Peringkat kehidupan manusia

PREPARED FOR :
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

PREPARED BY :
SITI NURFARAHIN BINTI BUKARI 
2011706443 
BMD2AC

SUBMISSION ON : 
11 SEPTEMBER 2012

PRAKATA :
Pertama sekali saya ucapkan Alhamdulillah atas segala puji bagi Allah dengan segala limpahan nikmat dan rahmatNya untuk kita sebagai hambanya. Kita hendaklah bersyukur kepadaNya dengan menggunakan segala rahmat dan nikmat untuk taat akan perintahNya. Sesungguhnya hanya kepadaNya kita memohon pertolongan dan keampunan atas dosa-dosa kita sebagai hambaNya yang kerdil malah, tidak lari dari kesalahan diri mahupun kecil dan besar. Walhal, kepada Allah jualah kita akan kembali serta kepadaNya lah, jua kita meminta perlindungan dari segala keburukkan mahupun dalam dan luar pengetahuan kita seumur hidup kita di dunia dan akhirat kelak.
Selawat dan salam juga buat Rasul junjungan kita Nabi Muhammad SAW kita yang sentiasa bersyukur atas kurniaan nikmat Allah yang kita semua perolehi. Buktinya baginda sanggup beribadah kepada Allah SWT sehingga bengkak kedua-dua belah kaki baginda. Selawat dan salam juga buat keluarga dan para sahabat baginda serta sesiapa sahaja yang meniti sunnah baginda. Sesiapa yang diberikan petunjuk Allah SWT, nescaya tidak akan ada perkara yang menyesatkan malahan, sesiapa yang disesatkan oleh Allah, bererti tidak mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.
“ Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwa lah kepada Allah dengan sebenar-benar ketaqwaan kepadaNya dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan beragama Islam. ” ( SURAH ALI IMRAN AYAT 102)

PENDAHULUAN :
Allah SWT telah menciptakan manusia dengan sebaik-baik kejadian berbanding makhluk yang lain. Di bahu manusia diberi tanggungjawab dan peranan kita sebagai kalifah untuk melaksanakan tugas memakmurkan bumi ini dengan berasaskan agama Islam. Kerana ini jualah Allah telah kurniakan kita akal dan fikiran kepada manusia serta diciptakan pelbagai jenis makluk lain seperti haiwan, tumbuh-tumbuhan dan seluruh alam semulajadi ini demi memenuhi keperluan hidup kita sebagai manusia.
Dari segi umumnya berdasarkan buku yang saya plih ini iaitu “Mati Itu Pasti” dan digabungkan bersama pandangan logikal saya, kematian bermaksud sudah tidak hidup atau kata kasarnya, mati. Malahan ajal pula bererti masa yang tepat atau sudah sampai masa dan waktunya untuk ditarikkan rohnya dari jasad seseorang manusia. Dengan kerana ini jualah wujudnya malaikat izrail yang ditugaskan sebagai menarik atau mengambil kembali roh seseorang manusia atau mana-mana makhluk Allah di muka bumi ini.
Maksud judul buku ‘mati itu pasti’ ini disama ertikan dengan ‘kematian dan ajal suatu kepastian’ yang sudah menjadi perkara yang tak lagi boleh di nafikan lagi. Malahan sudah disebutkan di dalam Al-Quran bahaw ‘sesungguhnya, setiap yang hidup pasti akan mati dan, akan dihidupkan kembali yang mati di padang Mahsyar kelak. ’ Situasi sebegini wajib dirasai oleh semua makhluk Allah di muka bumi ini tidak mengira agama dan bangsa untuk manusia. Ini bermakna tiada sesiapa yang akan terkecuali ataupun lari dari kematian.

MENGETAHUI DI SEBALIK KEHIDUPAN MANUSIA.
Setelah kita menghadapi kehidupan sebagai manusia di alam keduniaan, kita akan meneruskan ke platform kita seterusnya iaitu alam kubur. Alam kubur adalah alam yang penuh dengan rahsia, oleh itu, tiada seorang pun yang akan mengaggapnya sebagai kisah dongengan. Di dalam alam kubur di panggil juga sebagai alam ghaib.
  Alam Ghaib :Ø
  Apabila dikatakan sesuatu perkara itu ‘ghaib’, ia adalah sesuatu perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar atau pancaindera kita sendiri. Percaya adanya Allah sebagai Tuhan, malaikat sebagai hamba Allah, alam kubur, hari kiamat dan seksa neraka wujud, ini semua termasuk dalam alam ghaib yang ajib kita percayai sepenuhnya tanpa terdetik rasa ragu-ragu.v
  Allah berfirman :v
“ Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa; iaitu orang yang beriman kepada perkara yang ghaib dan menunaikan solat serta berlanjakan hartanya (sebahagian)dari reeki yang Kami berikan kepada mereka. ”( SURAH AL-BAQARAH aYAT 2 – 3 )

   Dalam sebuah hadis Nabi bersabda :v
“ Kunci sesuatu yang ghaib itu ada 5 iaitu, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Allah, tidak mengetaui apa yang tersimpan dalam Rahim kecuali Allah, tidak tahu apa yang akan terjadi keesokkan harinya hanya Allah, seseorang tidak tahu bila datangnya hujan hanya Allah, seseorang tidak tahu di bumi mana dia meninggal kecuali Allah, seseorang tidak tahu bila Hari Kiamat akan berlaku kecuali Allah. ”
( HADIS RIWAYAT BUKHARI )
  Tahap Kehidupan Manusia :v
1. Alam kandungan
  Dalam kitab-kitab fiqah jelas bahawa masa mengandung ibu biasanya 9 bulan, paling singkat 6 bulan dan paling lama 4 tahun ( seperti cerita imam Syafie selama 4 tahun)v
  Nabi Muhammad bersabda :v
“ Bahawasanya seseorang dari kamu dikumpulkan kejadiannya dalam kandungan ibunya selama 40 hari, masih wujud dalam bentuk air mani lalu dijadikan segumpal darah selama 40hari juga. Kemudian Allah utuskan malaikat untuk meniupkan roh kedalam jasadnya serta diperintahkan dalam 4 perkara iaitu, ketetapan rezeki seseorang tersebut, ajalnya, amalannya dan menjadikan seseorang itu orang celaka atau bahagia. ”
( HADIS RIWAYAT MUSLIM )


2. Alam Dunia
  Allah berfirman :v
“ Allah telah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan tidak mengetahui sesuatu pun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati ( akal fikiran ) ; supaya kamu bersyukur. ”
( SURAH AN-NAHL AYAT 78 )
  Ini jelaslah bahawa alam dunia ialah alam yang ke 2 untuk kita sebagai hamba Allah selepas dan alam dunia juga merupakan alam sebelum meneruskan ke alam seterusnya hingga alam akhirat.Ø 
  Di alam dunialah kita mula mengumpulkan bekalan kita buat kita di alam kubur dan akhirat kelak. Di sini juga akan berlaku pelbagai ujian dari Allah untuk menguji kekuatan iman kita sebagai hambaNya. Untuk mengelak daripada terjadi perkara buruk menjadi-jadi, didikan wajib diberi daripada peringkat umur yang awal seperti kata pepatah, ‘melentur buloh biar dari rebungnya. ’Agar dapat kita atau manusia membawa diri di masa akan datang.v
  Allah telah banyak memberi kita kekuatan sebagai hambaNya semasa kita hidup. Malah, Allah sentiasa di sisi kita, dan akan sentiasa membantu kita untuk mendapat keredhaanNya.v

 3. Alam Kubur ( Barzakh )
   Alam kubur adalah alam selepas alam dunia yang dinikmati oleh kita semua selepas mati. Mati adalah perkataan ditakuti manusia dan semua makhluk Allah. Kerana kita berpisah dengan segala perkara yang berhubungkait dengan kita semasa di dunia. Lebih-lebih lagi, berpisah dengan insan tersayang.v
  Bagi orang yang cukup pegangan agamanya, ketakutan akan mati, terbatas tidak seperti yang terlalu berlebihan hinggakan sanggup bunuh diri.v
  Di waktu inilah(mati) malaikat izrail, datang mencabut nyawa dari jasad kita.v
  Semasa di dalam kubur, sejahteralah kita untuk berdepan dengan seksa dan nikmat di Alam Kubur kelak.v
  Alam kubur difahamkan sebagai kiamat kecil sebelum alam kiamat yang akan berlaku kelak.v
4. Alam Akhirat
  Alam akhirat adalah alam yang kekal abadi dan alam yang terakhir untuk kita serta ia adalah kehidupan kita yang sebenar-benarnya sebagai hamba Allah.v
  Allah berfirman :v
“ Wahai kaum ku ! Sesungguhnya kehidupan dunia ini hnyalah kesenangan ( untuk sementara waktu sahaja ) dan sesungguhnya hari akhirat itulah sahaja negeri yang kekal”
( SURAH AL-MUKMIN AYAT 39)

MEMBICARAKAN KEBAIKAN MENGINGATI MATI.
  Mengingati mati di labelkan oleh Ibnu Umar ia, satu kebaikan untuk semua mukmin.v
  Apabila berlaku kematian, timbul kesabaran didalam hati manusia malah, akan menerima pahala dan ganjarannya yang akan diberi oleh Allah.v
  Pada pendapat saya, dalam semua alam, alam kubur adalah tahap paling mendebarkan kerana, ini adalah alam yang pertama manusia dipertanggungjawabkan akan amal perbuatannya tanpa bertemankan sesiapa hanya bersendirian.v
  Suasana didalalam kubur nanti, ruangnya berkeadaan yang amat gelap.v
  Seksaan kubur serta nikmat yang akan Allah berikan kepada manusia yang terpilih adalah perkara yang mengiringi manusia di alam kubur.v
  Manusia tidak akan terlepas daripadanya. kerana, manusia harus selalu senantiasa ingat akan kematian.v
  Maksud mengingati mati, bermaksud menyediakan diri secara maksima dengan banyakkan amal soleh.v
  Sabda Rasulullah saw :v
“ Banyakkanlah mengingati sesuatu yang menghancurkan kenikmatan iaitu kematian. ”
( HADIS RIWAYAT AL-TARMII DAN AN-NASA’I )

  Baginda Rasulullah saw pernah bersabda bahawa, cukuplah kematian itu sebagai penasihat. Ini bermaksud, penasihat untuk kita, iaitu hendak menceritakan bahawa kiamat akan menjelma sevlepas alam kubur.



PERKARA YANG MENGINGATKAN KEPADA KEMATIAN.

1.   Menziarahi Kubur atau makam.
Sabda Rasulullah :
“ Sesiapa yang menziarahi kubur kedua ibu bapanya atau salah seorang daripadanya pada setiap malam Jumaat sekali, maka diampunkannya dan dia ditulis oleh malaikat sbagaiyang baik. ”
( HADIS RIWAYAT HAKIM dari ABU HURAIRAH )
2.   Melawat orang yang sakit atau mengunjung.
  Merupakan tanda penyatuan dan empati sosial.Ø
  Orang sakit turut merasa selesa dan terasa diingati juga tenang untuk bersabar dalam menghadapi dugaan Allah.Ø
  Selain itu, ia dapat ingatkan kita sendiri bahawa manusia, bila-bila masa sahaja akan jatuh sakit.Ø
  Ini juga akan mendidik kita sendiri untuk menjaga kesihatan dengan anugerah yang diberiNya.Ø
3.   Menghadiri pengebumian jenazah atau orang meninggal dunia.
* Merupakan amalan sunat untuk kita iaitu menghiburkan keluarga yang ditinggalkan
 orang yang meninggal duniabersama nasihat tawakal dan bersabar serta tabah juga redha.


SAMBUNGAN UNTUK PERKARA YANG MENGINGATKAN KEPADA KEMATIAN :

•  Dengan melakukan perkara ini, sedikit sebanyak akan membentuk kesedaran di dalam hati sanubari kita sebagai manusia, jugak kita akan dapat menyedari akan kesalahan dan kekhilafan kita sepanjang kehidupan kita sebagai manusia selama didunia.
•  Marilah bersama-sama kita berlumba-lumba kearah kematian buat kebaikkan kita jugak mahupun didunia jua di akhirat kelak.
•  Sedangkan didalam lirik lagu kumpulan wali band juga yang bertajuk ‘tobat maksiat’ turut ingatkan kita semua inikan pula yang sudah sejak aman Rasulullah kita sendiri iaitu Al-Quran dan sunnah baginda menyuruh kita senantiasa mengingati akan kematian.

  Sabda Rasulullah saw :v
“ Bamyakkanlah mengingati mati, maka sesungguhnya ia membersihkan dosa dan menjadikan benci akan kemewahan dunia, jika kamu mengingatinya di samping kekeyaan, maka ia akan merobohkannya dan jika kamu mengingati di samping kekafiran maka ia akan menjadikan redha dengan kehidupan (ekonomi) mu. ”
( HADIS RIWAYAT IBNU ABI DUNYA )



KEHADIRAN SYAITAN DI SAAT KEMATIAN :
1. Disaat kita nazak, syaitan akan datang menganggu kita dengan menyamar sebagai orang yang kita cintai yang pergi dahulu daripada kita.
2. Menyamar sebagai ibu bapa kita, kakak, adik, abang dan guru serta sesiapa sahaja.
3. Dalam keadaan menyamar tersebut, syaitan akan datang mengusap-usapkan kepala kita sambil bisikkan kepada telinga kita dengan helahnya iaitu, berbunyi “ mungkin kamu akan mati sebentar lagi dan semua itu telah kami laluinya dahulu, kami merasai mati sebagai Yahudi dan Nasrani lebih baik, oleh itu, baik kamu mati didalam Yahudi dan Nasrani lebih baik. Cranya mati tidak sukar sama sekali. ”
4. Syaitan sentiasa menggunakan lesennya iaitu sentiasa menyesatkan umat Rasulullah saw hingga hari kiamat.
5. Celakalah, bagi sesiapa yang termakan pujukkan syaitan yang direjam tersebut.
6. Oleh itu, hendaklah kita membina benteng yang kukuh itu dari sekarang bersama dalam keadaan sihat ini lagi.
7. Haruslah kita membiasakan diri dengan bersolat tahajud di tengah-tengah malam hari agar dapat dilindungi oleh Allah.
8. Kita juga, boleh elakkan perkara tersebut berlaku dengan, usaha kita yang terus berlatih ingat Allah sentiasa setiap nafas kita.

Antara usaha kita:
•  “ Ya Allah, akhirilah kami dengan pengakhiran yang bahagia. ”
•  “ Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kapadaMu dari godaan syaitan dan aku berlindung kepadaMu jika syaitan tersebut menghampiriku. ”

MALAIKAT :
1. Allah menciptakan malaikat adalah untuk menunjukkan bahawa Allah adalah Zat Yang Maha Berkuasa, sehingga mampu menciptakan malaikat yang boleh ubah bentuk dan suai dengan pelbagai jenis mengikut apa yang diiginkan serta mempunyi kekutan yang dahsyat.
2. Tetapi, kekuatan dahsyat malaikat ini juga tidak boleh disalah gunakan untuk kepentingan peribadi. Ia, bertujuan untuk ikut perintah Allah.
3. Malaikat adalah perantara manusia dengan Allah sebagai contoh wahyu yang diterima oleh Rasulullah sendiri daripada perantaraan malaikat jibril a. s yang diutuskan daripada Allah swt sendiri.
4. Malaikat yang akan cabut nyawa kita adalah malaikat izrael a. s.
5. Bersediakah kita untuk mengharungi pelbagai rintangan dan jalan yang telah Allah takdirkan sepanjang kehdupan kita sebagai hambaNya?
6. Saya rasa dipertangungjawabkan untuk mengajak semua umat Islam untuk senantiasa mengingati akan mati agar kita sendiri dapat hikamhNya.
7. Kematian yang mana, baiknya kita di dunia maka baiklah kita di akhirat nanti iaitu hari perhitungan.

PENUTUP:
Sebelum saya menutup bicara, terlebih dahulu, saya ingin memanjatkan kesyukuran kerana diberi peluang dapat siapkan tugas yang diberikan ini dengan sempurna. Terima kasih juga kepada ustaz yang memberi banyak tunjuk ajar dan peluang kepada kami dalam CTU 151 ini. Tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan saya yang sedikit sebanyak membantu saya dalam melaksanakan tugas ini. Juga untuk adik saya yang izinkan saya meminjamkan labtopnya untuk saya melaksanakan tugas-tugas saya dengan sistematik. TERIMA KASIH.


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com