Aurat Mahkota Wanita


Tajuk :Aurat Mahkota Wanita
Kelas :BMD2Bc
Pensyarah :Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
Disediakan Oleh :Muhamad Iddin Ariff Bin Ibrahim (2011395321)

Penghargaan

  Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat saya menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih sya ucapkan kepada kedua orang tua saya yg telah banyak membantu saya bg menyempurnakan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah bagi kursus “Islamic Thought And Civilization” (CTU151) kerana memberi tunjuk ajar kepada. Tanpa tunjuk ajar beliau, tidak akan dapat saya siapkan tugasan bg kursus ini.

  Akhir sekali, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak memberi maklumat kepada saya untuk sya menyempurnakan tugasan ini.
Dengan nama ALLAH
Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi ALLAH, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam kepada Junjungan Nabi Besar Muhammad SAW, Nabi yang Ummi, yang tidak tahu membaca mahupun menulis, tetapi lebih pintar dan faham serta mampu mendidik dan memimpin mereka kepada jalan keselamatan dunia dan akhirat.
Dalam Al-Quran dan As-Sunah telah jelas kepada kita tentang perintah agar umat Islam mengikuti dan mencontohi perihidup Nabi Muhammad SAW dan para sahabatnya. Para muslimah pula diperintahkan agar mencotohi para isteri Baginda SAW.

Pengertian Aurat
Aurat dari sudut bahasa Arab ialah Aib atau keaiban.
Aurat dari sudut istilah feqah ialah bahagian tubuh badan yang wajib ditutup atau dilindungi dari pandangan orang lain.
1. Firman Allah SWT di dalam surah an-Nuur :: 31, dengan pegertian kehormatan.
Surah An-Nuur, Ayat 31:

Maksudnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. "
2. Firman Allah SWT di dalam surah an-Nuur :: 58, dengan pegertian masa.
Surah An-Nuur, Ayat 58:

 Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. "

Pengertian Hijab
Apabila menyebut perkataan 'Hijab' maksud sebenarnya ialah penutup dan boleh dijurus kepada jubah, tudung, dan purdah untuk dijadikan penutup aurat seseorang wanita. Ada juga Ulama' mengatakan, hijab itu merupakan pakaian yang dituntut oleh syariat yang bersifat kesempurnaan, dengan pakaian tersebut ia dapat menjadikan seorang itu benar-benar mengikut syariat Allah SWT. Di samping dapat mengahalang berlakunya fitnah daripada kaum lelaki.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab :: 53,

 Maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke rumah Nabi (menunggu makanan masak kerana hendak makan bersama), kecuali kamu dijemput untuk menghadiri jamuan, bukan dengan menunggu-nunggu masa sajiannya; tetapi apabila kamu dijemput maka masuklah (pada waktu yang ditetapkan); kemudian setelah kamu makan maka hendaklah masing-masing bersurai dan janganlah duduk bersenang-senang dengan berbual-bual. Sesungguhnya yang demikian itu menyakiti dan menyusahkan Nabi sehingga ia merasa malu (hendak menyatakan hal itu) kepada kamu, sedang Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran. Dan apabila kamu meminta sesuatu yang harus diminta dari isteri-isteri Nabi maka mintalah kepada mereka dari sebalik tabir. Cara yang demikian lebih suci bagi hati kamu dan hati mereka. Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isteri-isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah. "
Allah SWT menyatakan sebab wajib bertabir adalah ia dapat menyucikan hati-hati lelaki dan perempuan daripada kemahuan yang tidak diingini yang mana ia jauh dari darjat seorang nabi.

Pengertian Jilbab
Jilbab pada syariat ialah menutupi seluruh badan sebagaiman firman Allah SWT dari surah
al-Ahzab : 59,


Maksudnya:
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "
Kalau kita kembali kepada maksud berhijab itu adalah untuk menutup tubuh dari lelaki ajnabi. Jadi, bukanlah dengan pakaian yang nipis, ketat, mahupun bercorak-corak yang boleh menimbulkan keseronokan lelaki untuk melihatnya.
Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa jilbab itu ialah pakaian yang digunakan oleh perempuan untuk menutup dada dan belakang seperti selendang dan pakaian bahagian luar. Pendapat lain mengatakan iaitu tudung perempuan. Walau apa sekalipun, ada sebahagian ulama mengeluarkan pendapat mereka berkenaan firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab yang menyatakan tidak semestinya menutup muka.
BATAS-BATAS AURAT DALAM ISLAM
1. Aurat Ketika Bersendirian
Para ulama mazhab mempunyai pelbagai pendapat tentang had menutup aurat bagi seseorang ketika bersendirian.
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat; "Sebagai dilarang seorang mukallaf (orang yang dituntut beramal dengan suruhan dan meninggalkan larangan) mendedahkan aurat ketika berhadapan dengan orang yang dilarang melihat auratnya, maka demikian juga dilarang mendedahkan auratnya ketika ia bersendirian, kecuali ketika dharurat atau terpaksa dibuka, seperti ketika qodho hajat atau ketika mandi. Ketika dharurat diharuskan membukanya".
2. Sementara Imam Maliki dan Imam Syafi'e berpendapat; "Ketika seseorang itu bersendirian, tidak diharamkan mendedahkan auratnya, cuma makruh, kecuali ketika dharurat. Ketika dharurat diharuskan membukanya".
2. Batas Aurat Lelaki
Hadis riwayat Muslim, Ahmad, Abu Daud dan At-Tirmnizi bahawa Nabi SAW bersabda, maksudnya;
"Seorang lelaki tidak boleh melihat aurat lelaki lain, demikian juga wanita tidak boleh melihat aurat wanita lain. Tidak boleh dua orang lelaki berada (tidur) dalam satu selimut demikian juga dengan wanita dilarang oleh orang lain".
Para ulama mazhab mempunyai pelbagai pendapat tentang had dan batas aurat lelaki, sama ada melihat atau dilihat oleh orang lain.
1. Imam Hanafi dan Imam Hambali berpendapat; "Lelaki diwajibkan menutup auratnya di antara pusat dan lutut daripada dilihat oleh lelaki atau perempuan yang bukan muhramnya, kecuali kepada isterinya. Selain isterinya diharamkan melihat aurat di antara pusat dan lututnya".
Isteri boleh (harus) melihat aurat suaminya. kecuali pada kemaluannya dan demikian sebaliknya, kerana hukum suami isteri melihat kemaluan masing-masing adalah makruh.
2. Imam Maliki dan Imam Syafi'e berpendapat; "Aurat lelaki ada dua keadaan: (1). Auratnya dengan sesama lelaki dan perempuan yang muhram dengannya. (2). Auratnya dengan perempuan yang bukan muhramnya. Keadaan dengan golongan pertama, iaitu sesama lelaki dan perempuan yang muhramnya dengannya ialah di antara pusat dan lutut sahaja. Keadaan dengan golongan kedua, iaitu dengan perempuan bukan muhramnya ialah seluruh badannya adalah aurat bagi mereka. Ertinya seluruh badan seorang lelaki dilarang dilihat oleh perempuan yang bukan muhramnya. Kecuali bagi Imam Maliki yang membolehkan dilihat hujung-hujung angotanya ketika aman daripada fitnah. Sementara Syafi'e mengharamkan melihat dengan mata" -(Rujuk Al Fiqh 'Ala Al Mazahib Al Arba'ah, jilid 1 dalam bab Mabhas Sitr Al Aurah).

3. Batas Aurat Wanita
3. 1 Batas Aurat Wanita Dengan Lelaki
Para ulama sepakat berpendapat bahawa aurat perempuan kepada lelaki bukan muhramnya ialah seluruh tubuh, kecuali muka dan kedua tapak tangan. Berpandukan kepada ayat Al-Quran surah An-Nur ayat 31, Al-Ahzab ayat 53 dan 59 serta riwayat beberapa buah hadis.
Di antara batas-batas aurat wanita yang telah ditetapkan oleh syariat menurut pendapat dan fatwa ulama mazhab ialah;
1. Di hadapan lelaki bukan muhramnya ialah seluruh tubuh. Ertinya termasuk rambut, muka, kedua tapak tangan zahir dan batinnya, juga kedua tapak kakinya.
2. Semasa berhadapan dengan lelaki yang bukan muhram dengannya, wanita seharusnya menutup aurat dan berpakaian sopan agar tidak mnimbulkan ghairah lelaki tersebut dan juga fitnah terhadap mereka.
3. Wanita juga seharusnya menjaga aurat, iaitu seluruh badan kecuali anggota yang zahir ketika bekerja apabila berhadapan dengan wanita kafir dan wanita.
3. 2 Golongan Muhram Dengan Wanita
Selain daripada batas-batas aurat, wanita juga seharusnya mengetahui golongan-golongan yang menjadi muhram kepada wanita. Golongan tersebut ialah golongan yang boleh melihat aurat wanita mengikut kadar yang telah ditetapkan sebagaimana yang difirmankan oleh ALLAH dalam surah An-Nur ayat 31.
Ayat tersebut menjelaskan golongan yang dibolehkan melihat wanita iaitu;
1.  Suami.
2.  Bapa kandung.
3.  Bapa mertua.
4.  Anak lelaki.
5.  Anak tiri.
6.  Adik atau abang kandung.
7.  Anak lelaki kepada saudara lelaki.
8.  Anak lelaki kepada saudara perempuan.
9.  Wanita Islam yang berakhlak.
10.  Hamba lelaki yang dimiliki.
11.  Khadam yang sudah tiada syahwat kepada wanita.
12.  Kanak-kanak lelaki yang tidak mumayyiz.
Ayat Al-Quran tersebut cuma menyatakan tentang 12 golongan tersebut. Sementara itu, masih ada lima golongan yang di nyatakan dalam hadis;
1.  Anak lelaki susuan.
2.  Bapa susuan.
3.  Saudara susuan.
4.  Keluarga susuan.
5.  Menantu lelaki.
Inilah golongan-golongan muhram yang dibolehkan melihat aurat wanita mengikut batas-batas yang telah ditetapkan.
3. 3 Batas Aurat Wanita Sesama Wanita Dan Muhramnya
Para ulama mempunyai pendapat yang berbeza tentang batas aurat wanita dengan wanita atau wanita dengan muhramnya.
1.  Imam Hanafi dan Imam Syafi’e berpendapat; ‘Dalam keadaan tersebut (wanita da muhramnya), mereka diwajibkan menutup apa yang di antara pusat dan lututnya’.

2.  Imam Maliki dan Imam Hambali pula berpendapat; ‘Bagi sesama perempuan hendaklah mereka menutup di antara pusat hingga lutut dan dengan lelaki muhramnya hendaklah mereka menutup seluruh tubuh, kecuali anggota-anggota tepi seperti kepala dan tangan.
3. 3 Batas Aurat Wanita Dengan Wanita Bukan Islam
Walaupun kedudukan wanita dengan wanita adalah sama, tetapi dalam soal penjagaan aurat dan maruah, Islm membataskan di antara wanita Islam dengan wanita bukan Islam.
Menurut Ar Razi dalam Tafsir Ar-Razi, bahwa aurat Wanita Islam dengan wanita bukan Islam adalah seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan.
Imam Ar Rafa’ie dan Imam An Nawawi pula berkata wanita kafir hanya boleh melihat anggota badan wanita Islam yang terbuka ketika bekerja sahaja.
Ibnu Juraij, Ubadah bin Nasa’ie dan Hisyam Al Qari, masing-masing melarang wanita Nasrani mencium wanita bukan Islam dan melihat aurat meraka.
3. 3 Keadaan-keadaan Yang Membolehkan Lelaki Bukan Muhram Melihat Aurat Wanita
1.  Ketika Hendak Meminang
-Ketika seseoang lelaki yang bukan muhram hendak meminang seorang wanita, Islam membolehkan lelaki tersebut melihat bahagian-bahagian tertentu yang tidak boleh dilihat pada waktu biasa tanpa ada hajat.

2.  Ketika Berjual Beli
-Apabila seseorang itu hendak melakukan jualbeli yang memerlukan bukti pengenalan rupa, maka ketika itu diharuskan melihat wajah wanita yang ada kaitan dengan urusan berkenaan.
3. Doktor Atau Tabib, Bertujuan Mengubat
-Bagi doctor atau tukang ubat, bila ia hendak mengubati pesakit wanitanya, harus baginya melihat atau menyentuh mana-mana bahagian yang perlu dirawat. Dengan syarat wanita tersebut ditemani oleh suami atau lelaki muhramnya atau ditemani oleh wanita yang amanah.
4. Ketika Hendak Menjadi Saksi
-Apabila seseorang lelaki itu hendak menjadi saksi bagi menentukan apakah benar wanita   itu boleh disabitkan atau tidak boleh disabitkan dalam sesuatu kes di mahkamah.
5. Ketika Mengajar


BENTUK DAN FESYEN PAKAIAN
1. Pakaian Taqwa
  Pakaian taqwa mengikut tafsiran para ulama ialah pakaian yang melambangkan sifat taqwa yang lahir dari hati yang bertaqwa. Orang yang bertaqwa ialah orang yang hanya melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangan ALLAH.
  Walaupun maksud pakaian tersebut tidak disebutkan oleh ALLAH secara terperinci dalam Al-Quran, tapi apa yang dipakai oleh Nabi SAW dan orang-orang muttaqin yang terdiri daripada para sahabatnya, para salafussoleh, para aulia dan para ulama yang siddiqin adalah contoh dan teladan yang baik sebagai menafsirkan maksud ayat Al-Quran surah al ‘Araf ayat 26 di atas.
2. Seluar Dan Kain Sarung
  Seluar di sini adalah pakaian yang dipakai di bahagian dalam jubah atau gamis. Tidak terdapat keterangan bahawa Nabi SAW hanya memakai seluar sahaja tanpa ditutupi oleh sebarang pakaian di luar sama ada kain sarung, jubah atau gamis.
  Seseorang itu hanya dianggap lengkap mengenakan pakaian ialah dengan dua helai pakaian iaitu baju untuk bahagian atas badan, dan seluar atau kain untuk bahagian baawah badan atau di bahagian dalam jubah atau gamis.
  Disebabkan itu, Nabi SAW melarang kita memakai pakaian sehelai sahaja sepertimana orang Yahudi dan Nasrani, Mereka memakai baju panjang (jubah atau gamis) tanpa seluar dalam. Juga sepetimana pakaian sesetengah bangsa hari ini, cuma memakai kain atau seluar menutup bahagian bawah (dari pinggang ke kaki) dan baju yang cuma menutup bahagian atas (dari pinggang ke badan).
  Apa yang dimaksudkan oleh Nabi SAW bahawa pakaian Islam ialah panjang dan dibahagian dalamnya ada selapis lagi pakaian iaitu seluar bersama kain sarung atau seluar tanpa kain sarung.
3. Pakaian Yang Dilarang
  Hukum haram memakai sutera adalah semata-mata untuk kaum lelaki sahaja dan dibolehkan bagi kaum wanita.
  Selain itu, Nabi SAW juga turut menganjurkan umatnya agar memakai kasut atau sandal sebagaimana yang Baginda SAW pakai itu. Bahkan dianggap makruh jika kita berjalan tanpa berkasut atau berselipar. Juga ketika masuk ke dalam tandas dan lain-lain.

------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com