Tajuk: Malam pertama dalam kubur

PARIT KEMATIAN
Segala puji bagi Allah, Tuhan Rabbul ‘Alamin, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang berkuasa pada hari kiamat. Segala puji bagi Allah pemberi petunjuk ke jalan yang lurus, penghilang kesusahan dan pelerai segala masalah.

Allah yang mengambil nyawa seluruh makhluk. Maha suci Allah, Tuhan Yang Maha Agung. Dialah Tuhan kita. Tiada Tuhan selain Dia. Kita bertawakal kepadaNya dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Dialah Zat yang memiliki sifat yang kekal.

Parit kematian ini menceritakan setiap yang hidup pasti akan menemui ajalnya. Dan tiada siapapun jua akan terkecuali menghadapi kematian dan berada di alam kubur. Setiap penghuni kubur tidak tahu apakah nasib mereka selepas kematian itu.

Yang dinamakan kematian itu adalah suatu janji Allah Subhanahu wa ta’ala kepada semua manusia. Tanpa mempedulikan hamba atau raja, cerdik pandai atau menteri, yang mulia atau yang lemah dan kaya atau miskin.

A. SESUATU YANG PASTI

Kalau kita analisis tentang kematian, pasti kita tahu bahawa ia adalah perkara yang penting. Kematian merupakan piala bergilir bagi setiap orang yang terlahir di dunia ini.

Sedikit selingan: Kalaulah tiadak ada erti kematian selain kehilangan, hancurnya tubuh dan terlupakan keindahan siang dan malam, Nescaya ada kekeruhan bagi mereka yang suka bersenang-senang dan perubahan bagi mereka yang tenggelam dalam kenikmatan.

Tidak ada yang harus dikhuatirkan dalam kematian. Ia merupakan pintu wajib yang pasti dilalui oleh setiap orang. Bagi manusia yang tiada bekalan bagaimana nasibnya?? Hanya Allah Subhanahu wa ta’ala yang mampu untuk menetapkan segala sesuatu.

Bagi orang yang mempunyai bekalan yang mencukupi pasti sangat merindui dan ingin segera bertemu dengan Pencipta mereka. Golongan mereka yang mempunyai bekalan menuju gerbang akhirat merasa sangat bahagia kerana mereka dari awal sudah siap sedia untuk menyambut kematian.

B. DETIK AKHIR KEHIDUPAN ORANG SOLEH

Orang yang soleh pasti akan menemui kematian dengan jiwa yang tenang setenang air di lautan. Ini adalah kerana tujuan mereka hidup adalah ingin mati dalam keadaan yang di redhai oleh Allah pemeilik sekalian alam. Mereka itu sebagaimana disebutkan Allah dalam Firmannya:
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.  (A-li ‘Imraan:102) 

Agar kita tidak di matikan melainkan dalam keadaan Muslim.

 ANTARA CIRI-CIRI DETIK AKHIR KEHIDUPAN ORANG SOLEH
 Tetap beribadah walaupun sakit 
 Mengutamakan solat berjemaah 
 Wasiat dalam nafas terakhir 
 Tidak gentar dalam perjuangan 
 Tetap solat walaupun cedera parah 
 Tidak terpengaruh dengan pujian 
 Berkorban nyawa demi Iman 
 Tentera islam yang pintar 
 Meninggal dunia ketika sujud 
 Kematian penghenti amalan 
 Cinta pada kematian 


C. GOLONGAN HITAM DAN KEMATIAN

Ada setengah golongan manusia yang dilimpahi oleh rezeki Allah Subhanahu wa ta’ala dan dikurniakan kekuatan jasmani, tetapi mereka alpa dan tidak bersedia menghadapi kematian secara tiba-tiba. Ketika kematian itu muncul, mereka terasa ingin kembali ke dunia. Hanya untuk satu tujuan iaitu memperbaiki keadaan diri agar Allah redha akan kehidupan jua kematian mereka di dunia..

ANTARA CIRI-CIRI GOLONGAN HITAM MENGHADAPI KEMATIAN

 Peniaga yang terdaya dengan tipu daya harta dunia
 Peminum arak
 Menyanyi ketika nazak

D. KUBUR ANTARA TAMAN SYURGA ATAU LUBANG NERAKA

 Penghuni kubur mempunyai dua kemungkinan iaitu diazabkan atau diberi nikmat. 
 Boleh jadi dalam tanah yang kita pijak sekarang, suatu kaum sedang diazab atau diberi nikmat. 
 Kehidupan mana yang suci, yang tidak disentuh oleh kematian? 
 Dengan cara apa nyawa bapa dan abang kita meninggalkan badannya? 
 Dengan apa Hubaib RA disalib? 
 Bagaimana cara wanita menjanda dan anak2 menjadi yatim piatu? 

Jika seseorang meraih kebaikan didalamnya, maka yang terjadi sesudahnya lebih mulia disisi Tuhan. Sebagai contoh:
o Berlindung dari azab kubur
o Amalan menemani mayat di dalam kubur

Tetapi apabila keburukan yang menimpa, maka kecelakaan mana lagi yang lebih hebat daripada yang menimpa mereka yang menghalangi jalan Allah. Sebagai contoh:
o Azab kepada penderhaka

E. Masalah berkaitan jenazah dan kubur.

1. Kematian tidak dapat ditunda atau depercepatkan walaupun sedetik. Firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang bermaksud:
Dan(tiap-tiap)makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu dengan ketetapan(ajal) yang tertentu masanya(masanya ditentukan oleh Allah)  A-Li ‘Imraan:145 

2. Sesungguhnya azab dan nikmatkubur itu adalah suatu kepastian Yng telah ditetapkan dalam Al-Quran dan As-Sunnah
Dan Firaun bersama-sama kaunya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang, dan pada hari berlakunyya kiamat(diprintahkan kepada malaikat): “Masuklah Firaun dan para pengikutnya-pengikutnya kedalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!!  Ghaafir:45-46 

3. Azab dan nikmat kubur adalah perkara ghaib
4. Larangan ketika menziarahi kubur.
5. Ziarah kubur
6. Bid’ah selalu dilakukan di perkuburan
7. Hadiah untuk mayat.
8. Mendahulukan pengurusan jenazah dan hutangnya

MALAM PERTAMA

Aku bersaksi, tiada tuhan yang berhak disembah selain Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan rasulNya. Diutuskan oleh Tuhan sebagai pemberi petunjuk, khabar gembira dan peringatan, serta penyeru kepada Allah dengan izinNya, sebagai panduan yang terang.

Dia telah menyampaikan risalah, menunaikan amanah, menasihati umat dan berjihad di jalan Allah hingga akhir hayat. Semoga selawat dan salam terlimpah kepada dirinya, keluarga dann para sahabatnya.

Ku tinggalkan tempat tidurku pada suatu hari, kemudian aku terserkap diam membisu.
Kubur adalah malam.
Demi Allah, katakanlah apa yang terjadi dengan dua malam. yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba?
Malam pertama dia masih berada di rumah. Bersama anak dan keluarga lainnya dalam keadaan bahagia penuh keceriaan. Hidup dalam kesenangan dan sihat. Tertawa Melihat tingkah laku anak-anaknya yang lucu, demikian pula dia ditertawakan oleh anak-anaknya.
Lalu tiba-tiba dia diserang oleh malam kedua. Malam ketika dia dijemput oleh kematian, lalu kemudian dikuburkan didalam lahad.
Malam kedua itu adalah malam pertama dia berada di alam kubur. Seorang penyair Arab pernah mendendangkan syairnya,
“Aku tinggalkan tempat tidurku pada suatu hari, kemudian akuterserkap diam membisu.
Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain.
Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain.
Apa gerangan yang mendatangiku saat tidur?”

Itulah peristiwa yang menempatkan manusia pada liang lahad. Sendirian dicengkam sunyi. Tiada isteri, anak, atau sahabat karib. Yang ada hanya amalan.
“Kemudian mereka ( yang diambil nyawanya itu) dikembalikan kepada Allah Pengawas mereka yang sebenar (yang akan membalas dengan adil). Ketahuilah, bagi Allah jualah kuasa menetapkan hukum (pada hari kiamat itu) dan Dialah secepat-cepat Pengira penghitung. ”
1. Al-An’aam:62
Malam pertama di alam kubur.....
1. Berkhemah di kubur suami
2. Penguasa Baghdad Menangis Ketika Dinasihati.
3. Cemburu Ibnu Mas’ud RA.

Semoga kisah berikut mampu mengingatkan kita kepada suatu hari, saat semua hubungan kita dengan dunia terputus.

Hari itu, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam dan para sahabat berangkat menuju ke medan perang di Tabuk. Di suatu malam, ketika para sahabat lain tertidur, Ibnu Mas’ud RA berkata, “Aku terbangun di penghujung malam. Ketika aku melihat tempat tidur Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam, aku dapati baginda tiada. Tempat tidur tersebut terasa dingin apabila aku sentuh. Lalu aku beranjak ke tempat tidur Abu Bakar dan Umar RA. Keduanya pun tiada di tempat tidur.

Tiba-tiba kilauan cahaya memancar dari sebuah khemah di penjuru khemah. Aku beranjak kea rah cahaya itu untuk melihat apa yang terjadi. Ternyata sebuah kubur telah di gali. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam berada di dalam liang tersebut, sementara sesusuk jenazah yang telah dikafankan telah sedia untuk dikuburkan.. Abu Bakar dan Umar RA berada disisi jenazah tersebut.

Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda kepada mereka; “Tunujukkan kepadaku sabahat kalian berdua ini. ” Abu Bakar dan UMar RA menurunkan jenazah itu, disambut Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang telah menunggu dibawah.

Sejurus kemudian, air mata Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bercucuran membasahi pipi baginda. Sambil menghadap arah kiblat, baginda mengangkat kedua tangan dan berkata, ‘Ya Allah, hari ini aku bersama dia(jenazah0 dalam keadaan redha. Maka redhailah dia. ” Aku bertanya siapa jenazah tersebut. Mereka menjawab, Dialah Abdullah Dzu al-Jabadain. Dia baru meninggal malam tadi. ”

Ibnu Mas’ud RA menambah, “ Demi Allah, aku ingin andainya jenazah itu adalah aku. ” Rupanya dia iri dengan doa Rasul, “Ya Allah hari ini aku bersama dia
9jenazah) dalam keadaan redha. Maka redhailah dia. ” Ketika Allah telah redha pada seorang hamba, jaminan kebahagiaan telah terbentang baginya.

Lalu bagaimana halnya dengan mereka yang melalikan Allah, perintahNya dan melanggar laranganNya? Apakah mereka sedar bahawa mereka akan melalui malam pertama di alam kubur?

4. Meninggalkan kemewahan ketika menjadi khalifah
5. Pengsan melihat jenazah di usung
6. Keluarga berkumpul di syurga.

TRAGEDI ALAM KUBUR

Ya Allah, limpahkanlah selawat bagi Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan keluarga baginda, sebagaimana Engkau limpahkan selawat bagi Ibrahim AS dan keluargaa baginda. Sesungguhnya Engkau Maha Mulia lagi Maha Perkasa. Ya Allah, berkatilah Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam dan keluarga baginda, sebagaimana Engkau memberkati Ibrahim AS. Sesungguhnys Engkau Maha Mulia lagi Maha Perkasa.

Allah Subhanahu wa ta’ala berfirman yang bermaksud:  “Tiap-tiap diri akan merasai mati dan Kami menguji kami dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada Kamilah kamu semua akan di kembalikan. ”  (Al-Anbiyaa’:35) 

Demi Allah, kita semua akan mati. Itu adalah kepastian yang tiada keraguan dalamnya. Kematian adalah berita yang benar yang tidak dinodai syak wasangka sedikit pun. Ini adalah kenyataan yang masuk akal, sekalipun ramai yang berpaling darinya.

Wahai pemilik kematian, mengapa engkau turutkan jiwamu mencari kesenangan yang fana? Maut akan merobek baju dan memisahkanmu dari kesenangan Mengapa engkau hancurkan badanmu untuk meraih kesenangan yang sedikit ? Allah berfirman yang bermaksud:  “Katakankah (wahai Muahammad): Kalaulah kamu melarikan diri dari kematianatau dari pembunuhan maka perbuatan melarikan diri itu tidak sekali-kali mendatangkan faedah kepada kamu dan kalaulah kamu padaa hari itu terlepas sekalipun, maka kamu tidak juga akan menikmati kesenangan hidup melainkan sedikit masa sahaja. ”  (Al-ahzaab:16) 

Wahai pemilik kematian, Allah Subhanahu wa ta’ala telah mentakdirkan kematian dengan ketetapan yang tidak akan pernah berubah. Lalu apakah kamu dapat melarikan diri dari kematian? Kita mungkin akan berubat untuk menyembuhkan suatu penyakit. Namun, adakah ubat yang dapat menyembuhkan kematian? Kita akan menemui doctor jika sakit. Namun dapatkah doctor menundda kematian?

Nafas kita terbatass. Seluruh gerakan kita menuju titik fana.

 Berimankah kita dengan hari akhirat

Saudaraku, seorang Mukmin meralisasikan iman dengan perbuatan dan perkataan. Iman bukan sekadar ucapan yang boleh di permainkan, lalu dibiarkan begitu sahaja.

Hasan Al-Basri RA berkata, “ Iman tidak hanya angan-angan dan hiasan semata. Ia adalah apa yang diyakini oleh hati, lalu direalisasikan dengan tindakan. Iman adalah keyakinan yang kuat di hati dan dibuktikan dengan kenyataan. Keyakinan itu tidak berubah sehingga benar-benar tertanam dalam diri seseorang. ”

 Rawatan hati yang keras 
• Membaca Al-Quran dan Zikrullah
• Merendah Diri dan Menangis Di Hadapan Allah
• Menghadiri Majlis Ilmu
• Mengingati Mati
• Menyaksikan sakaratul Maut
• Ziarah Kubur


 Ziarahi kubur 

• Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda yang bermaksud:

“Dulu aku pernah melarang kamu semua menziarahi kubur. Tetapi sekarang ziarahilah. Sebab dengannya hati bergetar dan air mata akan mengalir mengingati akhirat. Dan janganlah kamu semua berkata yang bukan-bukan. ”

Hadith ini dan yang sama dengannya member ransangan kepada seorang Mukmin untuk mengingati mati.

 Berbincang dengan kubur 

• Telitikanlah perbincangan Rafi’i dengan kubur. Dia berkata, “Aku bertanya kepada kubur, dimanakahh kesenangan dan harta, di manakah keindahan dan kebanggaan? Dimanakah kesihatan dan kekuatan? Dimanakah kekuasaan? Dimanakah ketundukan dan kehinaan?
• Kubur itu menjawab “Semua di atas adalah bayangan semata-mata yang tidak akan datang kemari, kerana semua itu tidak dibuat disini. ”
• Dilubang inilah semua berkumpul, senyum dan tawa, bantahan dan jeritan, penentangan dan kesombongan, angan-angan dan keserakahan, ikhlas dan riyak. Disinilah bertemu kagum terhadap kedudukan dan keindahan, banggan terhadap keluarga dan wibawa.
• Di sinilah akan berakhir, kesombongan dalam kekuatan badan dan akal. Sebagaimana berakhir, kezaliman orang yang zalim dan kehinaan orang yang dihina. Wajah pemfitnah, tangan yang zalim, lisan pendusta, mata penkhianat dan hati yang keras akan berubah menjadi tengkorak.

 Pegangan Ahlus Sunnah tentang Azab Kubur 

• Azab kubur menimpa roh dan badan
• Binatang dapat mendengar mayat di azab
• Soalan Mungkar dan Nakir
• Roh naik kelangit dan di pungkan semula ke bumi.

 Takutilah azab kubur 
• Dari Abu Hurairah, Rasuulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda, “ Ketika ajal menjemput orang yang beriman, datanglah kepadanya malaikat rahmat membawa sutera putih. Mereka berkata, “Keluarlah (wahai roh) yang redha dan diredhai, menuju tuhan yang tidak akkan murka serta ketenteraman dan rezeki dariNya. ” Kemudian roh tersebut keluar seperti hembusan wangian yang harum.
• Setelah itu ia berpindah dari satu malaikat ke malaikat yang lain hingga berada di pintu langit. Para malaikat bertanya, Betapa wanginya aroma yang kau bawa dari bumi. ” Mereka datang membawa roh orang-orang beriman dengan gembira. Kegembiraan mereka melebih seseorang menemui barangnya yang hilang. Mereka bertanya, “apa yang dilakukan oleh fulan? Apa yang dilakukan oleh fulan?” Dijawab, Tinggalkan dia. Dia baru saja berada dalam kesedihan dunia. ”

 Dahsyatnya Kubur 
o Sambutan kubur
o Himpitan kubur
o Pertanyaan malaikat

 Soal jawab berkaitan azab kubur 
 Apakah nafs dan roh itu sama
 Dimana roh setelah kematian
 Tahukah mayat apabila diziarahi
 Siapa yang terselamat dari soal jawab kubur
 Orang-orang yang mati syahid 
 Orang yang meninggal kerana sakit perut 
 Bacaan Surah Al-Mulk 
 Orang yang meninggal pada hari jumaat atau malamnya. 

KESIMPULAN
Kesimpulannya setiap yang hidup pasti akan menemui kematian. Itu adalah pasti, Cuma masanya saja yang belum tiba. Sama Ada cepat atau lambat sahaja. Kematian adalah arah tuju setiap manusia yang hidup dimuka bumi ini. Allah jua yang menetapkan segalanya. Semoga Allah tempatkan di tempat orang yang beriman. InsyaAllah.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com