Perkahwinan

NAMA: 
RUHAIZA BINTI ROSDING

NO. MATRIK: 
2011526889

GROUP: 
BMD2Cc

NAMA PENSYARAH: 
USTAZ ABD. AZIZ BIN HARJIN

TARIKH HANTAR: 
12 SEPTEMBER 2012
       

PENGENALAN
Perkahwinan dari segi bahasa ialah himpun atau cantum. Dari segi istilah pula, perkahwinan membawa maksud akad yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan mengikut syarat-syarat tertentu. Perkahwinan adalah sunnah Nabi S. A. W dan juga sunnah para rasul. Rasulullah S.A.W. bersabda dengan maksudnya: ‘empat perkara dalam sunnah para rasul ialah pemalu, suka berharum-haruman, bersiwak dan bernikah. ”(riwayat ahmad dan tarmizi). Sesiapa yang menolak perkahwinan beertiia menolak sunnah Nabi SAW. Rasulullah juga berbangga dengan bilangan umat yang ramai. Dalam perkahwinan terdapat beberapa hukum. Hukum nikah terbahagi kepada lima(5) iaitu Sunat, Wajib, Haram, Makruh dan Harus. Nikah disunatkan kepada seseorang itu apabila seseorang itu mampu dari segi zahir dan batin, mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi ia masih dapat mengawal diri daripada zina. Wajib pula, apabila seseorang itu mampu dari segi zahir dan batin serta yakin tidak dapat menahan diri daripada berzina jika ia tidak berkahwin, maka ia diwajibkan untuk berkahwin. Haram pula, apabila seseorang itu yakin bahawa dirinya tidak mampu untuk melaksanakan kewajipan kepada isterinya bahkan akan berlaku zalim, ia diharamkan untuk berkahwin selagi tidak mampu untuk melaksanakan tanggungjawab. Makruh pula, apabila seseorang yang tidak mempunyai keunginan untuk berkahwin kerana lemah syahwat, berpenyakit, terlalu tua atau bimbang tidak dapat melaksankan tanggungjawab dengan sempuna dan baik. Ap yang dikatakan harus berkahwin ialah seseorang yang seimbang dalam perasaanya, jika ia tidak berkahwin ia tidak akan berzina dan jika ia berkahwin tidak akan menzalimi isterinya dan dapat menjalankan tanggungjawab dengan baik.

JENIS-JENIS PERKAHWINAN
Poligami, Poliandri dan Monogami merupakan jenis –jenis perkahwinan yang terdapat dalam islam. Poligami adalah merupakan lelaki yang berkahwin lebih daripada satu dalam satu masa. Hukum poligami terbahagi kepada empat iaitu harus, sunat, makuh dan haram. harus merupakan hukum asal bagi poligami. Poligami disunatkan apabila suami itu kuat nafsu, mampu berlaku adil dan tidak memadai seorang isteri kerana isterinya uzur, berpenyakit dan tidak mampu melahirkan zuriat. Poligami menjadi makruh apabila seseorang suami itu berpoligami tiada keperluan dan tujuannya hanya untuk berseronok. Ia bertukar menjadi haram berpoligami apabila suami yakin tidak mampu berpoligami atau tidak mampu berlaku adil serta tidak mampu memberi nafkah. Hikmah berpoligami ialah untuk menjaga maruah diridaripada melakukan maksiat serta dapat mengurangkan masalah sosial dalam masyarakat. Ia juga mampu membantu membela kehidupan para ibu tunggal. Selain itu ia juga dapat mengurangkan bilangan perempuan yang tidak berkahwin dan dapat mengembangkan ajaran Islam melalui penghayatan agama. Poliandri pula bermaksud perkahwinan yang berlaku antara seorang perempuan berkahwin dengan beberapa orang lelaki. Ini merupakan konsep yang songsang dari poligami. ia juga diharamkan dalam islam kerana perempuan tidak boleh berkahwin lebih seorang dalam satu masa. Monogami pula bermaksud cara perkahwinan tunggal iaitu perkahwinan antara seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja. Monogami merupakan perkahwinan seorang lelaki dengan seorang perempuan sahaja dalam tempoh masa yang panjang. Konsep monogami adalah konsep yang di idamkan oleh para wanita diluar sana. Ini kerana tidak ramai para wanita diluar sana ingin hidup berpoligami.

RUKUN DAN SYARAT SAH NIKAH
Rukun perkahwinan terbahagi kepada lima iaitu suami, isteri, wali, saksi dan sighoh. Dalam perkahwinan juga terdapat syarat-syarat sah nikah seseorang itu.

BAHAGIAN WALI

  Dalam perkahwinan terdapat empat jenis wali iaitu wali mujbir, wali aqrab, wali ab’ad dan wali hakim.
1.  Wali Mujbir= Wali mujbir ialah wali yang berhak mengahwinkan anak gadisnya tanpa perlu meminta persetujuan atau izin iaitu Bapa dan Datuk.

2.  Wali Aqrab= Wali yang hamper dengan perempuan yang akan berkahwin seperti Bapa, Datuk, dan Saudara lelaki.

3.  Wali Ab’ad= Wali yang mempunyai hubungan yang jauh dengan perempuan yang akan berkahwin seperti selain daripada Bapa, Datuk dan Saudara lelaki.

4.  Wali hakim= Sultan atau orang yang dilantik oleh sultan seperti qadi. Wali haki boleh digunakan apabila perempuan yang akan berkahwin tidak mempunyai seorang pun wali-wali yang diatas.

KONSEP MELIHAT DAN MEMINANG

Konsep melihat adalah harus. Tujuan melihat adalah supaya pihak lelaki berpuas hati dengan pilihan yang di buat dan tidak akan timbul penyesalan di kemudian hari. Melihat juga bertujuan supaya dapat menjamin kebahagiaan rumah tangga. Meminang pula bermaksud menzahirkan keinginan untuk berkahwin daripada seorang lelaki kepada seorang perempuan atau kepada walinya sama ada secara langsung atau melalui perantaraan orang lain. Hukum meminang adalah harus dan haram jika meminang tunangan orang lain. Bertunang bukannya bermaksud berkahwin. Ramai orang menganggap bahawa apabila bertunang halallah perhubungan mereka, tetapi sebenarnya salah di sisi agama, bertunang Cuma mengikat hubungan antara seseorang lelaki dan perempuan sebelum mereka di ijab kabulkan. Dalam konsep bertunang terdapat juga batas pergaulan-pergaulan yang perlu dielakkan seperti mereka haram berdua-duaan sebelum akad nikah, hubungan mereka juga sama seperti ajnabi iaitu bukan mahram.

GOLONGAN PEREMPUAN YANG HARAM DIKAHWINI
Dalam perkahwinan juga, terdapat juga golongan perempuan yang haram dikahwini. golongan perempuan yang haram dikahwini terbahagi kepada dua iaitu perempuan yang haram di kahwini selama-lamanya dan perempuan yang haram dikahwini sementara. Perempuan yang haram di kahwini selama-lamanya terbahagi kepada beberapa ciri iaitu(1) haram sebab nasab atau keturunannya seperti ibu, nenenk, anak, cucu perempuan, saudara perempuan dan anak saudara perempuan serta emak saudara sebelah ibu dan bapa. (2) haram sebab persemendaan seperti ibu tiri, nenek tiri sebelah ibu atau bapa, menantu perempuan dan isteri kepada cucu lelaki, setaibu mertua dan anak tiri yang ibunya telah disetubuhi. (3) haram disebabkan susuan seperti ibu yang menyusu sehingga ke atas. Saudara perempuan dan anak perempuan kepada saudara perempuan susuan.

 Ciri-ciri Perempuan yang haram sementara dikahwini ialah mengumpul kedua-dua wanita yang bersaudara pada suatu masa sama ada kerana nasab atau susuan. Mengumpul isteri dengan emak saudara dengan anak saudara atau cucunya. Berkahwin dengan perempuan musyrik iaitu bukan ahli kitab kecuali setelah perempuan itu berhijrah ke agama islam. Selain itu, perempuan yang telah berkahwin dan mempunyai suami kecuali setelah bercerai dan tamat tempoh idannya. Cirri terakhir ialah perempuan yang telah di talak tiga kecuali dia berkahwin dengan lelaki lain, melakukan persetubuhan, bercerai dan tamat tempoh idah. Tidak sah bagi perempuan yang berkahwin dengan konsep cina buta, kerana konsep ini tidak ada dalam agama islam. Hikmat larangan berkahwin selama-lamanya atau sementara ialah untuk mengelak daripada melakukan maksiat, ia juga dapat memelihara maruah dan akhlak manusia serta dapat menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia dan dapat memelihara nasab kesucian, disamping itu ia dapat mengelakkan permusuhan dan dendam di antara kaum kerabat.

MAHAR
Mahar ialah pemberian wajib daripada suami kepada isteri dengan sebab akad nikah atau biasanya juga disebut sebagai maskawin. Hukum mahar ialah wajib ke atas suami selepas akad nikah. Mahar tidak ditentukan kadarnya, asalkan ianya berupa harta. Mahar juga diberikan mengikut kadar kemampuan suami sebaik-baiknya mahar yang sederhana supaya melahirkan rasa riak kepada pihak perempuan. mahar yang sebaik-baiknya harus dalam bentun manfaat seperti rumah, mengajar ilmu dan al-quran. Dalam hukum islam, mahar terbahagi kepada dua bahagian iaitu mahar musamma dan mahar mitsil. Mahar musamma ialah mahar yang disebut dalam akad, kadar mahar biasanya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Mahar musamma biasanya dalam bentuk tunai dan boleh ditangguhkan pembayarannya. Mahar mitsil pula ialah kadar mahar yang mengikut mahar saudara-saudara perempuan isteri yang telah berkahwin. Ianya juga merupakan mahar yang layak atau sepadan dengan kedudukan isterinya.

WALIMAH URUS
Walimah dari segi bahasa ialah berkumpul. Dari segi istilah ialah jamuan atau kenduri yang diadakan sempena majlis perkahwinan yang bertujuan memberitahu berita perkahwinan dan sebagai tanda kesyukuran kepada allah. Walimah diadakan juga bertujuan untuk mengelak daripada di fitnah. Dan hukum mengadakan walimah adalah sunat. Dalam mengadakan walimah, kita dituntut supaya melakukan walimah yang sederhana dan tidak membazir, selain itu jemputan terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat dan layanan yang diberikan adalah sama rata dan yang paling penting ialah niat kerana allah taala. Dalam walimah urus juga kita dilarang supaya mengadakan jamuan secara besar-besaran dan membazir, jemputan hanya untuk orang-orang yang khusus sahaja dan juga dilarang menghidangkan makanan yang haram derta hiburan yang melalaikan.
                        9

NAFKAH
Nafkah dari segi bahasa ialah mengeluarkan sesuatu untuk kebaikan. Dari segi istilah ialah memberi perbelanjaan kepada orang yang berada di bawah tanggungannya seperti makan, minum, pakaian yang secukupnya dan tempat tinggal yang selesa dan sesuai. Para ulamak bersependapat bahawa suami wajib memberi nafkah kepada isteri kerana suami merupakan ketua dalam sesebuah keluarga, ia juga sesuai dengan fizikal suami yang lebih kuat berbanding kaum wanita yang lemah. Allah juga telah menetapkan bahawa bahagian harta pusaka yang lebih kepada lelaki. Oleh itu, lelaki wajib memberi nafkah yang secukupnya kepada isteri mereka. Seseorang isteri itu akan hilang hak untuk mendapatkan nafkah disebabkan beberapa ciri iaitu kematian, seseorang isteri akan hilang kelayakan mendapat nafkah jika salah seorang suami atau isteri meninggal dunia, maka gugurlah hak nafkah. Nusyuz, isteri yang nusyuz akan gugur hak nafkah kecuali beliau memohon maaf. Yang terakhir ialah murtad, dimana isterinya yang murtad serta merta terputus haknya untuk mendapat nafkah daripda suaminya.

MUT’AH
Mut’ah dari segi bahasa ialah sesuatu yang mengembirakan. Dari istilah pula, mut’ah bermaksud harta yang wajib dibayar oleh suami kepada isterinya yang diceraikan atas kehendak suami dengan syarat-syarat tertentu. kepentingan mut’ah ialah member ketenangan dan kedamaian hati kepada bekas isteri, selain itu ia juga dapat mengurangkan tekanan perasaan bekas istri akibat penceraian dan juga boleh mendorong suami merujuk kembali kepada isteri jika bukan talak bain. Ia juga untuk menghargai jasa bekas isteri semasa menjadi isteri dan mengelakkan daripada permusuhan denhgan bekas isteri. Kadar mut’ah tidak dihadkan oleh syarak, ia mengikut kemampuan suami itu sendiri dan mengikut kadar yang berpatutan dan munasabah.
                                              PEMBUBARAN PERKAHWINAN

Pernikahan di dalam islam selain untuk membina kehidupan rumah tangga yang bahagia, ia juga merupakan tali yang kuat untuk mengikat persaudraan antara kaum kerabat isteri dengan kaum kerabat suami. Tetapi, suatu kenyataan yang akan di alami oleh umat manusia yang berumah tangga adalah timbulnya persengketaan, kurang mempercayai satu sama lain sehingga membawa kepada keruntuhan rumah tangga. Keriuhan –keriuhan dalam rumah tangga bukan sahaja disebakan oleh kaum isteri malah ia juga timbul dari pihak lelaki. Biasanya dikap lelaki yang akan mengakibatkan kebencian kepada isteri itu. Dalam islam, bubarnya sesuatu pernikahan itu terjadi kerana beberapa faktor iaitu talak, fasakh dan khuluk.

TALAK
Talak dari segi bahasa ialah melepaskan ikatan atau membebaskannya. Dari segi istilah ialah melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak atau yang seumpamanya. Talak terbahagi kepada dua jenis iaitu talak bain dan talak rajei. Talak bain terbahagi kepada dua iaitu bain kubro dan bain sughro. Bain kubro adalah talak 3 dimana talak yang tidak boleh dirujuk dan tidak boleh kembali lagi kepada isteri kecuali setelah isteri berkahwin dengan lelaki lain, melakukan persetubuhan, bercerai dan tamat idah. Bain sughro ialah talak 1 dan 2 dimana suami tidak boleh rujuk dengan isterinya melainkan dengan akad dan mahar yang baru. Talak rajei ialah talak 1 dan 2 dimana suami boleh rujuk semula isteri yang ditalak tanpa akad yang baru dalam tempoh idah walaupun isteri tidak rela. Hukum talak terbahagi kepada 5 iaitu Haram, Makruh, Wajib, Sunat dan Harus. Haram apabila isteri dalm keadaan haid, nifas atau suci yang sudah disetubuhi. Menceraikan isteri jika mungkin berlaku zina dan tidak berkahwin lain. Makruh apabila bercerai dengan isteri tanpa sebab.    
 Wajib apabila yakin kekal bersama isteri akan membawa kepada maksiat seperti tidak mampu member nafkah. Talak bertukar menjadi sunat apabila isteri tidak menjaga percakapannya dan tidak menunaikan hak allah seperti solat dan hak suami (nusyuz). Harus ditalak mengikut sebab yang dibenarkan syarak seperti tiada persefahaman.

RUJUK
Rujuk beerti kembali, dari segi istilah beerti suami mengembalikan isteri yang ditalak rajei kepadanya dalam masa idah tanpa akad baru. Syarat sah rujuk ialah suami berakal dan baligh dimana suami tidak gila dan mampu berfikir dengan waras. Dirujuk dalam tempoh idah isteri tersebut. Rujuk tanpa diikat dengan waktu atau syarat-syarat tertentu. Kiafiat rujuk seperti suami melafazkan rujuk kepada isteri sama ada lafaz sorih atau kinayah seperti “ saya rujuk kamu atau aku ingin berbaik –baik semula”. Sunat mengadakan sekurang-kurangnya dua orang saksi.

FASAKH
Fasakh bermaksud batal, dengan istilah membatalkan akad perkahwinan melalui kuasa hakimdengan sebab-sebab tertentu atas permintaan suami atau isteri. Fasakh dibolehkan kerana murtad salah seorang daripada isteri ataupun suami. Selepas akad, ternyata isteri adalah muhram kepada suami dan salah seorang suami atau isteri yang kafir memeluk islam dan seorang lagi tetap kafir serta berlaku kecatatan atau keaiban. Kecacatan yang Menurut imam syafie ialah gila, penyakit sopak, penyakit kusta dan penyakit yang menghalang persetubuhan kepada lelaki atau perempuan. Selain itu, fasakh dibolehkan kerana lian serta tidak sekufu atau tidak setaraf dalam beberapa aspek.

                                              KHULUK
Khuluk bermaksud cabut atau tanggal. Dalam istilah, khuluk bermaksud perpisahan melaui lafaz talak atau khuluk suami dan isteri memberi bayaran tertentu kepada suami. Hukum khuluk ialah harus jika untuk menjaga maslahat dan menolak mudarat, haram jika suami sengaja menzalimi isteri supaya isteri minta khuluk. Rukun khuluk trbahagi kepada empat iaitu suami yang berakal baligh, isteri-membayar ganti rugi, bayaran yang dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak dan sighoh contohnya “ saya talak kamu dengan bayaran rm1000”. Kesan apabila khuluk ialah isteri tidak boleh dirujuk semula kecuali dengan akad yang baru, khuluk juga mengurangkan bilangan talak suami dan isteri mesti diberikan bayaran yang dipersetujui kepada suami. Dalam khuluk, isteri tidak sah mendapat nafkah kecuali jika hamil dan isteri berhak mendapat tempat tinggal dalam masa idah. 

NUSYUZ
Nusyuz bermakna derhaka atau tidak taat. Dari segi istilah bermaksud isteri yang enggan menunaikan tanggungjawab yang ditentukan oleh Allah terhadap suaminya. Kebiasaanya nusyuz ini dikategorikan kepada para isteri. Tanda-tanda isteri yang nusyuz ialah isteri itu tidak mentaati isterinya dam melakukan perkara yang bersifat ingkar kepada suami. Contohnya isteri keluar dari rumah tanpa sebab atau kebenaran, selain itu, isteri yang bermusafir tanpa izin suami juga boleh dianggap sebagai nusyuz. Yang paling beratnya, isteri enggan melakukan persetubuhan tanpa keuzuran jika dikehendaki suaminya. Nusyuz akan member kesan yang mendalam kepada seorang isteri dimana suami boleh menceraikannya jika bimbang membawa kepada maksiat sertaisteri yang diceraikan tidak akan mendapat nafkah daripada suami dan menyebabkan rumah tangga berpecah belah.

ZIHAR
Zihar bermaksud belakang, pada kata istilah, zihar membawa makna suami menyamakan isterinya dengan perempuan yang haram dikahwininya selama-lamanya seperti menyamakan isterinya dengan ibu dan saudara perempuan suami. Contohnya “engkau bagiku seperti belakang ibuku atau mana-mana anggota badan yang haram dilihat”. Jika suami telah mengucapkan zihar, maka isterinya itu haram disetubuhi melainkan ia membayar kifarah mengikut kemampuannya seperti seorang hamba yang selamat daripada cacat yang menjejaskan keupayaan untuk bekerja, jika suami tidak mampu, hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut, jika suami tidak mampu lagi, dia hendaklah member makan 60 orang islam secupak seorang.

KONSEP KEHIDUPAN YANG DIHARAMKAN OLEH ISLAM
1.  Konsep rahbaniyah
-  Perkataan rahbaniyah bermaksud kerahiban atau kependetaan atau kehidupan paderi. Didalam islam, membujang tidak di anggap sebagai satu etika atau cara bagi mendekatkan diri dengan allah seperti yang dilakukan oleh agama kristian dan sebagainya. Perkahwinan juga ditolak oleh golongan paderi mahupun sami seperti golongan yang terlalu sibuk mengejar kekayaan material dan memberi alas an kesibukan kerja sebagai penghalang membina rumah tangga.

2.  Konsep ibahiyah
-  Bermaksud membolehkan pergaulan tanpa batas seperti seks bebas. Konsep ini wujud kerana mereka ingin menolak konsep institusi perkahwinan. Dalam islam, pergaulan tidak diharamkan, malah diharuskan atau dituntut jika ada tujuan yang mulia seperti mencari ilmu yang bermanfaat, amal ibadat dan perkara-perkara kebajikan. Namun, setelah menjelajah pemikiran barat, pergaulan bebas menjadi punca kepada pelbagai penyakit dalam masyarakat.

RUMUSAN

Dalam islam, perkahwinan merupakan sesuatu yang paling indah sepanjang hayat manusia. Perkahwinan dapat mengembangkan masyarakat islam dengan zuriat yang soleh. Selain itu, perkahwinan juga sebagai platform untuk memenuhi fitrah manusia yang mempunyai nafsu antara lelaki dan perempuan dimana perkahwinan juga boleh mejadi perantaraan untuk memperluaskan hubungan kekeluargaan antara kedua-dua belah pihak. Ia juga dapat menghalang daripada melakukan perkara yang dilarang oleh allah seperti melakukan perkara maksiat iaitu berzina. Perkahwinan juga dapat mewujudkan ketenangan jiwa dimana dapat menjaga akhlak islam serta maruah dan peradaban dengan seimbang dan mendapat zuriat yang baik. Oleh itu, dalam perkahwinan kita harus mempunyai rasa tanggungjawab dimana terdapat tanggungjawab sebagai seorang suami dan seorang isteri untuk membina sebuah rumah tangga yang harmoni dan bahagia.

------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com