DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
DISEDIAKAN OLEH:
NOOR AINHIDAYAH BINTI KOFLI
2011399297
TARIKH MENGHANTAR:
11 SEPTEMBER 2012
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum. . .
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana
kerja kursus bagi CTU 151 ini dapat disiapkan juga pada masa dan waktu yang
telah ditetapkan. Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah subjek ini iaitu Ustaz Abdul Aziz B. Harjin kerana memberi tunjuk ajar
yang berkesan dalam menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada rakan-rakan yang secara tidak langsung memberi pandangan
dan idea-idea yang bernas dalam menyempurnakan tugasan ini. Akhir kata, semoga
tugasan yang disiapkan ini dapat memenuhi syarat-syarat yang sepatutnya.
Wabillahi Taufik wal-Hidayah
Terima Kasih
PENDAHULUAN
Adab ialah perkataan Arab yang membawa maksud
adat, ataupun juga membawa maksud kebiasaan, budi bahasa, peraturan pergaulan
dan kelakuan yang dicontohi dari orang yang baik akhlaknya. Perkataan asal adab
bermakna benda yang bagus, persediaan dan keramaian. Adab di dalam kontek ini
adalah sama dengan perkataan Latin Urbanitas, yang bermaksud berketamadunan,
budibahasa, kehalusan budi pekerti yang terdapat di kota berbanding dengan
ketidaksopanan yang dipraktikkan oleh orang-orang pada masa itu.
Sumber peradaban di dalam budaya-budaya lain
yang terhasil dari keadaan semasa yang terdapat dalam masyarakat itu dan ia
akan berubah-ubah untuk menyesuaikan dengan suasana semasa. Al Quran dan Sunnah
telah menggariskan peraturan yang luas mengenai kehidupan manusia bagi setiap
zaman.
CARA HIDUP MUSLIM MELALUI PERADABAN
CIRI-CIRI PERADABAN ISLAM
1)Kesyumulan dan Kesopanan
Satu dari asas utama peradaban Islam ialah
ketatatertiban, iaitu unsur yang sangat penting bagi menentukan kekuatan dan
kejayaan sesuatu bangsa sebagaimana kejahatan dan peribadi yang buruk akan
membawa kerosakan dan kebinasaan kepada sesuatu bangsa itu.
Konsep keinsanan manusia berasaskan amal
soleh yang dilakukan oleh manusia itu, iaitu manusia yang baik yang banyak
mengerjakan amalan baik dan menjauhi amalan buruk yang dilarang. Amalan soleh
bukan hanya terhad kepada melakukan ibadah khusus seperti sembahyang, puasa,
mengerjakan haji dan sebagainya sahaja, tetapi bertolong menolong sesama
manusia di dalam kebaikan, ziarah menziarahi, memberi makan kepada anjing yang
tidak bertuan, berjimak dengan suami atau isteri juga adalah amalan soleh.
Sombong dan angkuh tidak dibolehkan dalam apa jua perbuatan kerana tiada
seorang pun manusia yang lebih tinggi kedudukannya dari seorang manusia lain
kecuali mereka yang tinggi taqwanya kepada Allah.
Islam menganjurkan kesederhanaan dan
keikhlasan di dalam setiap perlakuan baik dalam urusan dunia mahupun akhirat
dan melarang keras sikap berlebih-lebihan, kekerasan, paksaan, berpura-pura,
angkuh, sombong, riak dan taksub.
2)Matlamat
Di dalam Islam, apa yang penting dan utama
ditentukan oleh apa yang menjadi matlamat di dalam Islam, antaranya ialah
masyarakat yang maju dan bertamadun dan masyarakat yang makmur dan bahagia dari
segi moral dan harta. Peradaban Islam menganjurkan umatnya melaksanakan apa
yang penting dan utama dan menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang
tidak mendatangkan faedah. Mungkin lebih mudah difahami jika diturunkan
beberapa contoh keperluan asas manusia mengikut ajaran Islam:
>Pakaian bertujuan untuk melindungi
pemakai dari cuaca panas dan sejuk dan juga untuk menutup aurat.
>Rumah adalah untuk bertujuan sebagai
tempat berlindung dari cuaca panas dan sejuk dan dari sebarang gangguan dan
ancaman.
>Kebersihan bukan sahaja melindungi diri
dari penyakit tetapi melambangkan sifat perikemanusiaan seseorang itu.
>Binatang dijadikan oleh Allah untuk
manusia dengan tujuan-tujuan tertentu seperti sebagai makanan, bekerja dan
kenderaan dan dilarang menggunakan mereka hanya untuk bersuka ria seperti
melaga ayam.
Jelas sekali bahawa tanpa sekatan seperti
yang dianjurkan di dalam peradaban Islam, semua cara ini akan dijadikan
matlamat oleh manusia.
3)Sifat Lemah Lembut dan Baik Hati
Rasulullah SAW menganjurkan sikap baik hati
dipraktikkan dalam semua perlakuan umat Islam. Antara contoh-contohnya ialah:
>Bila bercakap, suara hendaklah hanya
cukup didengar oleh orang yang berkenaan, tidak perlu terlalu kuat.
>Perkataan yang buruk atau kasar hendaklah
dielakkan.
>Ketawa hendaklah tidak kuat atau berbunyi
tidak enak.
>Hendaklah cuba menahan tangisan, dan
apabila menangis hendaklah dengan sopan, tidak menjerit-jerit dan hendaklah
mengesat air mata.
>Di sunatkan senyum apabila bertemu sesama
manusia.
4)Bertimbangrasa kepada Orang Lain
Menyakiti orang lain baik dari segi
perbuatan, perkataan atau moral adalah ditegah oleh
Islam. Sesungguhnya, tingkah laku yang baik
bagi seorang Muslim banyak bergantung kepada sifat timbangrasa dan menjaga
kepentingan orang lain seperti:
>Mencaci atau menghina pegangan atau agama
orang lain sama ada secara terang-terangan atau sindiran adalah dilarang.
>Apabila di jalan seorang Islam hendaklah
menjauhi sikap dan perbuatan yang akan menyakiti, mengendalakan atau mengganggu
orang lain seperti berludah atau membuat bising.
>Apabila di masjid, janganlah mencelah di
antara dua orang untuk mendapatkan tempat duduk atau melanggar mereka kerana
hendak pergi ke hadapan.
>Bergurau senda menggunakan perkataan yang
tidak enak atau memalukan orang lain adalah ditegah. Begitu juga menghina orang
lain melalui sindiran atau umpatan atau tekaan adalah dilarang.
4)Peranan Peradaban Islam di Dalam Pergaulan
Matlamat utama peradaban Muslim ialah
menjalin hubungan dan mengukuhkan ukhwah dan sebagaimana yang akan dapat kita
lihat, sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang Muslim itu ialah jujur,
menghormati orang lain, amanah, dapat menahan marah dan sebagainya. Pergaulan
seharusnya tidak mengandungi unsur-unsur mementingkan diri atau ‘ada udang di
sebalik batu” tetapi hendaklah ikhlas hanya kerana Allah.
Pergaulan digalakkan secara perjumpaan
beramai-ramai dan inilah sebabnya Islam mewajibkan sembahyang berjemaah di
masjid setiap Jumaat dan menganjurkan sembahyang sunat hari raya kerana di
sinilah umat Islam dan saling berkenalan. Perjumpaan yang paling besar ialah
ketika mengerjakan haji di Mekah dengan dihadiri oleh hampir dua juta jemaah
haji dari berbagai bangsa dan negara setiap tahun.
5)Peradaban Islam dalam Hal-hal Agama
>Bersumpah dengan nama selain dari Allah
atau dengan nama-nama Tuhan atau sifat-sifatNya adalah haram
>Apabila ada kematian, ucapan seperti
“hilanglah tempat aku bergantung” atau “dia pergi terlalau awal” adalah haram
kerana mengandungi unsur syirik.
>Seseorang Muslim tidak harus berjanji
melakukan sesuatu melainkan dengan merujukkan kepada kehendak Allah dengan
berkata Insya Allah (jika diizinkan Allah).
>Membatalkan bermusafir hanya kerana telah
terlihat tanda atau alamat yang tidak baik adalah haram kerana ini mengandungi
unsur tidak mempercayai takdir.
Sentiasa berpegang teguh dengan adab-adab dan
peraturan Islam akan menjauhkan seseorang Muslim dari mendekati bidaah yang
tergolong dalam ibadah yang baru dicipta mahupun tokok tambah kepada sunnah
Rasulullah. Rasulullah telah bersabda “Sesiapa yang mengadakan –adakan ibadah
lain dari yang diajarkan, adalah itu bidaah dan ditolak”
6)Peradaban Islam Dari Sudut Psikologi
>Talak tidak harus dijatuhkan ketika
isteri sedang haid kerana ia sedang mengalami tekanan perasaan.
>Selain dari menjaga kebersihan, bersuci
akan menyegarkan badan dan fikiran dengan berwuduk sebelum mengerjakan
sembahyang, mandi setelah berjimak, melahirkan anak dan haid. Mereka yang
memandikan jenazah juga disunatkan mandi kerana bagi semua keadaan ini, mereka
akan merasa segar kerana mandi daat menenangkan fikiran dari apa yang mereka
alami sebelumnya.
7)Peradaban Islam Dari Segi Perubatan dan
Kebersihan
Islam mengajar umatnya supaya sentiasa
menjaga kebersihan diri, baik tubuh badan, pakaian, tempat tinggal dan kawasan
sekitar untuk menjauhkan penyakit dan juga supaya hati lebih tenang apabila
berada di dalam suasana yang bersih. Berwuduk yang diwajibkan untuk mengerjakan
sembahyang adalah membasuh anggota badan yang paling terdedah keada kotoran dan
habuk. Memotong kuku disuruh oleh Islam kerana kotoran mudah terkumpul pada
kuku yang panjang dan ini tentulah tidak sesuai bagi tangan yang sentiasa
digunakan untuk memasak, makan, minum dan berjabat tangan.
Di antara kotoran yang mesti dihindari oleh
seseorang Muslim ialah najis dan air kencing kerana air kencing mengandungi
kuman yang akan bertukar menjadi gas ammonia yang mengeluarkan bau yang sungguh
tidak menyenangkan manakala beberapa penyakit boleh dijangkiti akibat dari
menghidu bau najis lama.
Suruhan agar Muslim tidak makan tidak makan
dengan banyak malah berhenti sebelum kenyang dan makan apabila berasa lapar
mempunyai kebaikan-kebaikan dari segi kesihatan, sosial dan moral.
Menyembelih binatang seperti yang disuruh
Islam menjamin Muslim untuk mendapat daging yang bersih dari darah kerana darah
diketahui sebagai ajen yang baik bagi pembiakan kuman yang menyebabkan berbagai
jenis penyakit. Minum alkohol diharamkan Islam kerana walaupun ia mempunyai
kebaikan, itu hanyalah sedikit dan keburukan akibat dari meminumnya lebih
banyak baik dari segi kesihatan, moral dan mental.
8)Peranan Peradaban Islam Dalam Ekonomi
Peradaban Islam juga menitikberatkan
penjagaan ekonomi negara yang sihat dan melarang sikap bermewah-mewah dan
membazir di samping menyuruh umatnya berjimat cermat kerana wang ialah alat
yang penting bagi kemajuan sesuatu negara baik di masa aman mahupun ketika
perang. Muslim walaupun kaya tidak seharusnya membelanjakan wang sesuka hati
mereka kerana ini akan menimbulkan kesan kepada ekonomi negara. Umat Islam
dilarang bersikap berlebih-lebihan dan membazir kerana Allah telah berfirman di
dalam Al Quran surah 5 ayat 3 yang bermaksud:”Mereka yang berlebih-lebihan dan
membazir adalah kawan syaitan dan syaitan itu tidak bersyukur kepada Allah.
Beberapa aspek kehidupan boleh menimbulkan kesan kepada kemunduran atau
mantapnya ekonomi seperti contoh-contoh di bawah:
>Bersederhana dalam berpakaian adalah
disuruh dan pakaian bukanlah matlamat tetapi hanya sebagai alat untuk menutup
aurat dan dengan itu hendaklah tidak membazirkan wang dengan berbelanja besar
membeli pakaian.
>Rumah hendaklah sederhana dan dapat
melindungi dari cuaca dan ancaman pencuri dan bukan mengundang pencuri. Juga
tidak boleh berbelanja mahal membina masjid dan menghias samada rumah atau
masjid kerana masjid dikira dari segi pemanfaatan ke atasnya dan bukan dari
segi rupa atau belanjanya.
>Dalam Islam, perkahwinan yang paling
afdhal ialah yang tidak menelan belanja yang mahal dan tidak mengandungi
perkara-perkara yang membazirkan wang.
9)Peradaban Islam Dalam Perkahwinan dan
Kehidupan Berkeluarga
Institusi keluarga adalah tempat di mana
anak-anak yang menjadi asas masyarakat akan dididik dari segi moral dan
nilai-nilai murni. Hubungan keluarga antara lelaki dan perempuan akan
menentukan samada masyarakat itu suatu masyarakat yang bertamaddun atau mundur.
Melihat kepada betapa pentingnya perkahwinan dan institusi keluarga, banyak
ayat Quran dan juga sabda Rasulullah mengenai perkara ini, dan di antaranya
ialah:
>Muslim disunatkan berkahwin awal kerana
perkahwinan akan menambah bilangan saudara antara kedua belah pihak.
>Muslim hendaklah tidak menjadikan
perkahwinan suatu yang susah dilakukan dan dalam Islam perkahwinan yang paling
dirahmati ialah yang paling tidak membebankan pengantinnya.
Islam menitikberatkan kejayaan sesuatu
perkahwinan yang dibina dan perkahwinan tidak boleh berjaya jika beberapa syarat
tidak dipenuhi:
>Persetujuan dari kedua-dua lelaki dan
perempuan untuk mengahwini satu sama lain.
>Sekufu iaitu terdapat persamaan antara
lelaki dan perempuan samada dari segi harta, keturunan atau agama. Pasangan
yang paling baik ialah yang sama berpegang teguh kepada agama.
>Suami dan isteri dinasihatkan untuk
menyelesaikan sebarang perselisihan faham tanpa campur tangan orang lain.
>Bagi kejayaan hubungan suami isteri, ia
mestilah berdasarkan sifat hormat menghormati, memahami, bekerjasama, kasih sayang
dan insan.
10)Peradaban Islam Mengenai Taraf Wanita
Undang-undang Islam berlaku adil terhadap
kedua-dua lelaki dan wanita di mana wanita boleh memiliki harta dan menguruskan
hartanya, wanita boleh meminjamkan, memajak dan apa sahaja pekerjaan yang dibolehkan
bagi lelaki. Walaupun tempat yang lebih utama bagi wanita ialah di rumah,
tetapi ini tidak bermakna wanita harus menganggap rumah sebagai penjara kerana
ia boleh keluar dan menjalankan urusan seperti perniagaan, mengajar dan
sebagainya selagi ia dapat menjaga batas-batas pergaulan dan adab-adab wanita
apabila keluar rumah.
Keadaan atau taraf wanita di sesetengah
negara Muslim hari ini tidak harus dijadikan kesimpulan bahawa wanita dianggap
manusia kelas kedua oleh Islam. Beberapa contoh-contoh di bawah adalah antara
contoh-contoh yang membuktikan wanita adalah setaraf dengan lelaki:
>Rasulullah menyuruh lelaki melayani
wanita dengan hormat dan lemah lembut dan tidak memandang rendah kepada mereka
dan lelaki yang baik ialah lelaki yang yang paling baik terhadap isterinya.
>Peranan wanita sebagai ibu amatlah
disanjung tinggi hinggakan Rasulullah mengatakan syurga berada di bawah tapak
kaki ibu dan ibu berhak ke atas layanan baik dari anaknya melebihi bapa.
>Isteri yang baik ialah harta yang paling
bernilai di dunia ini di mana ia mempunyai peranan penting di dalam rumahtangga
dalam mengatur ekonomi dan pergaulan keluarga.
>Di dalam Islam pakaian lelaki dan
perempuan diwajibkan menutup aurat tetapi pakaian lelaki dan perempuan adalah
berbeza kerana perbezaan bentuk badan dan kesan mereka terhadap masyarakat.
Begitu juga wanita yang ingin keluar dari rumah mestilah ditemani oleh suami
atau mahramnya agar ia terselamat dari sebarang gangguan.
11)Peradaban Islam Mengenai Disiplin
Islam mengajar umatnya mengawal perasaan dan
bijak menggunakan akal fikiran. Islam juga mengajar umatnya agar sentiasa
bersabar, berpuas hati, bersyukur, berdikari dan tidak meminta tolong kecuali
atas perkara yang memerlukan sahaja. Menepati waktu dan mendisiplinkan diri
adalah sifat yang patut ada pada diri seorang Muslim dan ini di ajar melalui
waktu sembahyang lima waktu dan puasa di bulan ramadhan.
Oleh kerana pentingnya waktu dan hidup
bersederhana maka beberapa contoh aspek kehidupan di bawah bolehlah dijadikan
tauladan. :
>Kehidupan Muslim bermula apabila terbit
fajar dan tamat sesudah sembahyang Isyak.
>Berkumpul hanya berbual kosong adalah
perkara yang dilarang oleh Islam dan walaupun bergaul dan bertemu selalu
digalakkan dalam Islam, masa ini hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara
bermanfaat sahaja seperti menuntut ilmu
12)Peradaban Islam Dalam Mengekalkan
Perpaduan dan Budaya
Salah satu kejayaan Islam ialah ia berjaya
menyatupadukan umat Islam yang terdiri daripada pelbagai keturunan, bercakap
berlainan bahasa dan tinggal di merata negara di dunia ini.
Satu yang penting dalam peradaban Islam ialah
larangan untuk mengikut atau meniru gaya hidup orang kafir. Ini tidak harus
disalahertikan dengan mengambil ilmu atau belajar dari mereka tentang sains,
teknologi dan kemahiran mereka yang mana ini digalakkan sehingga Rasulullah
pernah bersabda yang bermaksud “tuntutlah ilmu walau ke negeri China”. Tetapi
yang dilarang oleh Islam ialah cara menyambut perayaan dan sebagainya yang
diamalkan oleh orang-orang bukan Islam kerana Muslim hendaklah membezakan diri
dan amalan mereka dan meniru orang-orang kafir sebagaimana sabda Rasullullah
yang bermaksud “mereka akan dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan kaum
yang mereka ikuti”.
PENUTUP
Peraturan bagi adab dan perlakuan Muslim
bukanlah dicipta oleh pendapat manusia tetapi telah diambil dari Al Quran dan
sunnah Rasulullah di mana kedua-duanya adalah diturunkan oleh Allah yang Maha
Mengetahui dan Maha Pengasih kepada hambaNya. Seorang Muslim tidak boleh
dihukum jika ia telah melakukan kesalahan kerana dipaksa atau kerana
kejahilannya tetapi ia dihukum jika ia mengetahui dan memang berniat untuk
melakukan kejahatan itu.
Walaupun mengamalkan cara hidup Islam tidak
dipertanggungjawabkan ke atas Muslim sehingga ia akil baligh, tetapi adalah
ibubapa di anjurkan mengasuh anaknya supaya mengamalkan ajaran Islam yang
sebenar sejak kecil lagi supaya anak itu secara langsung akan mengamalkannya
apabila dewasa kelak.
------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com