Tujuk: Hikmah terapi air mata, menangis kerana Allah

Menangis adalah satu sifat yang membezakan diantara manusia dengan makhluk lain. Menangis bukan sahaja berkait rapat dengan kesedihan, malah dengan kebahagiaan juga. Menangis ialah satu sifat semula jadi yang Allah Subhanahu wa ta’ala. anugerahkan kepada manusia. Al-Quran meemuji orang-orang yang selalu menangis yang disebabkan mencapai tahap makrifatullah kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. dan kerana takut kepada-Nya.

Selain itu, menangis merupakan keharusan bagi lelaki dan perempuan pada zaman ini, kerana menagis mempunyai banyak faedah kesihatan yang cukup banyak dan bermacam jenis. Menangis bukanlah tanda lemah dan tidak dewasanya seseorang itu. Menangis merupakan terapi kesihatan yang sangat berguna untuk mengubati penyakit. Apabila kita menangis, kita dapat membuang unsur-unsur membahayakan diri kita yang dialami kita semasa ketakutan.

Selain itu, menangis dapat menamah jumlah degupan jantung dan merupakan latihan yang amat berguna bagi sekat rongga badan, urat-urat dada dan kedua-dua bahu. Setelah menangis, degupan jantung kita akan kembali ke asalnya, sehingga kita berasa tenang. Otak bekerja mengeluarkan unsur-unsur kimia yang terdapat pada air mata yg menjadi tempat bersarangnya sakit, jadi air matalah penghindarnya.

Apabila kita berada pada satu ketika di mana menangis itu dibolehkan, maka demi kesihatan anda menangislah dan lepaskanlah emosi atau perasaan sedih yang terpendam. Kajian ilmiah yang telah dijalankan diantara kebiasaan menangis pada seratus orang yang menderita penyakit radang usus besar atau luka di perut, dengan kebiasaan menangis pada seratus orang lain yang tidak menderita penyakit ini.

Kajian telah menunjukkan bahawa perempuan yang terkena penyakit radang usus besar atau luka pada perut berpendapat bahawa menangis tanda kelemahan keperibadian. Oleh itu, mereka lebih rela memendam perasaan mereka. Sedangkan perempuan yang tidak terkena penyakit berpendapat bahawa menangis adalah sesuatu yang semulajadi jika dilakukan pada keadaan yang dibenarkan.

 Tambahan lagi, air mata dapat bekerja secara berkesan membersihkan mata kita. Ia mengambil peranan penting dalam meringankan ketegangan jiwa dan emosi yang tidak kukuh. Air mata mengandungi berbagai-bagai hormon yang dikeluarkan oleh tubuh badan kita ketika kita mengalami ketegangan jiwa. Oleh sebab itu, semasa kita menangis, maka hormon-hormon ketegangan itu akan hilang dengan sendirinya. Seterusnya, kita pun berasa lehih baik.

 Kajian ini menganjurkan kita agar menangis dan melupakan penilaian negatif masyarakat terhadap permasalahan air mata, kerana menangis bukan aib atau kesalahan. Kita tidak perlu menjadi manusia kuat hingga mengharamkan diri kita untuk menitiskan air mata yang sihat. Sedih merupakan faktor utama yang menyebabkan lebih dari separuh keluarnya air mata. Selebihnya disebabkan kebahagiaan.

 Para ilmuwan telah melakukan kajian terhadap air mata. Mereka menemui bahawa air mata mengandungi 25% protein dan satu bahagian dari zat besi terutama magnesium. Ini adalah unsur racun yang boleh bebas dari manusia ketika kita menangis. Setelah kajian dilakukan, tidak boleh menangis adalah penyebab di sebalik aneka jenis penyakit yang sedang berusaha untuk dihilangkan.

 Perempuan menangis sebanyak 65 kali dalam setahun, sedangkan lelaki menangis hanya 15 kali dalam setahun. Lelaki dan perempuan menangis pada saat yang sama hanya pada saat keluar dari rahim ibu sahaja. Terdapat juga persamaan diantara lelaki dan perempuan dalam tangisan. Iaitu ketika orang yang mereka sayangi meninggal dunia, atau ketika mereka berpisah dengan keluarga atau orang yang mereka cintai.

 Air mata mempunyai faedah yang sangat banyak, di antaranya membantu kelenturan gerakan kelopak mata, baik bahagian atas ataupun bahagian bawah, membantu melindungi mata dan berfungsi sebagai alat pencuci mata dalam bentuk yang terus-menerus, memelihara mata daripada penyakit kekeringan mata, di samping tentunya menolak benda-benda yang dapat membahayakan mata, misalnya cili dan asap atau benda-benda keras, seperti debu tanah.

 Air mata juga bekerja menjernihkan kornea mata serta memeliharanya dari kekerinagan. Ini merupakan faktor yang boleh membantu jelasnya penglihatan serta kuat dan tajamnya penglihatan. Doktor berpendapat bahawa susunan (sistem) air mata terbentuk dari kelenjar-kelenjar inti, kelompok lain terdiri dari kelenjar bukan inti. Tugas kedua-duanya adalah menghantarkan air mata yang basah itu ke permukaan mata. Ia juga bertugas sebagai poket air mata yang berdaya guna mengolah air mata tambahan, agar fungsi dari sistem air mata itu secara sempurna boleh mengeluarkan lapisan air mata dan selaput dalam kelopak mata yang berada di bahagian paling atas rongga tulang mata. Lalu mata pun bersih dari air mata tambahan dengan sebab terbukanya saluran-saluran air mata yang terletak pada kelopak mata.

Para ilmuwan berpendapat bahawa menangis adalah berguna dalam mengubati tekanan saraf yang sering dialami oleh lelaki dan perempuan pada zaman moden. Mereka sering mengalami tekanan dan masalah kehidupan dalam menghadapi rutin harian seharian. Air mata boleh mengosongkan muatan-muatan racun yang muncul akibat tekanan jiwa, ketegangan urat saraf dan ketegangan emosi yang jenis beragam.

Menahan air mata bererti membiarkan pertumbuhan racun sedikit demi sedikit. Ia disebsbkan air mata boleh mengeluarkan unsur-unsur racun dari dalam tubuh. Seterusnya, menahan air mata bererti membiarkan tumbuhnya racun sedikit demi sedikit. Oleh itu, kepekaan perasaan fitrah perempuan untuk menangis lebih banyak daripada lelaki, maka secara jelas usia hidup mereka lebih panjang daripada usia lelaki. Ini kerana perempuan membebaskan diri dari peratusan racun yang keluar melalui tangisan.

Para ilmuwan memberi nasihat bahawa perempuan jangan mencuba menahan air mata dan jangan menunda tangisan ketika mereka berhadapan dengan masalah yang membelenggunya, kerana pada sesetengah golongan menagis adalah penyelesaian permasalahan tersebut. Orang ramai meyakini bahawa tangisan lelaki menandakan bahawa dia lemah. Oleh sebab itu, sesuai dengan adat resam mesyarakat, seorang lelaki harus menahan air matanya. Dia tidak boleh menangis di hadapan orang lain, walau apapun sebabnya. Mereka lupa bahawa lelaki juga makhluk hdup yang perlu mengungkapkan isi hati dna perasaannya, serta hilangkan kesedihannya. Jadi tangisan lelaki bukanlah aib atau manandakan kelemahan. Ini kerana, jika tidak menangis atau tidak mengungkapkan kesedihannya, nescaya akan banyak sekali beban yang tersimpan di dalam hatinya.

Apabila anda berada pada saat di mana menangis dibolehkan dan secara sosial dapat diterima, maka demi kesihatan anda, janganlah ragu untuk menangis dan membebaskan diri daripada perasaan sedih atau emosi yang tersimpan di dalam batin anda.

Terdapat banyak jenis tangisan antaranya ialah tangisan takut dan cemas, tangisan sayang dan belas kasihan, tangisan cinta dan rindu, tangisan gembira dan bahagia, tangisan putus asa kerana sakit daan tidak sanggup menangungnya. Tangisan kesedihan juga salah satu daripadanya. Tangisan kesedihan berbeza dengan tangisan ketakutan, tangisan kesedihan terjadi kerana adanya peristiwa yang tidak menyenangkan atau tidak tercapainya keinginan pada masa lalu. Sedangkan tangisan ketakutan muncul kerana adanya kekhuatiran kejadian itu berulang pada masa akan datang.

Selain itu, perbezaan antara tangisan bahagia dan gembira dengan tangisan kesedihan adalah bahawa air mata kebahagiaan itu sejuk kerana hati sedang dilanda kegembiraan. Sedangkan air mata itu panas kerana hati yang merasakannya sedang sedih. Oleh kerana itu, untuk sesuayu yang membahagiakan disebut ‘Qurratu ain’ yang bererti menyejukkan mata. Sedangkan untuk sesuatu yang menyedihkan disebut ‘Sakhinah al-ain’ yang bererti memanaskan mata.

Tangisan munafik juga antara jenis tangisan juga. air mata bercucuran namun hati sekeras batu. Tangisan komersial iaitu tangisan para pengiring jenazah(berlaku semasa zaman jahiliah kerana mengharapkan upah). Tangisan seperti ini pernah ditegur oleh Amir al-Mu’minin Umar dengan kata-kata : ”Kamu iringi jenazahnya dan kamu menangis untuk membantu tangisan selainnya”. Tangisan persetujuan ialah, seseorang melihat kmanusia yang sedang menangis kerana satu peristiwa lalu dia menangis bersama mereka sementara dia sendiri tidak tahu apa yang menyebabkan mereka menangis.

Pura-pura menangis juga salah satu jenis tangisan. Tangisan yang menuntut sebuah balasan. Berpura-pura menangis berpunca dari dua faktor. Faktor yang terpujidan motivasi yang tercela. Faktor yang terpuji adalah berpura-pura menangis yang bertujuan melatih kelembuatan hati dan menanam rasa takut kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. bukan untuk riak atau ingin dipuji. Adapun faktor tercela adalah pura-pura menangis demi untuk menariksimpati makhluk.

Terdapat beberapa jenis air mata antaranya ialah air mata payung (pelindung). Air mata jenis ini mampu memelihara kelembapan dan kesihatan mata. Ia dapat membantu mata untuk bergerak secara mudah di dalam rongganya. Di samping itu, ia mengandungi unsur garam dan enzim yang dapat membunuh bakteria-bakteria yang tidak dilihat.

Air mata kepekaan juga antara jenis air mata. Air mata jenis ini mengandungi unsur-unsur air mata payung. Cuma air mata jenis ini mempunyai fungsi tambahan iaitu mengeluarkan air mata demi memelihara kedua-dua mata dari berbagai-bagai kotoran dan benda-benda tertentu seperti wap-wap bawang. Air mata perasaan mengalir sebagai tindak balas atas peristiwa yang menyentuh perasaannya. Air mata perasaan mengandungi pelbagai jenis hormone protein dan androfin. Ia merupakan tempat bertapaknya luka hati semulajadi yang dapat membantu mengusir unsur-unsur racun yang terdapat di dalam tubuh kerana ringannya kadar tekanan psikologi.

Tidakkah anda mengetahui bahawa di antara tujuh golongan yang Allah Subhanahu wa ta’ala. lindungi di dalam naungan Allah pada hari di mana tidak ada tempat bernaung terkecuali naungan-Nya, iaitu seorang lelaki berzikir kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. di tempat yang sunyi lalu kedua-dua matanya dibasahi oleh air mata. Tidakkah anda mengetahui bahawa Rasullullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. yang menjadi makhluk teragung menangis semasa menghadapi beberapa peristiwa. Bukannya kedua-dua mata baginda selalu bersimbah kerana takut dan khuatir terhadap nasib umatnya setiap kali baginda membaca Al-Quran.

Air mata termahal dimiliki oleh seorang ibu, ayah, anak remajadan orang yang dizalimi. Ibu adalah seorang manusia yang tinggi kedudukannya dan lembut yang mampu mententeramkan perasaan kita. Seorang di mana kita dilarang untuk berkata kasar kepadanya dan tidak diizinkan berangkat berjihad di jalan Allah Subhanahu wa ta’ala. tanpa mendapat restu daripadanya. Ini dilakukan semata-mata untuk meraih keredaannya dan memberi kebahagian kepadanya. Ibu adalah sumber air mata yang tidak pernah kering dalam mengalirkan cinta dan kasih sayang. Ibu adalah seorang yang Allah Subhanahu wa ta’ala. telah wasiatkan kepada kita agar berbuat baik kepadanya dan Allah Subhanahu wa ta’ala. telah iringi (di dalam Al-Quran) kewajipan mentaati-Nya dengan kewajipan mentaati ibu.

Seorang ayah juga memiliki air mata termahal. Kita melihatnya sebagai seorang yang kuat, tabah, penuh ksabaran dan tidak pernah goyah walau apapun melanda. Kita tidak dibolehkan sedikitpun menyatakan kelemahan dan air matanya. Biarlah ayah menjadi suri tauladan yang luhur yang melambangkan kekuatan dan keteguhan. Ayah sebagai seorang yang kuat, begitu juga suami kedua-duanya pemilik air mata. Namun jarang sekali kita melihat air mata mengalir daripadanya.

Anak remaja adalah makhluk suci bersih dan kekasih Allah Subhanahu wa ta’ala. Nikmatnya hati yang kita harungi semata-mata wujud, manakala boleh membuatnya bahagia tenteram dan mencegah agar air matanya tidak bercucuran. Air mata orang yang dizalimi juga air mata termahal. Seorang yang tidak memilih apa-apa selain air mata yang mengungkap aneka ragam penderitaan yang dia rasakan.

Air mata mengungkapkan pelbagai perasaan batin yang selama ini kita simpan, baik ia berupa perasaan gembira ataupun perasaan sedih. Biasanya perasaan itu tidak boleh dilafazkan oleh lidah. Maka keluarlah kesedihan yang selama ini dipendam oleh manusia melalui air mata. Kesedihan di dalam hati sering mancapai kemuncaknya. Barangkali hal ini disebabkan kerana kehilangan kekasih hati atau terpisah dengan orang yang sangat disayangi atau kerana dikhianati teman baik lalu tidak ada satu pun sarana untuk mengungkapkan duka lara yang mendalam ini, maknanya jiwa berasa cukup dengan linangan air mata sebagai pengganti daripada bahasa dan kata-kata.

Kebahagian sering mendatangani diri anda. Dia seolah-olah sedang berada di hadapan anda. Lalu anda peluk bahagian itu di antara dua pinggang anda hingga anda berada pada puncak kegembiraan. Ternyata anda belum tahu bagaimana cara mengungkapkan kebahagiaan anda, sementara anda berharap seandainya anda berkata-kata, nescaya perkataan itu dengan fasih dapat menggambarkan kebahagiaan anda. Namun air mata telah mendahului rancangan anda. Jadi, air mata pada tempoh masa tertentu kadang-kadang telah mengeluarkan bicaranya sebelum mulut anda berkata-kata.

Para pengkaji menemui bahawa air mata tertutup oleh selaput mata yang mempunyai tiga lapisan. Lapisan dalam yang berfungsi memberikan keluasan air mata untuk melakukan resapan (percampuran yang cukup di atas kornea). Lapisan pertengahan yang berbentuk air, ia menjadikan permukaan mata selalu basah dan lembut. Lapisan ketiga, ia dapat menghasilkan sel-sel air mata ke permukaan mata. Dengan terbukanya mata sebanyak 16 kali dalam seminit bererti kelompak mata telah mengusap dan membersihkan berbagai macam pencemaran.

 Doktor pakar luka pada mata menyatakan bahawa penyakit keringnya air mata adalah penyakit yang paling banyak merebak di Arab Saudi yang banyak menelan korban manusia ataupun usia. Penyakit ini didahului dengan perasaan tidak nyaman atau merasa ada benda lain di mata atau tidak mampu untuk menerima cahaya dan kadang-kadang sewaktu mengalami kekaburan penglihatan. Penyakit ini semakin bertambah parah pada keadaan tertentu, di mana kadar pemeluapan air mata dari dalam mata semakin tinggi. Misalnya ketika berhadapan dengan penyaman udara atau terkena angin atau berada di tengah cuaca panas ataupun faktor-faktor yang menyebabkan berkurangnya kadar pergerakan kelopak mata secara normal seperti membaca atau bekerja di hadapan komputer dalam waktu yang lama.

Kekeringan mata boleh mengakibatkan tumor. Tumor boleh terjadi dengan sebab sedikitnya jumlah air mata yang keluar dari kelenjar air mata berpunca dari radangan tahap pertama atau tahap kedua-dua di dalam kelenjar mengiringi sebahagian tumor sendi tulang atau tumor-tumor yang lain.

Antara nasihat praktikal untuk menghindar daripada penyakit kekeringan mata ialah menjauhi cuaca panas dan kering. Selain itu, menggunakan kaca mata pelindung dan ubat titis mata yang dapat melembabkan secara teratur. Bagi mereka yang bekerja dalam jangka waktu yang lama di depan komputer hendaklah mengambil waktu berehat selama sepuluh minit pada setiap jamnya sambil meletakkan peralatan komputer dalam jarak yang sesuai.

Seterusnya, meletakkan peralatan komputer pada jarak yang sesuai dan jarak pandang yang tepat dengan mata agar dapat mengurangkan kadar penguapan air mata dari mata. Membiasakan diri untuk berkedip tanpa sengaja seboleh mungkin. Khususnya pada keadaan yang mengharuskan seseorang memandang dengan pandangan tajam seperti semasa menyaksikan televisyen. Biasakan diri untuk mengunci mata dan merehatkannya semasa melakukan aktiviti rutin yang tidak menuntut pengunaan deria penglihatan. Selain itu, berjumpa doktor ketika merasakan penyakit tersebut dan tidak mengunakan ubat titis mata sedikitpun tanpa ada petujuk daripada doktor.

Penutup

Kesimpulannya, tangisan air mata tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia. Air mata seringkali dikaitkan dengan kesedihan, kesakitan dan kesengsaraan. Adakalanya air mata akan mengalir apabila seseorang mengalami detik-detik yang menggembirakan. Ia berpunca daripada pelbagai faktor tetapi air mata yang menitis kerana Allah Subhanahu wa ta’ala. adalah amat tinggi nilainya.

Pada pandangan umum, air mata adalah cukup sinonim dengan kaum wanita, sedangkan bagi kaum lelaki ia merupakan simbol kelemahan seseorang. Namun demikian, ada kajian menyatakan bahawa di sebalik tangisan dan air mata yang mengalir secara semulajadi tersembunyi kelebihannya. Beberapa pakar perubatan telah menemui pelbagai kelebihan air mata sebagai terapi semulajadi bagi pelbagai penyakit khususnya berkaitan mata.

Esei ini banyak meyingkap rahsia sebenar air mata yang telah diciptakan oleh Tuhan Yang Maha Bijaksana secara semulajadi keluar melalui mata. Antara hikmah kewujudan air mata adalah ia bertindak sebagai pencuci bagi debu-debu kotoran yang melekat pada mata. Apa yang lebih mengagumkan ia dapat meneutralkan racun-racun yang mungkin terbentuk pada selaput mata.
Justeru, semoga apa yang diringkaskan akan memberi satu pengetahuan yang amat berguna dan menolak tanggapan yang salah berkaitan tangisan dan air mata.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com