Air Zamzam

DISEDIAKAN UNTUK : 
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH : 
IZZATI BINTI ISHAK 2011533251

PROGRAM : 
BM 111- DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN

TARIKH HANTAR :   
13 SEPTEMBER 2012

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa, nyawa serta tenaga yang dianugerahkan kepada saya kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah yang saya hormati, Ustaz Abdul Aziz bin Harjin kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa yang memberi sokongan untuk menyiapkan kerja kursus ini. Mereka telah memberi segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sehingga berjaya menghabiskan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan dan membantu dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam menyiapkan kerja kursus ini.

PENGENALAN
Air zamzam merupakan air yang sangat istimewa, ajaib serta menakjubkan. Kewujudan air zamzam adalah sejak abad ke-50 dan sehingga ke hari ini, dengan kuasa Allah S. W. T air zamazam masih dapat dinikmati oleh seluruh umat manusia. Allah S. W. T Maha Berkuasa atas segala sesuatu tidak ada yang mustahil bagi-Nya. Firman Allah S. W. T:
“ Ya Rabb, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanaman-tanaman dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan bersyukur ”
 Surah Ibrahim ayat 37.

SEJARAH AIR ZAMZAM
Menurut Muhammad bin ‘Alwi bin ‘Abbas al-Maliki [1] air zamzam adalah air telaga yang digali langsung oleh malaikat Jibril A. S dengan tumitnya yang dipersembahkan untuk Nabi Ismail yang masih kecil dan sangat kehausan. Saat itu Allah S. W. T memerintahkan Nabi Ibrahim A. S (ayahanda Nabi Ismail A. S) untuk mengadakan perjalanan dari negeri Syam ke Tanah Haram. Nabi Ibrahim A. S mengendarai Buraq dan meletakkan Nabi Ismail A. S di hadapannya. Satu riwayat mengatakan bahawa saat itu usia Nabi Ismail A. S adalah dua tahun dan masih menyusui, sedangkan ibundanya (Siti Hajar) duduk dibelakangnya. Malaikat Jibril juga menyertainya dan member petunjuk kedudukan Baitullah.
Diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Ibnu Abbas, beliau mengatakan: “ Ibrahim A. S datang bersama Hajar dan puteranya (Ismail) yang sedang disusuinya. Kemudian beliau menempatkan keduanya di Baitullah di sebuah pohon besar di atas Zamzam di sebelah Masjid (tempat yang kemudian menjadi Masjid al-Haram, kerana saat itu masjid belum dibangunkan). Saat itu tidak ada seorang pun di Makkah dan tidak ditemukan air. Beliau menempatkan mereka berdua di sana dan meletakkan kantong – kantong berisi kurma dan wadah berisi air di dekat mereka. Kemudian Nabi Ibrahim A. S meninggalkan mereka kembali ke Syam. Ibunda Ismail (Siti Hajar) menghiraukan kemudian berkata: ‘Wahai Ibrahim, ke mana engkau akan pergi dan meninggalkan kami di lembah ini yang tidak ada manusia’. Beliau (Siti Hajar) menanyakan berkali-kali, namun Nabi Ibrahim A. S tidak menghiraukannya lalu meninggalkan mereka berdua dan berdoa kepada Allah S.W.T. ‘Ya Rabb, sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian keturunanku di lembah yang tidak mempunyai tanaman-tanaman dekat rumah Engkau (Baitullah) yang dihormati, ya Tuhan (yang demikian itu) agar mereka melaksanakan solat, maka jadikanlah hati sebahagian manusia cenderung kepada mereka dan berilah mereka rezeki dari buah-buahan, mudah-mudahan bersyukur’. ”
Siti Hajar mulai menyusui anakandanya (NAbi Ismail A. S) dan meminum air yang dibawanya. Ketika persediaan air yang dibawanya habis, beliau dan puteranya merasa kehausan. Beliau memandang kea rah anakandanya yang sedang menggeliat atau sedang berguling – guling. Kerana tidak tahan melihat keletah anakandanya, beliau mula pergi mencari air. Beliau melihat Bukit Safa iaitu bukit yang paling berhampiran dengannya. Beliau berdiri di atas bukit tersebut lalu memandang sekeliling namun tiada seorangpun dilihatnya. Beliau turun dari Bukit Safa sehingga ke lembah. Dengan susah payah beliau berusaha melewati lembah, akhirnya beliau tiba di Marwah.
Ketika Hajar mendekati Marwah, beliau mendengar suara lalu berkata kepada dirinya sendiri: ‘Diamlah!. ’. Kemudian beliau mendengar suara tersebut dengan penuh perhatian dan berkata, ‘Engkau telah memperdengarkan suara, mungkin engkau dapat menolong’. Ternyata dia malaikat berhampiran tempat (yang kemudian dinamakan) Zamzam. Malaikat itu mencari air dengan tumitnya atau dengan sayapnya sampai akhirnya muncul air. Hajar mulai membuat kolam dan mengatur air tersebut dengan tangannya. Beliau menceduk air ke dalam wadahnya, dan air tersebut memancar setelah itu. Hajar meminum air tersebut dan menyusui anakandanya. Kemudian malaikat berkata kepada Hajar; ‘Kamu jangan takut air itu habis, kerana di sini akan terdapat Baitullah yang dibangunkan oleh anak ini serta ayahandanya. Sesungguhnya Allah tidak menyia-nyiakan keluarga Nabi-Nya’ (Fathul Bari, 6: 402). [2]

USIA AIR ZAMZAM
Merujuk kepada [2] sejak muncul di atas permukaan bumi, umur Zamzam kira-kira 5000 tahun di mana telah diperjelaskan sebagai berikut:
i.  Antara Nabi Ibrahim A. S dan Nabi Musa berjarak 1000 tahun.
ii.  Antara Nabi Musa A. S dan Nabi Isa berjarak 1900 tahun (berdasarkan riwayat dari Ibnu ‘Abbas; ‘Jarak antara Musa bin Imran dengan Isa bin Maryam 1900 tahun’.
iii.  Antara kelahiran Nabi Isa A. S dengan kelahiran Nabi Muhammad S.A.W. 569 tahun.
iv.  Umur Rasulullah sebelum hijrah adalah 50 tahun.
v.  Sejak hijrah Rasulullah sampai sekarang 1430 tahun.
Oleh yang demikian, jumlah kesuluruhan tahun sejak zaman Nabi Ibrahim A. S sehingga ketika ini adalah 4949 tahun.
Dalam sahih Bukhari melalui jalur Ibnu Abbas disebutkan: “Ibrahim datang bersama Ismail dan ibunya yang sedang menyusui lalu ia menempatkan keduanya di sisi Baitullah berhampiran sebuah pohon besar di atas Zamzam di sebelah atas masjid”.

KEUTAMAAN AIR ZAMZAM
a)  Air zamzam termasuk mata air syurga.
Dalam kitab ‘Al Jami’li Ahkam al-Quran Imam Qurtubi meriwayatkan melalui sanad ‘Abdullah bin ‘Amr: “Dalam telaga Zamzam ada mata air dari syurga dari arah Rukun Yamani” (juz 9/370) [2]. Diperkukuhkan lagi, melalui kitab ‘Nawadir al Usul, Imam Tirmizi mengatakan: “Sesungguhnya Allah S.W.T. memunculkan Zamzam dari syurga-Nya sebagai pertolongan”. [2]
b)  Member minum dengan air Zamzam merupakan amal soleh.
Imam Bukhari meriwayatkan daripada Ibnu Abbas berkata: “Kemudian Nabi mendatangi Zamzam dan mereka sedang memberikan minum dan bekerja di sana. Lalu beliau mengatakan: “Bekerjalah kalian, kerana kalian sedang melakukan amal soleh”. Setelah itu beliau mengatakan: “Seandainya tidak dikhuatirkan kalian akan dikalahkan orang, nescaya aku akan turun dengan meletakkan tali di sini (beliau menunjuk pundaknya)”. ” (HR. Bukhari, 3:491) [2]
Menurut sabda Nabi S. A. W tentang ganjaran orang yang member minum air zamzam dengan “Sesungguhnya itu amal soleh”. Selain itu, dalam beberapa hadis, Nabi S. A. W sering mengutarakan pahala bagi orang – orang yang member makan dan minum. Dari Abdullah bin ‘Amr R. A, beliau mengatakan: “Rasulullah S. A. W bersabda: “Barangsiapa yang memberi makan saudaranya (sesama mukmin) hingga mengenyangkannya dan memberinya minum hingga menghilangkan dahaganya, maka Allah S. W. T akan menjauhkannya dari neraka sejauh tujuh parit di mana jarak antara dua parit sejauh perjalanan lima ratus tahun”. ” (HR. Tabrani, Ibnu Hibban, Baihaqi dan Hakim. Hakim mengatakan sanadnya sahih). [2]
c)  Keutamaan air Zamzam disebutkan dalam kitab-kitab Ahlul Kitab.
Merujuk kepada Akhbar Makkah [2], Imam Al Fakihi meriwayatkan: “Telah memberitahu kepada kami Ibrahim bin Basyir dari Muhammad bin Harb dari orang yang menceritakannya, bahawa dia ditawan di negeri rum sampai dibawa menemui Raja. Lalu Raja bertanya kepadanya. ‘Dari mana asalmu?’. ‘Dari Makkah’, jawabnya. Raja itu bertanya lagi, ‘Apakah di Makkah engkau mengenal Hazmah Jibril?’. ‘Ya’. ‘Apakah mengenal Barrah?’. ‘Ya’. ‘Apakah dia punya nama selain nama-nama ini?’. ‘Ya, sekarang ia dikenali dengan nama Zamzam’. Kemudian Raja berkata: ‘Jika engkau berkata begitu, maka kami mendapati dalam kitab kami bahawa tidaklah dituangkan Zamzam di atas kepala seseorang tiga kali melainkan ia tidak akan ditimpa kehinaan selama-lamanya’. ”
d)  Para Ulama Ahlul Kitab, lebih menyukai Zamzam daripada emas.
Imam Al Fakhi meriwayatkan dari Mujahid, ia berkata: “Suatu hari kami berjalan di negeri Rum. Di suatu malam, saat di tempat seorang pendeta, pendeta itu bertanya, ‘Apakah di antara kalian ada penduduk Makkah?’. ‘Ya’, jawab kami. Ia bertanya lagi, ‘Berapa jarak antara Zamzam dan Hajar Aswad ?’. Aku jawab, ‘Aku tidak tahu, tetapi aku dapat mengiranya’. Pendeta itu berkata: ‘Tetapi aku tahu bahawa Zamzam itu mengalir dari bawah Hajar Aswad. Mempunyai wadah yang penuh dengan Zamzam lebih aku sukai daripada mempunyai wadah yang dipenuhi dengan emas’. ” [2]

KEISTIMEWAAN AIR ZAMZAM
a)  Air Zamzam adalah air terbaik di muka bumi.
Air zamzam mengandungi cirri-ciri khusus serta keunikan yang tersendiri. Ia dikatakan air yang terbaik di muka bumi ini kerana di dalamnya terdapat kebaikan serta keberkatan. Berdasarkan sabda Rasulullah: “Air terbaik di muka bumi ini adalah air zamzam” (HR Tabrani). Baginda juga bersabda: “Sebaik-baik telaga yang ada pada manusia adalah telaga zamzam” (HR Tabrani). [2]
b)  Air Zamzam merupakan air yang paling utama dan paling mulia.
Menurut Ibnu Qayyim Jauziyah dalam Zad al Ma’ad: “Air zamzam adalah air yang paling utama dan paling mulia; paling luhur nilainya dan paling dicintai jiwa; paling mahal harganya dan paling bernilai di sisi manusia. Ia adalah air yang keluar kerana hentakan malaikat Jibril serta minuman yang Allah berikan kepada Nabi Ismail A. S”. [2]
c)  Air Zamzam mengungguli semua air di bumi, baik secara perubatan mahupun syara.
Dalam ‘Syifa al Gharam bi akhbar al Balad al Haram, Imam Badruddin bin ash Shahib al Misri berkata: “Saya telah membandingkan air zamzam dengan mata air yang lain di Makkah, dan saya dapati air zamzam lebih berat seperempat kali daripada mata air lainnya. Kemudian saya membandingkan dengan criteria perubatan, terbukti ia mengungguli air lain di bumi”. [2]


d)  Air Zamzam bersih dari segala bacteria yang dapat mencemarkan.
Yahya Kausyak berkata: “Ketika kami membersihkan telaga zamzam pada tahun 1400H, kami mengeluarkan dari telaga tersebut banyak pasir dan lumpur. Penggalian telaga zamzam dilakukan secara terus menerus sehingga terlihat mata airnya berkali – kali adalah untuk membersihkan mata air ini dan menghilangkan kuman yang mengandungi penyakit. Walaupun kuman yang kebiasaannya terdapat dalam air, tampak dalam ukuran yang hamper tetap pada mata airnya yang besar. Sedangkan pada mata airnya yang kecil, jumlah bacteria ini terus berkurang. Ini mengukuhkan lagi keyakinan bahawa sumber utama air zamzam benar – benar bebas daripada segala jenis bacteria yang boleh menyebabkan pencemaran”. [2]
e)  Air Zamzam tidak mudah rosak.
Menurut Syeikh Abdul Rasyid Ibrahim seorang qadhi dari Rusia berdarah Tartar bercerita: “Saya menyimpan air zamzam selama 12 tahun dan terbukti ia tidak rosak dan tidak pula berubah. Air itu saya tempatkan di dalam botol – botol”. [2]

KELEBIHAN AIR ZAMZAM
a)  Air Zamzam adalah makanan yang mengenyangkan.
Diriwayatkan oleh Imam Tabrani dari Ibnu ‘Abbas r. a, beliau berkata: “Rasulullah S. A. W bersabda: ‘Sebaik-baik air di muka bumi ini adalah zamzam kerana didalamnya mengandungi makanan yang mengenyangkan dan ubat segala penyakit’. ” [2]
Melalui riwayat Al Bazzar dengan sanad yang sahih oleh Imam Tirmizi dalam ‘Ash Sagir’ dari Abu Zar r. a, beliau berkata: “Rasulullah bersabda: ‘Zamzam adalah makanan yang mengenyangkan dan ubat daripada segala penyakit’. ” [2]
b)  Air Zamzam adalah satu-satunya air yang boleh menghilangkan dahaga sekaligus.
Daripada Imam Ad Daruqutni, Imam Ahmad dan lain-lain telah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas bahawa Rasulullah S. A. W bersabda: “Air zamzam bermanfaat untuk apa sahaja yang diniatkan meminumnya. Jika engkau meminumnya untuk menjadi kenyang, Allah S. W. T akan mengenyangkanmu; jika engkau meminumnya untuk menghilangkan haus, Allah S. W. T akan menghilangkan rasa haus tersebut”. [2]
Merujuk kepada Imam Tirmizi dalam ‘Nawadir al Usul’ berkata: “Orang yang meminum air zamzam dengan niat supaya kenyang, maka Allah S. W. T akan memberikannya rasa kenyang; jika ia meminumnya agar hilang hausnya, maka Allah S. W. T akan memberikan rasa segar serta menghilangkan hausnya”. [2]


c)  Air Zamzam adalah makanan Nabi Muhammad S.A.W.
Dalam ‘Tabaqat Ibn Sa’d (juz 1: 168) diriwayatkan dari Ummu Aiman r. a, perawat Rasulullah S. A. W dan ibu susunya, ia berkata: “Aku tidak pernah melihat Nabi S. A. W mengeluh ketika waktu kecil mahupun setelah besar, baik kerana lapar mahupun haus kerana pada pagi hari, baginda meminum air zamzam. Ketika aku suguhkan makanan kepadanya, beliau berkata: ‘Aku tidak menginginkannya. Aku kenyang’. ” [2]

KHASIAT AIR ZAMZAM
Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas r. a., beliau bercerita bahawa penduduk Makkah tidak dijangkiti penyakit oleh seseorang kecuali mereka akan menjangkitinya, dan mereka tidak diseruduk kecuali mereka akan menyeruduknya, sehingga mereka membenci air zamzam dan penyakit pun menimpa mereka pada kaki mereka. [2]
Selain itu, diriwayatkan juga darinya, bahawasanya Rasulullah S. A. W bersabda: “Air zamzam (berkhasiat) untuk segala maksud peminumya. Jika kau meminumnya untuk mencari kesembuhan, nescaya Allah akan menyembuhkanmu. Jika kau meminumnya untuk mengenyangkan dirimu, maka Allah S. W. T akan mengenyangkanmu. Jika kau minum untuk mengubati dahagamu, maka Allah S. W. T akan menghilangkannya. Ia adalah jejakan kaki Jibril a. s dan minuman Ismail”. [2]
Daripada Ibnu Khaitham, beliau bercerita: Wahab Ibnu Munabbih dating ke tempat kami, lalu dia mengeluh sakit. Kami pun datang menjenguknya. Ternyata disampingnya, kami menemui air zamzam dan kami memberitahu kepadanya; ‘Seandainya kamu meminta air tawar sahaja (tentu kamu tidak sakit). Air ini (air zamzam) cukup berat. ’ Dia menjawab; ‘Aku tidak mahu meminum air selain daripada air zamzam. Demi Zat yang diriku ada dalam genggaman tangan kuasa-Nya, sesungguhnya disebutkan dalam kitab Allah S. W. T; zamzam tidak akan habis terkuras dan tidak tercela dan disebutkan juga bahawa air zamzam adalah merupakan minumam orang – orang bijak. Disebutkan lagi, air zamzam adalah sesuatu yang tersimpan. Disebutkan lagi dalam kitab Allah S. W. T, bahawa air zamzam adalah makanan yang mengenyangkan dan ubat penyembuh penyakit. Demi Zat dengan genggaman tangan kuasa-Nya, tidak ada seorang pun yang bertopang kepadanya, lalu ia meminum airnya sampai memenuhi kerongkongnya kecuali akan dihilangkan penyakit darinya dan akan muncul kesembuhan kepadanya’. [2]
Di samping itu, diriwayatkan juga dari Imam Asy-Syafi’i r. a bahawasanya beliau pernah meminum air zamzam untuk tujuan kepintaran, dan ia terbukti memperoleh apa yang diinginkannya. Beliau juga pernah meminumnya agar tepat dalam memanah, dan terbukti dalam setiap sepuluh anak panah yang beliau lesatkan Sembilan di antaranya adalah tepat pada sasaran. [2]
Riwayat – riwayat di atas menguatkan lagi kesahihan hadis “Air zamzam sesuai dengan tujuan peminumannya”. Air zamzam telah diminum oleh sejumlah para ‘ulama untuk memenuhi keinginan mereka dan terbukti mereka memperolehinya berserta keizinan-Nya.

KESIMPULAN
Air zamzam merupakan air kurniaan Allah S. W. T kepada umat Islam khasnya. Perbandingan antara semua jenis air minuman yang terdapat pada masa kini seperti yang ditapis dengan penapis yang berkualiti tinggi, ditambah dengan pelbagai unsur mineral tambahan serta beroksigen lebih namun air – air tersebut tidak mampu menandingi keistimewaan dan keajaiban air zamzam. Menurut para ulama’, air zamzam merupakan salah satu mata air yang berasal daripada syurga. Wallahu’alam.

------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com