Tajuk: Hikmah Kebesaran Puasa & Keberkatan Ramadhan

Puasa

Puasa dalam bahasa arab disebut “saum” yang bererti meningalkan sesuatu atau menahan diri dari sesuatu.
Puasa menurut syarak pula ialah menahan sesuatu yang ditentukan pada waktu yang ditentukan pula dengan syarat-syarat yang telah ditentukan syarak, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

Dasar yang mewajibkan puasa.

Ketentuan yang mewajibkan puasa ialah firman Allah Subhanahu wa ta’ala yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum Kamu. ” (AL-Baqarah:183)

Islam ditegakkan atas lima sendi:1. Bersaksi bahawa tidak ada tuhan yang wajib disembah melainkan Allah dan Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam adalah utusan Allah 2. Mengerjakan solat 3. Mengeluarkan zakat 4. Puasa Ramadhan 5. Mengerjakan haji. (HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad)

“Bulan Ramadhan, bulan yang difardhukan Allah atas kamu berpuasa dan disunatkan kepada kamu sembahyang terawih pada malamnya. Maka siapa-siapa yang puasa pada bulan itu (ramadhan) dan sembahyang terawih kerana rasa beriman dan kerana menutut kerdhaan Allah dan pahalanya, nescaya keluarlah dia dari dosanya, seperti waktu ia keluar dari perut ibunya, ” (Riwayat ibnu Majah)

Ayat Al-quran dan hadis-hadis rasulullah yang telah disebutkan di atas tadi adalah sebagai bukti serta keterangan dan penjelasan bagi kita tentang wajib puasa dalam bulan ramadhan.

Kebaikan Berpuasa.
Telah bersabda rasulullah saw:segala amalan anak adam dilipat gandakan kebaikannya itu sepuluh kali seumpamanya sampai tujuh ratus kali, telah berfirman Allah swt kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-ku dan Akulah yang akan menbalasnya kepada orang yang melakukannya itu. Iaitu puasa orang yang dapat menahan syahwatnya dan makanannya (disiang hari) kerana takut akan Aku. Bagi orang yang puasa itu dua kegembiraan;

Kegembiraan yang pertama waktu berbuka, dan kegembiraan yang kedua diwaktu menemui tuhanya dan sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa sangat harum di sisi Allah dari bau kasturi. ” (riwayat Muslim-At-Targib 12)

Hadis ini menerangkan tentang kebaikan pada orang berpuasa di bulan ramdhan dan sesiapa yang membuat baik di bulan ramadhan maka Allah akan Melipatkan sepuluh kali kebaikan. Begitu juga segala amal ibadah yang lain kecuali puasa kerana puasa itu adalah untuk Allah dan Allah akan membalasnya. Hadis yang lain juga menunjuk tentang kebaikan berpuasa seperti: “Telah bersabda rasulullah :Puasa itu seperdua daripada sabar. ”(Riwayat At-Tirmizi)

Memandangkan dari hadis ini, jelaslah bahawa puasa itu seperempat dari iman. Sebabnya ialah puasa itu seperdua sabar, dan sabar itu seprdua iman.
Selain itu terdapat satu firman Allah tentang kebaikan orang yang bersabar seperti: “Sesungguhnya pahala orang-orang yang sabar itu dibalasi Allah dengan tidak terhitung-hitung. ” (Az-Zumar:10)

Dengan berpuasa kita jugak dapat menjaga kesihatan tubuh badan kita serta dapat menghindari daripada pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain lagi.

Pembahagian Puasa Dan Rahsianya.
Puasa terbahagi kepada tiga iaitu:
1. puasa umun.
2. puasa khusus.
3. puasa khususul khusus.

1. Puasa Umun.
Maksud puasa umun ialah puasa orang yang semata-mata menahan haus dan lapar serta mencampuri isterinya sahaja. Sedangkan segala anggotanya seperti mata, telinga dan kaki sentiasa melakukan yang haram-haram dan yang makruh. contohnya mata memandang kepada perempuan ajnabi, aurat orang dan lain-lain. Telinga pula mendengar perkataan yang keji, yang buruk serta perkataan yang menybut aib orang dan lain-lain. Mulut pula digunakan buat menyebut kesalahan orang, mencaci orang, berbual kosong, mebohongi orang lain dan lain-lain.

2. Puasa Khusus
Khusus ertinya tertentu, dan puasa khusus ertinya ialah puasa yang tertentu. Puasa khusus adalah puasa orang yang menahan pamdanga, pendegaran, perkataantangan dan kaki serta semua anggota badannya dari yang haram seperti menahan diri daripada memandang aurat orang dan melihat semua perkara yang boleh membawa kepada dosa. Telinganya pula tidak mendengar perkataan-perkataan maksiat dan keji seperti mencaci, mengumpat serta perkara yang boleh mendatangkan dosa. Mulut dan lidahnya pula ditahan daripada memakan makanan yang haram, tidak berkata-kata perkara yang menyakit hati oramg lain dan tidak menghina dan mengumpat orang. Begitu juag dengan kaki, serta semua anggota tubuhnya mesti ditahan daripada melakukan dosa dan Allah akan menerima puasa kita kerana puasa adalah hak Allah.

3. Puasa Khususul Khusus.
Puasa khususul khusus ialah puasa yang mematikan hati, angan-angan dan fikiran dari memikirkan keduniaan. Dengan memikirkan kedunian kita akan berada jauh dengan Allah dan akan melemahkan iman kita serta akan terjerumus kedalam lembah kedosaan dan akan membawa kita kepada kemurkaan Allah Subhanahu wa ta’ala . Sebab itulah puasa khususul khusus merupakan puasa yang mematikan hati, angan-angan dan fikiran dari memikirkan kedunian untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah.

Rasulullah telah bersabda : “pandangan itu merupakan panah yang beracun kepunyaan iblis yang dikutuk oleh Allah. Maka siapa yang meninggalkan kerana takut kepada Allah, Allah akan mendatangkan dia kemanisan iman dalam hati. ” (Riwayat Hakim)

Dengan menahan pandangan kita, bererti kita telah mempuasakan mata kita dan kita akan memperolehi kerdhaan Allah dunia dan akhirat.
Kesimpulannya, jelaslah tujuan berpuasa ialah menahan diri pandangan, percakapan, pedengaran dan semua anggota dari melakukan perkara yang membawa kepada maksiat.

Keutamaan ramadhan terletak pada rahsia lailatul qodar.
Bulan ramadhan merupakan bulan penurunan Al-Quran sebagaimana yang termaktub di dalam Al-Quran sendiri yang bermaksud:
“Bulan ramadhan diturunkan padanya Al-Quran sebagai pentunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk dan perbezaan antara haq dan batil. ”(Al-Baqorah:185)

Dengan keterangan ayat tersebut jelas menunjukan bahawa bulan ramadhan merupakan salah satu di antaranya adalah kerana Al-Quran diturunkan di dalamnya. Selain dari pada yang disebutkan dalam ayat tersebut, bahawa keutamaan Ramadhan itu juga terletak pada rahsia lailatul qadaq iaitu malam yang diberkati berada dalam bulan ramadhan di mana malamnya terus menjadi rahsia kepada orang islam. Tiada siapa pun mengetahui secara pasti malam lailatul qadar dan rahsianya akan terus tersembunyi dalam berkatnya ramadhan. Allah telah berfirman dalam surah Al-Qadar yang bemaksud:
“sesunguhnya kami telah menurunkannya (Al-quran) pada malam yang berkat. Dan tahukah kamu apakah malam lailatul qadar?malam lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. pada malam itu turunnya para malaikat dengan izin Allah untuk mengatur segala urusan. malam itu penuh kesejahteraan sampai terbit fajar. (Al-qadar:1-5)

 Al-quran telah menunjukkan tentang kelebihan malam lailatul qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan, iaitu malam melebihi kebaikan 30, 000 hari.
Beribadat dan beramal pada malam tersebut akan memperolehi kebaikan dan keberkatan yang nilainya melebihi ibadah sebnyak seribu bulan. Demikian agungnya lailatul qadar iaitu malam yang diagunerahkan dari Allah pada hambanya. Jelaslah bahawa Allah menyayangi hambanya.

Mengenai lailatul qadar itu rasulullah saw mejelaskan dalamhadisnya seperti berikut:
“Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam : lailatul qadar itu ada pada bulan ramadhan di waktu sepuluh hari yang terakhir, iaitu pada malam dua pulh satu atau pada malam dua puluh tiga atau pada malam dua puluh lima atau pada malam dua puluh tujuh atau pada malam dua puluh Sembilan atau pada malam akhir ramadhan. sesiapa yang bangun beribadah pada malam itu kerana mengharap keredhaan Allah dan pahalanya, diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang kemudian. ”(Riwayat Ahmad)

Dari keterangan –keterangan yang telah diungkapkan tadi jelaslah bahawa betapa besarnya kurnia keberkatan Allah terhadap orang-orang yang beribadh pada malam lailatul qadar yang berada di dalam bulan ramadhan sahaja, dan di sini jugalah terletaknya rahsia keutamaan bulan ramadhan, iaitu bulan ramadhan terletaknya pada rahsia lailatul qadar.

Puasa melatih fizikal dan mental.
Puasa merupakan riadhah yang besar sekali pengaruhnya atas rohaniah dan jasmani manusia. Contohnya, setiap tahun ia memasuki ramadhan seperti orang sakit masuk ke rumah sakit. Kemudian keluar dengan rohani yang semakin berisi, bermutu dan bertambah hafalannya terhadap Al-quran dan automatic bertambah pengetahuannya tentang agama.

Penyakit yang lama sembuh, kekuatan fizikalnya semakin baik dan kuat. ini dapat kita lihat dari graf kemajuan umat islam di zaman rasulullah dalam segala bidang, yang sampai waktu ini pun masih dalam perhatian ahli-ahli sejarah untuk diketahui dan dianalisa. Hasilnya bukan saj peribadi sahabat-sahabat semakin baik dan tinggi mutu ke islaman mereka tetapi masyarakat umat islam semakin baik dan mulia serta memperoleh berkah dari Allah yang turun kepada mereka. Maka pada setiap tahun, nilai umat islam akan umat lain dan sejarah dunia. Dengan melatih rohani, seperti memperbanyakan amalan kebaikan maka ia akan dapat mendekat diri kita kepada Allah dan Allah akan mengampunkan segala dosa-dosa kita yang telah lalu. selain itu ia dapat melahirkan masyarkat yang baik budi perkertinya dan akan meningkatkan jumlah orang islam pada hari ini. dengan berpuasa juga dapat melahirkan sifat kesabaran di dalam umat islam dan melahirkan insane yang cermelang dalam hidup di dunia dan di akhirat. Puasa juga dapat menguatkan rohani kita dan melahirkan insan yang cermelang dan mempunyai tubuh badan yang sihat dan dapat menempuh segala ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal solleh.
Di samping itu puasa juga dapat memberi banyak manfaat kepada orang muslim dan muslimah iaitu istirehatnya pencernaan, dan organ-organ yang berada di dalam perut seperti saluran kencing dan sebagainya. Tidak terjadinya pembakaran-pembakaran yang berbahaya di dalam tubuh manusia, dan lain-lain manfaat yang amat banyak kerana pusa itu.
Puasa juga dapat melahirkan sifat-sifat yang disukai Allah seperti :
1. Kasih sayang kepada orang miskin.
2. Suka member kepada orang-orang yang berada dalam kesusahan.
3. Suka menolong orang yang memerlukan pertolongan.
4. Melepaskan orang-orang yang dukacita.
5. Merapatkan hubungan silaturahim.
6. Dapat melahirkan masyarakat yang saling membantu.
Dengan keterangan ini jelaslah bahawa puasa merupakan amalan yang dapat meningkatkan rohaniah dan jasmaniah.

Allah berfirman dalam ayat 186 surah Al-Baqarah yang bermaksud:
“Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepada kamu tentang Aku, maka jawablah, bahawa Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepada-ku, maka hendaklah mereka itu memnuhi segala perintah-ku dan hendaklah mereka beriman kepada ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. ”

Ayat ini menerangkan bahawa setiap perbuatan terdapat syaratnya seperti berpuasa, kita hendaklah menahan diri dari melakukan perbuatan yang akan membatalkan puasa seperti memasukan sesuatu kedalam rongga badan, makan dengan sengaja dan munta dengan sengaja. Oleh itu dengan berpuasa kita akan dapat menyihatkan rohani dan jasmani kita. Puasa juga dapat menjadikan kita kuat, contohnya pada zaman rasulullah, semasa berperang meraka telah berpuasa dan memenagi perang tersebut. Jelaslah bahawa dengan berpuasa kita akan menjadi umat kuat kerana mempunyai tubuh yang sihat dan dapat mendekat diri kepada Allah.

Keutamaan bulan ramadhan.
“Telah bersabda Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam :Telah diturunkan mashab nabi Ibrahim pada malam yang pertam dari bulan ramadhan dan di turunkan taurat pada malam yang keenam dari bula ramdhan dan injil pada malam yang ketiga belas dari bulan ramadhan dan di turunkan Allah Al-Quran pada malam yang kedua puluh empat dari bulan ramadhan. ” (riwayat Ahmad)

Pada stengah hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Mardawiya, bahawa Zabur diturunkan pada malam yang kedua belas dari bula Ramdhan dan injil pada malam kelapan belas bulan bulan ramadhan, dan kitab-kitab yang lain, sepeti yang ddisebutkan pada keterangan diatas. Pada malam kedua puluh empat Telah diturunkan Al-Quran dari lauh mahfuz ke langit dunia dan terus kepada nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam melalui malaikat jibril a. s. tujuan Allah menurunkan al quran secara berperingkat-peringkat ialah untuk menguji kesabarn manusia. selain itu, ia juga untuk menjawab pertanyaan orang-orang musrikin.

Terdapat hadis rasulullah yang menerangkan kelebihan bulan ramadhan:
“telah bersbda rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam : Apabila datangnya ramadhan dibuka pintu syurga, dan ditutupnya pintu-pintu neraka dan dirantai semua syaitan-syaitan. ” Riwayat Bukhari dan Muslim)

Oleh itu, ramadhan dikenali sebagai madrasah ramadhan. Madrasah ramadhan ialah sekolah untuk melatihkan diri kita supaya dapat mendekatkan diri kita kepada Allah dan dapat mengawal nafsu supaya tidak melakukan perkara yang dilarang dan dapat melaukakan perkara yang diperintahkan oleh Allah.

Selain itu, di bulan ramadhan Allah akan mengampunkan dosa-dosa yang dilakukan oleh hambanya jika hambanya itu melakukan perkara yang disuruh dan meninggalkan perkara yang dilarang. Allah juga akan melihat mereka dengan pandangan rahmat lalu memaafkan mereka, kecuali empat perkara:
1. pemabuk(peminum khamar/arak)
 2. penderharka terhadap kedua ibu bapanya.
 3. memutuskan hubungan keluarga.
 4. orang yang tidak bercakap dengan saudarnya lebih dari tiga hari.
Dengan keterangan-keternagan di atas menunjukan betapa besarnya keutamaan bulan ramadhan itu dari bulan-bulan yang lain. oleh yang dimikianlah sahabat rasulullah iaitu umar al-khatab apabila tiba sahaja bulan ramadhan, ia sangat gembira sekali sambil ia berkata :selamat datang bulan yang akan membersihkan kami. oleh itu kita haruslah mencotohi sifat umar al-khatab untuk membersihkan dosa kita yang tidak terkira ini.

Fungsi zakat fitrah.
Zakat fitrah merupakan salah satu ibadah yang wajib dibulan ramdahan. Zakat yang merupakan satu pilihan kepada cara-cara merawat ekonomi manusia, telah dikenal pasti sebagai ibadah istimewa yang menyentuh segi-segi ekonomi, social dan psikologi manusia. Melalui zakat fitrah manusia diajar mengenal erti harta, pemilikan, erti hak orang lain, kasih saying dan kemanusian. puasa pula memberikan kesempatan kepada orang-orang yang kaya serta hidup serdahana merasa pedihnya hidup dalam kepapaan dan kefakiran. hanya dengan cara ini sahajalah mengisafkan golongan kaya dan sederhana. Maka apabila golongan-golongan yang tersebut telah insaf sudah tentu hubungan mereka dengan golongan miskin akan terjalin erat melalui zakat, sedekah dan derma yang ikhlas. Dan sudah tentu jalinan tersebit mewujudkan kesefahaman, kehormatan serta kasih saying dalam masyarakat. Zakat fitrah dan puasa mempunyai hubungan yang sangat rapat sekali. Maka dengan ini jelaslah mengapa zakat fitrah dan puasa berada dalam bulan yang sama iaitu bulan ramadhan.
Sehubungan dengan itu rasulullah saw menjelaskan dalam hadisnya seperti berikut:
“telah bersabda rasulullah saw:Puasa bulan ramadhan itu tergantung di antara langit dan bumi, ia tidak diangkatkan kecuali ditunaikan zakat fitrah. ”(riwayat Hafsyin)
 Hadis yang disebutkan d atas tadi menjelaskan kepada kita bahawa zakat fitrah adalah satu factor yang menyempurnakan ibadah puasa. oleh itu dengan menunaikan zakat fitrah maka ibadah puasa kita akan diterima oleh Allah. Dan orang telah bertanyakan rasulullah saw tentang ayat al-quran yang bermaksud:
“sesunguhnya telah menanglah orang-orang yang sudah mengeluarkan zakat dan disebutnya nama tuhannya lagi ia menunaikan solat. ”(al-‘ala:14-15)

Rasulullah saw bersbda: Ertinya: “Diturunkan ayat ini pada zakat fitrah. ”(riwayat ibnu khuzaimah) “dari ibnu Abbas ra berkata ia:Telah memfardukan Rasulullah saw akan sedekah fitrah. sesungghnya ia mensucikan bagi perbualan dan perkataan-perkataan kotor bagi orang yang berpuasa, dan member makan bagi orang-orang yang miskin. maka sesiapa yang membayarnya sebelum sembahyang hari raya, maka adalah ia zakat yang diterima, dan sesiapa yang membayarnya sesudah selesai sembahyang hari raya maka adalah ia termasuk golongan sedekah biasa. ”(riwayat abu daud)

Hadis ini menerangkan kepada kita bahaw fardhunya zakat fitrah itu menjelang orang sebelum hari raya. zakat fitrah wajib kepada orang islam.

Kesimpulan
Kesimpulanya buku ini menceritakan tentang perkara yang boleh dilakukan semasa berpuasa dan meninggalkan perkara yang akan membatalkan puasa.
Selain itu, buku ini juga menceritakan tentang kelebihan yang ada pada bulan ramadhan dan kafiat kita berpuasa. buku ini juga menceritakan tentang mafaat yang akan diperolehi jika berpuasa dan terdapat banyak kelebihan-kelebihan puasa.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com