang muslim tidak akan berdiam diri menunggu kematian, mereka akan pertingkatkan ketakwaan mereka kepada Allah selama mana ia masih bernafas. ‘Memiliki Kekayaan Hati’ mereka yang memiliki kekayaan hati adalah mereka yang tidak kisah tentang kekayaan dunia. Mereka hanya mengharapkan kekayaan dari segi iman seseorang. ‘Menahan diri daripada segala yang bersifat duniawi’ mereka tidak mengagungkan harta dunia yang kadangkala hanya melalaikan daripada seruan illahi. Kesimpulannya untuk menjadi umat islam yang berjaya dunia dan akhirat haruslah mengamalkan sifat-sifat yang diredhai Allah untuk menjadi penghuni syurga.

------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com