Semakin Bersedekah Semakin Kaya


TAJUK: 
Ajaibnya Sedekah, Semakin Bersedekah Semakin Kaya

DISEDIAKAN UNTUK: 
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Pendidikan Islam

DISEDIAKAN OLEH: 
Haslinda Binti Hanapi (2011340571)

PROGRAM: 
Diploma Pengajian Perniagaan

TARIKH HANTAR: 
11 SEPTEMBER 2012

PENDAHULUAN
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya saya dapat juga menyiapkan dan melaksanakan tugas yang diberi. Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada ustaz saya iaitu Ustaz Abd Aziz Bin Harjin, tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan saya dalam membantu menyiapkan tugasan ini. Tugasan ini sebenarnya bertujuan untuk menyerdarkan umat Islam tentang pentingnya bersedekah di dunia ini. Saya amat berharap, dengan tugasan ini dapat menjadi bahan rujukan kepada mereka yang tidak tahu apa itu ertinya bersedekah.

PENGERTIAN SEDEKAH
Definisi sedekah:
Sedekah asal kata bahasa Arab ‘Shadaqoh’ yang bererti pemberian yang diberikan oleh seorang muslim kepada orang lain secara spontan dan sukarela tanpa dibatasi oleh waktu dan jumlah tertentu.
Di dalam al-Quran terkandung banyak ayat yang menyarankan kaum muslimin untuk sentiasa memberikan sedekah. Di antara ayat yang di maksudkan adalah:
“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) member sedekah, atau berbuat ma’ruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka kelak kami akan member kepadanya pahala yang besar. ” (Surah an-Nisaa)

 EMPAT JENIS KEAJAIBAN BERSEDEKAH

 Mungkin antara saudara, ada yang berasa ragu pada kesahihan pada keajaiban-keajaiban bersedekah. Daripada aspek agama tidak diragukan lagi memiliki manfaat yang ampuh. Di dalam Quran terdapat banyak ayat berkenaan sedekah yang dapat kita baca dan renungkan.
 Antaranya seperti berikut:
“Sekiranya kamu memperlihatkan sedekahmu, perkara itu adalah baik. Sekiranya kamu bersedekah kepada orang kafir dan kamu menyembunyikannya, itulah yang lebih baik bagi kamu. Allah menghapuskan sebahagian kesalahan-kesalahanmu dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Surah al-baqarah, ayat 271)
“Wahai orang yang beriman, apabila kamu hendak menghadap dan bertanyakan sesuatu kepada Nabi Muhammad, hendaklah kamu menngeluarkan sedekah kepada orang miskin terlebih dahulu. Itulah yang lebih baik bagimu. Apabila kamu tidak memiliki apa-apa bagi disedekahkan, kamu boleh menemui Nabi Muhammad bagi sesuatu perkara kerana Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Adakah kamu takut menjadi miskin kerana kamu memberikan sedekah sebelum bertemu dengan Nabi Muhammad? Sekiranya kamu tidak bersedekah kerana tidak mampu, Allah memaafkan kamu. Kemudian, dirikan solat, tunaikan zakat, taat kepada kepada Allah dan rasulnya. Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. ” (Surah al-Mujadalah, ayat 12-13)
 Ayat-ayat ini menekankan tentang kepentingannya bersedekah.
 Kita mendapat penjelasan sekurang-kurangnya ada empat manfaat ataupun keajaiban sedekah iaitu sedekah dapat menolak bala ataupun bencana, sedekah juga dapat menyembuhkan penyakit, selain itu ia juga dapat memanjangkan umur, dan sedekah juga dapat memperluas ataupun menambah rezeki.

 CARA BERSEDEKAH YANG SALAH

 Sedekah adalah ibadah peribadi dan umum. Ibadah ini berkaitan antara saudara dengan Allah sahaja. Namun secara umumnya, saudara melibatkan orang lain iaitu orang yang menerima sedekah saudara. Sedekah adalah ibadah individu yang wujud dalam bentuk sosial. Ibadah sedekah terbahagi kepada dua iaitu nilai spiritual dan nilai sosial.
 Perkara-perkara yang berhubungan dengan sedekah itu bergantung pada diri individu. Perkara-perkara itu adalah kepada siapa kita memberi sedekah, dengan niat apa kita member sedekah itu, selain itu apa tujuan kita memberi sedekah, bagaimana caranya kita memberi sedekah, dengan apa kita bersedekah, dan akhir sekali bila dan di mana kita bersedekah. Perkara-perkara ini bergantung pada diri kita sendiri, hak individu masing-masing. Bersedekah haruslah daripada hati yang ikhlas, bukannya hanya untuk mendapatkan nama, bukan untuk menunjuk-nunjuk dan bukan untuk menjadi orang yang ternama dimata orang. Ia hanya diri kita dan Allah SWT.
 Hal-hal seni keliru dalam tujuan bersedekah adalah kita tak suka diejek dan dicaci begitu jugalah dengan orang lain, selain itu kita tidak suka melihat orang yang sombong begitu juga orang lain, kita juga tidak suka melihat orang yang suka menunjuk-nunjuk, dan akhir sekali kita suka dipuji dan disanjung.
 Kedudukan kita sebagai pemberi, dan kedudukan seseorang sebagai penerima. Menjadi suatu kecenderungan bagi orang yang memberi, dan mempunyai perasaan-perasaan seperti berikut berasa lebih berkuasa daripada orang yang menerima, berasa lebih berharga daripada orang yang menerima, berasa lebih kaya daripada orang yang menerima. Perasaan-perasaan ini sangatlah tidak elok lahir dalam diri seorang pemberi, ia dapat menimbulkan riak dalam diri dan Allah tidak menyukainya. Pada masa yang sama, perasaan seorang penerima seperti berikut berasa memerlukan bantuan, berasa tidak memilik kuasa, berasa kedudukannya rendah, berasa dirinya sangatlah miskin.

BERAHSIALAH APABILA MEMBERI SEDEKAH

 Permulaan sedekah adalah niat yang tulus dan ikhlas hanya kerana Allah SWT. Kita boleh memiliki niat yang tulus dan ikhlas tidak kerana Allah tetapi kerana sesuatu yang lain. Namun niat yang sedemikian hanya untuk diduniawi semata-mata. Kita sendiri tahu sifat duniawi itu tidak kekal, sedangkan kita sebagai umat islam perlukan keajaiban yang bersifat ukhrawi.
 Begitu jugalah makna tulus dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT. Dengan itu, kita sebagai pemberi haruslah menanamkan dalam hati kita, sedekah itu semata-mata kerana Allah bukan kerana orang lain.
 Sebagai pemberi, janganlah kita menunjuk-nunjuk dan jangan sombong apabila memberi sedekah. Adalah sebaik mungkin, kita jangan menunjuk kepada orang lain amalan sedekah yang kita lakukan. Sekiranya boleh, rahsiakan juga daripada orang yang menerima sedekah.
 Inilah cara orang-orang yang soleh memberikan sedekah dan inilah cara yang perlu kita ikut dan amalkan. Dengan merahsiakan sedekah, kita bebas daripada semua tujuan yang negatif dan keliru seperti apa yang di terangkan di atas. Selain itu, ia juga dapat menghindarkan diri kita daripada kerosakan dan dosa. Banyak cara kita boleh memberi sedekah secara rahsia seperti menggunakan orang tengah yang kita percayai.

BERIKAN KEPADA ORANG YANG TEPAT

 Ada tiga golongan yang tepat berhak menerima sedekah iaitu anak yatim, orang miskin, dan ibnu sabil iaitu orang yang sedang berjihad pada jalan Allah SWT.
 Kita sebagai pemberi jangan pula kita bersedekah bergantung pada mood kita. Apabila kita ada mood, baru kita jalankan ibadah sedekah. Apabila tiada mood kita tidak mahu menjalankan ibadah sedekah. Sifat ini sangat tidak elok untuk kita sebagai hamba Allah SWT.
 Kita sebagai pemberi haruslah dapat menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Kita juga dapat menilai siapa yang lebih berhak mendapatkan sedekah tersebut dan siapa yang lebih memerlukannya. Apabila kita mendapati orang itu sesuai untuk menerima sedekah, barulah kita memberikan sedekah kepadanya dengan seikhlas hati.
 Di samping itu juga, kita haruslah memberikan yang terbaik ketika bersedekah. Simpan yang buruk untuk diri kita sendiri dan berikan yang baik kepada orang lain sebagai ibadah sedekah. Janganlah kita lakukan perkara yang terbalik, simpan yang baik untuk diri sendiri dan berikan yang buruk kepada orang lain. Contohnya, jangan kita berikan kepada penerima barang yang terpakai kerana itu adalah suatu penghinaan kepada diri kita sendiri sebagai hamba Allah yang merdeka. Sekiranya kita ingin memberi, kita berikanlah barang yang belum dipakai ataupun barang yang baru sebagai pemberian kita kepada penerima dan jangan anggap itu sebagai sedekah kerana perbuatan itu hanya merosakkan amalan mulia sedekah, maka anggaplah ia sebagai pemberian atau juga sumbangan yang tulus dan ikhlas semata-mata kerana Allah SWT.



SEDEKAH DAN REZEKI

 Dalam pengertian yang luas, semua yang kita dapat dan miliki semua adalah rezeki yang Allah beri. Rezeki tidak mengenal sedikit dan banyak. Hidup itu sendiri adalah rezeki, setiap sedutan nafas juga dikategorikan sebagai rezeki. Selain itu, kita boleh mendefinisikan rezeki sebagai pendapatan ataupun pemberian daripada Allah dalam bentuk wang, harta, barang, makan dan minum. Pengertian rezeki ini perlu kita kecilkan lagi iaitu rezeki yang kita perolehi secara halal.
 Apa yang kita makan dan minum mempengaruhi diri kita. Ia juga mempengaruhi anak-anak dan keturunan kita. Apabila kita mencari dan memperolehi rezeki secara haram, ia tentu mengotorkan jiwa kita serta anak-anak dan keturunan kita. Ajaran Islam banyak mengingatkan kita pada akibat-akibat yang bakal terima apabila kita memiliki, makan dan minum benda yang haram di sisi Allah SWT.
 Ayat Quran berikut menyatakan:
 “Katakanlah, ‘Siapakah yang memberi rezeki kepadamu dari langit dan bumi?’ Katakanlah, ’Allah’. Sesungguhnya setiap golongan sama ada orang yang beriman ataupun orang yang syirik tidak sunyi dengan salah satu daripada dua keadaan iaitu berada dalam hidayah ataupun tenggelam dalam kesesatan yang nyata” (Surah Sabak, ayat 24)
 Dalam hal rezeki, kita perlu berusaha mencarinya. Ini kerana bererti syarat kedatangan rezeki adalah usaha atau kerja. Apabila kita mahu memperoleh wang, tidak mungkin kita duduk goyang kaki sahaja tanpa melakukan sesuatu pekerjaan yang boleh mendatangkan rezeki yang halal dan kemudian berdoa tanpa berusaha untuk mencari rezeki.
 Dalam usaha itu, kita lihat ada orang yang berusaha bersungguh-sungguh dan kemudian berdoa serta bertawakal pada Allah SWT. Bagi orang-orang seperti ini, Allah melebihkan rezekinya. Ada juga orang yang tidak begitu bersungguh-sungguh, jadi tentulah Allah tidak melebihkan rezekinya.

HUKUM ALLAH: SEDEKAHLAH!

 Teori ekonomi Ilahiah dapat menarik dan meluaskan rezeki. Berdasarkan ayat-ayat ini:
“Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang yang menafkahkan hartanya pada jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir benih dan daripada setiap butir, tumbuh pula 100 butir benih. Allah SWT melipatgandakan ganjaran bagi sesiapa yang dikehendakinya, AllahSWT maha luas kurnianya lagi maha mengetahui. ” (Surah al-Baqarah, ayat 261).
 ”Barang siapa membawa amal yang baik, maka baginya pahala 10 kali ganda amalnya dan barang siapa yang membawa perbuatan jahat, amak dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya sedangkan mereka tidak sedikit pun dirugikan” (Surah al-Anam, ayat 160)
 Terdapat enam jenis amalan dan manusia pula tergolong dalam empat jenis. Enam jenis amalan itu adalah dua amal yang wajib iaitu sesiapa yang meninggal dunia dalam keadaan tidak menyukutukan Allah SWT, dia tinggal di syurga selama-lamanya dan barang siapa yang mati dalam keadaan syirik, dia akan masuk ke dalam neraka. Dua amal yang seimbang iaitu sesiapa yang berniat melakukan sesuatu kebaikan, dia memperoleh pahala dan barang siapa melakukan dosa, dia memperoleh dosa. Satu amal mengandungi pahala sebanyak 1O kali ganda iaitu sesiapa yang melakukan apa sahaja kebaikan di dunia ini, dia memperoleh pahala sebanyak 1O kali ganda. Akhir sekali, satu amal mengandungi pahala 7OO kali ganda iaitu sesiapa yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah SWT, dia memperoleh pahala sebanyak 7OO kali ganda daripada setiap harta yang dia belanjakan.
 Empat jenis manusia itu pula adalah orang yang kaya di dunia dan kaya di akhirat, orang yang kaya di dunia dan miskin di akhirat, orang yang miskin di dunia dan kaya di akhirat, dan akhir sekali orang yang miskin di dunia dan miskin di akhirat juga.


SEDEKAH, PENYAKIT DAN PANJANG UMUR

 Sedekah itu dapat menyembuhkan dan mencegah penyakit serta memanjangkan umur. Hal ini jelas dalam pandangan agama. Namun mungkin apa yang belum jelas adalah di mana rasionalnya pernyataan yng mengatakan sedekah itu mampu mencegah dan menyembah penyakit serta memanjangkan umur. Penyakit itu berhubungan dengan umur ataupun usia kerana Allah SWT boleh sahaja mentakdirkan seorang manusia meninggal akibat sesuatu penyakit.
 Sedekah ini mempunyai banyak keajaibannya. Semakin kita bersedekah semakin kita kaya. Selain itu, ia juga dapat menyembuhkan penyakit. Betapa adilnya Allah SWT, dengan hanya memberi sedekah Allah berikan kita kenikmatan yang lebih baik. Ada dua perkara lagi yang manusia inginkan iaitu dijauhkan dan disembuhkan daripada penyakit dan dipanjangkan umur.
 Walaupun Nabi Muhammad melalui kata-kata beliau menunjukkan sedekah itu dapat memanjangkan umur, pada hakikatnya kita melihat tidak semua daripada kita, keluarga kita, saudara mara kita dan masyarakat di sekitar kita benar-benar mengamalkan sedekah sesuai dengan cirri-ciri yang perlu ada padanya. Kekuatan yang terkandung dalam sedekah adalah lebih dahsyat daripada kekuatan yang terkandung dalam doa.
 Sedekah adalah pemberian yang dilakukan secara sukarela, ikhlas ataupun tanpa mengharapkan balasan. Ia adalah tindakan yang semata-mata dilakukan kerana mengharapkan keredaan pandai Allah. Ia memiliki nilai sosial iaitu menolong orang lain yang sedang mengalami kesusahan.
 Orang yang bersedekah memiliki rasa kasih saying kepada orang lain. Ini adalah sesuatui yang pasti. Orang seperti ini mempunyai empat spiritual. Maksudnya, dia merasa sedih dan terluka apabila melihat orang lain dalam kesusahan sedangkan dia mampu memberikan bantuan. Dia merasa tenang dan bahagia apabila dapat memberikan bantuan kepada orang lain yang memerlukan. Dengan sedemikian, sedekah menenangkan dan membahagiakan jiwa. Kebahagiaan jiwa itu adalah kunci.

KESIMPULAN

 Pada pandangan kita sebagai orang islam, sedekah adalah amal kebajikan. Orang bersedekah umpama orang yang menanam benih kebajikan. Pada hari akhirat kelak, orang yang bersedekah itu pasti merasa buat ataupun hasil daripada amalan sedekahnya di dunia ini. Dengan demikian, hari-hari yang kita lalui dalam kehidupan di dunia adalah hari-hari bagi beramal yang tiada batasannya kecuali kematian.
 Allah berkata:
“Bersegeralah kamu memohon keampunan daripada Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain. Sesungguhnya, Allah menyukai orang yang berbuat kebajikan. ” (Surah Ali Imran, ayat 133 hingga 134)
 Demikianlah, menurut ayat di atas Allah menyediakan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi untuk orang yang bertakwa.

------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com