Disediakan Untuk :
Abd
Aziz Bin Harjin
Pensyarah
Pendidikan Islam
Disediakan
Oleh :
Nurul
Jannah Binti Ahmad
1. 0:ABSTRAK
Kita memerlukan gaya kepimpinan berjaya
yang mampu memimpin kerja, merealisasikan matlamat dan membina generasi. Bagi memastikan
islam yang penah disanjung, kembali pada realiti sebenar.
Gaya hidup islam kembali memenuhi ruang
waktu bagi menggerakkan generasi para sahabat Nabi Muhammad, menjadi pemimpin-pemimpin
dunia yang berjuang bagi memastikan tidak berlakunya fitnah. Agama itu hanya milik
Allah semata-mata.
Kemampuan memberi kesan dan pengaruh
sebenarnya adalah unsur utama kepemimpinan Islam. Ini kerana, kepemimpinan perlu
kekuatan yang berkesan dan berpengaruh. Kekuatan yang memberi kesan dan pengaruh
adalah terletak dalam perasaan dan dalam hati yang nurani.
Apabila pemimpin dipercayai oleh
ahli kumpulannya, manfaat boleh dicapai. Pemimpin akan dihormati dan dicintai
oleh semua orang. Ini membolehkan dia dapat mewujudkan disiplin, menanam sifat
pengorbanan dalam sesebuah anggota kumpulan.
Seorang pemimpin boleh
menggerakkan 400 0rang Islam bagi mati shahid kerana dia berpendirian dan
menjadi teladan kepada anggota kumpulannya.
Dalam kepemimpinan islam juga
haruslah mempunyai orang yang berdisiplin mengikut kata-kata Imam Bukhari dan
muslim Ali bin Abi talib, beliau berkata Rasulullah menunjuk salah seorang
daripada orang Ansar bagi memimpin sariyah. Beliau mengutus dan memerintah
pasukan tentera supaya taat dan patuh kepada orang itu.
Berdisiplin tidak bererti membunuh
atau mencairkan peribadi. Disiplin adalah intipati bagi pekerjaan. Taat yang
dituntut bukanlah taat yang negatif dan pasif. Tetapi taat itu perlu ada proses
mengaktifkan fikiran yang sesuai dengan ajaran syariat.
Disiplin juga bermaksud pimpinan
tidak memandang rendah idea-idea dan pendapat-pendapat para pengikutnya. Marah
menjadi reda dan jiwa menjadi tenang ketika memberi pendapat dengan jelas
berkata “kami berlari kepada rasulullah kerana menghindari api”. Akhirnya api
pun padam.
Pemimpin yang mengguna kuasa bagi
memaksa pengikut supaya meneladaninya atau menghebohkan cerita-cerita tentang
kejayaan dirinya dalam setiap penemuan atau merasa kagum dengan sikapnya, mereka
adalah orang yang berkhayal. Ini kerana, apa yang dilakukan dianggap sebagai
menghina anggota.
3
2. 0:PENGHARGAAN
Bismillahirrahmanir rahim, Segala puji
bagi Allah, tuhan semesta alam. Selawat dan salam keatas Rasulullah, pemimpin dan
contoh teladan.
Saya Nurul Jannah Bt Ahmad memanjat
kesyukuran keatas Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya diberi kesihatan yang
baik sepanjang tempoh pemprosesan untuk menyiapkan kerja kursus yang telah ditugaskan
kepada saya.
Pertama sekali, saya ingin mengucapkan
jutaan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan yang tidak terhingga kepada
pensyarah CTU 151 saya iaitu Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin kerana member tunjuk ajar
dan bimbingan yang baik semasa tempoh pemprosesan untuk menyiapkan kerja kursus
yang telah ditugaskan ini kepadasaya.
Kedua, tidak lupa juga ucapan terimakasih
kepada kedua ibubapa yang saya sayangi iaitu Ahmad bin Yunus dan Saadiah Bt CheDaud
yang telah banyak member dorongan dan sokongan dalam bentuk rohani, jasmani serta
menghulurkan bantuan kewangan yang mencukupi untuk menyiapkan kerja kursus ini.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan
terimakasih kepada rakan-rakan yang sudi meluangkan masa untuk member bantuan dan
sokongan moral dalam tempoh pemprosesan untuk menyiapkan kerja kursus CTU 151 ini.
Sekali lagi, saya ingin mengambil kesempatan
yang ada ini untuk mengucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan
tugasan kerja kursus CTU 151 yang diberi ini.
3. 0:GAYA KEPIMPINAN DALAM ISLAM
Gaya kepemimpinan dalam islam ia bertentangan
dengan fitrah manusia sebagai makhluk sosial yang dicipta bagi berkomunikasi sesama
mereka. Bagi mengatur hubungan antara manusia perlu ada pemimpin yang
memikultanggungjawab, membimbing dan memandu pekerjaan itu supaya mencapai sasarannya.
Hakikat pengutusan para rasul kepada
umat manusia adalah bagi memimpin seluruh umat, dan membebaskan mereka dari kegelapan
menuju cahaya. Setiap umat yang wujud di muka bumi, pasti Allah mengutus rasul untuk
umat itu bagi memperbetulkan akidahnya meluruskan kembali akidah individu yang
terpesong daripada landasan yang sebenar.
Makna sebenar gaya kepimpinan dalam
islam adalah merealisasikan khalifah di muka bumi dengan mewujudkan kebaikan dan
proses membaik pulih. Allah berkata
, Demi Tuhanmu mereka tidak beriman sebelum menjadikan kamu
(Muhammad) sebagai hakim dalam perkara yang merekaselisihkan, lalu mereka tidak
merasa berat hati pada keputusan yang kamu berikan, dan mereka menerimanya sepenuh
hati.
(surah an-Nisak,
ayat 65)
Antara jenis kepemimpinan yang khusus
adalah kepimpinan bersifat mendidik. Kejayaan mendidik generasi berkait rapat dengan
penyediaan cara memimpin bersifat mendidik yang betul. Krisis yang melanda umat
islam saat ini adalah kerana tidak mendapat seorang pendidik yang diteladani atau
pemimpin yang berjiwa pendidik.
Imam Ghazali dalam kata-katanya
“Ahli ibadat memerlukan guru pembimbing bagi mengeluark anak akhlak buruk itu dengan
akhlak yang baik. ahli ibadat juga perlukan seorang guru bagi mendidik dan membimbingnya
menuju jalan Allah”.
4. 0 : GAYA MEMIMPIN YANG
BERPENGARUH
Ramai orang menganggap kepemimpinan
bermaksud wibawa, kekuasaan, dominasi atau kekuatan. Seorang lelaki datang menemui
R asulullah dalam keadaan
yang gementar, Rasulullah berkata padanya,
“ Tenangkan dirimu! Kerana saya bukan raja, saya hanyalah anak kepada perempuan
yang biasa makan daging dendeng (dagingkering)”.
( Al-Bidayahwa an-nihayah(6))
Sebahagian orang berpendapat, kepemimpinan
adalah jawatan atau kedudukan. Bagi memimpin, seseorang itu sentiasa memiliki jiwa
yang berubah-ubah dan berlainan dengan sifat aslinya.
Kepemimpinan berkesan dan berpengaruh
(al-Qiyadah al-Mu assirah) adalah gaya
kepemimpinan yang dipraktik oleh pemimpin dengan perbuatannya. Kesan dan pengaruh
nya bukan melalui pidato atau teriakan.
Gaya kepimpinan berkesan dan berpengaruh
mengingatkan kita kepada Khalifah Usman bin Affan. Sifat malu Usman menyebabkan
dirinya kurang berbicara. Oleh kerana itu, dalam khutbah pertamanya selepas menerima
tampuk kepimpinan, beliau menyatakan, “kamu
semua lebih memerlukanpemimpin yang adil daripada pemimpinan yang banyak berbicara
“.
(Buku al-Askary)
Fungsi kepimpinan dapat diringkaskan
supaya dapat membentuk dan membantu mencapai sasaran kumpulan dan juga sentiasa
menggerakkan anggota kumpulan dan menjaga kekuatan dan kesetiaan dalam anggota kumpulan.
PROSES PEMILIHAN PEMIMPIN
Mengetahui Kualiti Pemimpin
Mencari peribadi-peribadi pemimpin
adalah tugas penting yang sulit. Tetapi dengan pengamatan teliti, terbukti ada
perbezaan yang jelas antara mereka yang layak memimpin dan mereka yang tidak
layak.
Senarai ini tertumpu kepada lima
perkara. Pertama peratusan memberi arahan. Kedua, teknik memberi arahan. Ketiga,
sasaran dan tujuan arahan. Keempat, teknik pemimpin merealisasikan aktiviti
pengarahan. Kelima, perilaku pemimpin pada anggota kumpulan.
Kadangkala,
hal ini menjadi lebih sulit. Ketika terdapat beberapa pemimpin yang kesemuanya
layak, tetapi hanya perlu memilih sebahagian daripada mereka.
Inilah
yang dihadapi Khalifah Umar al-Khattab ketika beliau berbincang tentang
panglima yang bakal dilantik bagi memimpin tentera pada Perang Nahawan. ketika
itu terdapat ramai panglima besar seperti Abu Ubaidah bin Jarah, Amru bin Ash, Khalid
bin Walid, Zubir bin Awwan dan lainnya. Ketika Umar sedang berfikir, sampai
surat daripada Nukman bin Muqrin, Gabenor Kaskar.
Dalam
surat itu, Nukman berkata “perumpamaanku dengan orang Kaskar adalah seperti
pemuda yang disampingnya ada wanita pelacur yang berhias dan memakai wangian. Aku
bersumpah padamu kerana Allah supaya engkau melucutkanku daripada jawatan
Gabenor Kaskar dan mengutuskanku ke dalam salah satu pasukan tentera Islam.
Selepas
membaca surat itu, Umar seakan menemui sesuatu yang dicari-cari olehnya. Beliau
ditemukan dengan pilihan yang tepat. Sebelum pertempuran, Nukman berdoa, “Ya
Allah, aku memohon pada-Mu agar menghias pandanganku pada hari itu dengan
kemenangan.
Kemenangan
yang meagungkan Islam dan menghina orang kafir. Sesudah itu, ambillah nyawaku
menghadap-Mu dalam keadaan syahid. ” Kemudian Nukman menoleh ke arah tenteranya
dan berkata, “katakan, ‘perkenankanlah, ’ semoga Allah merahmati kalian. Lalu
tenteranya
mengaminkan doanya sambil menangis.
Akhirnya,
Nukman mati dalam shahid (Tarikh
at-Tobari[4])
5.
0:PEMIMPIN YANG BERKESAN DAN BERPENGARUH
5. 1:Ciri-ciri pemimpin yang
berpengaruh
Bagi menjadikan pemimpin lebih berkesan,
pemimpim perlu ada didikan. Pemimpin yang berjiwa pendidik adalah orang yang
memahami tujuan, matlamat dan tahap-tahap didikan. Terdapat tiga tahap didikan
:
1. Pembinaan
Pemimpin yang berjiwa pendidik perlu
memerhati keadaan manusia. Unsur didikan utama perlu didahulukan dalam proses
pembinaan adalah pendidikan rohani. Kemudian baru lah unsur-unsur yang lain
seperti olahraga, pemikiran, intelektual, politik, dan seterusnya.
Proses pembinaan menjadi tanggungjawab
sistem rancangan pendidikan. Pemimpin adalah orang yang berperanan dalam pelaksanaan
dan pembentukan. Kejayaan proses ini ada pada pembinaan peribadi manusia yang
dinamik.
2. Bebas
Bebas bermaksud setiap orang ada jati
dirinya yang sebenar. Proses didikan boleh mengembangkan peribadi yang unik dan
bebas. Tanggungjawab pada proses ini adalah berpasangan. Iaitu antara sistem rancangan
pendidikan dan individu yang melaksanakan. peranan individu hampir seimbang dengan
tanggungjawabpemimpin yang mendidik.
Kejayaan proses kebebasan bergantung
pada usaha mengembangkan keistimewaan dan kelebihan individu secara berterusan.
Ia dilakukan oleh individu pelaksana.
3. Berterusan
Tujuan penting dalam proses ini adalah
menjadikan individu bersikap teguh dalam peribadi dan kumpulannya.
Bagi memastikan setiap individu turut menyumbang
dalam memajukan kumpulan. Sejarah dan budaya adalah dua unsur berbeza bagi mencapai
tujuan dan matlamat kumpulan.
“orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu, dan
tetaplah bersiap siag (di sempadan negerimu) dan bertaqwalah pada Allah supaya kamu
beruntung”.
(surah Ali Imran,
ayat200)
Sabar
itu ada dalam jiwa. Menguatkan sifat sabar apabila berhadapan dengan musuh. Sentiasa
bersikap teguh menjadi tanggungjawab individu pelaksana.
Jangan sampai individu menyalahkan
kepimpinan. Ia boleh menjerumuskan manusia pada sikap buruk sangka dan serta
dorongannya lari daripada peperangan.
5. 2:PENGAJAR
Tujuan-tujuan pengajaran adalah
untuk memberi pemimpin yang berkesan dan pengaruh mampu untuk membangkitkan
kemampuan anggota kumpulan, menajamkan tekad mereka dan memotivasi mereka bagi
berinovasi.
Memanfaatkan seluruh kemampuan
mereka bagi menyumbang kerana dapat merasakan merea selalu diperhatikan dan
dimotivasi oleh pemimpin mereka.
Demi mewujudkan tujuan ini, pemimpin
yang berjiwa mendidik iaitu cinta pada pekerjaan perkara ini boleh diwujudkan
dengan cara membangkitkan potensi bekerja.
Peribadi Rasulullah adalah contoh
terbaik bagi kita semua dalam menggunakan teknik pengajaran seperti ini. Beliau
tidak memberi arahan kecuali selepas memberi motivasi seperti dalam hadis
berikut :
Adakah orang yang memberitahu padaku berita tentang kaum itu
(musuh) pada hari kiamat Allah jadikan ia bersamaku?”
(Direkodkan oleh muslim)
Rasa tanggungjawab selepas semua
kerja selesai dan tugas terlaksana serta kewajipan yang tertunai. semua ia
bergantung pada pengikut.
Cara penyampaian bertanggungjawab
menunjukkan kepercayaannya pada diri pelaksana tugas dan percaya pada kemampuan
dan kebolehannya. Orang yang diberi tugas merasakan kumpulannya
mengharapkemampuan dan daya kreatifnya.
5. 3:SIFAT-SIFAT PEMIMPIN YANG
EFEKTIF
6. 0:MELAHIRKAN PEMIMPIN YANG
BERKESAN DAN BERPENGARUH
Teknik memberi perintah, perintah
tidak meninggalkan kesan dan pengaruh. Pemimpin yang berjaya adalah pemimpin
yang mampu mewujudkan perintah yang terlaksana.
Sebelum memberi perintah
Pemimpin perlu berbincang sebelum
memberi perintah. imam ahmad melaporkan daripada Anas, beliau berkata, rasulullah
bermesyuarat bersama para sahabat tentang tawanan perang badar.
Sifat perintah
Perintah yang dikeluarkan perlu
jelas. Perintah yang jelas adalah, kemahuan kita melaksanakan perkara itu
sehingga melahirkan kepercayaan dan efesiensi dalam pelaksanaan tugas.
Perintah yang jelas adalah
perintah yang ada satu maksud.
Perintah yang ada dua maksud
berbeza boleh membuat anggota dalam keraguan yang boleh menyebabkan kegagalan. perintah
yang jelas adalah perintah yang bebas dari perdebaran selepas ia di keluarkan. perdebatan
selepas perintah dikeluarkan boleh menimbulkan rasa cemas dan perasaan was-was.
6. 1:Teknik mempengaruhi dalam
mengawasi pekerjaan
Ramai pemimpin yang memberi
perintah, lantas menunggu hasil pelaksanaan tugas, sambil yakin tugas mereka
hanya memberi perintah. Pemimpin yang berjaya mampu menguasai dengan penguasan
yang boleh memotivasikan kerja, menyedarkan kelalaian dan mengangkat semangat
orang yang bekerja dengan tenang, ikhlas dan tidak ego.
7. 0:KESIMPULAN
Dalam sebuah kumpulan haruslah
mempunyai seoraang ketua yang dapat memimpin pelajar-pelajarnya supaya dapat
memimpin sebuah kumpulan dengan sempurna tanpa mempunyai sifat pilih kasih. Disamping
ini juga, pemimpin juga haruslah mempunyai sikap kesetiaan dan mengelakkan diri
daripada bermusuh dengan orang lain.
Pemimpin juga mestilah, yakin
dengan sesuatu tugas yang diberikan kepadanya. Supaya orang lagi berkeyakinan
bahawa beliau adalah seorang pemimpin yang bagus. pemimpin juga mestilah
bersifat tenang dan mampu menahan diri daripada marah dan sebagai nya dan juga
rasa tanggungjawab pada kepimpinannya. .
------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com