Fekah dalam perubatan

Disediakn untuk
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam.

Disediakan oleh
SITI NORHAFISOH BT. MOHD AZHAR

PENGHAGAAN.
Saya Siti Norhafisoh Bt. Mohd Azhar, 2011187733, rasa penuh bersyukur kerana telah nenyiapkan kerja khusus ini dengan lengkapnya. Dengan menyiapkan kerja khusus ini saya dapat menambah ilmu dalam ilmu Islam dan banyak memberi faedah kepada diri saya. Saya bertarima kasih kepada ibubapa saya kerana mereka telah banyak memberi bimbingan supaya saya dapat menyiapkan kerja khusus ini. Selain itu, saya juga berterima kasih kepada rakan-rakan saya kerana banyak memberi sokongan dan pendapat yang bermanfaat.

PENDAHULUAN
Fikah dalam perubatan adalah bidang terkini yang memerlukan kefahaman dan penelitian yang jitu. Kupasan hukum mengenai isu semestinya mengikut kaedah-kaedah asas fikah seperti qawa’id fiqhiyyah dan usul fiqh. Penjelasan berkenaan isu perubatan yang dikaitkan dengan fikah sudah banyak dibukukan oleh ulama muktabar seperti Dr. Muhammad Sulaiman Al- Asyqar dan Dr. Basri Ibrahim. Islam adalah cara hidup. Kesihatan dan perubatan juga sebahagian daripada kehidupan manusia yang pastinya tidak terlepas daripada hukum-hukum syarak dan fikahnya yang tersendiri. Fikah perubatan berguna dan bermanfaat dalam realiti kehidupan Muslim pada zaman serba canggih ini. Ia khusus pada isu-isu perubatan moden seperti halal haramnya ubat-ubatan, penggunaan ubat- ubatan dalam keadaan yang khusus atau prosedur perubatan terkini dan sering kali mengundang kata Tanya. Ini bukan sahaja di kalangan kakitangan kesihatan khususnya, bahkan dikalangan masyarakat Islam di seluruh dunia amnya. Perkataan fikah berasal daripada bahasa arab(sebutan asal ‘Fiqh’) yang member makna faham atau kefahaman. Sementara menurut istilah pula, ia membawa maksud “mengetahui hukum-hukum syarak yang amali berdalilkan dalil-dalil tafsili ataupun juz’i”

DEFINISI PERUBATAN ISLAM.

Perubatan Islam sering ditakrifkan dengan pelbagai tafsiran tersendiri. Ramai pengamal perubatan mendakwa apa yang mereka amalkan adalah perubatan Islam yang sebenar iaitu perubatan yang berteraskan Al- Quran dan sunnah Rasullullah tanpa memberi definisi sebenar perubatan Islam itu sendiri. Menurut Profesor Husain, sarjana perubatan Muslim, kekeliruan ini berpunca daripada kecerderungan sesetengah pihak mentafsirkan perubatan Islam hanya berdasarkan aspek tertentu sahaja seperti aspek sejarah, budaya, agama, geo-politik, terapeutik dan sebagainya. Hasilnya, ia member makna yang berbeza-beza pada system perubatan Islam itu. Akhirnya mewujudkan kekeliruan pada makna dan konsep perubatan Islam itu sendiri. Konflik yang sering berlaku ke atas pengamal dan juga pesakit adalah amalan mereka lakukan itu sama ada ia perubatan Islam yang sebenar ataupun tidak. Menurut Profesor Omar Kasule, pakar epidemiologi dan perubatan Islam, kekeliruan ini juga berpunca daripada kegagalan kita membezakan di antara Islam dan orang Islam iaitu Muslim daripada sudut makna dan konsep. Islam sebenarnya merujuk kepaada nilai, piawaian, peraturan, pelaksanaan Quran dan sunnah. Manakala Muslim pula merujuk kepada orang, institusi dan pelakuan komuniti yang mendakwa mereka adalah Muslim walaupunmereka mungkin tidak mengikut sepenuhnya peraturan-peraturan Islam. Ada kalanya tidak semua yang diamalkan oleh orang Islam tadi bersesuaian dengan ajaran Islam termasuklah perkara-perkara yang berkaitan dengan sistem peubatan. Maka dengan mengatakan setiap sistem perubatan yang diamalkan ataupun dibangunkan oleh orang Islam sebagai sistem perubatan Islam adalah pandangan yang mengelirukan. Menurut ramai sarjana perubatandan juga ulama Islam, perubatan Islam sebenarnya tidak banyak bezanya dengan perubatan moden dari segi amalannya. Walau bagaimanapun, perkara besar yang membezakan di antara kedua-duanya adalah perubatan Islam berteraskan wahyu dan tauhid kepada Allah. Manakala perubatan moden hanya berteraskan pada sains semata-mata. Tujuannya hanya membantu sesame manusia. Ia hanya bergantung kepada kekuatan akal fikiran dan dan usaha manusia tanpa mempunyai sebarang matlamat akhirat. Kesan daripada Perubatan Islam pula adalah mengabdikan diri kepada Allah selaras dengan pesanan Allah.

Contoh ( Surah adz-Dzariyat, ayat 105)

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka mengabdikan diri kepada Aku.

Bagi perawat pula, apa yang mereka lakukan perlu berteraskan kepada ilmu yang sahih, terbukti manfaatnya demi menjaga nyawa, diri dan kehormatan insane serta bertetapan dengan syariat. Perubatan Islam meletakkan keyakinan Allah mempunyai kuasa sepernuhnya bagi menyembuhkan.

Contoh (Surah at-Taubah105, ayat)

Dan katakana (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang diperintahkan), maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang yang beriman akan melihat apa yang kamu kerjakan dan kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui perkara-perkara yang nyata. Kemudian Dia menerangkan kepada kamu apa yang kamu kerjakan.

Menurut Profesor Omar Kasule juga, perubatan Islam adalah sistem perubatan yang mempunyai kkonsep, paaradigma, nilai dan prosedur yang selari serta tidak bertentangan dengan Quran dan sunnah. Ia tidak hanya tertakluk kepada tatacara perubatan ataupun agen terapeutik tertentu yang digunakan pada suatu masa ataupun tempat sahaja. Oleh sebab itu, ia boleh datang daripada mana-mana sistem perubatan yang ada asalnya ia memenuhi ciri-ciri yang disebutkan tadi. Sistem perubatan yang baik perlu berteraskan kepada ilmu yang benar dan tepat dibuktikan secara kajian empirical. Biasanya ia bersifat neutral tetapi nilai yang tertanam di dalamnya itu yang memberikan makna pada ilmu atau sistem terbabit. Oleh itu, apabila sistem perubatan moden sekarang diberikan nilai dan roh Islam maka ia dapat dikelaskan sebagai perubatan Islam. Proses tranformasi konsep ini dipanggil Islamisasi sistem perubatan itu sendiri kepada perubatan Islam. Daripada sudut sejarah, perubatan Islam adalah ilmu perubatan yang diwarisi oleh orang Islam pada era awal perkembangan Islam (40-247 Hijrah). Kebanyakannya berasal dari Greek dan kemudiannya diperkayakan dengan sumber dari Parsi, Syria, India dan Beyzantin. Pengetahuan itu tidak hanya tertakhluk kepada bahan terjemahan yang dilakukan ke dalam bahasa Arab tetapi juga bahan-bahan baharu yang ditambah, disesuaikan, diperincikan serta diperkembangkan bersesuaian dengan Islam. Apabila Negara Islam waktu itu menjadi pusat tamadun ilmu dan bahasa Arab menjadi ‘lingua franca’ ilmu perubatan terus berkembang dengan orang Islam dan bukan Islam menjadi penyumbang kemajuan ilmu. Namun, kandungan dan nilainya dibentuk mengikut acuan Islam. Perubatan Islam bersifat sejagat, mencukupi segala hal, sesuai dalam semua keadaan dan berkembang maju dalam kerangka yang dibentuk oleh Quran dan sunnah. Selain itu, perlu berteraskan bukti-bukti penyelidikan terkini serta sesuai dengan sifat Islam yang menjadikan ilmu sebagai dasar agama. Oleh itu, ia perlu bersifat komprehensif, memberi manfaat kepada individu, masyarakat serta tidak mendatangkan mudarat kepada manusia dan alam sekitar.

PERUBATAN ARAB SEBELUM KEDATANGAN ISLAM.

Perubatan Yunani.

Teori asas perubatan Yunani adalah berteraskan keseimbangan humor dalam badan manusia. Ia terdiri daripada empat unsure utama iaitu darah (dham atau khun), lender (balgham), hempedu hitam (mirra al-sawda) dan hempedu kuning (mirra al-safra). Setiap humor ditentukan oleh elemen-elemen khusus yang berkaitan dengan alam semula jadi seperti keadaan sejuk, panas, kering dan lembab yang dikaitkan dengan kejadian tanah, udara, air dan api. Darah umpamanya dikaitkan dengan unsur panas dan unsure lembab pula dikaitkan dengan udara. Lender pula mempunyai unsur lembab manakala unsure sejuk dikaitkan dengan air. Hempedu hitam mempunyai unsur sejuk dan kering dikaitkan dengan tanah manakala hempedu kuning mempunyai unsur panas dan kering yang dikaitkan dengan api. Hippocrates menyatakan bagi menjadi sihat, kesemua unsur-unsur tadi mestilah berada dalam keadaan seimbang. Unsure dominan dalam diri seseorang itu membentuk sifat dirinya seperti optimistik, sedih, pemarah dan sebagainya. Selain itu, menekankan enam elemen luar yang mungkin menjadi punca penyakit iaitu cuaca sekeliling, makanan, minuman, aktiviti fizikal dan rehat, keadaan emosi, tidur yang mencukupi serta membuang najis dan kencing.

ETIKA PERUBATAN ISLAM

Etika perubatan adalah perkara asas bagi mengawal selia sistem perubatan. Oleh itu ia bertindak sebagai panduan yang mengikat tingkah laku perawat dan pesakit semasa serta selepas menjalani sesi perubatan. Ia penting bagi mewujudkan rasa kepercayaan pesakit kepada doctor semasa menerima rawatan. Tambahan pula, keperluan bagi mendapat rawatan adalah antara perkara asas yang diperlukan setiap orang. Ada kalanya mereka tidak mempunyai pilihan bagi mendapat rawatan daripada doktor tersebut walaupun secara peribadi, pesakit tidak menyukai doctor itu. Oleh itu, pesakit perlu sentiasa dilindungi peraturan yang mampu menjamin hak-hak mereka. Atas alas an inilah, etika perubatan sudah wujud sejak 1400 tahun sebelum masihi. Ia itu dikenali sebagai Sumpah Hippocrates.

PRINSIP-PRINSIP ETIKA PERUBATAN ISLAM.

Berteraskan Al-Quran dan sunnah serta ijtihad ulama menjadi panduan umum dalam Islam. Segala peraturan yang dibentuk perlu sejajar dengan dasar Islam itu sendiri. Walau bagaimanapun, atas dasar menjaga nyawa dan kesihatan beberapa prisip asas fikah yang lebih fleksibel dapat digunakan.

(Surah al-Maidah ayat 32)

Orang yang menjaga keselamatan hidup manusia, dia seolah-olah sudah menjaga keselamatan hidup semua manusia.

v Keimanan dan kepatuhan doctor itu perlu selari dengan etikanya.

v Menjaga kesihatan diri sendiri.

v Perkara yang perlu dielakkan doctor dan juga sikap yang sentiasa berwaspada dengan perkara yang mampu mendatangkan kemudaratan.

v Hubungan antara pesakit dan doctor.

v Adab orang yang melawat orang sakit.

v Kemuliaan profesion perubatan.

SEJARAH PERKEMBANGAN PERUBATAN DALAM DUNIA ISLAM.

Perubatan Islam berkembang pesat semasa empayar Bani Abbasiyah dan tersebar ke serata pelosok dunia. Sebahagian daripada peninggalannya masih wujud di beberapa tempat seperti perubatan Yunani yang masih diamalkan di Asia Selatan. Ia adalah inti pati proses islaminasi ilmu dan amalan perubatan yang berkembang maju di Asia Barat. Semasa pemerintahan Bani Abbasiyah (132-656 Hijrah), perubatan Islam telah mencapai era kegemilangan. Ketika itu, kaum Muslimin bukan hanya menjadi kaum pengguna sahaja. Mereka sama-sama mempelopori dan menghasilkan inovasi dalam bidang perubatan termasuklah dalam membina hospital-hospital institusi-intitusi kesihatan. Karya serta kajian asli mula dihasilkan. Ketika itu jugalah sistem pendidikan, etika dan juga peraturan yang berkaitan dengan pengamal perubatan diperkenalkan dan dikuatkuasakan. Ini bagi mengawal perawat dan institusi kesihatan. Sebahagian besar pencapaian itu menjadi asas kepada perkembangan ilmu dalam bidang perubatan moden yang wujud sekarang.

TOKOH-TOKOH PERUBATAN ISLAM SEWAKTU ZAMAN GELAP DI EROPAH.

v Ibnu Sina.

v Al- Zahrawi.

v Al- Razi,

ASAS FIKAH PERUBATAN ISLAM

Fikah Perubatan Berdiri Atas Prinsip Umum.

Fikah ini bersumberkan wahyu yang terkandung dalam Al-Quran dan sunnah. Secara umum, Quran dan hadis meletakkan tiga prinsip dalam perubatan iaitu:

Ø  Umat Islam dibenarkan berubat.

Ø  Kaedah mengubati penyakit mestilah tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan Islam.

Allah menyatakan dalam surah al-Baqarah, ayat 195,

Belanjakan (hartamu) di jalan Allah serta jagalah kamu mencampakkan (dirimu) dengan tanganmu sendiri kepada kehancuran. Berbuat baiklah sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang membuat kebaikan.

Ø  Kuasa menyembuhkan semua jenis penyakit adalah hak mutlak Allah. Manusia hanya perlu berikthiar mengubati penyakit.

Hukum Asal Urusan Perubatan Adalah Harus.

Umum mengetahui yang hukum asal dalam ibadat adalah dilarang sehingga datangnya nas syarak memerintahkan manusia supaya melakukannya. Manusia tidak boleh mengadakan apa-apa amal ibadat yang tidak terdapat dalam syariat kerana nabi bersabda, orang yang mengada-gadakan dalam urusan agama kami ini perkara yang bukan daripadanya ditolak. Perkara ini direkodkan oleh Bukhari dan Muslim. Ini berbeza pula dengan perubatan. Apa sahaja kaedah perubatan yang dilakukan manusia pada asalnya adalah harus. namun begitu, ia perlu disandarkan pada syariat. Banyak kaedah perubatan yang diharamkan Islam bahkan ada yang membawa kepada syirik. Contohnya berubat menggunakan azimat, tangkal dan khidmat jin. Manakala perkara yang diharamkan pula seperti berubat menggunakan anggota binatang yang diharamkan memakannya (bangkai) ataupun mengambil arak sebagai ubat dan sebagainya.

Fikah Perubatan Dibangunkan Dengan Mengambil Kira Illat(sebab) Dan Maslahat(Keperluan atau Kepentingan).

Mengambil kira rasional serta berdasarkan pada sebab dan kepentingan yang dapat difahami oleh mukalaf. Selain itu, di sebalik hukum-hukum syariah, objektif utamanya adalah mendatangkan manfaat serta menolak dan menghindarkan kemudaratan kepada manusia. Kenyataan ini berdasarkan pada ayat Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 85,

Allah mahukan kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukara

DARURIYYAT

Keperluan yang paling penting kepada setiap manusia. Ini bertujuan menghindarkan kemudaratan kepada agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Semua lima kepentigan ini dianggap sebagai keperluan asasi yang diperlukan setiap manusia dalam kehidupan mereka. Sebarang tindakan yang mencabul lima perkara ini dianggap sebagai mafsadah iaitu merosakkan. Apabila keperluan ini tidak ini tidak dipedulikan, manusia tidak boleh hidup sebagai manusia normal. Apabila wujud keperluan ini, diharuskan perkara yang dilarang. Ini dikenali sebagai rukhsah. Contohnya dibolehkan memakan bangkai sewaktu kebuluran. Namun, keharusan itu adalah sekadar secukup keperluan sahaja.

Allah bersabda dalam surah al-Anaam, ayat 145

Kemudian orang yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melalpaui batas. Sesungguhnya Tuhanmu amat pengampun, lagi amat mengasihani.

HAJIYYAT.

Keperluan yang dapat menghindar kesulitan yang dihadapi dalam kehidupan sekalipun tidak mengancam keselamatan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta benda. Keperluan jenis ini juga mengharuskan apa yang dilarang. Maksud kaedah ini, kemudahan-kemudahan syarak yang dikecualikan tidaklah terbatas dalam keadaan darurat sahaja. Hajat-hajat yang kedudukannya kurang daripada darurat pun dibolehkan juga. Hajat sekiranya tidak dipernuhi menimbulkan kesukaran dan kesulitan. Darurat pula apabila tidak dipernuhi boleh membawa kebinasaan. Hajat umum ialah perkara yang diperlukan oleh semua oranng. Contoh kepentingan awam adalah siasah, perubatan dan pertanian. Selain itu, hajat khusus ialah perkara ynag diperlukan oleh kelompok yang khusus atau individu khusus sahaja

TAHSINIYYAT.

Keperluan yang hanya menambah keselesaan, bukannya menghindari kesukaran. Tanpa keperluan inni, manusia boleh menjalani kehidupan secara normal. Keperluan jenis ini tidak mengharuskan apa yang dilarang. Contoh keperluan ini adalah memandulkan wanita kerana hendak menjaga kecantikannya, merancang keluarga kerana hendak menjaga kecantikan kerana bimbang taraf hidup anak masa akan datang atau kerana mengikut peredaran zaman

HUKUM BERUBAT MENURUT ISLAM.

Islam menyuruh umatnya berikthiar mengubat apabila dijangkiti sebarang penyakit. Terdapat banyak ayat al-Quran dan hadis yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan dan mengubati penyakit. Antaranya surah al-Ishak, ayat 82 bermaksud:

Dan kami turunkan al-Quran secara beransur-ansur yang terdiri daripada ayat-ayat suci yang menjadi ubat, penawardan rahmat untuk orang yamg beriman kepada-Nya.

Kesimpulannya, hukum berubat ada dua iaitu wajib dan harus. Bagi orang awam, hukumnya harus. Ini ketika ia masih dapat menanggung kesakitan, dapat bersabar ataupun penyakit itu belum teruk. Keperluan berubat menjadi wajib keatas orang yang tidak mampu menanggung kesakitan yang dialaminya.

Sunat berubat: Hukum berubat boleh berubah kepada sunat apabila orang itu niat berubat kerana mengikuti sunnah Nabi Muhammad.

Haram berubat: Hukum berubat boleh berubah kepada haram apabila pesakit itu beriktikad yang upaya menyembuhkan penyakit adalah daripada ubat yang digunakan atau yang dimakan. Ini sedangkan hakikat penyembuh adalah Allah. Begitu juga sekiranya ia berubat dengan perkara yang dilarang syarak yang ditentukan.

------------------------------------------------------

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
013-4006206
04-9882701

abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com