Ramadhan yang dirindui

DISEDIAKAN UNTUK: 
Ustaz Abd Aziz bin Harjin

DISEDIAKAN OLEH: 
Nur Azmina Binti Zainul Abidin (2011545453)

PROGRAM: 
Diploma Pengajian Perniagaan

TARIKH HANTAR: 
11 September 2012

PENDAHULUAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat juga menyiapkan essei ini. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada ustaz saya iaitu Ustaz Abd Aziz Harjin, tidak lupa juga kepada rakan rakan yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugas ini. Sebenarnya essei ini bertujuan untuk menyedarkan umat Islam tentang pentingnya puasa pada bulan Ramadan di kalangan umat Islam. Saya harap dengan adanya tugas sebegini, ini dapat menjadi bahan rujukan kepada mereka yang tidak tahu erti Ramadan yang sebenar. Sekian, terima kasih.

APA ITU PUASA ?
Puasa dari segi bahasa ialah Imsak iaitu menahan diri daripada makan, minum dan seumpamanya. Dari istilah syarak pula ialah menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa dengan sengaja. Bermula dari terbitnya fajar sehingga terbenam matahari. Puasa terbahagi kepada dua, iaitu puasa wajib dan puasa sunat. Puasa Wajib terbahagi kepada tiga iaitu, puasa yang dilakukan pada bulan Ramadan, puasa nazar dan puasa kafarah iaitu hukuman kerana melakukan kesalahan tertentu. Manakala puasa sunat pula ialah puasa selama enam hari pada bulan Syawal, puasa pada hari Arafah, puasa pada hari Isnin, Khamis dan lain lain.

KELEBIHAN PUASA
 Terdapat beberapa kelebihan pada bulan puasa antaranya ialah Al Quran diturunkanBulan yang dipilih dalam sejarah penurunan al Quran. Allah berkata dalam surah al Baqarah ayat 185, “Bulan Ramadan yang diturunkan padanya al Quran, ” Allah menyatakan kelebihan bulan Ramadan kerana dipilih bagi menurunkan al Quran. Al Quran diturunkan dari Bait al Izzah secara keseluruhan lalu diturunkan ke langit dunia secara berperingkat.
 Yang kedua ialah pintu rahmat dibuka, pintu neraka ditutup. Nabi Muhammad SAW berkata “Apabila tiba bulan Ramadan segala pintu rahmat dibuka dan diikat segala syaitan. ” Puasa pada bulan Ramadan adalah wajib menurut perintah Allah dalam al Quran. Kelebihannya besar dan dosanya juga besar sekiranya meninggalkannya tanpa sebab yang dibenarkan. Allah menjanjikan syurga pada orang yang beriman dan melakukan perbuatan baik. Berpuasa adalah tanda iman dan melakukannya pula pula adalah perbuatan baik yang wajib. Bulan Ramadan bukan sahaja diisi dengan puasa yang diwajibkan secara khusus tetapi ibadat lain juga diteruskan bersama ibadat sunat sama ada berkaitan dengan Ramadan ataupun tidak. Pada bulan ini, bukti iman terkumpulnya dengan dua perbuatan baik iaitu mengerjakan amalan baik dan meninggalkan larangan Allah. Allah menjanjikan syurga kepada orang orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan dengan ikhlas. Bulan Ramadan adalah bulan dimana manusia menambah pahala. Bagi individu yang tidak berpuasa pada bulan Ramadan, mereka meninggalkan kewajipan ini dan menolak perlindungan Allah melalui ibadat puasa yang menjadi perisai yang melindungi diri mereka daripada maksiat dan godaan syaitan. Apabila mereka tidak berpuasa mereka. sendiri yang merungkai belenggu syaitan yang Allah ikat pada bulan Ramadan lalumembuka kembali pintu neraka yang Allah tutup untuk mereka.
 Seterusnya, menghapuskan dosa. Nabi Muhammad SAW berkata, “Sembahyang lima waktu, sembahyang dari Jumaat ke Jumaat dan bulan Ramadan ke Ramadan menghapuskan dosa antara dua tempoh itu apabila meninggalkan dosa besar. ” Nabi Muhammad SAW berkata lagi, “Dijauhkan daripada rahmat Allah kepada sesiapa yang berada dalam bulan Ramadan, lalu tidak mendapat peluang keampunan Allah kerana tidak beribadat. ”
 Kelebihan yang seterusnya ialah semua syaitan dibelenggu. Apabila seseorang berpuasa pada bulan Ramadan Allah menolongnya daripada gangguan syaitan. Orang yang berpuasa wajib memelihara adab adab berpuasa, jadi syaitan terhalang daripada menipu mereka kerana nafsu yang menjadi penghubung syaitan dengan manusia itu disekat oleh puasa.
 Malam Lailatul Qadar juga merupakan kelebihan di bulan puasa. Dalam bulan Ramadan ada satu malam yang dimuliakan oleh orang Islam dinamakan Lailatul Qadar. Pahala ibadat yang dilakukan pada malam itu menyamai 1000 bulan. Ini bermakna satu ibadat pada malam Lailatul Qadar menyamai ibadat selama 83 tahun 4 bulan. Kelebihannya adalah diampunkan dosa dosa yang terdahulu. Lilatul Qadar berlaku dalam bulan Ramadan pada sepuluh terakhir Ramadan iaitu malam ke 21, ke 23, ke 25, ke 27, ke 29 atau malam terakhir Ramadan. Antara tanda tanda keajaiban Lailatul Qadar ialah malam bercahaya pada waktu yang gelap bagaikan adanya bulan. Ia disinari oleh para malaikat dan keberkatannya meriah dengan ibadat hamba hamba Allah yang soleh. Matahari pada petangnya lembut dan cahaya matahari pada waktu waktu keesokannya juga lembut sehingga matahari yang kemerahan itu berwarna putih. Ada juga tanda tanda Lailatul Qadar yang tidak dapat disebutkan.

GANJARAN PUASA PADA BULAN RAMADAN
 Ganjaran puasa pada bulan Ramadan terus datang daripada Allah. Ia mempunyai kelebihan yang tersendiri. Salah satunya ialah mulut berbau harum. Para sarjana Islam menerangkan maksud ‘bau yang harum daripada mulut orang yang berpuasadi sisi Allah’. Apabila seseorang itu berpuasa, bau mulutnya menjadi busuk. Bau busuk itu menjadi kurang senang dan mengganggu urusan sesame manusia. Maka bertambahlah ujian berat kepada seseorang itu. Oleh itu, Allah member kelebihan kepada mereka yang berpuasa dengan bau haru daripada mulutnya pada hari kiamat kelak.
 Keadaan yang sama disebutkan dalam beberapa hadis yang lain. Hadis yang lain menyebut darah orang yang terbunuh dalam perang membela agama Islam pada hari kiamat kelak menjadi bauan yang harum. Warnanya merah seperti darah namun baunya harum seperti kasturi. Ia termasuk dalam janji Allah yang benar dan pada masa yang sama ia menguji kepercayaan kita kepada Allah, hari akhirat dan perkara ghaib.
 Ganjaran lain bagi orang yang berpuasa ialah terdapat pintu syurga khas bagi mereka yang berpuasa. Nabi Muhammad SAW berkata “Sesiapa yang menyumbang sejumlah hartanya kerana menegakkan agama Allah, dia dipanggil masuk ke dalam syurga melalui beberapa pintu. Satu suara memanggilnya, “Wahai hamba Allah, ini adalah terbaik. ” Sesiapa yang menjadi ahli sembahyang, dia diajak memasuki syurga melalui pintu sembahyang. Sesiapa yang menjadi ahli jihad, dia diajak memasuki syurga melalui pintu jihad. Sesiapa yang menjadi ahli puasa, dia diajak memasuki syurga melalui pintu bernama al-Rayyan. Sesiapa yang menjadi ahli sedekah, dia diajak memasuki syurga melalui pintu sedekah. Abu Bakar bertanya, “Demi cintaku padamu lebih daripada ayah dan ibuku, mengapa perlunya dia diajak melalui pintu pintu yang banyak kerana berbagai bagai amalan dilakukan? Nabi Muhammad SAW menjawab, “Ya, saya berharap kamu juga termasuk dalam kalangannya. ”
 Ganjaran yang seterusnya ialah permohonannya tidak ditolak. Nabi Muhammad SAW berkata, “Tiga jenis orang yang tidak ditolak doa mereka iaitu orang yang berpuasa sehingga dia berbuka, pemimpin yang adil dan orang yang dizalimi. Allah mengangkat doanya merentasi awan lalu dibuka pintu pintu langit. Tuhan berkata kepadanya, “Demi keagunganku, aku pasti menolongmu walaupun selepas masa berlalu. ”

HIKMAH PUASA
 Puasa mempunyai hikmah dari sudut agama dan dunia. Hikmah daripada sudut agama adalah dapat melahirkan sifat takwa yang menjadi ukuran kedudukan manusi di sisi Allah.
 Salah satu hikmah puasa ialah dapat menguatkan spiritual dan fizikal. Puasa mendidik diri supaya mentaati perintah Allah dan meninggalkan larangannya dengan ikhlas. Caranya adalah dengan melakukan ibadat dan meninggalkan perkara yang membatalkan puasa walaupun perkara itu perlu, malah halal apabila tidak berpuasa. Antara perkara halal itu termasuklah makan, minum dan melakukan hubungan seksual bersama suami isteri. Pada masa yang sama, Allah menggalakkan hamba hambanya supaya melakukan adab adab puasa dengan ibadah sunat. Ada ibadat yang mempunyai hubungan langsung kepada Allah seperti sembahyang sunat tarawih, membaca atau bertadarus al Quran, berzikir, berdoa dan sebagainya. Ada juga ibadat yang mempunyai hubungan sesame manusia seperti bersedekah, menjamu orang berbuak puasa dan lain lain. Allah juga menggalakkan supaya orang beriman segera makan dan minum ketika berbuka puasa dan menggesa supaya bersahur pada akhir malam sebelum menjelang subuh. Semuanya adalah sebahagian daripada ibadat puasa. Hakikatnya, ia membawa berkat yang dapat menguatkan spiritual dan fizikal apabila dilakukan dengan betul.
 Puasa juga dapat membuktikan iman. Iman bukan hanya dikira dengan hati dan lidah tetapi dipandang melalui amalannya. Puasa adalah bukti dalam mengukuhkan iman. Puasa membezakan amalan yang dilakukan sebagai tradisi tahunan atau mengelakkan diri daripada diejek orang apabila tidak berpuasa. Hanya orang yang berpuasa dengan ikhlas meyakini ganjaran yang Allah janjikan pada hari kiamat kelak. Janji Allah pasti terjadi.
 Hikmah puasa juga dapat melahirkan akhlak yang mulia. Apabila hati subur dengan iman yang jitu, ia melahirkan akhlak yang tinggi nilainya. Ia mekar dengan sifat syukur, sabar dan sayang kepada Allah dan sesame hambanya. Dia merasai lapar sebagaimana orang fakir miskin berlapar. Apabila berbuka, dia bersyukur kepada Allah atas nikmat yang diberikan. Nikmat makanan yang berada di hadapannya adalah lebih baik berbanding saudaranya yang lapar kerana kebuluran, bencana atau dilanda peperangan. Orang yang sentiasa lapar sentiasa mengawal nafsu jahat yang sentiasa menghasut supaya melakukan kejahatan. Orang yang tidak berasa lapar tidak mengenali nikmat makan dan minum dalam maksud yang sebenarnya. Dia lupa rezeki adalah daripada Allah. Dia berkuasa mengambil semula rezeki daripada hamba hambanya pada bila bila masa. Orang yang tidak pernah berlapar pula, sukar melatih dirinya supaya bersabar. Bayangkan dalam sehari semalam dia menganggap dirinya sudah berkuasa apabila dapat menikmati makanan dan minuman semahunya. Tabiat itu terbawa dalam kehidupan seharian seperti memandu, bekerja bersukan dan sebagainya. Akibatnya dia mudah marah, memaki hamun dan sebagainya apabila gagal mendapat sesuatu yang diingini atau sampai dalam tempoh yang tertentu.
 Puasa juga dapat mengekang nafsu seseorang. Nafsu ibarat kuda yang liar. Kuda liar hanya dapat dijinakkan apabila pemiliknya memasang tali kekang pada mulut kuda bagi mengawalnya. Seperti juga puasa, ia mengandungi didikan jihad melawan hawa nafsu yang ingin kelazatan hidup dunia. Nafsu dibantu oleh godaan syaitan yang dating dengan berbagai bagai cara. Orang yang berpuasa mendapat kekuatan dan selamat daripada godaan syaitan yang dibelenggu pada bulan Ramadan. Orang yang tidak berpuasa pula dengan sengaja merungkai ikatan syaitan yang dibelenggu. Maka tidak hairanlah apabila kejahatan masih berlaku dalam bulan puasa kerana mereka tidak berpuasa dalam maksud yang sebenar.
 Puasa juga membantu menyuburkan sifat amanah walau di mana individu itu berada. Orang yang beriman percaya Allah mempunyai sifat maha mengetahui. Mereka meninggalkan larangan Allah sama ada di tempat terang ataupun di tempat yang gelap. Mereka mengetahui dengan yakin Allah sentiasa mengetahui dan memerhatikannya.

PUASA DARIPADA PERSPEKTIF KESIHATAN
 Kelebihan puasa pada tubuh diakui oleh ramai pakar perubatan Islam dan bukan Islam. Menurut pakar, puasa dapat mengawal kesihatan, mencegah penyakit serta menyembuhkannya. Kelebihan ini berlaku apabila individu itu berpuasa, dia menghalang bahan bahan yang dapat mengundang penyakit daripada memasuki tubuh badan. Hampir keseluruhan bahan bahan ini wujud dalam makanan.
 Antara contoh adalah penyakit yang berpunca daripada makanan yang berlebihan, tidak teratur dan menyebabkan keracunan atau bahan berisiko dan menyebabkan keracunan atau bahan berisiko seperti lemak, gula, kolestrol dan lain lain dalam anggota badan. Bahan bahan ini berisiko mengundang penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit buah pinggang, berat badan yang berlebihan dan lain lain. Apabila bahan ini berhenti daripada memasuki tubuh badan, ia member peluang kepada system dalam badan bagi memperbaiki sel yang rosak serta menyembuhkannya.
 Selama 11 bulan dalam setahun kita sentiasa mengisi perut kita dengan makanan. Makanan ini masuk ke dalam perut mengikut waktu atau hawa nafsu yang tidak menentu. Apabila kita makan, antara organ yang tidak pernah berhenti berehat adalah perut, hati limpa dan sebagainya. Mereka menerima dan memproses makanan bagi membekalkan tenaga kepada badan. Malangnya organ ini disalahgunakan bagi memenuhi tuntutan nafsu makan. Apabila organ ini tidak mendapat rehat yang secukupnya, keupayaannya semakin menurun dan system penghadaman boleh berlaku.
 Bapa ilmu perubatan moden, Ibnu Sinamenjadikan puasa salah satu kaedah rawatan bagi penyakit tertentu. Antara kaedah itu adalah dengan meminta pesakit supaya berpuasa selama tiga minggu. Kaedah rawatan ini diikuti oleh beberapa tokoh perubatan Barat seperti Dr. Alan dari Amerika bagi penghidap kencing manis dan lain lan.
 Dr. Carlo dari Amerika menasihatkan orang ramai supaya berpuasa selama tempoh tertentu dalam setahun mengikut contoh puasa orang Islam. Ia bagi mengurangkan kadar kuman atau bacteria yang berpunca daripada makanan. Beliau menegaskan “Islam adalah agama terbaik untuk dicontohi kerana mewajibkan puasa dan menjaga kesihatan. Muhammad yang membawa ajaran ini membawa ajaran yang baik dengan menganjurkan supaya mengawal sebelum sakit melalui puasa dan sembahyang selepasnya. Ada pesakit yang saya nasihatkan supaya mencontohi orang Islam supaya berpuasa bukan kerana ibadat tetapi kerana rawatan. Ia menunjukkan kesan yang menyembuhkan.
 Ia adalah pengakuan pakar perubatan bukan Islam mengenai puasa. Kelebihan ini berlaku dengan syarat individu itu berpuasa dan menjaga adab ketika berbuka puasa.

PUASA DARIPADA PERSPEKTIF PSIKOLOGI
 Orang ramai member pelbagai perspektif tentang puasa. Ada yang menganggap berpuasa itu hanya amalan ritual yang tidak mendatangkan faedah kepada kemajuan manusia. Anggapan ini menjadi sebab mengapa amalan puasa dipersendakan. Ada juga sebahagian pihak dengan lantang menentang malam ini.
 Sebahagian lain menganggap puasa hanya menahan lapar dan dahaga. Golongan ini melakukannya dalam keadaan terpaksa kerana mahu diri mereka diterima oleh masyarakat yang berpuasa. Ada juga golongan yang ‘berlakon’ seolah olah sedang berpuasa tetapi pada masa sama mereka makan dan minum di tempat tempat yang tersembunyi.
 Golongan terakhir pula berpendapat, puasa adalah medan latihan menguatkan iman dan menajamkan akal. Mereka menggunakan kesempatan ini bagi melatih spiritual dan fizikal. Latihan spiritual bermaksud menerima perintah Tuhan tanpa berdalih dan menyedari hakikat diri sebagai hamba yang mengharapkan keampunan dan reda Tuhan.
 Pakar pakar kaunseling mengakui tindakan berpuasa bukan sahaja member kesan pada fizikal, malah turut meliputi kemampunan mental dan spiritual. Orang yang berpuasa dapat melahirkan sifat sifat positif dalam tindakan seperti sifat sabar, mengambil berat, aktif serta tajam dalam membuat keputusan. Ini kerana puasa juga mampu meningkatkan kecergasan akal (IQ), ketenangan jiwa (SQ) dan kawalan emosi (EQ).

SYARAT SYARAT WAJIB PUASA
 Islam. Puasa adalah ibadat agama. Ibadat agama hanya diterima oleh Tuhan yang mencipta. Puasa tidak diwajibkan ke atas orang bukan Islam. Apabila sesorang yang bukan beragama Islam berpuasa, puasa itu tidak dikira (sah) kerana ia terkeluar daripada syarat wajib puasa. Allah hanya menetapkan amalan orang yang mengaku dia sebagai Tuhan dan Muhammad sebagai utusannya diterima. Namun apabila seseorang itu menganut agama Islam, dia tidak perlu menggantikan puasanya yang lepas semasa dia bukan Islam. Ini adalah kasih sayang Allah mengampunkan dosa dosanya yang lalu.
 Baligh. Baligh adalah sempadan waktu antara zaman kanak kanak dengan zaman dewasa. Ia menandakan seseorang itu cukup umur bagi memikul tanggungjawab agama. Baligh berlaku apabila individu itu bermimpi dia bersetubuh bagi lelaki ataupun keluar darah haid bagi perempuan. Apabila kedua duanya tidak berlaku, para sarjana Islam menetapkan dia cukup umur apabila mencecah umur 15 tahun. Individu yang tidak baligh tidak diwajibkan puasa.
 Bersih daripada haid dan nifas. Wanita yang berada dalam keadaan haid dan nifas dilarang berpuasa wajib ataupun sunat. Apabila mereka suci daripada haid dan nifas, Allah mewajibkan mereka supaya mengganti (qada) puasa yang tertinggal semasa haid dan nifas.
 Mampu berpuasa. Allah maha bijak apabila menurunkan perintah sesuai dengan kemampuan hambanya. Dalam undang undang Islam Allah membahagikan hokum kepada dua iaitu perintah yang wajib dilakukan dan keringanan tanpa mengabaikan kewajipan asal. Dalam kes puasa, orang yang yang sakit, dalam perjalanan dan sebagainya tidak diwajibkan puasa. Namun mereka wajib menggantikan puasa apabila kesukaran yang dihadapi selesai.

MENGENALI PUASA WAJIB
 Puasa yang wajib ada tiga iaitu puasa nazar, puasa kafarah dah puasa Ramadan. Hukum mengenainya berbeza antara satu sama lain.
 Puasa nazar. Nazar adalah sumpah bagi melakukan ibadat seperti puasa, umrah dan sebagainya dalam tempoh yang ditetapkan. Apabila individu itu bernazar puasa, ibadat itu menjadi wajib ke atasnya mengikut jumlah hari yang ditetapkan dalam nazarnya. Puasa itu perlu dilakukan mengikut rukun dan syarat yang ditetapkan oleh syarak. Sekiranya gagal, dia bakal dikenakan denda atau kafarah.
 Puasa kafarah adalah denda yang telah ditetapkan oleh syarak kepada mereka yang melakukan kesalahan seperti gagal melaksanakan nazar atau sumpah, membatalkan puasa dengan bersetubuh pada waktu siang, zihar dan bunuh tanpa sengaja. Puasa kafarah dikenakan pada kesalahan berikut. Membatalkan puasa dengan bersetubuh pada waktu siang. Denda yang dikenakan adalah berpuasa selama dua bulan berturut turut. Seterusnya zihar. Menyamakan anggota tubuh isterinya dengan ibunya atau wanita yang diharamkan berkahwin seperti adik, kakak, ibu saudara dan sebagainya (mahram). Contohnya dia berkata kepada isterinya, ‘Belakang kamu seperti belakang ibuku’ Selepas itu, dia tidak boleh mendekati isterinya sehingga dia membayar kafarah yang ditetapkan.
 Melanggar sumpah. Apabila individu bersumpahmelakukan sesuatu tetapi tidak dapat melaksanakannya, dia wajib membayar kafarah bagi menebus diri. Kafarah puasa juga diwajibkan kepada mereka yang melakukan kesalahan membunuh tanpa sengaja.
 Puasa Ramadan. Puasa yang wajib dilakukan apabila tiba bulan Ramadan. Ia dilakukan selama sebulan sama ada 30 hari ataupun 29 hari mengikut syarat.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
 Makan dan minum dengan sengaja pada siang Ramadan bukan sahaja haram bahkan berdosa. Puasanya pada hari itu hilang walaupun dia menggantikan pada hari lain. Selain dengan itu, muntah dengan sengaja. Muntah dengan tiba tiba atau terpaksa tidak membatalkan puasa. Kedatangan haid dan nifas juga adalah perkara yang membatalkan puasa. Apabila wanita didatangi haid dan nifas puasanya serta merta terbatal. Apabila mereka sudah suci daripada haid dan nifas mereka wajib menggantikannya (qada). Di samping itu, keluar mani dengan sengaja. Sengaja mengeluarkan mani dengan apa cara sekalipun membatalkan puasa. Sekiranya ia keluar tanpa rangsangan seperti bermimpi dan sebagainya, puasanya tidak batal. Selain itu, berbuka puasa sebelum masuk waktu. A pabila seseorang makan, minum dan bersetubuh kerana menyangka matahari sudah terbenam, tetapi apabila diteliti matahari masih belum terbenam kerana dilingdung awan atau sebagainya, puasanya terbatal. Kes yang sama digunakan apabila bersahur kerana menyangka fajar belum menyinsing tetapi sebaliknya yang berlaku. Murtad ialah melakukan sesuatu yang membatalkan Islam dan imannya. Ia dilakukan melalui kepercayaan dalam hati, lafaz dengan lidah atau perbuatan. Apabila semua ini berlaku puasanya serta merta terbatal. Puasa tidak sah sehingga dia kembali kepada Islam. Apabila dia kembali bertaubat dia wajib menggantikan puasa yang ditinggalkan semasa murtad. Terakhir sekali adalah bersetubuh. Bersetubuh pada waktu berpuasa adalah kesalahan yang berat. Sekiranya ia berlaku dengan sengaja dia wajib membayar kafarah.

KESIMPULAN
 Umat Islam haruslah mengambil peluang keemasan pada bulan Ramadan bagi mendidik diri. Terima hidangan Allah dengan cara yang terbaik, mengikut petunjuk Rasulullah saw para sarjana sarjana Islam dan pakar pakar perubatan Islam. Segeralah berbuka puasa mengikut sunnah Rasulullah saw. Selain member kebaikan kepada rohani dan jasmani, ia juga membina kekuatan diri bagi beribadat dan beramal bagi manfaat dunia dan akhirat.

------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com