Tajuk: Akhlak Dan Kaunseling Islam

1. Definisi Akhlak Dan Kaunseling Islam

1.1 Pendahuluan

Akhlak (pandangan barat)
Orang barat berpendapat bahawa akhlak bermaksud moral dan etika. Dari segi sejarah perkataan moral dan etika ialah tabiat, adat kebiasaan, susila, niat, pandangan hidup, maruah, dan agama. Kedua – dua perkataan ini mempunyai maksud yang sama. Manakala dari sudut teknikalnya, etika dan moral bererti kepada disiplin ilmu yang menyelidik pelbagai isu tentang perbuatan atau tingkah laku manusia.

Akhlah ( pandangan islam )
Etika dan moral dipanggil akhlak, yang diambil daripada al – quran dan al-hadith. Al – quran dan hadis telah menetapkan prinsip – prinsip akhlak sebagai panduan umat Islam. Dalam kalangan orang islam ikutan akhlak yang terbaik ialah Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. Hal ini terbukti melalui :-

Firman Allah :  Sesungguhnya pada diri Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam itu mempunyai teladan yang Baik bagi kamu. ( Al-quran 33 : 21 )

1.2 Landasan Konsep : Takrif Akhlak

Akhlak merupakan perkataan jamak bagi khuluk yang berasal daripada perkataan arab. Akhlak bermaksud sifat semulajadi, tabiat, adat kebiasaan, maruah, gaya hidup, dan kepercayaan seseorang.               

Tabii atau maksudnya semulajadi bermula dari pemikiran seseorang tetapi apabila tabiat ini dilakukan secara konsisten maka ia akan menjadi tabiat seseorang.

Dari segi adat kebiasaan pula, contoh yang dapat di utarakan ialah seperti orang yang  kedekut. melalui disiplin yang tinggi dia telah melatih dirinya untuk menderma setiap hari, lama kelamaan kan tercetus perasan gembira ketika menderma. Jadi perasaan gembira semasa menderma itu menandakan dia telah memiliki sifat dermawan.

Bagi Imam Al – Ghazali pula, beliau telah meletakkan dua syarat asas untuk mendefinisikan akhlak. Syarat yang pertama terdapat kestabilan apabila melakukan sesuatu. Misal nya, orang yang dermawan, mereka ini mempunyai kemahuan yang kuat dan konsisten dalam menderma, manakala syarat yang kedua pula perbuatan yang dilakukan mestilah dilaksanakan dengan perasaan senang dan spontan. Berkait dengan orang yang dermawan tadi mereka mestilah mendermakan harta dengan hati yang senang dan spontan tanpa bersusah payah untuk menderma.

Kesimpulannya, akhlak tak bermaksud perbuatan yang baik mahupun jahat, tetapi akhlak merupakan perkara rohaniah yang menuntut seseorang untuk melakukan perkara sama ada baik atau buruk. Akhlak merupakan hal kejiwaan dalam diri seseorang, manakala perlakuan pula menerangkan situasi kejiwaan tersebut. Konsepnya, akhlak atau situasi jiwa yang baik akan mendorong manusia melakukan sesuatu perkara yang baik manakala begitu juga akan berlaku sebaliknya bagi situasi jiwa yang jahat.

Bagi mengelaskan perbuatan kita sama ada baik atau jahat, terdapat dua perkara yang perlu di jadikan sebagai kayu pengukur iaitu syariah dan akal.

Syariah ialah skopajaran yang membincangkan hal peraturan dan hukum hakam. Jika setiap manusia mengikuti setiap ajaran syariah maka perbuatan itu di kelaskan sebagai perbuatan baik, tetapi mereka yang melakukan setiap perkara yang bertentangan dengan ajaran syariah maka perbuatan itu di kelaskan sebagai perbuatan jahat

Akal merupakan kayu pengukur yang kedua selain syariah, walaupun akal merupakan sesuatu yang complex dan susah untuk ditafsir, tetapi selagi perbuatan itu logic dan boleh di terima oleh akal seperti membantu orang buta melintas, meyiapkan kerja dengan sempurna dan dating ke kelas tepat pada wktunya jalan maka perkara itu dianggap baik. Perkara – perkara ini walaupun tak di jelaskan di dalam al-quran tetapi mengikut akal perkara ini dianggap baik oleh akal yang waras jadi ia sekaligus di klsifikasikan sebagai baik.

Justeru itu, berdasarkan konsep akhlak jelas disini bahawa akhlak ialah sesuatu hal yang bertempat di jiwa manusia. Jiwa bukanlah akhlak tetapi jiwa adalah sama seperti anggota badan yang lain sperti tangan badan atau kaki tetapi jiwa merupakan tempat terjana nya akhlak. Akhlak juga bukanlah perbuatan kerana perbuatan dilaksanakan secara luaran manakala akhlak merupakan sesuatu yang bersifat dalaman manusia yang bertempat di jiwa.

AKHLAK : DISPOSISI, HAL ATAU SITUASI JIWA MANUSIA
Manusia merupakan makhluk Allah yang paling mulia kerana manusia dibekalkan dengan akal dan pancaindera yang unik. Semua ciptaan ini bertujuan untuk manusia dapat melaksanakan tugas sebagai hamba Allah dan dapat menjadi Khalifah di muka bumi ini.

Bagi menjalankan tanggungjawab tersebut manusia dijadikan daripada dua unsure iaitu unsur ukhrawi (non – material ) dan unsure duniawi ( material ). Duniawi memerlukan manusia memenuhi tuntutan seperti makan, minum, dan sebagainya manakala ukhrawi pula menuntut manusia untuk belajar agama, akhlak dan sebagainya.

Oleh kerana unsur – unsur ini bersifat kontradik dan masing – masing ingin menguasai unsur – unsur lain. Anasir yang menang atau kuat akan mempengaruhi akhlak seseorang. Dalam konteks akhlak, anasir – anasir tersebut dinamakan hal, situasi, disposisi, kejiwaan atau akhlak.

Situasi kejiwaan manusia tersebut dapat berfungsi mengikut tiga kecenderungan yang dikenali sebagai daya rasional, marah, syahwat.

Kekuatan rasional dikenal sebagai al nafs, al ruh, al aqli, melalui organ otak kekuatan ini berfungsi seperti manusia boleh berfikir, membezakan antara baik dan buruk dan sebagainya. Kekuatan rasional bersifat semulajadi dan berupaya mengawal kekuatan marah dan syahwat. Kekuatan rasional ini berasal daripada Allah.

Fungsi kekuatan marah pula melalui organ hati. kekuatan marah berfungsi apabila manusia mencaci, mengumpat, dan sebagainya. tetapi kekuatan ini boleh dikawal dan berpotensi untuk membentuk personality yang baik.

Organ limpa manusia pula merupakan tempat untuk kekuatan syahwat berfungsi kekuatan syahwat kan menyebabkan manusia tunduk kepada nafsu seperti nafsu makan, minum seks, hiburan dan sebagainya.

Semua kekuatan ini, berfungsi secara berasingan dan tersendiri. Kesemua kekuatan ini berusaha untuk menguasia kekuatan yang lain. Akhir sekali kekuatan yang berjaya menguasai kekuatan lain akan menang dan dapat melemahkan kekuatan lain sehingga meyebabkan lumpuh. situasi yang berlaku ini di panggil sebagai akhlak.

Berdasarkan dimensi ilmu akhlak dan kaunseling islam, seseorang manusia akan bertindak melalui kekuatan yang berya menguasai dirinya.

ADAKAH SITUASI JIWA MANUSIA BOLEH DI DIDIK
Miskawayh merupakan seorang moralis islam berpendapat bahawa seseorang berpeluang untuk merubah akhlak yang berada dalam diri mereka. Walaupun pun begitu Miskawayh menambah lagi setiap manusia mempunyai tahap pencapaian dalam pendidikan yang berbeza. Terdapat golongan manusia yang mempunyai kecenderugan sifat yang responsive terhadap pendidikan, jadi golongan ini akan mudah berubah kepada akhlak yang baik dengan cepat. Tetapi kebanyakan golongan manusia berada di peringkat pertengahan iatitu memiliki akhlak yang baik dan buruk sekaligus. Jika manusia dibiarkan membesar dengan sifat asal mereka maka tabiat semulajadi itu akan kekal.

2. ILMU AKHLAK DAN KAUNSELING
DEFINISI ILMU AKHLAK DAN KAUNSELING
Maksud ilmu akhlak dan kaunseling ialah teknik dan proses menjana hal- hal kejiwaan seperti rasional, marah dan syahwat supaya berfungsi dengan baik dalam jiwa seseorang atau pun ilmu yang dapat menempa sesuatu hal yang kuat dan baik dalam diri seseorang menyebelahi kebenaran dan seterusnya melaksanakan kebenaran tersebut melalui perbuatan yang baik dan berkualiti.

BIDANG – BIDANG KAJIAN ILMU AKHLAK DAN KAUNSELING
1. Disposisi jiwa manusia dan kepelbagaian kekuatan jiwa
2. Konsep kebaikan dan keburukan
3. Teori penjanaan akhlak yang baik dalam diri sesorang.
4. Konsep kebahagiaan
5. Isu kesihatan mental

3. OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN AKHLAK DAN KAUNSELING
OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN ETIKA DAN KAUNSELING BARAT
Orang barat menganggap ilmu akhlak sebagai ilmu etika. Ilmu etika ini bermaksud kepada skop ilmu yang mengkaji pelbagai isu tentang tingkah laku manusia.

Perkembangan kaunseling barat bermula pada abad ke – 19 dan ke – 20 masihi terutamanya di Amerika Syarikat. ilmu kaunseling merupakan salah satu cabang ilmu psikologi. Tujuan ilmu psikologi adalah untuk memahami tingkah laku manusia dan menjelaskan kenapa seseorang manusia melakukan sesuatu perbuatan itu. tetepi kebanyakan teori moden berpendapat bahawa objektif utama ilmu kaunseling adalah untuk membantu manusia meningkat keselesaan hidup.

OBJEKTIF DAN KEPENTINGAN AKHLAK DAN KAUNSELING ISLAM
Ilmu etika kaunseling islam pula bermaksud proses membentuk suatu bakat yang baik dalam diri seseorang. bakat tersebut dipanggil akhlak. Akhlak tersebut akan membawa seseorang memilih kebaikan dan sekaligus kebaikan tersebut dapat dilahirkan secara baik bertepatan dengan syariah dan penilaian akal. etika ini juga merujuk kepada proses untuk menyediakan cara- cara untuk mengawal nafsu marah dan syahwat supaya di bimbingi oleh akal dan syariah.

Jadi, akhlak dan kaunseling islam mempunyai tempat dan kepentingan yang sangat utama dalam islam. Bagi muslim yang ingin mencapai kabahagiaan di dunia dan di akhirat, akhlak dan kaunseling islam merupakan wasilah kepada mereka.

4. PERKEMBANGAN PEMIKIRAN AKHLAK DAN KAUNSELING

PERKEMBANGAN ETIKA BARAT DAN KAUNSELING

Di barat, beberapa lama sebelum kewujudan agama Kristian falsafah etika telah wujud dan berkembang dalam bangsa Greek. Zaman falsafah era ini juga dikenali sebagai antikuiti atau klasik. Socrates, Plato dan Aristotle merupakan tokoh- tokoh etitis Greek yang terkenal. Pada mulanya, pada abad ke – 9 dan ke- 10 masihi falsafah antikuiti berkembang kepada tokoh Islam Baghhdad dan seterusya pergi ke pusat – pusat pengajian tinggi di Rom, Alexendria dan Syria.
Moralis islam seperti Miskawayh dan Al – Tusi telah membaca karya etika era antikuiti. Apa yang berlaku etitis muslim semakin mengenali etik era antikuiti. Dalam pada masa yang sama perkembangan pelbagai disiplin ilmu dalam islam telah lama mencapai kesempurnaan. Selepas itu, pada abad ke-10 hingga abad ke-16 masihi, masyarakat kristian abad pertengahan Eropah mempelajari tamadun umat islam dikembangkan oleh mereka. Karya –Karya tokoh – tokoh islam yang terknenal pada masa itu telah diterjemah dan diperhalusi. Jadi perkembangan falsafah Kristian pada ketika itu berkait rapat dengan falsafah islam, perkembangan ini menjadi lebih rancak lagi mulai abad ke – 11 dan ke atas kerana sumber –sumber islam dan tamadun diterjemah dalam bahasa latin dengan meluas, 

 Pada Abad ke 17 dan sehingga kini, peranan falsafah di barat telah berubah, Falsafah sepatutnya bergerak seiring dengan agama tetapi telah terpisah dengan ilmu agama dan telah bercampur dengan ilmu-ilmu empirical dan sains tabii.
Justeru itu, Falsafah moden dan etika barat merupakan falsafah yang terbentuk berpaksikan unsur-unsur humanisme, rasonalisme, empirisisme dan lain –lain lagi.

Falsafah ini berbeza dengan falsafah islam kerana falsafah ini terpisah dengan Pencipta Yang Maha Agung, iaitu Allah. Mereka tidak menerima Allah sebagai tuhan yang telah mengatur dan memelihara alam ini.

Berkaitan dengan ilmu kaunseling pula, terdapat segolongan penulis moden mengaitkan sejarah penubuhan kaunseling ini dengan tamadun Greek Era Klasik. sesetengah penulis beranggapan kaunseling bermula dengan penulisan beberapa karya pada abad pertengahan Eropah tentang dunia pekerjaan. Karya itu menjelaskan bagaimana untk mencari pekerjaan yang baik dan sesuai dengan kepakaran masing-masing. Karya ini merupakan salah satu kajian yang berkaitan denga ilmu kaunseling

Jadi, kaunseling juga merupakan salah satu disiplin yang telah dicipta oleh barat yang sudah tentunya tidak seiring dengan agama.

PERKEMBANGAN AKHLAK DAN KAUNSELING ISLAM

Perkembangan tamadun islam pula bermula pada zaman Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam menjadi nabi hingga ke penubuhan University Hikmah di Baghdad yang telah di bina oleh Khalifah Ma’mun, peringkat ini berkembang selama tiga abad iaitu pada abad bermula dari abad ke 7 hingga abad ke 9 masihi. Peringkat seterusnya ialah peringkat klasik yang bermula ke 10 hingga hingga ke abad ke 19 masihi.

Ilmu etika islam juga berkembang seiring dengan pembentukan tamadun islam. Misalnya, pada peringkat pertama perkembangan pemikiran etika dan kaunseling islam bersifat normatif. Al-quran dan hadith telah menetapkan prinsip etika dalam pelbagai bidang seperti akidah, ibadat, personality, masyarakat, dan pelbagai aspek lagi.

Kemudian, daripada normatif perkembangan etika kaunseling islam berubah pula ke peringkat analisis hasil daripada pertembungan tamdun islam dengan tamadun barat klasik. Etika normatif tertumpu kepada kajian untuk mencari jawapan kepada pelbagai persoalan, terutamanya tentang konsep kabaikan dan keburukan mengenai sesuatu suruhan atau tegahan agama dengan berbuktikan ayat al-quran, hadith, dan sebagainya. Etika analisis pula mennumpukan kepada jawapn dan penyelesaian kepada persoalan tadi. Jadi prinsip-prinsip al-quran dan hadith dikaji dengan lebih rasional dan juga dikaitkan dengan keperluan masyarakat pada zaman itu.

5. ISLAM : AGAMA, ASAS AKHLAK DAN KAUNSELING ISLAM

ISLAM BERMISI SEJAGAT

Dalam konteks ini, islam adalah agama yang diwahyukan oleh Allah kepada semua umat manusia, islam wujud daripada zaman nabi Adam a. s sehingga ke sekarang. bermaksud agama islam adalah untuk semua iaitu daripada nabi hingga ke umat sekarang. Islam bermula daripada nabi Adam a. s di sambung oleh nabi –nabi lain dan hinggalah ke nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang telah menyempurnakan Islam. Penganut agama islam di gelar muslim. Muslim boleh digelar melalui tiga perkara iaitu :-
1. Muslim pada peringkat pertama ialah setiap orang yang beriman dengan wahyu Allah yang dibawa oleh mana – mana nabi, kerana Allah mengiktiraf semua nabi di dalam Al –Quran. Mereka ini menggunakan akal fikiran menggunakan syariat Allah.
2. Muslim yang kedua ialah seluruh alam yang tunduk kepada Allah contohnya matahari bulan dan bintang menyembah Allah dengan cara tersendiri.
3. Muslim yang ketiga pula adalah muslim yang amat istimewa berbanding dengan muslim pertama dengan muslim kedua, muslim ketiga ini di gelar wali. Muslim golongan ini amat patuh kepada Allah, tetapi mereka lebih tinggi tarafnya kerana mereka melakukan setiap ibadat dengan keadaan penuh kesedaran dan keprihatinan.

ESENSI UTAMA AGAMA :TUHAN, MANUSIA DAN ALAM.
Tuhan Allah
Allah adalah tuhan yang disebut di dalam Al-Quran. Allah adalah tuhan untuk semua semesa alam. Tuan Allah tidak terhad kepada orang Arab, Iran atau Melayu.

Wahyu Allah : Al-Quran dan Kitab-kitab sebelumnya.
Buku Shubahat Hawla al-Islam ada menyatakan bahawa agama islam selalu di salah fahamkan. Hal ini kerana ada sesetengah orang mempertikaikan mengapa Al-quran diturunkan dalam bahasa arab sedangkan agama islam untuk semua orang. Bagi merungkai persoalan ini kita perlu merujuk kepada makna wahyu itu sendiri. Kitab –Kitab yang di turunkan kepada nabi sebelum –sebelum ini seperti Kitab, Zabur Inijil dan Taurat menggunakan bahasa yang telah mati dan tidak diguna pakai lagi oleh masyarakat zaman sekarang, walaupun kitab – kitab ini turun dalam bentuk asal sekali pun kita masih tidak dapat memahaminya kerana bahasa itu tidak ada bangsa yang menggunakannya. Jadi Al –Quran diturunkan dalam bahasa arab kerana bahasa merupakan bahasa Allah yang masih hidup dan diguna pakai hingga kini berbanding kitab sebelumnya.

Nabi Muhammad dan Nabi –Nabi sebelum Baginda
Melalui Nabi kita dapat mengetahui sesuatu hukum dan Syariat Allah yang sebenar jadi oleh sebab itu kita wajib beriman kepada Nabi. Semua nabi membawa ajaran yang sama iaitu islam cuma ajaran mereka pada ketika itu terhad kepada kaum mereka sahaja dan khusus untuk sesuatu masa dan peringkat tetapi berlainan pula dengan Baginda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, baginda menyampaikan islam secara sejagat atau menyeluruh. Baginda diutuskan untuk semua umat manusia. Ajaran nabi pula masih kekal sehingga kini dengan kitab Al-Quran berbanding denga nabi sebelum baginda yang ajarannya telah lenyap bersama-sama kaum nabi tersebut.

Makhluk Ciptaan Allah :Manusia Dan Alam
Alam semesta atau makhluk ciptaan Allah dapat dibahagikan kepada 5 kategori

1. Malaikat - makhluk yang mempunyai akal dan hikmah tetapi tidak mempunyai nafsu dah syahwat.
2. Binatang – tidak mempunyai akal dan hikmah tetapi memiliki syahwat dan tabiaat
3. Tumbuh – tumbuhan – kejadian yang tidak mempunyai segala –galanya
4. Manusia – memiliki kesemuanya
5. Alam Ghaib – seperti alam barzakh, alam akhirat syurga, neraka dan sebagainya

6. PRINSIP KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
TAKRIF KEBAIKAN DAN KEBURUKAN

Kebaikan bermaksud semua perkara baik yang diakukan dan menjadi matlamat yang ingin di capai oleh manusia. Terdapat dua jenis kebaikan iaitu kebaikan relatif dan kebaikan mutlak. Kebaikan relatif merupakan kebaikan yang tak sempurna kerana manusia yang mempunyai kebaikan ini masih tidak puas dengan apa yang mereka ada. Contohnya seperti orang yang telah kaya masih lagi berusaha untuk menambahkan kekeyaan mereka. Kebaikan relatif juga terbahagi kepada tiga bahagian lagi iaitu kebaikan fizikal, kebaikan luar fizikal dan kebaikan jiwa. Contoh kebaikan fizikal ialah sihat tubuh badan, kuat, tampan dan lain-lain lagi. Kebaikan luar fizikal pula seperti kekayaan status sosial keturunan dan sebagainya, manakala kebaikan jiwa ataupun kebaikan akhlak merupakan kebaikan yang mempunyai darjat yang paling tinggi antara kesemua kebaikan lain.

PRINSIP KEBAIKAN DAN KEBURUKAN
Keadaan jiwa yang baik wujud apabila kesemua kekuatan jiwa berada dalam keadaan yang seimbang dan terkawal. Manakala keadaan jiwa yang buruk pula berlaku apabila nafsu berjaya menguasai jiwa.

EMPAT KEBAIKAN UTAMA
Empat kebaikan utama ialah bijaksana, berani, sederhana, dan adil. Bagi kebaikan yang lain semua nya dikategorikan di bawah empat –empat kebaikan utama ini.

Kebaikan pertama ialah kebijaksanaan ataupun hikmah, hikmah bermaksud pengetahuan yang benar, tepat dan yakin. Kebaikan yang kedua ialah keberanian diperolehi apabila terdapat dorongan marah. Keadaan ini terjadi apabila dorongan marah seseorang itu tunduk kepada arahan akal yang rasional dan ajaran islam.

Seterusnya, kesedaran pula merupakan kebaikan oleh kekuatan syahwat manusia. Kesederhanaan berupaya membantu untuk mengawal semua keinginan nafsu untuk patuh kepada syariah dan akal.

Selain itu, kebaikan yang keempat pula ialah keadilan. Keadilan dapat diperoleh apabila kesemua kekuatan bergabung dan dapat bekerjasama dengan baik dan seimbang

KEBAIKAN TERHASIL HANYA MELALUI HUBUNGAN SOSIAL
İ) MANUSIA MAKHLUK SOSIAL
Manusia saling memerlukan antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan diri masing-masing. Oleh itu manusia tidak akan sempurna dengan menyendiri. Manusia haruslah bersosial sesame sendiri untuk saling melengkapi, antara contoh yang boleh diutarakan ialah seperti seorang petani tidak akan berjaya mendapat hasil jika dia bersifat menyendiri tanpa pertolongan orang lain. Sudah tentu hasil pertanian nya tak dapat dijual.

İİ ) IKATAN SOSIAL : CINTA DAN PERSABATAN
Cinta terbahagi kepada dua iaitu cinta tabii dan cinta sukarela. Cinta tabii dikurniakan oleh Allah secara semulajadi contohnya cinta kepada diri sendiri cinta kepada ibu bapa dan keluarga.
Cinta seterusnya ialah cinta sukarela, cinta ini terjalin apabila melibatkan hubungan seseorang dengan orang lain. Cinta sukarela dapat dikelaskan kepada beberapa matlamat
• Percintaan dan persahabatan yang terjadi dalam kalangan remaja, ianya bersifat sementara sahaja kerana percintaan dan persahabtan ini terbentuk bermatlamatkan kelazatan sahaja.
• Cinta dan persahabatan yang bermatlamat kepentingan semata mata. cinta ini beri sifat selama yang mungkin selagi kepentingan itu terjaga masih dapat dipertahankan
• Cinta dan persahabatan terjalin kerana kebaikan dan akan berkekalan, kerana cinta ini berada dalam kebaikan dan kesempurnaan.

7. TEORI DAN PROSES KAUNSELING ISLAM
Kaunseling islam perlu kerana jasad dan jiwa akan menjadi sakit. Jiwa yang sihat bermaksud jiwa yang bersederhana iaitu jiwa yang dapat mengawal semua nafsu dengan seimbang. Manakala bagi jiwa yang sakit pula ia gagal mengawal keadaan ke tahap sederhana. Antara penyakit –penyakit jiwa ialah mencaci, mengumpat, dan memfitnah dan lain - lain lagi.
PENYAKIT KEMURUNGAN MENURUT AL-KHINDI
• Punca kemurungan
- Bermula daripada kegagalan seseorang untuk mendapat apa yang diingini, hal ini sekaligus akan menyebabkan seseorang itu mengalami tekanan jiwa
- Kemurungan juga boleh berlaku apabila terdapat kematian seseorang yang kita sayangi
- Takut kepada mati juga boleh menyebabkan kemurungan boleh berlaku.

• Cara merawat kemurungan
- Mereka perlu beranggapan bahawa bukan mereka sahaja yang tidak dapat apa yang diingini tetapi terdapat ramai lagi orang lain yang belum mencapai apa yang mereka kehendaki tetapi mereka masih hidup dalam keadaan bahagia.
- Mereka perlu sedar bahawa ada lagi orang yang telah kehilangan orang yang tersayang tetapi mereka masih berusaha meneruskan hidup tanpa berada dalam keadaan sedih
- Mereka juga perlu sedar bahawa kekayaan yang ada pada mereka sekarang ini tidak bersifat kekal, jadi mereka tidak perlulah sedih jika nikmat ini ditarik daripada mereka

PENYAKIT MULUT : CACI, UMPAT, FITNAH
Mengumpat bermaksud kepada mengeluarkan kata kata melalui mulut, tangan, perbuatan untuk menjatuhkan orang lain. Manusia gemar mengumpat kerana untuk menutup aib sendiri dengan membuka aib orang lain, ataupun untuk mencari kepopularan diri sendiri melalui cerita cerita yang tidak sahih. Mengikut undang-undang Islam dosa mengumpat bersamaan dengan zina manakala dosa fitnah pula bersamaan dengan membunuh orang. Hukuman ini setimpal kerana pengumpat ini akan menyebabkan kasih sayang dan hormat menghormati sesame islam terhapus dan akan memupuk semangat kebencian sesame islam. Pengumpat ini di labelkan sebagai golongan yang muflis diakhirat kerana semua amalan mereka telah diberi kepada orang yang telah mereka umpat.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com