Menangkis Kejahatan Ilmu Hitam

Disediakan Untuk :
Ustaz Abd Aziz Bin Harjin

Disediakan Oleh :
Noor Sakinah Binti Jamil

PENGHARGAAN
Bismillahirahmannirahim
Saya dengan penuh rasa bersyukur kehadrat ilahi kerana telah berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan dengan sempurnanya. Dengan tujuk ajar dari tuan pensyarah,Ustaz Adb Aziz Bin Hajrin, rakan-rakan serta ibubapa saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan tenangnya. Begitu juga dari sumber yang say peroleh. Ia juga amat membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Jutaan terima kasih saya hulurkan kepada Tuan, rakan-rakan serta ibubapa saya.

PENDAHULUAN
Ilmu ini ibarat mutiara di dasar luatan yamg teramat dalam sehingga adalah hamper mustahil manusia menggapainya. Ini disebabkan sukarnya manusia pada zaman ini untuk memperolehi guru yang betul-betul berkelayakan dan tidak menyimpang dari Quran dan Sunnah untuk mengajranya. Lebih malang lagi, masyarakat kita dibanjiri dengan pengamal perubatan mistik yang menyimpang dari syariat Allah. Disebabkan tiada alternative lain, maka pesakit yang terdesak merujuk kepada mereka untuk tujuan kelegaan. Bahkan ada dikalangan para muslimim yang mengadu masalah mereka kepada sami Buddha, Hindu dan Orang Asli yang terang-terangan mensyirikkan Allah.
    Tambahan pula ilmu ini adalah ilmu yang semakin pupus yang ditarik Allah dengan mematikan ulama. Hamper sahaja ilmu ini senasib ilmu ‘faraidh’ yang akan menjadi ilmu pertama ditarik Allah SWT sebelum kiamat nanti.
    ‘Perubatan Islam Menangkis Kejahatan Makhluk Halus’ adalah antara tajuk utama yang menjadi pilihan saya. Saya memilih tajuk ini kerana ilmu-ilmu yang saya peroleh daripada bahan baccan ini sangat unik dan menarik. Tajuk pilihan saya adalah ‘Menangkis kejahatan Ilmu Hitam’. Dengan itu marilah kita membaca kisah ini bersama-sama.

TAJUK : MENANGKIS KEJAHATAN ILMU HITAM.
    Rawatan penyakit yang berpunca daripada gangguan makhluk halus adalah satu bidang yang amat rumit. Sama rumitnya dengan penyakit itu sedikit. Kebiasaannya penyakit ini tidak dapat dikesan oleh perubatan Alopaty. Bidang ini memerlukan persediaan rohani dan jasmani serta berbekalkan pengetahuan yang menyeluruh tentang hakikat kejadian dan kewujudan makhluk tersebut yang dipelajari daripada al Quran dan as Sunnah.
    Makhluk-makhluk halus adalah suatu reality yang wujud di alam ini. Kehadirannya dalam alam manusia sejak kejadian Adam alaihis salam. Perangai dan niat jahat makhluk ini untuk merosak dan menyesatkan anak Adam jelas tersebut di dalam al Quran dan as Sunnah. Kebolehan makhluk ini mengatasi manusia dan kebolehan menusia mengatasi makhluk tersebut tersurat jelas dalam sejarah.
    Hakikat tersebut telah dijelaskan dalam al Quran dan tafsir muktabar begitu juga di dalam As Sunnah dan ulasan yang sohih tentang kewujudan makhluk tersebut dengan menyebut nama seperti jin, iblis, syaitan, ifrit, qorin dan sebagainya. Semua ini menunjukkan betapa banyaknya makhluk ini yang berkongsi hidup bersama-sama dengan penghidupan manusia di alam ini. Oleh sebab ilmu pengetahuan manusia mutakir ini banyak tertumpu kepada penerokaan alam zahiriah maka pengetahuan tentang alam ghaibiah boleh dikatakan tidak diendahkan padahal kewujudan ghaibiah tersebut begitu jelas dan begitu menojol seperti yang termaktup di dalam al Quran dan as Sunnah.
    Kedua-dua makhluk ini sering berlaku permusuhan dan apabila permusuhan telah berlaku maka berbagai-bagai cara di pergunakan untuk mengatasi pihak lawan. Ada cara halus dan ada cara kasar tersebut adalah untuk menyampaikan matlamat jahat untuk merosakkan pihak lawannya. Oleh sebab permusuhan di antara makhluk halus dan manusia itu dimulakan oleh makhluk halus itu sendiri tanpa keselahan manusia, maka manusia pada umumnya berada pada situasi mempertahankan diri. Di antara bertahan dan menyerang biasanya pihak yang menyerang lebih banyak mempunyai peluang untuk membinasakan lawannya kerugian dan kesengsaraan lebih banyak menanggung akibat. Yang paling ditakuti oleh manusia ialah tentangan yang di buat oleh tukang sihir dengan kerjasama makhluk halus ini. Biasanya kerjasama ini tukang sihir akan melakukan perkara-perkara yang mengandungi unsure syirik atau perbuatan syirik atau perbuatan kufur, sama ada secara sembunyi-sembunyi ataupun terang-terangan.

PENGERTIAN SIHIR
PENGERTIAN SIHIR DARI SEGI SYARIAT
Pendapat Ibn Qudamah al-Maqdisi:
    Sihir ialah ikatan, jampi dan perkataan yang diucapkan atau ditulis sesuatu yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung.
    Maka dengan ta`arif ini dapatlah disimpul bahawa sihir adalah hasil kesepakatan antara penyihir dan syaitan, biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau hal-hal yang mengandungi syirik.

CARA TUKANG SIHIR MENDEKATI SYAITAN :
    Sesetengah tukang sihir ada yang menjadikan al Quran sebagai alas kaki untuk masuk ke tandas. Ada yang menulis sebahagian ayat al Quran dengan menggunakan kotoran atau menulisnya dengan darah haid. Ada pula yang menulis sebahagian ayat al Quran di telapak kaki atau menulis al Fatihah secara songsang, dimulai dari akhir ayat dan berakhir keawalannya hingga rosak ayat tersebut. Ada yang sembahyang tanpa wuduk atau tetap dalam keadaan junub. Ada yang menyembelih untuk syaitan dan tidak menyebut nama Allah SWT pada waktu
penyembelihan kemudian membalingkan sembelihan tersebut ke suatu tempat yang telah ditentukan oleh syaitan. Berdasarkan penjelasan tersebut maka jelas kepada kita bahawa syaitan atau jin tidak akan membantu tukang sihir dan menjadi pesuruh [khadam] kepadanya melainkan dengan syarat-syarat tertentu yang menguntungkan syaitan. Maka sejauh mana kekafiran seseorang tukang sihir maka sejauh itu pula ketaatan syaitan kepadanya dan semakin cepat melaksanakan perintahnya.

DALIL KEWUJUDAN SIHIR :
•    Dalil al Quran Allah SWT berfirman :
    “Dan mereka mengikuti apa yang di baca oleh syaitan-syaitan kepada Sulaiman itu menpunyai (dan mereka mengatakan bahawa Sulaiman itu menpunyai sihir, sedangkan Sulaiman tidak kafir) tidak mengajarkam sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil yakni Harut dan Marut, sedangkan kedua-duanya yidak mengajarnya (sesuatu) kepada seorang pun sebelum menyatakan : “Sesungguhnya kami hanya mempelajari daripada kedua-dua malaikat itu apa dengannya mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dari isterinya. Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihir tersebut kepada seorangpun melainkan dengan kuasa Allah SWT. Dan mereka mempelajari sesuatu yang menberi mudharat kepadanya dan tidak member manfaat. Demi sesungguhnya mereka telah menyakini bahawa sesiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadlah baginya keuntungan di akhirat dan amat jahatlah perbuatan mereka dan menjual dirinya dengan sihir kelau mereka mengetahui” [al Baqarah:102]

•    Dalil al-Sunnah :
“Diriwayatkan oleh Abu Musa al-Asy’ari r.a bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Tiada akan masuk syurga penagih khamar juga tidak akan masuk syurga orang yang percaya kepada sihir sebagaimana halnya todak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim.”

PEMBAHAGIAN SIHIR:
Ulama’ telah membahagikan sihir kepada 8 bahagian :
1.    Sihir orang-orang kildan dan kisydan yang menyembah tujuh bintang.
2.    Sihir orang-orang yang berilusi dan berjiwa kuat.
3.    Meminta bantuan dengan roh-roh rendah yakni jin.
4.    Khayal, hipnopsis atau silap mata.
5.    Perbuatan aneh yang Nampak dari penyusunan alat-alat berdasarkan ukuran-ukuran tertentu.
6.    Menggunakan ubat-ubat khusus yakni dalam berbagai-bagai bentuk makanan dan minyak.
7.    Menggantungkan ke hati manusia bahawa si tukang sihir mengetahui nama dan apabila muncul rasa takut akan lemah pula kekuatan pancaindera mangsa.
8.    Mendekati dengan cara ringan dan lembut. Ini telah menjadi perkara lumrah di kalangan masyarakat.


CARA TUKANG SIHIR MENDATANGKAN JIN :
1.    Menerusi Sumpah atau Nama Jin atau Syaitan :
Tukang sihir masuk ke dalam bilik gelap kemudian menyalakan api dan meletakkan kemeyan atau yang sejenisnya di atas api tersebut sesuai dengan tujuan yang diminta.
2.    Menerusi Penyembelihan :
Tukang sihir mendatangkan haiwan seperti burung, ayam atau lainnya dengan sifat-sifat tertentu sesuai dengan permintaan jin. Biasanya jin suka dengan warna hitam, kemudiann menyembelih tanpa menyebut nama Allah.
3.    Menulis Ayat-Ayat al-Quran Dengan Najis :
Biasanya tukang sihir menulis ayat al-Quran menggunakan darah haid atau benda-benda najis yang lain. Setelah itu, dia mengucapkan jampi-jampi yang mengandungi unsure syirik hingga datang jin yang diinginkan.
4.    Menulis Ayat-Ayat al-Quran Terbalik :
Ayat al Quran ditulis dengan huruf-huruf terpisah secara songsang yakni dari belakang ke depan.  
5.    Menggunakan Bintang :
Cara ini seolah-olah mengintai bintang kerana tukang sihir menunggu-nunggu kemunculan bintang tertentu kemudian bercakap kepadanya dengan bacaan sihir lalu membaca jampi-jampi lain yang mengandungi unsure syirik dan kekufuran kepada Allah.
6.    Menerusi Tapak Tangan :
Cara ini yang digunakan oleh tukang sihir untuk mencapai maksudnya. Dengan menggunakan kanak-kanak yang belum baligh dengan syarat kanak-kanak itu tidak dalam keadaan berwuduk setelah itu dia mengambil tapak tangan kiri anak tersebut lalu menggambarkan segi empat kemudian dijampi dengan unsure syirik.
7.    Menerusi Apa Yang Dipakai :
Cara ini digunakan oleh tukang sihir dengan meminta dari pesakit apa saja yang dipakai separti sapu tangan, serban, baju dan sebagainya seperti dengan cara yang lepas.

MENGENALI TUKANG SIHIR
    Sekiranya anda melihat salah satu tanda dari tanda-tanda berikut ini pada salah seorang pengubat maka tidak diragukan lagi bahawa dia adalah tukang sihir. Tanda-tanda itu ialah:
1.    Meminta sesuatu yang berupa bekas atau apa yang pernah dipakai oleh pesakit seperti kain, baju, sapu tangan dan sebagainya.
2.    Menyuruh pesakit membawa haiwan dengan sifat-sifat tertentu untuk disembelih tanpa menyebut nama Allah; Adakalanya melumurkan darahnya ke tubuh yang sakit ataupun mencampakkan sembelihan ke tempat yang sunyi (tidak ada penghuni).
3.    Memberi azimat-azimat tertentu.
4.    Membaca jampi serampah ke atas azimat itu dan menggunakan bahasa yang tidak difahami.
5.    Menggunakn kain yang berbentuk empat segi di dalamnya ada beberapa huruf atau nombor.
6.    Menyuruh pesakit supaya tidak menyentuh air selama masa tertentu biasanya selama empat puluh hari. Tanda ini menunjukkan bahawa jin yang melayani tukang sihir tersebut beragama Kristian.
7.    Menyuruh pesakit supaya menghindari orang atau memencilkan diri selama masa tertentu di dalam bilik yang tidak dimasuki sinar mentari.
8.    Menyuruh pesakit untuk menanam sesuatu benda di dalam tanah.
9.    Memberi pesakit sesuatu untuk dibakar dan disuruh berasap dengannya.
10.    Dia membaca sesuatu yang tidak difahami.
11.    Memberi tahu sakit tentang namanya, negeri asalnya dan persoalan yang akan ditanyakannya.
12.    Menulis huruf –huruf pada potongan kertas atau pada tembikar berwarna putih dan menyuruh pesakit melarutkannya di dalam air dan meminumnya.

JENIS-JENIS SIHIR DAN PENGARUHNYA TERHADAP MANGSA DAN CARA RAWATAN:
A.    Memisahkan Suami Isteri Dengan Sihir.
Takfri dan Pengertiannya :
Sihir yang digunakan untuk memisahkan atau menceraikan suami isteri dengan menimbulkan kebencian dan permusuhan antara dua sahabat atau dua rakan kongsi.
 Jenis-Jenis Sihir Memisah :
Sihir ini dikenali dalam Bahasa Arab sebagai sihir ‘tafriq’.
1.    Memutuskan hubungan sesorang dengan ibunya.
2.    Memutuskan hubungan antara seseorang dengan ayahnya.
3.    Memutuskan hubungan antara seseorang dengan saudaranya.
4.    Memutuskan hubungan antara seseorang dengan kawannya.
5.    Memeutuskan hubungan seseorang dengan rakan kongsinya dalam perniagaan atau yang seumpamanya.
 Tanda-Tanda Sihir Pemisah :
1.    Perubahan secara tiba-tiba dari cinta menjadi benci.
2.    Berlaku keraguan antara suami isteri.
3.    Enggan meminta maaf.
4.    Membesar-besarkan perselisihan walaupun penyebab itu sebenarnya kecil.
5.    Pandangan buruk seseorang suami terhadap isterinya dan sebaliknya sehingga seorang suami melihat isterinya sangat hodoh walaupun di mata orang lain isterinya sangat lawa.
6.    Orang yang kena sihir benci kepada setiap perbuatan yang dilakukan oleh suami atau isterinya.

B.    Guna-Guna Atau Sihir Percintaan
 Dikenali dalam Bahasa Arab sebagai ‘sihir mahabah’.
Tanda-Tanda Sihir Percintaan ;
1.    Gejolak cinta yang berlarutan.
2.    Hasrat yang berlebihan untuk melakukan hubungan seksual.
3.    Sukar mengawal cinta.
4.    Rindu baying yang berlebihan.
5.    Patuh secara membuta tuli.
Cara Sihir Prcintaan Berlaku :
    Pertengkaran suami dengan isteri selalu berlaku, hal ini sudah lumrah kehidupan berumah tangga, dan biasanya epat mereda dan kemblai seperti biasa. Namun ada beberapa wanita yang tidak dapat sabar menghadapi masalah tersebut sehingga mereka segera pergi ke tukang sihir untuk melakukan guna-guna supaya suaminya tetap mencintainya.
Kesan Dari Sihir Percintaan :
1.    Adakalnya seorang suami akan menanggung sakit dalam jangka masa yang lama.
2.    Adakalanya kesan dari sihir ini berbalik sehingga suami membenci isterinya.

C.    Sihir Yang Membuat Gila:
Sihir ini dikenali dalam Bahasa Arab sebagai ‘sihir junun atau majnun’.
Tanda-Tanda Sihir Gila :
1.    Melatah, binggung dan lupa sesuatu.
2.    Meracau dalam perbicaraan.
3.    Mata kuyu (moyot)
4.    Tidak boleh tenang di satu tempat.
Cara Berlakunya Sihir Gila :
    Jin yang diberi tugas melakukan sihir masuk ke dalam tubuh orang yang disihir dan berpusat di otak kemudian menekan sel-sel yang berkaitan dengan daya fikiran dan daya ingatan.
D.    Sihir Membuat Orang Tidak Bermaya :
Tanda-Tanda Sihir Ini :
1.    Suka beseorangan.
2.    Diam terus.
3.    Tidak suka berbagai-bagai pertemuan.
4.    Fikiran meracau.
5.    Selalu pening.
6.    Selalu lesu dan tidak bermaya.

Cara Berlakunya Sihir Tidak Bermaya :
 Tukang sihir mengutuskan jin kepada orang yang ingin disihir dan disuruh supaya ditinggalkan di otaknya serta membuat mengsa mengeram dan menutup dirinya. Kemudian jin melakukan tugasnya sedapat mungkin sehingga muncullah tanda gejala pada oaring yang disihir.

Cara Rawatan:
Terdapat tiga peringkat rawatan.:
PERTAMA : SEBELUM RAWATAN
1.    Mewujudkan suasana yang benar-benar sesuai dengan kehendak Islam.
2.    Bersihkan rumah, sebarang azimat atau penanggal yang ada pada pesakit dan bakarlah azimat tersebut.
3.    Mengajar akidah yang betul kepada pesakit dan keluarganya hingga hati mereka tidak memiliki pergantungan selain daripada Allah.
4.    Sekiranya pesakit itu seorang wanita, janganlah anda memulai rawatan sehingga anda pastikan dia telah menutup auratnya supaya tidak terbuka ketika rawatan.
5.    Jangan anda mengubati seorang wanita melainkan ditemani oleh mahramnya.
KEDUA : PERINGKAT RAWATAN.
    Letak tangan anda di atas kepala pesakit dan bacalah ruqyah di telinganya degan teliti dan suara yang kuat. Kemudian bacalah ayat-ayat berikut yang dikenali ‘ruqyah tahriqul jin’ atau jampi pembakar jin :
a)    Surah al-Fatihah
b)     Surah Al-Baqarah, ayat 1-5
c)    Surah al-Baqarah, ayat 102
d)    Surah al-Baqarah, ayat 163-164
e)    Surah al-Baqarah, ayat 255
f)    Surah al-Baqarah, ayat 285-286
g)    Surah al-Imran, ayat 18-19
h)    Surah al-A’raaf, ayat 54-56
i)    Surah al-A’raaf, ayat 117-122
j)    Surah Yunus, ayat 81-82
k)    Surah Thaahaa, ayat 69
l)    Surah al-Mukminun, ayat 115-118
m)    Surah al-Shaaffat, ayat 1-10
n)    Surah al-Ahqaaf, ayat 29-32
o)    Surah al-Rahman, ayat 33-36
p)    Surah al-Syhar, ayat 21-24
q)    Surah al-Jin, ayat 1-9
r)    Surah al-Ikhlas
s)    Surah al-Falaq
t)    Surah an-Nas


KETIGA : PERINGATAN SETELAH SELESAI RAWATAN.
    Sekiranya Allah SWT telah menyembuhkannya melalui usaha anda dan dia sudah merasa sihat maka pujilah Allah yang telah menyembuhkannya. Tingkatkanlah pergantungan anda kepada Allah supaya Allah memberikan taufiq-Nya kepada anda menghadapi keadaan-keadaan yang lainnya. Maka, pesakit hendaklah jangan memberitahu perkara tersebut kepada sesiapapun. Selain itu berilah beberapa benteng diri berikut ini :
a)    Memelihara sembahyang jemaah.
b)    Menghindari lagu-lagu dan muzik.
c)    Mengambil air sembahyang sebelum tidur dan menbaca ayatul kursiy.
d)    Bacalah basmallah setiap kali memulai sesuatu
e)    Mesti membaca al-Quran setiap hari walaupun sedikit.



------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com