Syrik


TAJUK TUGASAN : 
SYIRIK

FAKULTI : 
PENGURUSAN PERNIAGAAN

DISEDIAKAN UNTUK :  
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

DISEDIAKAN OLEH : 
NURUL AZZAH NAFISAH BINTI AZMI MURAT (2011197905)

TARIKH HANTAR : 
13 SEPTEMBER 2012

PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji dan syukur kepada Allah S. W. T. kerana memberi peluang dan kesempatan untuk menyiapkan tugasan ini dengan sempurna. Akhirnya, tugasan ini dapat disempurnakan tanpa sebarang masalah. Namun, siapakah kita insan biasa yang tidak mampu berdiri sendiri tanpa pertolongan daripada Allah S. W. T.
Di sini, saya ingin mengucapkan penghargaan kepada insan-insan yang sudah banyak membantu saya untuk menyiapkannya secara langsung atau tidak langsung. Terlebih dahulu, ingin saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada ustaz iaitu Encik Abd Aziz bin Harjin, pensyarah CTU 151, beliau sentiasa membantu dan memberi tunjuk ajar kepada saya dalam memahami kehendak tugasan ini. Tanpa penerangan beliau, saya tidak mampu memahami tugasan ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan kerana mereka banyak membantu saya dalam mencari bahan-bahan yang diperlukan. Akhir sekali, tidak lupa juga kepada ahli keluarga kerana sering menyokong dalam melakukan tugasan ini. Tanpa mereka juga, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan lengkap.

DEFINISI SYIRIK
Pengertian syirik menurut bahasa adalah sebuah kata yang digunakan untuk mengungkapkan sesuatu yang terjadi antara dua orang atau lebih. Menurut istilah pula syirik kepada Allah s. w. t maksudnya menjadikan sekutu bagi Allah s. w. t, baik dalam rububiyahnya ataupun uluhiyahnya, tetapi istilah syirik lebih sering digunakan untuk syirik dalam uluhiyahnya.
Syirik adalah larangan Allah s. w. t yang paling besar. Hukum nya dosa besar bagi yang syirik. Allah s. w. t berfirman dalam surah An Nisaa` ayat 36: “Dan sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. ”
Pertembungan antara tauhid dan syirik telah berlaku sejak zaman Nabi Nuh a. s dalam menyeru kaumnya untuk beribadah hanya kepada Allah semata-mata dan meninggalkan ibadah kepada berhala. Beliau menyeru kaumnya kepada tauhid, tetapi sambutan mereka sungguh di luar dugaan. Secara jelas Al-Quran menggambarkan penolakan mereka di dalam surah Nuh ayat 23-24.
Pada zaman Rasulullah s. a. w juga misalnya, sebelum diutus sebagai Rasul, baginda terkenal di kalangan orang-orang Arab dengan jolokan “Ash-shaadiqul amiin” (yang jujur dan dapat dipercayai). Tetapi apabila baginda mengajak kaumnya menyembah kepada Allah dan mengesakan-Nya, serta menyeru supaya meninggalkan apa yang disembah oleh nenek moyang mereka, serta merta mereka lupa dengan sifat jujur dan amanah baginda. Lalu mereka menghujahnya dengan berbagai jolokan buruk. Di antaranya ada yang menjoloki baginda dengan “ahli sihir pendusta”. Di dalam Al-Quran surah Shad ayat 4-5 mengisahkan penolakan mereka terhadap dakwah tauhid baginda.
Begitulah sikap semua Rasul dalam dakwahnya kepada tauhid. Dan seperti gambaran ayat-ayat surah di dalam Al-Quran itulah sikap kaum mereka yang suka mengada-ada.


PEMBAHAGIAN SYIRIK BESAR
1. Syirik dalam doa
Iaitu berdoa kepada selain Allah, sama ada kepada para Nabi atau wali, untuk meminta rezeki atau memohon kesembuhan dari penyakit. Allah s. w. t berfirman : “Dan janganlah kamu menyembah apa-apa yang tidak member manfaat dan tidak (pula) member mudarat kepadamu selain Allah ; sebab jika kamu berbuat (yang demikian) itu, maka sesungguhnya kamu kalau begitu termasuk orang-orang yang zalim. ” Surah Yunus ayat 106.
Zalim yang dimaksud oleh ayat ini adalah syirik. Dan Rasulullah s. a. w. menegaskan dalam sabdanya: “Sesiapa meninggal dunia sedang dia memohon kepada selain Allah sebagai tandingan (sekutu), nescaya dia masuk neraka. ”
2. Syirik dalam sifat Allah
Seperti kepercayaan bahawa para Nabi dan wali mengetahui hal-hal yang ghaib. Allah s. w. t berfirman : “Dan di sisi Allahlah kunci-kunci semua yang ghaib, tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri. ” Surah Al-An’am : 59
3. Syirik dalam mahabbah (kecintaan)
Yang dimaksudkan syirik dalam mahabbah iaitu ia mencintai seseorang sama ada wali atau lainnya sebagaimana kecintaannya kepada Allah. Allah s. w. t berfirman : “Dan di antara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintainya, sebagaimana mereka mencintai Allah. Manakala orang-orang yang beriman sangat besar cintanya kepada Allah. ” Surah Az-Zuhar ayat 165.


4. Syirik dalam ketaatan
Iaitu ketaatan kepada ulama’ atau Sheikh dalam hal kemaksiatan, dengan mempercayai bahawa hal tersebut dibolehkan. Allah s. w. t. berfirman: “Mereka menjadikan orang-orang alimnya dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah. ” Surah At-Taubah ayat 31.
5. Syirik hulul
Kepercayaan bahawa Allah menitis kepada para makhluk-Nya. Ini adalah akidah Ibnu Arabi, seorang sufi yang meninggal dunia di Damsyik. Hinggakan Ibnu Arabi mengatakan : “Tuhan adalah hamba, dan hamba adalah Tuhan. Duhai kiranya, siapakah yang mukallaf?”
6. Syirik tasharruf (tindakan)
Keyakinan bahawa sebahagian para wali mempunyai kebebasan untuk bertindak dalam urusan makhluk. Percaya bahawa mereka boleh mengatur masalah-masalah makhluk. Mereka namakan para wali itu dengan “wali Qutub”. Padahal Allah s. w. t telah menyoal orang-orang musyrik terdahulu dengan firman-Nya : “Dan siapakah yang mengatur segala urusan? Maka mereka menjawab: ‘Allah’. ” Surah Yunus ayat 31.
7. Syirik khauf (takut)
Keyakinan bahawa sebahagian dari para wali yang telah meninggal dunia atau orang-orang yang ghaib boleh melakukan dan mengatur suatu urusan serta mendatangkan mudarat. Kerana keyakinan ini, mereka menjadi takut kepada para wali atau orang-orang tersebut. Hal ini adalah kepercayaan orang-orang musyrik, yang diingatkan Allah dalam firman-Nya : “Bukankah Allah cukup untuk melindungi hamba-hamba-Nya? Dan mereka menakut-nakuti kamu dengan (sembahan-sembahan) yang selain Allah. ” Surah Az-Zuma ayat 26.

8. Syirik hakimiyah (kekuasaan)
Termasuk dalam syirik hakimiyah iaitu mereka yang membuat dan mengeluarkan undang-undang yang bertentangan dengan syariat Islam serta menguatkuasakan undang-undang tersebut. Atau dia memandang bahawa hukum Islam tidak lagi sesuai dengan zaman. Yang tergolong musyrik dalam hal ini adalah para hakim, serta orang-orang yang mematuhi dan menjalankan undang-undag tersebut, jika dia menyakini kebenaran undang-undang itu serta rela dengannya.

PEMBAHAGIAN SYIRIK KECIL
Syirik kecil iaitu setiap perantaraan yang mungkin menyebabkan kepada syirik besar, ia belum mencapai tingkat ibadah, tidak menjadikan pelakunya keluar Islam, akan tetapi ia termasuk dosa besar.
1. Riya’
Melakukan suatu perbuatan kerana makhluk, seperti seorang muslim yang beramal dan solat kerana Allah, tetapi ia melakukan solat dan amalnya dengan baik supaya dipuji manusia. Allah s. w. t berfirman : “Sesiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia menyekutukan seorang pun dalam beribadah kepada Tuhannya. ” Surah Al-Kahfi ayat 100.
2. Bersumpah dengan nama selain Allah.
Boleh jadi bersumpah dengan nama selain Allah termasuk syirik besar jika orang yang bersumpah tersebut menyakini bahawa wali mempunyai kemampuan untuk menimpakan mudarat atas dirinya, jika ia bersumpah dusta dengan namanya. Rasulullah s. a. w telah bersabda : “Sesiapa bersumpah dengan nama selain Allah, maka dia telah berbuat syirik. ” (Riwayat Ahmad)
3. Syirik khafi
Ibnu Abbas mentafsirkan syirik khafi dengan ucapan seseorang kepada orang lain: “Atas kehendak Allah dan atas kehendak kamu. ” Termasuk syirik khafi adalah ucapan seseorang: “Sekiranya bukan kerana Allah, kemudian (seandainya bukan kerana) si polan. ” Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s. a. w : “Jangan mengatakan : “Atas kehendak Allah, dan atas kehendak si polan. ‘Tetapi katakanlah, ‘Atas kehendak Allah, kemudian atas kehendak si polan. ” (Riwayat Ahmad dan lainnya)


IMPLIKASI SYIRIK
Perbuatan syirik menyebabkan kerosakan dan mendatangkan bahaya besar, sama ada dalam kehidupan peribadi ataupun masyarakat. Manakala kerosakan dan bahaya yang paling menonjol kerana syirik ialah :
1. Menghinakan taraf kemanusiaan
Syirik menghinakan kemuliaan manusia, menurunkan darjat dan martabatnya. Sebab Allah menjadikan umat manusia sebagai khalifah di muka bumi. Allah memuliakannya, mengajarkan kepadanya nama-nama benda, lalu menundukkan baginya apa yang ada di langit dan di bumi. Allah menjadikannya penguasa (khalifah) di muka bumi. Tetapi kemudian ia tidak mengetahui darjat dan martabat dirinya. Ia lalu menjadikan sebahagian dari makhluk Allah sebagai tuhan dan sembahan. Ia tunduk dan menghinakan diri kepadanya.
Kehinaan-kehinaan tersebut, hingga hari ini amat banyak berlaku. Sebahagian umat Islam bermalam dan tinggal di kuburan untuk meminta berbagai keperluan mereka. Padahal, orang-orang yang mati itu juga hamba Allah seperti mereka. Dan tidak boleh mendatangkan manfaat atau bahaya untuk diri mereka sendiri.
2. Sarang khurafat dan kebatilan.
Sebab orang yang mempercayai adanya sesuatu yang boleh member pengaruh selain Allah di alam ini, sama ada berupa bintang, jin, arwah atau hantu bererti menjadikan akalnya siap menerima segala macam khurafat (takhyul) serta mempercayai para dajjal (pendusta).

3. Kezaliman yang paling besar
Zalim terhadap hakikat sebab hakikat yang paling agung adalah “Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) selain Allah”, tidak ada Tuhan (pengatur) selain Allah, tidak ada Penguasa selain-Nya. ” Syirik juga merupakan penganiayaan terhadap orang lain, sebab orang yang disekutukan dengan Allah telah ia aniaya, lantaran ia member hak kepadanya, apa yang sebenarnya bukan haknya.
4. Punca segala ketakutan dan kecemasan
Orang yang akalnya menerima berbagai-bagai khurafat dan mempercayai kebatilan akan diliputi ketakutan dari berbagai arah. Sebab ia menyandarkan dirinya kepada banyak tuhan. Padahal tuhan-tuhan itu lemah dan tidak kuasa member manfaat atau menolak bahaya dari dirinya sendiri.
5. Menyebabkan orang malas melakukan kerja yang bermanfaat
Syirik mengajarkan kepada para pengikutnya untuk menggunakan perantaraan, hingga mereka meninggalkan amal soleh. Sebaliknya mereka melakukan perbuatan dosa, dengan iktikad bahawa mereka akan memberinya syafaat (pertolongan) di sisi Allah. Dan inilah yang merupakan kepercayaan orang-orang Arab jahiliah sebelum Islam.
6. Kekal di dalam neraka
Syirik menyebabkan kesia-siaan dan kehampaan di dunia. Sedang di akhirat, menyebabkan pelakunya kekal di dalam neraka. Allah s. w. t berfirman : “Sesungguhnya orang yang menyekutukan (sesuatu dengan) Allah maka pasti Allah mengharamkan baginya syurga, dan tempatnya ialah neraka. Tiadalah bagi orang-orang zalim itu seorang penolong pun. ” Surah Al-Ma’idah ayat 82.



7. Memecah belah umat
Seperti dalam firman Allah s. w. t : “Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang menyekutukan Allah, iaitu orang-orang yang memecah belah agama mereka dan mereka menjadi beberapa golongan. Tiap-tiap golongan merasa bangga dengan apa yang ada pada golongan mereka. ” Surah Ar-Rum ayat 31-32.

USAHA MENGHAPUSKAN SYIRIK
Tanda-tanda syirik yang wujud dalam diri kita perlu dihapuskan. Melenyapkan syirik kepada Allah S. W. T. , belum sempurna kecuali dengan menghilangkan tiga jenis syirik:
1. Syirik Af’al
Syirik dalam Af’al iaitu beriktikad bahawa selain Allah S. W. T. terdapat pencipta dan pengatur yang lain sebagaimana yang diyakini sebahagian orang-orang sufi bahawa Allah S. W. T. menguasakan sebahagian urusan kepada beberapa wali-Nya untuk mengaturnya. Allah S. W. T. berfirman : “Ingatlah, menciptakan dan memerintahkan hanyalah hak Allah. ” Surah Al-A’raf ayat 54.
2. Syirik dalam Ibadah
Syirik dalam ibadah ialah disamping beribadah dan berdoa kepada Allah S. W. T. ia beribadah kepada para nabi dan orang-orang yang soleh seperti istighathah (meminta tolong) kepada mereka, berdoa kepada mereka ketika ada kelapangan atau kesempatan. Anehnya, hal ini bahkan banyak kita temui dikalangan umat Islam. Yang menanggung dosa terbesarnya adalah sebahagian guru yang menyokong perbuatan syirik ini dengan alasan tawassul.
Mereka menamakan perbuatan ini dengan nama yang salah kerana tawassul adalah memohon kepada Allah S. W. T dengan perantaraan yang disyariatkan. Manakala apa yang mereka lakukan adalah memohon kepada selain dari Allah S. W. T. seperti ucapan mereka “Tolonglah kami wahai Rasulullah, wahai Jailani, wahai Badawi. ” Permohonan seperti itu adalah ibadah kepada selain Allah S. W. T. kerana ia merupakan doa sedangkan Rasulullah s. a. w. telah bersabda: “Doa adalah ibadah. ” (Riwayat Tirmizi) Disamping itu, pertolongan tidak boleh dimohonkan kecuali kepada Allah S. W. T. semata-mata. Allah S. W. T berfirman : “Dan Allah membanyakkan harta dan anak-anakmu” Surah Nuh ayat 12.

3. Syirik dalam Sifat
Syirik dalam sifat adalah dengan menyifati sebahagian makhluk Allah S. W. T. samaada para nabi, wali atau lain-lainnya dengan sifat-sifat yang khusus milik Allah S. W. T. mengetahui hal-hal yang ghaib misalnya. Syirik seperti ini banyak berlaku dikalangan sufi dan orang-orang yang terpengaruh dengan mereka seperti ucapan Bushiri ketika memuji nabi: “Sesungguhnya, diantara kedermawananmu adalah dunia dan kekayaan yang ada didalamnya.
Dan diantara ilmu mu adalah ilmu Lohl Mahfuz dan Qalam. ” Dari sini lah kemudian berlakunya kesesatan para Dajjal yang mendakwa dirinya boleh melihat Rasulullah dalam keadaan jaga lalu menurut pengakuan para Dajjal itu mereka menanyakan kepada beliau tentang rahsia jiwa orang-orang yang bergaul dengannya. Para Dajjal itu ingin menguasai sebahagian urusan manusia padahal Rasulullah semasa hidupnya sahaja tidak mengetahui hal-hal ghaib yang tersebut, sebagaimana ditegaskan oleh Al-Quran : “Dan sekiranya aku mengetahui yang ghaib, tentulah aku membuat kebajikan yang sebanyak-banyaknya dan aku tidak akan ditimpa kemudaratan. ” Surah Al-A’raf ayat 188.

KESIMPULAN
Semua perbincangan di awal, member penjelasan kepada kita bahawa syirik adalah sebesar-besar perkara yang wajib kita menjauhinya. Kita harus bersih dari perbuatan syirik. Takut jika kita terjerumus ke dalamnya, kerana ia adalah dosa yang paling besar. Kerana syirik itu akan merosakkan akidah dan tauhid kita. Justeru, ia merupakan perkara yang benar-benar perlu dihindari.
Di samping itu, syirik juga boleh menghapuskan pahala amal soleh yang telah dilakukan. Bahkan amalan yang terkadang bermanfaat untuk kepentingan umat dan kemanusiaan. Allah s. w. t berfirman : “Dan Kami hadapi segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami jadikan amal itu (bagaikan) debu yang beterbangan. ” Surah Al-Furqan ayat 23.
Maka dari itu, wahai saudaraku sesama Islam, jauhilah berdoa dan memohon kepada selain Allah. Kerana hal itu akan menjadikan kamu kafir dan sesat. Berdoalah hanya kepada Allah semata-mata supaya engkau termasuk orang-orang yang beriman yang mengesakan-Nya.

------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com