Perbandingan agama

NAMA    : 
SITI NURINSYIRAH BT ZULKARNAIN

STUDENT I. D   : 
2011506683

KURSUS     : 
PENGAJIAN PERNIAGAAN (BM111)

PENSYARAH  : 
USTAZ ABDUL AZIZ HARJIN
AL-FATIHAH.

“ Segala puji bagi Allah s. w. t tuhan semsta alam. Maha pemurah lagi maha penyayang. Yang menguasai hari pembalasan. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya Engkaulah yang kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Penghargaan.
Dengan lafaz Alhamdulillah saya mengucapkan segala puji dan syukur kepada ilahi kerana dengan izin dan rahmatNya, tugasan ini dapat disempurnakan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang telah membantu saya melaksanakan tugasan saya ini secara langsung atau tidak langsung. Jutaan terima kasih kepada tenaga pengajar Ustaz Abdul Aziz Harjin di atas bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada saya. Beliau juga telah banyak mendorong saya dalam proses menyiapkan projek saya ini Tidak lupa juga kepada kedua orang tua saya yang telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini dalam keta'atan kepada Allah S.W.T. Seterusnya buat teman-teman seperjuangan yang sedia membantu dan dorongan disamping idea-idea yang bernas pada masa saya ketandusan idea.
Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan dalam tugasan saya ini., segala kekurangan harap dimaafkan. . sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan saya sendiri.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.

Perbandingan Agama
Perbandingan agama adalah ilmu yang harus ada dalam setiap insan bagi mengenali ajaran mana yang betul dan salah. Ianya sangat penting untuk setiap generasi pelajari bagi menegakkan dan mempertahankan kesucian agama Islam daripada dicemari oleh unsur-unsur yang akan merosakkannya.
Malah, ilmu agama juga haruslah di dalami oleh setiap pelusuk masyarakat terutamanya golongan pelajar atau pengajar seperti guru-guru dan pensyarah bagi membantu membentuk aqidah generasi muda yang masih mempelajari selok-belok lumrah kehidupan kerana aqidah merupakan sendi-sendi tegaknya agama Islam. Pentingnya ilmu perbandingan agama ini telah lama disedari oleh masyarakat sejak dahulu lagi. Dan telah di sebarkan oleh golongan pendakwah daripada organisasi-organisasi Islam samada kerajaan atau bukan kerajaan. Di institusi-institusi pengajian juga sudah mula menitik beratkan tentang ilmu perbandingan agama.
Agama Islam haruslah di jaga, lebih-lebih lagi dengan kekuatan pergerakan musuh islam yang semakin berleluasa. Sebagai contoh, sejak zaman Rasulullah s. a. w lagi, gerakan yahudi zionis yang kini menguasai dunia cuba mengubah sejarah Islam dengan sedikit sebanyak memaksa kita secara halus mempelajari atau mempraktikkan sejarah dan amalan Yahudi.
Oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam haruslah memperjuangkan kesucian dan kemurnian agama islam yang hakiki dan pandai membezakan antara agama yang palsu dan benar.
Agama dan Manusia.

Fitrah Agama Kepada Manusia.
Setiap manusia yang lahir di muka bumi ini mempunyai kecenderungan untuk beragama, iaitu mengabdikan diri kepada pencipta atau sesuatu yang Maha Besar. Keinginan untuk beragama ini adalah Fitrah kejadian seorang manusia yang diciptakan oleh Allah SWT di dalam diri kita.
Hidup didunia ini penuh dengan kesulitan, bahaya, cabaran dan pancaroba yang tidak diingini. Contohnya, musibah hidup seperti bencana alam, penyakit, hujan, panas dan lain-lain yang membuat kita sedar bahawa terdapat sesuatu yang lebih besar dan dasyat daripada apa yang sedang dan telah terjadi dan yang telah menciptakan semua kejadian di dunia ini. Hal yang demikian membawa kita kembali kepada pencipta kita yang Maha Agung, Allah SWT.

Tentang Atheism
Atheism adalah manusia yang tidak cenderung untuk beragama. Hasrat ini lansung tidak timbul dlm diri mereka kerana mereka berpegang pada pendirian mereka bahawa semua yang ada dunia ini terjadi dengan sendirinya dan tiada tuhan atau sesuatu yang lebih besar.
Pendirian yang sebegini disebabkan sifat mereka yang kurang peka dengan kejadian-kejadian alam di dunia ini. Sedang mereka leka hidup dalam ketidaksedaran, apabila mereka ditimpa musibah mulalah mereka meraba-raba dalam kegelapan mencari pertunjuk.
Kewujudan Ibadat dan Pemujaan.
Pelbagai corak ibadat yang di amalkan oleh manusia segenap pelusuk dunia bagi menghambakan diri kepada apa yang dianggap berkuasa. Bermacam jenis pengabdian yang dialakukan bagi memohon rahmat dan limpah kurnianya. Ada yang membayangkan rupa Tuhan lalu mencipta berhala dan patung-patung untuk disembah dan ada yang tidak membayangkan rupa tuhan kerana ia bukannya alam dan tiada satu pun yang sama dengannya seperti yang ada dalam agama Islam yang suci.
Bukti-bukti ragam manusia yang berlainan agama menyembah tuhan masing-masing boleh dilihat dengan kewujudan bermacam-macam jenis rumah ibadat di seluruh pelusuk dunia. Antara rumah-rumah ibadat yang dapat dilihat adalah masjid bagi umat Islam beribadah, gereja yang menjulang tinggi, kuil, candi dan bemcam-macam lagi bagi menyembah tuhan.
Agama Samawi dan Agama Thabii.
Jika dilihat dari asalnya, agama di dunia ini terbahagi kepada dua, iaitu agama samawi dan agama thabii.
Agama Samawi adalah agama yang turun dari langit dan berasaskan wahyu yang diwahyukan oleh Tuhan kepada nabi-nabi dan rasulnya bagi membimbing umat-umat di dunia ini agar tidak sesat. Ianya merupakan agama yang tertua kerana telah diturunkan dari zaman Nabi Adam a. s lagi. Agama dari langit ini juga diturunkan kitab-kitab suci bagi menjadi pembimbing dan rujukan manusia.
Agama Thabii pula adalah agama yang timbul daripada angan-angan dan rekaan manusia semata-mata. Agama ini hanyalah tabiat beragama yang mendorong manusia menyembah sesuatu yang dianggap berkuasa seperti alam, matahari, benda-benda berhala dan dewa. Ianya bukan berasal dari wahyu Allah SWT dan dianggap musyrik.
Antara agama samawi yang masih wujud sekarang ialah:
1.  Agama Islam
2.  Agama Yahudi
3.  Agama Nasrani (Kristian)
Walaubagaimanapun, antara ketiga-tiga agama tersebut, agama yang masih teguh berpegang kepada kosep Tauhid kepada Allah SWT dan kitabnya masih asli dan terpelihara hanyalah agama Islam dan kitabnya Al-Quran.
Agama Yahudi dan Nasrani (kristian) telah dipesong dan ditokok tambah keaslian dan kitabnya. Yang paling jelas kepesongannya adalah agama nasrani (kristian), dasar mentauhidkan Allah SWT yang diajar oleh Nabi Isa a. s sudah hilang sama sekali dan kitab yang diturunkan iaitu kitab injil sudah dipesongkan dan tidak lagi asli.
Agama Majusi.
Agama Majusi lahir di negeri Persia pada zaman dahulu kala dan dianuti oleh bangsa Persia yang kebanyakannya bangsa Arya Persia. Agama Majusi mempercayai bahawa tuhan ada dua iaitu tuhan cahaya dan tuhan kegelapan. Tuhan cahaya yang juga merupakan tuhan kebaikan bernama Ahuramazda manakala tuhan kegelapan iaitu tuhan kejahatan bernama Ahriman. Kepercayaan ini lahir melalui angan-angan dan pemerhatian mereka dimana didunia ini setiap perkara ada buruk dan baik, senang dan susah, sihat dan sakit, suka dan duka, mati dan hidup serta lain-lain. Agama Majusi mempunyai beberapa aliran, antaranya ialah:
1.  Aliran Zoroaster (Zaradusyta)
Aliran ini percaya pada dua tuhan iaitu tuhan kebaikan(Ahuramazda) dan kejahatan(Ahriman). Mereka percaya bahawa di akhirat kelak tuhan kebaikan akan mengalahkan tuhan kejahatan. Oleh itu mereka haruslah beramal baik bagi membantu tuhan kebaikan dan mengelak daripada terkena hasutan tuhan kejahatan. Mereka juga percaya akan wujudnya hari akhirat iaitu dunia selepas mati. Keadaan manusia di akhirat bergantung kepada amal perbuatan mereka. Dinyatakan bahawa selepas sahaja mereka mati, rohnya akan samada menikmati kebahagiaan atau kecelakaan bergantung pada amal perbuatan mereka. Zoroaster juga mengajar manusia agar dengan wajar seperti berkahwin bagi memelihara keturunan, berakhlak mulia, berkata baik, berfikir baik, menjaga harta, haiwan dan alam semula jadi tetapi tidak digalakkan berpuasa. Dengan menegakkan kehidupan yang sihat mereka dapat menentang tuhan kejahatan iaitu Ahriman. Selain itu, mereka percaya bahwa air, api, udara dan tanah adalah empat unsur yang suci daripada tuhan mereka. Kesucian api dianggap lambang tuhan mereka, mereka tidak boleh membuang najis ke dalam air yang mengalir, menanam mayat di dalam tanah. Oleh sebab itu segala mayat manusia yang telah mati tidak akan dibakar atau ditanam dan juga tidak boleh diletakkan di lapangan terbuka, lalu mereka membina menara yang tidak beratap yang diberi nama Gedung Kesunyian dan diletakkan mayat-mayat yang telah mati yang kemudiannya akan dijamah oleh haiwan seperti burung rajawali, hering, gagak dan haiwan lain. Zoroaster mempunyai kitab suci yang bernama Avesta. Aliran ini mendapat sambutan baik di Persia kira tahun 336-330 sebelum masihi dan dimusnahkan oleh Iskandar Zulkarnain pada 330 sebelum masihi.
2.  Aliran Manu
Agama Majusi aliran manu dilahirkan oleh seorang yang bernama Mani kira-kira tahun 206 masihi di Persia kebanyakannya, Asia dan Eropah. Ianya merupakan gabungan agama Zoroaster dan Nasrani. Mani mendakwa dirinya adalah nabi yang diutuskan oleh tuhan sebagaimana tuhan mengutus Nabi Isa a. s. Manu berpendapat bahawa percampuran baik dan buruk adalah diharamkan sama sekali kerana dengan adanya kebaikan dan keburukan akan menimbulkan kejahatan. Oleh sebab itu, manusia haruslah melepaskan diri dari percampuran itu. Ajaran ini melarang penganutnya daripada berkahwin, kerana perkembangan keturunan akan mengembangkan lagi dunia ini secara tidak lansung menambah kebaikan dan keburukan. Penganutnya juga dilarang mendekati kesenangan hidup duniawi (hidup zuhud) dan dilarang menyembelih dan memakan daging. Ibadat yang dilakukan adalah sembahyang dan berpuasa. Sebelum sembahyang, mereka disuruh mengusap seluruh anggota badan dengan air dan menghadap matahari, setiap sembahyang mereka mempunyai dua belas kali sujud dan mereka akan berpuasa tujuh hari dalam setiap bulan. Ajaran Manu mendapat kemajuan di zaman Maharaja Hurmuz dari Dinasti Sasania tetapi setelah maharaja mangkat, agama ini dihapuskan oleh puteranya Bahram kerana dia berpendapat bahawa ajaran ini merugikan masyarakat dan negara. Beliau lebih menyukai ajaran Zoroaster daripada manu.
3.  Aliran Mazdak
Aliran Mazdak juga percaya bahawa tuhan mempunyai dua iaitu tuhan kabaikan dan kejahatan. Mazdak mengajar pengikutnya bahawa setiap manusia lahir dengan keadaan yang sama, maka mereka hendaklah hidup dalam persamaan. Menurut Mazdak, perselisihan faham dan perperangan antara manusia hanya disebabkan oleh dua perkara iaitu harta dan wanita. Mereka mengatakan bahawa tuhan sudah menjadikan rezeki untuk semua manusia oleh itu mereka haruslah berkongsi. Pengikut aliran ini terdiri daripada golongan yang tidak berharta kerana mereka inginkan kesenangan harta dan wanita dengan cara yang mudah dan tidak bersusah payah. Manakala orang-orang yang berharta bersungguh-sungguh menentang kerana ingin mempertahankan harta dan kehormatan ibu-ibu dan kaum wanita.

Agama Syabiah.

Syabiah bererti membelok atau melepaskan diri daripada sesuatu ikatan atau ajaran. Agama syabiah percaya kepada kekuasaan roh. Mereka percaya bahawa roh merupakan makhluk tertinggi yang suci sifatnya, mereka tidak dapat dilihat oleh pancaindera dan tidak dapat disentuh oleh manusia. Orang-orang syabiah percaya bahawa alam ini diciptakan oleh tuhan yang maha besar, suci, bijaksana dan lain-lain. Akan tetapi manusia tidak dapat beribadat kepada tuhan secara lansung dan memerlukan perantaraan roh yang suci untuk mendekatkan diri kepada tuhan. Oleh kerana itu, mereka harus menyucikan diri dan jiwa daripada segala kekotoran agar roh-roh tersebut akan suka menolong mereka di hadapan tuhan. Antara ajaran dan ibadat yang diajar agama syabiah adalah : menahan nafsu, berdoa, mendirikan sembahyang, bersedekah, berpuasa, menutup aurat, membersihkan badan dengan memakai wangi-wangian atau kemenyan dan yang paling penting adalah memakai azimat yang sangat tidak diajar oleh nabi-nabi dan rasul pesuruh Allah SWT. Penganut-penganut syabiah tidak percaya akan nabi-nabi dan ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi yang diutuskan oleh Allah SWT kerana mereka berpendapat bahawa nabi itu sama sahaja seperti manusia biasa dan tidak layak untuk ditaati.

Agama Yahudi
Yahudi sebenarnya bukan nama sesuatu agama tetapi ianya adalah nama suatu bangsa yang kini juga dikenali sebagai Israel. Hanya agama yang mereka anut disebutkan dengan nama bangsa mereka, Yahudi.
Asal-usul Bangsa Yahudi
Asal usul bangsa yahudi membawa kita kembali ke zaman Nabi Ibrahim a. s yang dilahirkan di kota Ur dari keturunan Kaldan dalam daerah jajahan kerajaan Babilon. Nabi Ibrahim a. s diturunkan dalam kalangan bangsa Kaldan disebabkan kepercayaan, akhlak, pegangan dan gaya hidup mereka yang telah jauh tersesat. Mereka memuja-muja berhala dan dewa-dewa, malah raja mereka juga dianggap sebagai wakil dari tuhan yang berkuasa di dunia. Oleh kerana ajaran Islam membawa mereka kembali ke jalan yang lurus, ajaran Nabi Ibrahim tidak diterima sama sekali oleh golongan yang berkuasa lebih-lebih lagi Raja Namruz yang berkuasa ketika itu. Ajaran Nabi Ibrahim lama-kelamaan semakin jelas kebenarannya yang menonjolkan kelemahan Raja Namruz. Lalu beliau mengambil tindakan menjatuhkan hukuman bakar ke atas Nabi Ibrahim a. s. Tetapi Nabi Ibrahim a. s diselamatkan oleh Allah SWT dimana api yang Nabi Ibrahim a. s dibakar menjadi sejuk dan melindungi baginda. Allah SWT berfirman : (surah Al-Anbiya’ ayat 69)

69. Kami berfirman: "Hai api, Jadilah Engkau sejuk serta Selamat sejahtera kepada Ibrahim! ".

Para pengikut Nabi Ibrahim a. s diburu dan dikejar oleh bangsa Kaldan dan akhirnya mereka terpaksa berhijrah keluar daripada daerah Babilon. Pengikut-pengikut dan keturunan Nabi Ibrahim dinamakan bangsa Ibrani yang bermaksud (pindah) bangsa yang berpindah. Setelah wafat, puteranya Ishak meneruskan membimbing kaumnya dan setelah kewafatannya, puteranya Yaakub menyambung tugas sebagai pemimpin. Kaum Nabi Yaakub kemudian berhijrah ke Mesir atas jemputan Nabi Yusof. Kaum mereka berkembang dan diberi nama bangsa yahudi bersempana nama anak nabi Yaakub, Yahada, yang berketurunan paling besar. Pada mulanya keturunan bani Israel disambut baik oleh firaun di zaman itu, lama kelamaan setelah dinasti berubah firaun yang paling zalim (Thotmosis) menaiki tahta. Firaun tidak boleh menerima perkembangan pesat kaum bani Israel di bumi Mesir dan beliau sangat bencikan agama yang dianuti kaum bani Israel kerana agama yang dianuti firaun adalah agama yang menyembah dewa-dewa dan berhala, malah firaun juga dianggap sebagai tuhan. Kaum bani Israel dari yang kecil hingga tua diseksa dan didera dengan dipaksa menjadi buruh bagi membina pyramid. Ramai kaum bani Israel yang terkorban.
Semasa zaman kegemilangan firaun, sudah ramai kaum bani Israel yang hidup menderita. Pada suatu hari firaun mendapat sebuah mimpi yang ada seseorang yang berketurunan bani Israel yang akan bangkit menentang dia. Lalu firaun mengumpulkan semua tukang tilik untuk mentafsir mimpi yang dialami, mereka berkata yang akan lahir seorang berketurunan bani Israel yang akan menggulingkan dia. Oleh sebab itu firaun mengambil keputusan membunuh semua bayi lelaki yang baru lahir pada masa itu. Ketika itu Nabi Musa baru sahaja dilahirkan, ibu Musa yang sedang cemas berdoa meminta kepada pertolongan daripada Allah SWT. Lalu selepas mendapat ilham ibu Musa membuat sebuah peti dan diletakkan Musa kedalam peti itu dan dihanyutkan di pinggir sungai Nil. Musa dijumpai oleh permaisuri firaun yang paling disayangi firaun. Dia merayu-rayu untuk menjaga Musa dan akhirnya diterima oleh firaun. Sedang firaun sibut mencari putra bani Israel yang akan menjatuhkan dia, Allah SWT telah menempatkan orang yang dicari-carinya itu di dalam istananya sendiri. Setelah Nabi Musa a. s berusia lebih kurang 30 tahun beliau melarikan diri dari firaun disebabkan suatu kejadian. Baginda menjadi tetamu Nabi Syu’ib a. s dan dinikahkan dengan puterinya. Selepas beberapa tahun menetap di negeri Madyan, dalam perjalanan ke Mesir baginda dan isterinya berhenti di lereng Bukit Thursina di waktu malam. Baginda pergi meninggalkan isterinya untuk mencari api di bukit itu. Di situlah baginda menerima wahyu yang pertama. Nabi Musa a. s mendapat mukjizat daripada Allah SWT dimana tongkatnya menjadi sakti dan tapak tangannya bercahaya putih. Baginda diperintahkan untuk pulang ke Mesir dan pergi kepada firaun dan bangsanya untuk menyampaikan ajaran, pertunjuk dan peringatan kepada mereka. Firaun yang zalim, sombong lagi sesat itu enggan menerima ajaran daripada Nabi Musa a. s, baginda berjuang selama 40 tahun bagi menegakkan agama yang benar. Ramai pengikut-pengikut Nabi Musa a. s diseksa secara berterusan dan ketika mereka hampir berputus asa, Nabi Musa a. s berkata kepada mereka ‘ Jika kamu benar-benar beriman kepada Allah SWT, hendaklah kamu tawakkal dan berserah diri kepadaNya ‘. Allah SWT memerintahkan agar Nabi Musa a. s membina sebuah rumah ibadat agar umatnya dapat berdoa dan beribadat kepada tuhan. Dan disaat yang getir dan susah Nabi Musa a. s berdoa : (Ayat :Yunus 88)

88. dan Nabi Musa pula (merayu dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau telah memberikan kepada Firaun dan ketua-ketua kaumnya barang-barang perhiasan dan harta benda Yang mewah Dalam kehidupan dunia ini. Wahai Tuhan kami! (kemewahan Yang Engkau berikan kepada mereka) akibatnya menyesatkan mereka dari jalanMu (dengan sebab kekufuran mereka). Wahai Tuhan kami! Binasakanlah harta benda mereka dan meteraikanlah hati mereka (sehingga menjadi keras membatu), maka Dengan itu mereka tidak akan dapat beriman sehingga mereka melihat azab Yang tidak terperi sakitnya.

Selepas berkali-kali meminta untuk mengeluarkan kaum Bani Israel daripada Mesir firaun akhirnya firaun membenarkan mereka untuk keluar daripada bumi Mesir. Setelah siap persiapan untuk berhijrah, Nabi Musa a. s dan ummatnya pada waktu malam. Setelah Bani Israel pergi firaun berasa menyesal kerana beliau akan kekurangan tenaga buruh dan hamba lalu mengarahkan bala tenteranya mengejar kaum Bani Israel, firaun turut menyusul untuk mengejar mereka. Setelah tiba kaum Bani Israel di pinggir laut Merah, mereka mula menyedari bahawa mereka sedang dikejar oleh bala tentera firaun. Dalam keadaan yang terdesak Allah SWT memerintah Nabi Musa a. s agar memukulkan tongkatnya ke atas permukaan air laut Merah maka terbelahlah permukaan laut itu membentuk satu jalan untuk ummat Nabi Musa a. s melintasi. Firaun dan bala tenteranya turut menyusuli untuk melalui jalan yang diambil oleh mereka tetapi setelah tiba di tengah-tengah laut, Allah SWT mengembalikan laut itu ke bentuk asalnya. Maka terkuburlah firaun dan bala tenteranya yang kufur kepada Allah SWT. Dalam perjalan mereka, kaum Bani Israel mula mengeluh kenapalah mereka keluar daripada negeri Mesir yang maju dan kaya dan berpanas terik, mereka lupa akan penderitaan yang dialami. Lalu Nabi Musa a. s meminta pertolongan daripada Allah SWT dan dikurniakan awan aneh yang melindungi mereka daripada panas terik matahari.
(Al-Baqarah ayat:57)
57. dan Kami telah menaungi kamu Dengan awan (dari panas matahari di padang pasir) dan Kami turunkan kepada kamu "Mann" dan "Salwa", (serta Kami berfirman): "Makanlah dari makanan-makanan Yang baik Yang Kami telah kurniakan kepada kamu". dan tidaklah mereka menganiaya Kami (sebab mereka kufurkan nikmat itu), tetapi sebenarnya mereka adalah menganiaya diri sendiri.

Dan sekali lagi semasa dalam perjalanan mereka di Gurun Sin, gurun Sahara yang tandus mereka sekali lagi bersungut akan kehausan dan lain-lain maka berdoalah Nabi Musa a. s kepada Allah SWT meminta pertolongan. Setelah diperintahkan Nabi Musa memukul batu gunung tersebut dengan tongkatnya maka terpancutlah beberapa mata air untuk kaum-kaum Bani Israel itu minum
(Al-Baqarah ayat:60)
60. dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukulah batu itu Dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), folalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air; Sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Kaum nabi Nabi Musa a. s berakhir apabila kaum Bani Israel melakukan kemungkaran dengan memuja anak patung sapi dan berhala semasa ketiadaan baginda. Yang membuatkan baginda murka dengan ummatnya. Disitulah berakhirnya perjuangan Nabi Musa a. s membebaskan kaum bani israel daripada genggaman firaun dan membawa kepada ajaran yang benar.
Ajaran-ajaran agama Israel:
Kitab Taurat adalah kitab yang menadi pedoman dan pegangan bangsa Israel, dan isinya juga ada yang telah diubah dan ditokok tambah. Kitab Taurat yang ada sekarang sudah tidak asli lagi.
Antara ringkasan ajaran agama israeel :
•  Janganlah kamu menyembah tuhan selain Allah SWT
•  Janganlah kamu menyembah berhala
•  Jangan mempermainkan sebutan nama Allah SWT
•  Hari Sabtu adalah hari yang mulia
•  Menghormati ibu dan bapa
•  Jangan membunuh
•  Jangan berzina
•  Jangan mencuri
•  Jangan mengambil hak orang lain seperti isteri dan harta

Sembahyang dan Doa : Solat hanya tiga kali sehari dan mereka berdoa sambil berdiri menadah tangan ke langit.
Puasa : Diwajibkan berpuasa pada hari kesepuluh pada setiap bulan yang ketujuh dan ketika ditimpa musibah.
Korban : Korban terdapat beberapa jenis iaitu korban dosa dan korban keselamatan.

Agama Kristian (Nasrani)
Agama Kritian adalah salah satu agama yang tersebar luas di dunia ini lebih-lebih lagi di negeri Barat. Ajaran dari agama Kristian adalah ajaran yang asalnya dibawa oleh Nabi Isa a. a tetapi telah diubah secara menyeluruh dan lansung tidak asli.
Nabi Isa a. s dilahirkan dalam keturunan bangsa yahudi oleh seorang wanita yang suci bernama Mariam dalam keadaan yang amat luar biasa. Dengan kekuasaan Allah SWT Mariam mengandungkan Nabi Isa a. s tanpa mempunyai seorang bapa. Baginda diturunkan ditengah-tengah bangsa Israel untuk membimbing mereka yang telah jauh tersesat dan rosak akhlaknya. Sejak zaman Nabi Musa a. s lagi, bangsa bani Israel merupakan bangsa yang tidak bersyukur dan lupa diri. Mereka tidak mengingati dan menyembah Allah SWT setelah segala pertolongan yang diberi tetapi telah berlaku musyrik dan bermegah-megah dan bangga kerana berasa diri mereka istimewa kerana mendapat pertolongan Allah SWT pada zaman Nabi Musa a. s. Dan datanglah Nabi Isa a. s yang membawa ajaran yang benar, baginda ditentang dengan keras kerana ajaran baginda yang bertentangan dengan kehendak hawa nafsu. Pada asalnya, agama kristian adalah agama samawi yang yang suci, tetapi kaum Nasrani ini telah mengubahnya menjadi agama yang muysrik, bahkan kitab suci Injil digubah sesuka hati.
Orang Nasrani berpendapat bahawa dalam dunia ini terdapat tiga tuhan, Allah SWT, Nabi Isa a. s dan Ruhul kudus serta berpegang kepada konsep ‘Trinity’. Mereka menganggap Nabi Isa a. s adalah anak tuhan yang disunting ke dalam badan wanita suci lalu berupa seorang manusia kerana ber-ibukan manusia, Mariam. Ajaran-ajaran asal didalam kitab taurat turut digubah dan sudah tidak lagi diamalkan, sedangkan Nabi Isa a. s sendiri berkata bahawa Injil adalah sambungan bagi melengkapkan Taurat bukanlah membatalkan ajarannya. Risalah-risalah yang ditulis oleh penyeleweng agama nasrina turut dijadikan kitab dan mereka dianggap sebagai rasul oleh penganut agama kristian. Mereka telah menyelewengkan kitab injil sebagai contoh :
Nabi Isa a. s berkata bahawa ajaran kitab injil tidak akan memansuhkan ajaran dan hukum-hakam kitab taurat bahkan mengukuhkannya lagi. Akan tetapi ajaran kitab taurat dan injil dipesongsan sama sekali. Ajaran kitab taurat :
-  Tuhan yang maha Esa adalah Allah SWT, tidak boleh menyekutukan dengan yang lain.
-  Hari yang mulia adalah hari Sabtu.
-  Berkhatan adalah wajib.
Ajaran-ajaran tersebut telah dimansuhkan dengan menganggap bahawa tuhan ada tiga (konsep trinity). Bukan itu sahaja, hari yang mulia ditukarkan kepada hari ahad (hujung minggu) dan diwajibkan ke gereja, berkhatan sudah tidak lagi dipraktikkan oleh mereka.
Pegangan dan ajaran yang menjadi dasar agama Kristian yang terpesong :
-  Agama Kristian adalah untuk semua orang.
-  Tuhan itu ada tiga (trinity) : Allah SWT, Nabi Isa a. s, dan Ruhul Kudus.
-  Nabi Isa a. s lahir sebagai anak tuhan dalam bentuk manusia untuk dikorbankan (disalib) bagi menebus dosa-dosa manusia
-  Nabi Isa a. s telah dibangkitkan dari kuburnya bagi menyandang jawatan ayahnya (tuhan) untuk memerintah manusia kerana Nabi Isa dilahirkan dalam bentuk manusia, oleh itu baginda lebih mengenali manusia.

Upacara-upacara agama Kristian :
-  Bayi yang baru lahir akan dibaptiskan agar terhapus dosa-dosa waris mereka supaya mereka dapat melakukan yang terbaik didunia ini.
-  Santapan makan malam ketuhanan akan diadakan. Makanannya terdiri daripada arak anggur dan roti kering dimana arak itu dianggap akan menjadi darah Jesus(Nabi Isa a. s) dan roti kering itu sebagai tulang dagingnya.
-  Pengakuan kesalahan hendaklah dilakukan bagi menghapus dosa.
-  Paderi akan menyapukan minyak pada bahagian-bahagian tertentu apabila seseorang itu meninggal dunia.
-  Paderi akan mengahwinkan (nikah) pasangan pengantin.
-  Pemakaian lambang salib dianggap suci, sebagai bukti kesanggupan mereka berani mati disalib menegakkan keadilan.

Pandangan Islam terhadap agama kristian :
Islam mengakui akan kebenaran Nabi Isa a. s dan ajaran-ajarannya kerana agama Nasrani yang asli tetap bersesuaian dengan agam Islam. Islam mengajarkan kita konsep tauhid dan yakin bahawa Allah itu Maha Esa dan ajaran yang diajar oleh Nabi Isa a. s turut menegaskan bahawa Allah SWT itu Maha Esa, begitu juga dengan nabi-nabi sebelumnya yang mengajar ajaran yang sama. Allah SWT maha besar, dan Nabi Isa a. s itu persuruh Allah SWT kepada kaumnya bani Israel.
Firman Allah SWT dalam Al-Quran (Surah Al-Maidah ayat 72-75)
72. Demi sesungguhnya! telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, bahawasanya sesiapa Yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu Yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang Penolong pun bagi orang-orang Yang berlaku zalim".
73. Demi Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang Yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan Yang Maha Esa. dan jika mereka tidak berhenti dari apa Yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang Yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.
74. oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (Sesudah mereka mendengar keterangan-keterangan tentang kepercayaan mereka Yang salah dan balasan seksanya)? padahal Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
75. tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul Yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan Yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). lihatlah Bagaimana Kami jelaskan kepada mereka (Ahli Kitab itu) keterangan-keterangan (yang tegas Yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah Bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran Yang jelas nyata itu).

Kaum muslimin juga yakin bahawa Nabi Isa a. s telah pun menceritakan tentang kedatangan nabi yang terakhir iaitu Rasulullah kita Nabi Muhammad SAW selepas baginda. Seperti yang telah diceritakan di dalam Al-Quran : (Surah Ash Syaf ayat:6 )
6. dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa Ibni Maryam berkata: "Wahai Bani Israil, Sesungguhnya Aku ini pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab Yang diturunkan sebelumku, Iaitu Kitab Taurat, dan memberikan berita gembira Dengan kedatangan seorang Rasul Yang akan datang kemudian daripadaku - bernama: Ahmad". maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan Yang jelas nyata, mereka berkata: "Ini ialah sihir Yang jelas nyata!"
Kesimpulan
Setelah kita lihat antara beberapa agama yang dibentangkan, kesemuanya amat berbeza dengan apa yang diajarkan dalam agama Islam. Selain itu, ada juga agama yang asalnya adalah agama Samawi yang benar tetapi telah dipesongkan dan menjadi agama yang musyrik, kitab-kitab suci agama tersebut juga telah digubah dan tidak boleh digunakan sebagai rujukan lagi kerana penuh dengan unsur tokok tambah. Jika dibandingkan dengan agama islam yang sempurna ajaran Nabi Muhammad SAW ialah kesucian agama islam dan kitabnya Al-Quran terpelihara dari segala unsur negatif. Ajaran-ajaran dan ibadat yang diketengahkan dalam agama islam adalah sangat bersesuaian dengan fitrah manusia, rohani, jasmani dan kehidupan seharian manusia di dunia agar mendapat keredhaan Allah SWT di akhirat kelak. Terdapat banyak bukti-bukti yang membuktikan kesahihan ajaran agama islam, dan buktinya dapat dirujuk dalam Al-Quran di mana penceritaan sesuatu yang telah berlaku sudah diceritakan terlebih dahulu didalam Al-Quran. Ini membuktikan Islam adalah agama yang benar dan Al-Quran yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW adalah kalam Allah SWT yang Maha Esa. Oleh sebab itu, sebagai umat islam, kita perlulah berilmu dan mendalami ilmu yang terdapat di dunia ini lebih-lebih lagi ilmu agama islam agar kita dapat memelihara kesucian agama islam dan tidak diperdaya oleh agama-agama sesat.

------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com