Tajuk: Syariat Islam

Pengenalan
Syari’at Islam telah meliputi semua perbuatan manusia dengan sempurna dan menyeluruh. Tidak terjadi suatu peristiwa di masa lalu, tidak terjadi di masa sekarang dan tidak pula terjadi di masa akan datang, kecuali peristiwa – peristiwa itu ada hukumnya dalam syari’at Islam. Segala perbuatan manusia berlandaskan syari’at Islam. Syari’at menegakkan dalilnya dengan Al – Quran dan Hadis.

Menurut syarak, tidak mungkin terdapat perbuatan manusia yang tidak mempunyai dalil yang menunjukkan hukumnya, berdasarkan firman-Nya: “untuk menjelaskan segala sesuatu”, dan berdasarkan teks yang tegas, bahawa Allah telah menyempurnakan agama ini.

Apabila terdapat beberapa hadis dari Rasullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam. yang mengandungi makna itu, yakni adanya beberapa perbuatan manusia yang tidak digariskanoleh syari’at, maka hadis – hadis yang demikian ditolak menurut pengetahuan, kerana bertentangan dengan Al-Quran yang pasti ketetapannya dan petunjuknya.

Sistem Ekonomi Islam
Sistem ekonomi Islam ditegakkan atas empat dasar:
1. Harta itu milik Allah. Allah Ta’ala berfirman:   “dan berilah kepada mereka dari harta Allah Yang telah dikurniakan kepada kamu” ( An-Nur (24) :33) 

2. Jamaah menguasai harta. Firman Allah:  “dan belanjakanlah (pada jalan kebajikan) sebahagian dari harta benda (pemberian Allah) Yang dijadikannya kamu menguasainya” (Al-Hadid (57) :7)  

3. Menimbun harta itu haram. Firman Allah:  “dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. ” (At-Taubah (9) : 34)  

4 Harta itu wajib berkembang. Friman Allah:  " (Ketetapan Yang demikian) supaya harta itu tidak hanya beredar di antara orang-orang kaya dari kalangan kamu. ( Al-Hasyr (59) :7)  

Sistem Islam berbeza dari sistem demokrasi dan sosialis-komunis, iaitu pemilikan harta di dalam Islam ditentukan oleh kualitinya, dan tidak pula kuantitinya, manakala di dalam sistem sosialis-komunis ditentukan oleh kuantiti dan tidak ditentukan oleh kualitinya. Selain itu, di dalam sistem demokrasi-kapitalis pemilikan harta tidak ditentukan oleh kualiti dan tidak pula ditentukan oleh kuantitinya.

Ekonomi
Perkataan “ekonomi” berasal dari bahasa Greek kuno yang membawa maksud “menguruskan urusan rumah tangga”, di mana semua ahli dalam rumah tangga yang mampu menjalankan kerja, memberi jasa dan menikmati apa – apa yang mereka peroleh. Kemudian, manusia memperluaskan pengertian “rumah tangga” sehingga perkataan itu ditujukan kepada kelompok yang diperintah oleh sesuatu negara. Oleh itu, ekonomi tidak lagi diertikan dengan bahasa etimologisnya, iaitu “pemenuhan” dan tidak pula dalam erti harta. Akan tetapi, istilah terminologinya adalah pengertian bagi barang tertentu, iaitu mengurus urusan rumah tangga, baik dengan meningkatkannya, dan ini dimaksudkan oleh “ilmu ekonomi”; atau dengan cara pembahagiannya dan dinyatakan oleh “sistem ekonomi”.

Ilmu ekonomi dan sistem ekonomi membincangkan tentang ekonomi, akan tetapi kedua – duanya berbeza dan berlainan, kerana mempunyai pengertian yang berbeza. Sistem ekonomi tidak terpengaruh oleh banyak atau sedikitnya harta, bahkan tidak terpengaruh oleh harta sama sekali.

Banyak atau sedikitnya harta tidak mempengaruhi bentuk sistem ekonomi walaupun sedikit. Oleh itu, maka salah untuk menjadikan ekonomi sebagai satu objek yang dikatakan sebagai satu barang kerana urusan dari segi pemenuhan atau produksi harta adalah sesuatu masalah manakala urusan dari segi pengagihan harta diurus dengan urusan lain. Oleh sebab itu, pembicaraan tentang menguruskan harta dengan pembicaraan mengurus pembahagian harta adalal lain antara satu sama lain. Hubungan media dan yang berhubung dengan idea, apabila tidak dipisahkan akan mengakibatkan pemasalahan dalam memahami masalah – masalah ekonomi yang hendak diselesaikan dan salah faham terhadap faktor – faktor yang dapat memenuhi dan menghasilkan harta di dalam negara.

Asas Sistem Ekonomi
Manfaat adalah kelayakan sesuatu untuk memenuhi keperluan manusia. Terdapat dua manfaat iaitu:
a) keinginan manusia untuk memperoleh sesuatu.
b) Personaliti yang terdapat dalam sesuatu kelayakannya untuk memenuhi keperluan manusia dan bukannya keperluan individu tertentu. Manfaat ini mungkin muncul dari usaha manusia, harta atau dari kedua – duanya. Oleh kerana hartalah yang memenuhi keperluan –keperluan manusia dan kerana usaha manusia merupakan saranan untuk memperoleh harta sebagai sumber dan manfaat. Maka, harta adalah dasar manfaat, sementara usaha manusia termasuklah sarana yang memungkinkan manusia memperoleh harta.

Oleh itu, manusia dengan fitrahnya berusaha untuk mendapatkan harta dan memilikinya. Nerdasarkan hal itu, maka usaha manusia dan harta merupakan saranan untuk manusia memenuhi keperluan mereka.

Berdasarkan hal itu, maka masalah ekonomi bukanlah masala perolehan harta dan bukan pula produksi harta. Masalah ekonomi datangnya dari pandangan terhadap pemilikan harta dan dari tindakan yang salah terhadap pemilikan ini, iaitu pembahagian harta di antara manusia. Oleh sebab itu, asas sistem ekonomi telah menangani masalah ini.

Asas sistem ekonomi terdiri daripada tiga kaedah:

1. Pemilikan atau cara yang harus digunakan untuk memperoleh manfaat yang datang dari jasa atau barang.
2. Tindakan terhadap pemilikan atau cara yang harus digunakan untuk jasa dan barang ini.
3. Pengagihan harta benda di antara manusia, atau pembahagian jasa dan barang di antara manusia.
Pemilikan itu pada hakikatnya adalah bagi Allah, kerana Dia adalah malikul mulki (yang memiliki kerajaan) dari satu segi, dan kerana Dia telah mengggariskan bahawa harta adalah milik-Nya. Allah Ta’ala berfirman:  “Dan berikan kepada mereka sebahagian dari harta Allah yang dikurniakan-Nya kepadamu” (An-nur (24) : 33) 

Kita dapati bahawa ketika Allah swt menjelaskan asal pemilikan, Dia menambahkan harta itu bagi-Nya. Maka, kata-Nya: “harta Allah”, dan ketika menjelaskan perpindahan pemilikan bagi manusia, Dia menambahkan pemilikan itu bagi manusia, maka Allah berfirman:  “Maka serahkanlah kepada mereka harta – harta mereka. ” (An-Nisa (4) : 6)  “Ambillah bagimu pokok hartamu. ” (Al-Baqarah (2) : 279)  “Ambillah zakat dari sebahagian harta mereka. ” (At-Taubah (9) : 103)  “Dan harta kekayaan yang kamu usahakan. ” (At-Taubah (9) : 24)  

Tetapi hak pemilikan ini datang dengan cara penguasaan. Allah Ta’ala Berfirman:  “Dan nafkahkanlah sebahagian dari hartamu yang Allah telah menjadikan kamu menguasainya. ” (Al-Hadid (57) : 7) 

Istikhlaf ini umum bagi semua manusia. Semua manusia mempunyai hak pemilikan, tetapi bukan pemilikan yang sebenar. Mereka diberi kekuasan dalam hak pemilikan. 

Meskipun ada pembahagian kekayaan di antara manusia, maka ia berlaku menurut sebab – sebab pemilikan dan transaksi –transaksi secara wajar. Tetapi, perbezaan manusia dalam hal kekuatan dan keperluan terhadap kepuasan membawa kepada perbezaan pembahagian kekayaan di antara manusia, dan kadangkala ketidakadilan berlaku. Ketidakadilan ini akan mengakibatkan terkumpulnya harta pada satu golongan dan kurangnya harta pada golongan lain, di samping mengakibatkan alat tukaran, iaitu emas dan perak tidak digunakan lagi.

Oleh yang demikian, ulama’ syarak datang untuk mencegah peredaran harta di kalangan orang – orang yang kaya sahaja dan untuk mewajibkan peredarannya di antara semua manusia. Kemunculan syarak adalah untuk mencegah penyimpanan emas dan perak, meski simpanan itu dikeluarkan zakatnya.

Pandangan Islam Terhadap Ekonomi
 Harta dan usaha manusia adalah kekayaan, tetapi kedua – duanya adalah berbeza manfaatnya. Di samping itu, Islam juga mengharamkan pemanfaatan usaha manusia, seperti menari dan melacur. Islam mengharamkan penjualan harta yang haram dimakan dan yang haram untuk menyewakan serta haram menggunakannya.

 Selain itu, dari segi pemanfaatan harta dan usaha. Islam telah menggariskan hukum – hukum untuk memperoleh harta, seperti hukum – hukum memburu, menghidupkan yang telah mati, hukum sewa – menyewa, warisan hibbah dan wasiat.

Dari segi pemanfaatan harta dan cara untuk memperolehnya, manakala dari segi harta, sebagaimana wujudnya dan dari segi produksinya, maka Islam tidak campur tangan sama sekali. Harta itu terdapat dalam kehidupan secara alami dan diciptakan oleh Allah swt. untuk keperluan manusia.

Allah Ta’ala berfirman:  “Dialah Allah, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu. ” (Al-Baqarah (2) : 29) 

Dan firman-Nya:  “Dan Dia menundukkan untukmu apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi semuanya sebagai satu rahmat daripada-Nya, ” (Al-Jatsiyah (45) : 13)  

“Dan Kami ciptakan besi padanya terdapat kekuatan yang hebat dan pelbagai manfaat kepada manusia. ” (Al-Hadid (57) : (25) 

Dalam ayat di atas dan yang serupa dengannya, Allah telah menjelaskan bahawa Dia telah menciptakan harta dan usaha manusia, dan Dia tidak menuntut hal lain yang berhubung dengannya. Ini jelas menunjukkan bahawa Allah tidak mencampuri hal harta dan usaha manusia. Akan tetapi, jelas bahawa yang sedemikian itu diciptakan Allah agar bermanfaat oleh manusia itu sendiri. 

Allah juga tidak mencampuri tangan dalam hal pengeluaran harta, juga tidak mengeluarkan syarak yang menunjukkan bahawa Islam mencampuri dalam pengeluaran harta. Akan tetapi, sebaliknya syarak menunjukkan bahawa mereka membiarkan manusia menguruskan harta dan memperbaiki usaha manusia.

Hal ini menunjukkan bahawa syarak membiarkan hal – hal pengeluaran harta benda bagi manusia agar mereka menghasilkannya sama dengan pengalaman dan pengetahuan mereka.

Hal yang demikian, jelas menunjukkan Islam memerhati sistem ekonomi, bukannya ilmu ekonomi, memberikan ketentuan tentang cara memanfaatkan harta dan menjadikan cara memperoleh harta sebagai yang utama. Ia tidak memcampuri masalh pengeluaran harta dan manfaat sama sekali.

Sistem Ekonomi Dalam Islam
Sistem ekonomi dalam Islam berdasarkan perkara – perkara berikut:

1. Pemilikan sesuatu bagi manusia. Perkara ini adalah yang utama kerana manusia mempunyai hak untuk memilikinya dari Allah. Pemilikan individu adalah atas izin pembuat syarak.
2. Pemilikan umum wujud dalam segala benda yang diperlukan oleh orang atau ianya penting bagi kehidupan umum.
3. Pemilikan individu adalah mengikut ketetapan syarak yang tertentu terhadap barang atau manfaat yang menentukan kesenangan seseorang yang melindungi untuk memanfaatkan barang atau mengambil imbuhannya.
4. Negara tidak boleh mengizinkan individu memiliki apa – apa yang milik persendirian seperti sumber minyak, tempat ternakan, tempat umum, pantai, selat, sungai dan sebagainya.
5. Dilarang menyimpan harta kekayaan, walaupun zakatnya dikeluarkan dan negara wajib mengusahakan pengagihan harta benda di antara semua orang dan menghalang pengagihan harta kepada golongan yang tertentu.
6. Pemilikan individu terhadap harta diatasi dengan sebab – sebab syarak yang lima, iaitu:
a. Kerja: Dari pemerhatian terhadap sumber – sumber harta, baik dari segi alami, seperti pokok – pokok, batu karang, mutiara, kekayaan di dasar lautan dan sebagainya atau yang pembuatan manusia seperti roti, kereta api, pakaian dan sebagainya. Maka, untuk memperolehnya, kita perlulah kerja. Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang boleh kita lakukan seperti:
1) berburu
2) mudharabah
3) musaqah
4) bekerja dengan orang lainuntuk mendapatkan upah.
b. keperluan akan harta untuk hidup.
c. Negara memberikan kekayaannya untuk memenuhi keperluan mereka.
d. Warisan
e. Hadiah sebahagian individu kepada yang lain, ganti rugi, barang temuan, mas kawin dang anti rugi dari penguasa. Harta yang diperoleh oleh individu dalam lima keadaan inidianggap sebagai pemilikan yang sah.
7. Hak mengguna dan membelanjakan milik individu dibatasi dengan ketentuan – ketentuan syarak yang dilarang sperti sikap boros. Perkembangan harta juga dibatasi dengan ketentuan – ketentuan syarak sehingga melarangkan monopoli, menipu, memalsu, riba, berjudi dan sebagainya.
8. Dilarang membuka bank selain Bank Negara dan tidak dibenarkan untuk mengambil riba. Bank merupakan salah satu jawatan dari baitulmal, memberi pinjaman duit kepada yang memerlukan dan mempermudahkan transaksi harta benda.
9. Pertemuan dan pelaburan, apabila termasuk dengan keperluan orang ramai maka ia menjadi milik umum.
10. Negara menjamin pengadaan pekerjaan bagi setiap orang yang bertanggungjawab. Semua pegawai baik yang bekerja dengan individu, perusahaan mahupun negara, memperoleh semua hak dan kewajipan. Setiap orang yang bekerja untuk memperoleh upah adalah pegawai, meskipun jenis pekerjaanya berbeza. Negara yang menentukan upah bagi semuanya.
11. Negara menjamin nafkah orang yang tidak bekerja, apabila tidak ada orang yang berkewajipan untuk memberikan nafkah kepadanya, mengurus tanggungan orang – orang kurang upaya, dan memenuhi keperluan setiap individu seperti pokok untuk hidup. Negara wajib memenuhi semua pelayanan secara kreatif baik orang kafir mahupun kaya.
12. Negara berusaha untuk mengangkat tingkat kehidupan dan melaksanakan keseimbangan dalam masyarakat dengan cara yang berikut:
a. memberikan harta yang dimilikinya.
b. Apabila tidak cukup, negara mengambil dari harta benda milik rakyat yang diperlukan untuk melangsungkan tujuan ini.
c. Apabila negara mengambil dari harta benda milik rakyat tanah pertanian yang dizakat, maka negara perlu membayarnya kepada pemilik tanah tersebut dan bila negara mengambil tanah “kharaj” maka negara membayar tanah yang didirikan kepada bangunannya.
13. Dilarang mengeksploitasi dan menghasilkan harta benda asing di dalam negara ini dan dilarang memberi hak – hak keistimewaan kepada orang asing.
Penutup
Islam diwahyukan kepada Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada nur. Manusia dilantik menjadi khalifah dan tanggungjawab melaksanakan segala perintah Allah adalah merupakan satu perjanjian yang telah dimeterai diantara manusia dan Allah Subhanahu wa ta’ala. seperti mana dalam firmanNya:

... أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَى شَهِدْنَا...

Maksudnya:... "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi"... [Al-A'raf: 172]

Kesempurnaan iman dan tauhid seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa ta’ala. akan hanya berlaku apabila dia telah meyakini bahawa sesungguhnya Allah itu mencipta, memiliki dan menguasai segala yang ada di alam ini dan Dialah pula yang wajib disembah, ditaati dan diikuti segala arahanNya dalam menjalani urusan hidup samada sebagai individu, ahli masyarakat, institusi ataupun sebuah sistem. Selagi mana penyerahan diri terhadap segala perintah Allah Subhanahu wa ta’ala. belum berlaku, maka selagi itulah kesempurnaan Iman dan Islam seseorang masih lagi belum sampai ketahap seperti yang diarahkan oleh Syara'.

Dalam menjalani kehidupan di dunia sebagai khalifah, manusia telah diutuskan dengan para Rasul untk memandu perjalanan hidup mereka agar bertepatan dengan peraturan dan arahan yang telah ditetapkan Allah Subhanahu wa ta’ala. Panduan ini adalah penting untuk menjawab sebarang kekeliruan yang timbul dalam proses perjalanan hidup manusia.

Takrif yang ringkas tentang undang-undang Islam ini adalah bertujuan untuk memberi satu gambaran secara umum tentang kesempurnaan sistem yang datang dari Allah itu. Tugas kita hari ni adalah untuk meletakkan keyakinan sepenuhnya terhadap Syariah yang mampu menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi manusia.

Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-400-6206, 011-1070-4212
http://abdazizharjin.blogspot.com