Penawar Jiwa

DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN

DISEDIAKAN OLEH:
NURUL FATHIN BINTI NAIRUDDIN (2011560231)
BMD2AC

TARIKH PENYERAHAN:
1 SEPTEMBER 2012

KATA PENGANTAR
Segala puji bagi Allah, yang telah memberikan kekuatan kepada kita semua. Selawat dan salam di limpahkan kepada Rasul kita Muhammad SAW.
 Saya memohon kepada Ilahi, semoga saya dapat menjelaskan tentang penawar jiwa yang member penawar dalam setiap jiwa dan penerang ke arah jalan keimanan. Sebagai hamba Allah yang kerdil didunia ini, saya hanya berdoa agar saya dapat member penjelasan sedikit banyak tentang penawar jiwa. Saya berterima kasih kepada pensyarah ctu kerana memberi peluang untuk saya menulis tajuk penawar jiwa ini.
 Hanya kepada Allah kita menyerah diri, agar kita memperolehi taufik dan hidayah-Nya. Terima kasih kepada pemilik buku Muhammad Isa Selamat kerana dengan buku ini saya dapat melaksanakan tugasan yang diberi oleh pensyarah saya. Semoga buku ini menjadi tempat di mata orang di luar sana. Insya Allah

PENDAHULUAN
Penawar jiwa merupakan pengubat bagi sesiapa yang mengalami masalah jiwa yang membuatkan orang tertekan. Jiwa yang bermasalah tidak tentu masanya malah ia boleh terjadi dengan tanpa kita meminta. Kadang2 ia terjadi disebabkan terlalu banyak kerja yang perlu kita lakukan sampaikan kita tidak punya masa untuk diri kita sendiri malah untuk keluarga juga bagi yang telah berkeluarga. Jiwa yang lemah sukar untuk kita kembalikan ia menjadi normal kerana ia banyak memainkan peranan emosi kita. Emosi yang terganggu terjadi bila kita terlalu fikirkan apa yang bakal terjadi apabila mengalami masalah yang melibatkan diri kita dan memerlukan kita untuk menyelesaikan dengan cepat. Penawar jiwa bagi agama islam, ia terlalu mudah untuk kita pelajari, diantaranya beribadat kepada-Nya, berzikir, menghafal ayat-ayat al-Quran, bersedekah dan menunaikan zakat. Agama islam adalah yang suci, agama yang boleh membuat jiwa lebih tenang dan agama yang dekat dengan pencipta-Nya


BEBERAPA ASPEK TENTANG JIWA
a)  PENYAKIT JIWA
 Kehidupan di dunia ini bagaikan pergantian musim. Ada musim bunga, musim gugur, musim hujan dan ada juga musim kemarau. Begitulah juga dengan corak kehidupan kita yang selalu mengalami musim yang bertukar-tukar.
 Begitu juga jiwa kita, yang selalu mengalami berbagai perubahan dan pengaruh. Ada yang penuh kedamaian, tenang dan bahagia, namun ada juga yang gelisah dan ada yang tak tentu arah.
 Begitulah keadaan jiwa yang sentiasa berubah. Jika fizikal memiliki berbagai macam penyakit maka demikianlah juga.
 “ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan saling berpesan supaya mentaati kebenaran dan saling nasihat-menasihati supaya menjalankan kesabaran. ”
 ( Al-Ashr: 1-3)
Penyakit jiwa itu antara lain :

1)  Merupakan sifat buruk dan merosakkan sifat Islam dalam rohani manusia yang menghadapi gangguan dalam kebahagian
2)  Merupakan sifat dan sikap di dalam jiwa yang tidak diredhai Allah SWT, sifat dan sikap mental yang terdorong kepada keperibadian melakukan perbuatan buruk dan sama sekali dilarang oleh agama islam.
 Orang yang selalu mengidap penyakit kejiwaan ini, tidak senang melihat orang lain senang. Mereka sering kali berburuk sangka, suka curiga dan memfitnah orang lain. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :
 “ Dan ingatlah ketika orang-orang munafik dan orang-orang yang berpenyakit dalam hatinya berkata: “ Allah dan Rasul-Nya tidak menjanjikan kepada kami melainkan tipu daya ” ( Al-Ahzab: 12)
b)  MAKSUD KETENANGAN JIWA
 Ketenangan jiwa adalah terhindar dari gangguan dan penyakit kejiwaan. Ketenangan jiwa itu ialah kemampuan seseorang menyesuaikan diri dalam menghadapi setiap masalah dan kegoncangan dalam kehidupan.
 Mereka yang diserang sakit kejiwaan, adalah mereka yang lupa akan tujuan hidup mereka di dunia yang fana. Kebanyakan kita berkelakuan berlagak dan sombong seakan-akan hidup di dunia ini untuk selama-lamanya. Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud :

“ Hai manusia, sembahlah Tuhanmu yang telah menciptakanmu dan orang-orang
Sebelummu, agar kamu bertaqwa. ”
 ( Al-Baqarah: 21)
Oleh sebab itu, di dalam Islam tidak membolehkan umatnya berada dalam keadaan kecewa yang berterusan. Islam menginginkan umatnya tetap dalam keadaan yang baik fizikalnya dan mentalnya, agar kita dapat melaksanakan tugas dan kewajipan sebagai umat yang baik sifatnya.

c)  KERESAHAN UMAT MASA KINI

1.  Membunuh diri
2.  Ilmu tanpa agama menjadi buta
3.  Hilangnya istiqamah dalam kehidupan
4.  Kemaksiatan menjadi budaya dalam kehidupan
5.  Terhakisnya hikmah dalam minda
6.  Buta dengan akhlak yang mulia
7.  Jahiliah di abad moden

MENGENALI HATI, NAFSU DAN MINDA
a)  BERBAGAI JENIS HATI INSANI

1.  Hati yang suci
- Qalbun Shahih iaitu yang sihat, suci dan bersih daripada gangguan yang melanggar perintah dan larangan Allah SWT. Hati yang suci ini juga terselamat daripada hukum yang bertentangan dengan ketentuan Allah dan Rasul-Nya.
- Begitu juga ketika bersedekah atau tidak dapat memberi, semuanya kerana Allah SWT.
- Orang yang mempunyai hati yang suci bersih ini menjadikan Rasulullah sebagai modelnya atau contoh dalam kehidupannya.

2.  Hati yang mati
- Qalbun Maayyit adalah hati yang mati, yang tidak pernah mengenal Allah Pencipta-Nya, tidak menyembah Allah, serta tidak mencintai dan redha kepada-Nya.
- Hawa nafsu lebih dituruti dan dipatuhi daripada rasa cinta kepada Allah SWT.
- Hati yang mati tidak mampu mendengar seruan Allah SWT, tetapi hanya mendengar seruan syaitan, disebabkan mata hatinya telah ditutupi oleh nafsunya dan menyebabkan ia menjadi buta dan pekak.



3.  Hati yang sakit
- Qalbun Maridh iaitu hati yang masih memiliki kehidupan, namun di dalamnya tersimpan benih-benih penyakit.
- Beriman kepada Allah, ikhlas dan tawakal adalah merupakan makanan yang akan menghidupkan hati yang sakit.
- Hati yang sakit ini mempunyai dua motivasi, yang pertama adalah mengajak, menuju ke jalan Allah dan Rasul-Nya untuk mencari kebahagiaan abadi di akhirat dan yang kedua ialah mengajak menuju kepada kebahgiaan dunia yang sifatnya hanya sementara.

KESIHATAN MENTAL PENAWAR ZAHIR DAN BATIN
a.  Menghargai diri sendiri

- Agama islam adalah agama yang menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusiaan, agama yang mewajibkan mencurahkan kasih sayang kepada setiap makhluk, terutamanya sayang kepada kesihatan dan kesajahteraan diri sendiri.
- Orang yang selalu memberikan bantuan dan saling menyayangi sesamanya itu, sangat besar pahalanya. Rasulullah bersabda maksudnya :

“ Apabila seseorang muslim berjumpa sesamanya dalam keadaan kesukaran lalu ditolongnya secara sempurna, maka seluruh dosa mereka gugur laksana daun-daun berguguran dari pohonnya dihembus angin, ertinya sluruh dosa mereka terhapus walau sebanyak buih di lautan. ”
 ( HR Tabrani )

b.  Membina cinta kasih dalam jiwa

- Mencurahkan rasa kasih sayang adalah jiwa dan prinsip Islam yang utama. Seulas senyuman yang tersimpan rasa kasih sayang di dalamnya, lebih besar ertinya bagi Rasulullah daripada berjihad.
- Rasa cinta dan kasih sayang yang tersimpan di dalam jiwa manusia, merupakan anugerah dari Allah SWT yang paling agung yang dijaga dan dibina dengan seikhlas hati. Kita perli membina rasa kasih sayang di dalam diri agar dikasihi dan disayangi oleh Allah dan orang lain di dunia ini.
- Jangan mencontohi model kasih sayang yang hanya merosak kehidupan diri kita dan kekuarga kita. Tetapi contohilah kasih sayang yang telah diberikan oleh Rasulullah dalam segala aspek kehidupan. Firman Allah maksudnya :

“ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu iaitu bagi orang yang mengharapkan rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan dia banyak menyebut nama Allah. ”
 ( Al-Ahzab: 21 )

PSIKOLOGI AGAMA DALAM KETENANGAN JIWA
a)  Penawar dalam kehidupan

- Mungkin tidak sukar bagi kita untuk menilai dan membezakan antara wajah orang-orang yang beriman, selalu menjalankan perintah agama dengan orang-orang yang meninggalkan ajaran agama.
- Firman Allah bermaksud :

“ Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram. ”
 ( Ar-Ra’ad: 28 )

- Dari ayat Allah diatas membuktikan bahawa ketenangan jiwa baru kita perolehi dengan jalan bertakwa kepada Allah SWT. Sehingga kita dapat katakan bahawa fungsi Islam dalam kehidupan kita antara yang lain ialah :

1.  Memberikan bimbingan dalam kehidupan muslim.
2.  Menolong orang muslim yang menghadapi kesukaran.
3.  Mententeramkan jiwa manusia.


b)  Mendidik jiwa

-Jiwa manusia selalu mengalami perubahan demi perubahan. Yang positif mahupun negatif. Jiwa manusia itu perlu diberikan pendidikan agar sesuai dengan matlamat yang ingin diperolehi.
1. Menjauhkan diri dari dosa jasmani.
2. Menjauhkan diri daripada dosa jiwa.
3. Menjauhkan diri daripada sifat-sifat tercela iaitu hasad dengki, takbur ujub, riya, bakhil dan cinta kekayaan, pemarah, mengumpat, mengadu domba, berdusta dan mencintai kemasyhuran/glamor.
  

 c) Agama santapan rohani
- Islam membimbing umat ke arah kebenaran, dan menjanjikan kebahagiaan jika manusia meninggalkan segala kemaksiatan dan taat kepada ajaran-Nya. Jiwa manusia perlu diisi dengan nilai kebenaran atau agama, supaya ia tetap sihat dan memporelehi limpahan kurnia dari Allah SWT.
- Taat zahir ialah melakukan seluruh amal ibadah yang diwajibkan Allah SWT seperti mengucap dua kalimah syahadat, solat, puasa, berzakat, naik haji dan yang lain-lain yang berkaitan dengan amalan.
- Taat batin iaitu memakai sifat-sifat yang terpuji dan dapat mendekatkan manusia dengan Allah SWT, dapat manusia merasakan kebahagiaan dan erti kehidupan ini. Firman Allah maksudnya :
“ Katakanlah: Sesungguhnya Tuhan kamu itu Tuhan Yang Maha Esa. ” Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seseorang dalam beribadah kepada Tuhannya. ”
c)  Islam penawar stres

- Stres selalu mengancam kehidupan kita, berpengaruh pada ketenteraman di rumah, pekerjaan di pejabat dan tempat kerja yang lain, di sekolah dan berbagai aktiviti yang lain.
- Secara psikologi akibat-akibat stres disebabkan beberapa faktor :
1. Ketakutan yang tidak diketahui apa sebabnya, dan tidak mampu untuk mengenal, meramal dan mengawasi.
2. Kekurangan segala sesuatu, atau orang-orang yang kita sayangi tidak menyenangkan hati kita, serta tidak mampu untuk kita menutupi kekurangan dan menerima mereka.
3. Tidak mampu untuk menempuh masa depan, sehingga boleh menjadi lebih stres jika kita melakukan pandangan yang terlalu jauh kehadapan.
4. Konflik-konflik dalam fikiran, kegagalan untuk menerima realiti.


PEMAAF SUATU KEPERIBADIAN YANG INDAH
-Sifat maaf merupakan lambang keperibadian yang indah, sebab di dalam sanubari orang yang suka memaafkan orang lain itu tersimpan keikhlasan dan kerelaan hati yang suci.
- Pemaaf bererti kita menghormati manusia lain sebagaimana kita menghormati diri sendiri. Firman Allah bermaksud :

“ Maafkanlah mereka, mohonkanlah ampunan bagi mereka, dan bermusyawarahlah dengan mereka. ”

- Memaafkan orang lain yang bersalah, bererti kita telah membebaskan mereka dari dosa bersalah, sekalipun mereka tidak meminta untuk dibebaskan.
- Sifat cinta kedamaian dan ingin berbuat baik dalam bentuk membebaskan orang lain dari dosa, itulah yang disuruh oleh agama. Firman Allah SWT maksudnya :

“ Bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang bertakwa. Iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. ”
 ( Ali-Imran: 133-134 ) 

MENDEKATKAN DIRI KEPADA ILAHI
-Sentiasa harus waspada dengan diri sendiri, kerana jiwa manusia mudah terpikat dengan kemaksiatan dan dosa. Justeru itu perlu ditanamkan jiwa yang menyerahkan diri kepada Allah SWT, dan tidak mencari yang lain sebagai tempat bergantung. Firman Allah maksudnya :

“ Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberikan rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendaki-Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu. ”
 ( Ath-Tholaq: 2-3 )

- Jiwa yang bertakwa dan selalu mengingatkan kepada amal perbuatan dan segala aktiviti kehidupan kita. Sebab segala sesuatu yang kita lakukan itu tidak lepas dari rasa mengagungkan Ilkahi.

- Sentiasalah kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, kerana Rasulullah SAW yang terjamin kesucian jiwanya masih tetap bermunajat dan memanjatkan doa kepada Allah SWT. Semoga segala amalan kita diterima disisi-Nya dan selalu mendapat Rahmat-Nya.

MENUJU KETENANGAN JIWA
-Cahaya ilmu, iman dan ketakwaan itu mempunyai kekuatan menghidupkan jiwa, fikiran, fitrah serta moral menjadi normal kembali kepada kebenaran yang disampaikan oleh Allah SWT.
- Cahaya keimanan yang menuju kepada ketenangan jiwa hanya dapat dimiliki oleh mukmin yang patuh sehingga ia merasakan manisnya iman itu, diantaranya :
1) Keyakinannya yang betul dan bersih, bebas dari kemusyrikan, kebodohan, boros, ujub, dan membanggakan diri sendiri serta tidak ikhlas.
2) Fikiran menjadi kuat, sihat, bebas dari pengaruh hawa nafsu yang durjana dan kesesatan.
3) Mempunyai hubungan yang baik antara sesama manusia dan alam persekitaran serta saling bantu membantu sesuai dengan kebolehan masing-masing. Dapat membentuk masyarakat yang maju dalam segala aspek kehidupan, mempunyai nilai kebajikan, adil dan dapat dinikmati secara bersama.
4) Menjadikan orang mukmin itu sebagai umat yang berkualiti, mampu mewujudkan kesejahteraan dunia dan mencapai kebahagiaan di akhirat.


PENUTUP
Orang-orang yang berakal telah menerima nur Allah SWT demikian juga ramai para penyelidik yang terdiri dari ahli ilmu, zaman ini sama ada di timur atau barat telah kembali beriman semula kepada Allah SWT.
 Sesungguhnya Allah SWT telah mendedahkan tanda-tanda kekuasaan-Nya kepada para peyelidik sebagaimana juga Allah SWT mendedahkan kepada mereka tentang keajaiban Al-Quran Al-Karim dan mukjizat Rasulullah SAW.
 Kedamaian dan ketenangan jiwa akan dapat kita nikmati dengan cara berpegang teguh dengan ajaran Islam, kemudian menjalankannya sesuai dengan ketentuan-Nya.



------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com