Asas Asas Islam

Nama Pensyarah : 
Ustaz Abd. Aziz Harjin

Nama pelajar: 
Amira Binti Halim

Pengenalan.
Islam adalah satu-satunya agama Allah yang diturunkan kepada manusia, sejak dari zaman Adam a.s. hinggalah kepada zaman Muhammad s.a.w. Penganut agama Islam kini dan di hari-hari yang akan datang, adalah penerusan hidup beragama yang tidak putus-putus hinggalah ke akhir zaman. Islam adalah suatu sistem hidup yang lengkap sempurna, yang diciptakan Allah untuk manusia sejagat. Mengandungi dua bahagian asasi yang tidak berpisah. Aqidah dan Syari'ah adalah asas segala-galanya yang bertitik tolak daripadanya. Tanpa aqidah yang benar amal manusia tidak ada nilai di sisi Allah Swt. Definisi manusia di dalam hidup ini, menurut pernyataan AI-Quran adalah makhluk yang .wujud dan sedang bergerak dalam arus penghidupan; berhempas pulas menuju matlamat terakhirnya, kepada Allah s.w.t. AI-Quran menyebut:-

yang bermaksud
Wahai manusia, sesungguhnya kamu sedang berusaha berhempas pulas, bersungguh. sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya.
.Sesungguhnya kita semua adalah milik Allah (kepunyaan Allah) dan kepada-Nya kita
semua kembali kepada-Nya.Ayat di atas menggariskan dengan jelas matlamat hidup manusia yang terakhir sekali; iaitu dari Allah manusia datang dan kepada-Nya manusia dikembalikan.Sejak dari manusia diwujudkan hinggalah ia mati dan dikembalikan kepada Allah, jalan yang ditempohnya, walaupun berliku-liku, tetapi sebenarnya ia menuju ke suatu matlamat sahaja, iaitu jalan menuju redha Allah s.w.t.Manusia pada mulanya diciptakan rohnya, kemudian jasadnya, lalu dicantumkan keduanya. Selepas percantuman itu roh dan jasad dipisahkan semula. Sampai masanya nanti jasad yang hancur dicantumkan semula dan dipertemukan balik untuk meneruskan hidup yang sebenar .Perjalanan hidup manusia dalam konsep kehidupan yang dijelaskan itu adalah berlaku secara sistematis, mengikut plan yang dikehendaki oleh Allah s.w.t. Manusia dalam arus itu terus berjalan dari satu alam ke suatu alam yang lain secara jalan satu hala, yang tidak boleh berpatah balik.Bagi menjaminkan manusia ini benar-benar menjadi khalifah di bumi, diwahyukan kepada para Rasul Islam yang akan menjadi cara hidup yang lengkap, untuk diikuti oleh manusia. Lima rukun Islam mempunyai 4 konsep falsafah yang amat luas. Selagi mampu menganalisa rukun Islam itu maka selama itu rukun-rukun itu mampu memberikan erti, konsep dan falsafah yang sesuai diketengahkan sebagai panduan.

Bab 1 ; AGAMA ISLAM

Mengapa Agama ini dinamai Agama Islam , Makna perkataan Islam , Hakikat Islam , Hakikat kufur , Kemudharatan kufur dan kesan-kesan buruknya , Faedah-faedah Islam.

MENGAPA AGAMA INI DINAMAI ISLAM.
    Setiap agama mempunyai nama-nama yang khas daripada pelbagai aspek tertentu. Contohnya, Agama Masehi mengambil namanya daripada al-Masih a.s. Agama Budha diambil daripada nama Gautama Budha. Seterusnya, Agama Zarathustra dimasyurkan kerana pembawa panji-panjinya bernama Zarathustra. Selain itu, Agama Yahudi muncul di atas pangkuan suatu kabilah yang dikenali dengsn nama kabilah Yahuda.

    Berbeza dengan agama Islam, nama agama Islam itu menunjukkan sifat yang khas yang dikandung oleh makna perkataan “Islam” itu sendiri, ia bukan khas bagi ummat tertentu tetapi mnunjukkan seluruh bangsa. Islam mempunyai matlamat untunk menghiasi agama islam ini.sesiapa sahaja yang bersifat dengan sifat ini sama ada penduduk zaman dahulu ataupun sekarang, ianya adalah Muslim.

 MAKNA PERKATAAN ISLAM.
    Makna perkataan Islam ialah “tuduk” dan patuh kepada perintahNya dan hindari segala laranganNya tanpa sebarang bantahan.Nama ini adalah ekrana Islam mengajarkan kepatuhan kepada Allah serta tunduk dan ikut segala perintahNya tanpa sebarang bantahan.

 HAKIKAT ISLAM.
     Setiap sesuatu yang ada di alam ini adalah tertakhluk kepada kaedah tertentu dan undang-undang yang khas. Contohnya, matahari, bulan dan bintang menjalani peredarannya mengikut kaedah yang tetap dan tidak menyimpang dari kaedah itu dan tidak terkeluar meskipun sehelai rambut.Bumi beredar disekeliling kutubnya.Pergerakannya tidak berlainan dan tidak bertukar dari semasa ke semasa. Air,udara,cahaya dan panas semuanya berlaku mengikut peraturan yang khas.Manakala, benda-benda yang beku,tumbuh-tumbuhan dan binatang-binatang semuanya mengikut cara yang tetap.Bahkan manusia sendiri apabila kita perhatikan keadaannya nyatalah bahawa ia tunduk kepada ketentuan tabi’i. Ia tidak bernafas dan tidak merasakan adanya air,makanan,cahaya. Kesan undang-undang ini ialah dengan sendirinya hati manusia terpandu dengan gerak-gerinya, dalam peredaran darahnya dan lain-lain.
    Planet terbesar di langit hinggalah kepada butir pasir yang paling kecil di muka bumi ini adalah ciptaan Maha Pemilik, Maha Agung dan Maha Berkuasa. Dari sudut ini, ternyata bahawa Islam adalah agama sejagat semesta, kerana Islam bermakna mengikut dan patuhi segala perintah Maha Esa dan menjauhi segala laranganNya tanpa sebarang bantahan.

HAKIKAT KUFUR.
    Berhadapan dengan golongan ini adalah manusia lain,ianya dilahirkan sebagai muslim,hidup muslim adalah sepanjang hayatnya. KeIslamannya tidak diketahui atau disedarinya tapi tidak menggunakan kekuatan ilmu serta akalnya untuk mengetahui siapa yang telah menciptakannya.Ia mengingkari ujud Tuhan.Ia merasa bongkak untuk memperhambakan dirinya kepda tuhan, enggan beriman kepada ayat-ayat yang menunjukkan keesaan Tuhan.Inilah dia orang kafir. Maka inilah yang dipanggil kufur. Ertinya ialah tutup,dinding dan terlindung.
    Sesungguhnya setiap manusia itu tidak dilahirkanmelainkan dalam fitrah Islam. Setiap anggota tubuhnya tidak bekerja melainkan sesuai dengan fitrah Islam. Dunia disekelilingnya tiada beredar mengikut edarannya melainkan Sunnah Islam, tetapi semua ini rosak oleh hijab kejahilan serta kejahatan yang menutupi sehingga terluputlah dari pandangan fitrah dunia.

KEMUDHARATAN KUFUR DAN KESAN-KESAN BURUKNYA.
    Kufur itu adalah jahil. Ertinya, kejahilan mana yang lebih besar dan lebih hina daripada kejahilan orang yang tidak mengenal Tuhannya? Ia menyaksikan penciptaan alam yang besar ini tetapi tidak mengenal siapa yang menciptakannya dan yang memerintah kepadanya untuk bergerak kehadapan.
    Antara kesan buruknya ialah kegagalan bagi manusia. Ia tidak akan mendapat petunjuk kepada jalan ilmu yang lurus buat selama-lamanya kerana ilmu yang tidak mengenal Tuhannya tidak mungkin mengenal yang lainnya dengan benar.
    Ia akan jadi orang yang tidak tentu hala,ia menempuh kegagalan dalam setiap perkara yg dilakukannya. Akan menjadi biasalah akhlaknya, pergaulannya, kehidupannya, pemerintahannya dan politiknya. Maka jadilah manusia perosak muka bumi,menumpahkan darah dan mempermainkan hak manusia.Hidup mereka akan dipenuhi dengan kezaliman dan kekasaran.

Bab 2; IMAN DAN TAAT.
    Hajat manusia kepada ilmu dan yakin untuk taat, Makna iman, Jalan untuk sampai kepada ilmu dan yakin, Iman kepada yang ghaib.

HAJAT MANUSIA KEPADA ILMU DAN YAKIN UNTUK TAAT.
    Islam itu ialah mentaati Allah dan tinggalkan segala laranganNya. Sesetengah manusia itu tidak mampu mentaati Allah, mengikut suruhanNya dan meninggalkan laranganNya melainkan apabila ia mengetahui beberapa perkara dan pengetahuannya sampai ke peringkat yakin.
    Untuk tujuan ini, yang pertamanya wajib ke atas manusia hendaklah yakin dalam hatinya ada Allah Taala kerana jika ia tiada bagaimana kita boleh mentaatiNya dan mengikut undang-undangNya.
    Selain itu, kita haruslah mengenal sifat-sifat Allah kerana jika tidak mengenal sifaata Allah, bagaimanakah kita boleh menolak daripada menundukkan kepalanya dan menghulurkan tangannya di hadapan kalau bukan kepada Allah?
    Manusia juga wajib mengenal jalan yang lurus untuk menjalani kehidupan di dunia ini, jalan yang bersesuainan dan diredhai oleh Allah SWT. Melakukan sesuatu yang disukai oleh Allah dan menjauhi sesuatu yang dibenci oleh Allah SWT.
    Manusia juga haruslah mempunyai pengetahuan mengenai kesan-kesan perbuatannya jika ia memilih melakukan benda yg berunsurkan maksiat.
    Bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan mengenai kehidupan akhirat, pada pandangan mereka maksiat dan mentaati Allah sama sahaja tiada beza antara keduanya. Mereka tidak dapat membezakan kesan-kesan perbuatan mereka itu. Mereka menyangka bahawa yang taat kepadaNya dan memaksiatiNya serupa sahaja tempat kembali mereka nanti selepas mati.
MAKNA IMAN.
Pengenalan yakin itulah maknanya ‘Iman’. Setiap orang yang mengenal Allah yang Maha Esa, sifat-sifatNya yang hakiki,undang-undangNya dan pembalasanNya kepada hamba-hambaNya pada hari Qiamat berkenaan dengan perbuatan mereka semasa mereka hidup di dunia.
Iman dan Islam manusia boleh dibahagikan kepada empat peringkat iaitu:-
    Mereka yang beriman kepada Allah dimana imannya mendorongnya untuk menjadi orang yang mentaati Allah dan menuruti hokum-hukumNya dengan sempurna.
    Mereka yang beriman kepada allah tetapi imannya tidak menjadikan mereka taat kepada Allah dan tidak mendorong mereka menuruti hokum-hukumNya dengan sempurna.
    Mereka yang tidak beriman kepada Allah, tetapi mereka melakukan perbuatan-perbuatan yang menyerupai perbuatan muslimin.mereka ini pada hakikatnya tidak lain hanyalah pemberontak
    Mereka yang tidak beriman kepada Allah malah mereka juga mengerjakan perbuatan jahat yang berlawanan dengan hukum dan undang-undangNya. Mereka ini adalah sejahat-jahat manusia, pemberontak yang menimbulkan kebinasaan.

JALAN UNTUK SAMPAI KEPDADA ILMU DAN YAKIN.
    Jalan yang menyampaikan mereka kepada ilmu daripada Allah adalah wahyu dan kitab yang memuatkan ilmu ini dinamakan kitab Allah atau Kalam Allah. Maka tiada lagi latihan bagi akal manusia dan kemampuannya,melaikan dari sudut imannya kepada rasul atau keingkarannya setelah memperhatikan kegidupan Rasul yang baik dan petunjuknya yang agung.
    Jika ada yang manusia yang mendustakan kebaikan dan meninggalkan orang yang mengajarkannya, maka ia telah menyempitkan dirinya daripada kebolehan mengenal dan menerima hak dan kebenaran.

IMAN KEPADA YANG GHAIB.
Sesungguhnya jika anda tidak mengenal sesuatu tentu anda akan bertanya kepada orang yang mengetahuinya,kemudian mengamalkannya. Contohnya, apabila kita mempercayai peguamcara, kita pasti akan mematuhi dia dalam perkara undang-undang begitu juga dengan guru, jika kita mempercayainya maka kita akan benarkan setiap yang diterangkan olehnya kepada kita.
    Iman kepada perkara ghaib ialah anda rujukkan mengenai sesuatu yang tidak anda ketahui kepada seseorang yang mengetahuinya. Kemudian anda benarkan perkataannya.
BAB 3 ; KENABIAN.
-Hakikat keNabian, Mengenal Nabi, Taat kepada Nabi, Keperluan iman kepada Nabi, Singkatan sejarah keNabian, KeNabian Muhammad SAW, Tetapnya keNabian Muhammad, Kesudahan keNabian ,Dalil-dalil kesudahan keNabian.

Pada fasal terdahulu anda telah pun mengenali tiga perkara iaitu :-

 Pertama -> Manusia itu berhajat kepada ilmu yang benar berkenaan dengan
Zat Allah Taala, sifat-sifatnya. Jalan yang diredhai,perhitungan amal di akhirat dan balasan-balasan yang diterima kerana taat akan Allah dan mengerjakan perintah serta hukumNya.

Kedua -> Allah Taala tidak membebankan hamba-hambanya untuk mencapai pengetahuan ini dengan susah payah, tetapi telah melantik beberapa orang lelaki di antara hamba-hambanya. Mereka itu ialah para Nabi dan telah mengurniakan Nabi-nabi itu ilmu dan memerintahkan mereka supaya menyampaikan kepada semua hambaNya di muka bumi ini.
Ketiga -> Ke atas manusia dewasa ini tiada dibebankan sesuatu pengenalan melainkan pengenalan akan Nabi-nabi Allah yang benar dan jika mereka mengetahui yang seseorang lelaki itu adalah nabi Allah untuk mereka wajiblah mereka beriman kepadanya, mendengar kata-katanya,mematuhi ucapannya, tunduk kepada perintahnya,meneladani contohnya dalam setiap sudut kehidupan kita.
MENGENAL NABI.
Keistimewaan nabi ialah kita mendapati dalam otaknya fikiran-fikiran semulajadi yang tiada tergetar dalam hati seorang manusia pun. Dikemukakannya dan diterangkannya kepada manusia masalah-masalah dan tajuk-tajuk yang orang lain tidak sanggup menerangkannya. Ditajamkan pandangannya kepada perkara-perkara halus yang pandangan seorang manusia pun tidak akan mendapat petunjuk ke destinasi itu. Seorang nabi membunya sifat yang baik , suci fitrahnya, bersih tabiatnya. Melakukan erkara yang benar dan mulia sahaja dalam kehidupan seharian. Tidak pernah menimpakan penderitaan ke atas orang lain bagi kepentingan diri sendiri.

TAAT KEPADA NABI.
Apabila kita mengenali nabi yang benar daripada Allah SWT, kita wajiblah mentaati setiap suruhan ataupun larangannya.tiada erti bagi kepercayaan kepada nabi melainkan apabila anda beriman bahawa ia tiada memperkatakan sesuatu mengikut hawa nafsu.maka jika perbuatan atau perkataan yg kita lakukan jika ianya bertentangan dengan ajaran nabi maka kita haruslah mengubahnya kerana segala perkaara yang dilarang oleh nabi maka ianya juga adalah larangan Allah SWT dan apa sahaja yang bertentangan dengan Allah sentiasa berdosa. Kita mestilah taat dalam setiap suruhannya dan setiap larangannya sama ada memahami hikmah dan faedah yang terkandung dalam perintah dan larangan itu. Sesungguhnya segala perintah yang dibawa atau diajar oleh nabi itu dating daripada Allah SWT. Apabila kita tidak memahami hikmah dan faedah yang terkandung di dalamnya, ianya bukanlah dikenali sebagai aib tetapi kelemahan daya ingatan dan kefaham fikiran kita.

KEPERLUAN IMAN KEPADA NABI.
Apabila anda mengetahui bahawa jalan Islam yang lurus ialah jalan yang diajarkan oleh anbi atas perintah Allah, maka kita sebagai manusia tahu bahawa manusia semuanya berhajat kepana iman akan Nabi. Mengikutnya, mematuhi segala suruhannya. Jika ada diantara mereka yang menyalahi nabi dan membangkang serta tidak mematuhi segala suruhannya dan melakukan segala larangan maka ia adalah orang yang sesat tanpa disangsikan lagi.

SINGKATAN SEJARAH NABI.
    Pada mulanya Allah Taala telah menciptakan seorang manusia, daripada diciptakan isterinya.kemudian dari keduanya dilahirkan semua manusia di atas muka bumi ini.
    Adam as yang telah diangkat darjatnya oleh Allah dan dijadikan Rasul pertama di bumi, diperintahkannya untuk mengajarkan Islam kepada zuriatnya iaitu bagi seluruh alam ini tiada tuhan melainkan Tuhan yang maha Esa. Maka janganlah kamu mengabdikan diri kepada yang lain selain daripadaNya. Jangan kamu sujud melainkan kepadaNya dan janganlah kamu pergunakan hari-hari kehidupan kamu melainkan bersesuaian dengan keredhaanNya.
    Zuriat Adam yang soleh mengikut datuknya, mereka berpegang kepada petunjuknya berupa tali yang kemas dan jalan yang lurus. Mereka enggan mentaati sesuatu yang zalim.mereka ikut hawa nafsu sehinggalah berlakunya kejahatan dan kemungkaran sedikit demi sedikit.
    Sebahagian mereka mengabdikan diri kepada matahari , bulan dan bintang-bintang. Sebahagian manusia mengambil sebangsa haiwan. Sebahagian daripada mereka menyangka bahawa bagi setiap benda seperti air, api, penyakit, kesihatan, dan kekuatan alam kunai Tuhan, masing-masing mempunyai tuhan yang khas.
    Oleh itu, Allah bertindak mengutus Rasul-rasul dan Nabi-nabiNya kepada setiap ummat. Tugas mereka adalah untuk menyampaikan, mengajar manusia kepada ajaran yang telah diturunkan oleh Nabi Adam as. Mereka mengingatkan apa yang telah dilupakan oleh manusia. Mereka mengajarkan manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah yang maha Esa sahaja. Manusia dilarang untuk mensyirikkan Allah yang maha Esa dan menyembah berhala serta patung. Dipalingkan mereka daripada rangkuman taqlid yang jahat an perintah yang batil. Ditunjukkan mereka jalan yang diredhai Allah untuk manusia menjalani kehidupan seharian. Diterangkan kepada mereka undang-undang yang betul dan disuruhnya mereka menikut ajaran itu. 

KESUDAHAN KENABIAN.
Tiada jalan untuk mengenal Islam dan mengenal jalannya yang lurus melainkan pengajaran nabi saw dan Al-Quran Al-Karim.

Muhammad saw ialah nabi yang diutus kepada ummat manusia seluruhnya. Dengan kehadirannyaselesailah silsilah wahyu, keNabian, keRasulan. Allah SWT telah menyampaikan dengan perantaraan Muhammad saw petunjuk dan cahaya yang hendak disampaikanNya kepada manusia.



DALIL-DALIL MENGENAI KESUDAHAN KENABIAN.
Tiada akan diutus seorang nabi melainkan kerana salah satu tiga sebab yang berikut :-
1.    Bahawa pengajaran Nabi yang terdahulu telah menjadi kabur dan telah nyata keperluan manusia akan kedatangan seorang Nabi untuk kali yang lain.
2.    Atau pengajaran Nabi yang terdahulu itu tidak sempurna,maka perlulah disempurnakan.
3.    Atau pengajaran nabi yang terdahulu itu terhad kepada ustu ummat yang khas sedangkan ummat yang lain atau semua ummat berhajat akan kedatangan Nabi yang diutus seperti itu.

BAB 4 ; IBADAT
-Makna ibadat, Sembahyang, Zakat, Naik Haji, Memelihara Islam.

Telah kita terangkan pada fasal yang lepas bahawa Nabi Muhammad saw telah memerintahkan agar kita mengimani ;
1.    Allah Taala sendiriNya , tiada sekutu bagiNya.
2.    MalaikatNya.
3.    Kitab-kitabNya, khasnya Al-Quran
4.    Nabi-nabiNya,khasnya penutup segala Nabi iaitu Nabi,Muhammad saw.
5.    Kehidupan akhirat


MAKNA IBADAT.
Ibadat ialah pengabdian, makna dan hakikatnya. Anda adalah abi dan Allah adalah tempat pengabdian anda. Setiap perkara yang dilakukan oleh seorang umat dengan mematuhi segala perintahNya adalah dikira sebagai ibadat. Contohnya bercakap dengan manusia, jauhi dusta,mengucapkan perkataan keji, mengucapkan caci-cacian dalam setiap perbualan dengan mereka kerana Allah telah melarang perkara-perkara ini. Sebaliknya, berkatalah kebenaran, keadilan,keramahan dan kebaikan dalam perbuatan anda dengan mereka kerana Allah menyukai perbuatan seperti ini.

SEMBAHYANG.
Apabila anda bangun dari tidur pada waktu pagi anda letakkan diri anda dihadapan tuhan dalam keadaan suci dan bersih sebelum melakukan pekerjaan lain. Memohon dan berdoa kepada Allah yang maha Pemurah dan memohon supaya diberikan petunjuk dan hidayah. Setelah tibanya tengahari azan zohor menyeru agar kita kembali untuk mengingati Allah. Kemudian mu’azzin menyeru untuk kali yang ketiga untuk mengejakan solat asar. Setelah siang berlalu dan malam mendatang, kita mulai malam sebagaimana kita memulakan siang kita. Kemudian, apabila waktu tidur mendekat, kita melakukan sembahyang isya’ dan mengingati tuhan untuk kali penghabisan. Sesungguhnya solat dapat memperkuat penanaman asas-asas islam anda dengan lima kali sehari pada setiap hari kita menunaikan solat.


PUASA.
Rukun islam yang kedua ialah puasa. Apakah puasa? Apabila solat dikerjakan lima kali sehari semalam maka puasa haruslah dikerjakan pada suatu masa selama sebulan penuh setahun pada bulan Ramadhan. Apabila kita berpuasa, kita haruslah menahan diri daripada makan dan minum dan memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan sejak fajar sampai ke petang.

ZAKAT.
Rukun islam yang ke-3 ialah zakat. Allah Taala mewajibkan ke atas setiap umat islam apabila belebih hartanya daripada nisab dan sampai haul (tahun)nya yang sempurna supaya mengeluarkan zakatnya kepada fakir atau miskin atau orang musafir atau orang yang mendapat petunjuk kepada agama Islam , atau orang yang berhutang ataupada salah satu daripada jalan-jalan Allah.

NAIK HAJI.
Rukun islam yang ke-4 ialah ‘mengerjakan haji’. Islam tidak mewajibkannya melainkan ke atas mereka yang sanggup pergi ke Makkah di antara orang-orang Muslim yang kaya dan berduit. Ia tidak mewajibkan mereka mengerjakan haji itu melainkan sekali sahaja seumur hidup.

MEMELIHARA ISLAM.
Kewajipan terakhir ialah memelihara islam. Pemeliharaan ini, meskipun tidak termasuk sebahagian daripada rukun islam tetapi ianya merupakan salah satu kewajipan penting daripada kewajipan-kewajipan islam, yang sesungguhnya telah dinyatakan dan berulang-ulang disebut dalam kitab dan sunnah tidak pada satu tempat sahaja.

Adapun orang Muslim yang menentang Islam dan memihak kepada musuh kaum muslimin adalah orang hina yang tiada diragukan kemunafikannya. Sesungguhnya telah gugur sembahyang, puasa , zakat dan hajinya.


Bab 5 ; AGAMA DAN SYARIAH
-Perbezaan antara agama dan syariah , Perantara untuk mengenal hukum syariah ,Fiqh , Tasawwuf.


PERBEZAAN ANTARA AGAMA DAN SYARIAH.
Semua nabi yang diutus oleh Allah swt adalah untuk menyampaikan dan mengajar tentang agama islam, iaitu beriman dengan zat Allah ,sifat-sifatNya dan akan hari akhirat mengikut cara yang ditunjukkan oleh para Nabi itu. Beriman dengan kitab-kitab Allah dan benarkan kitab-kitab tersebut.
Setelah mengenali agama maka datang pula yang lain iaitu syariah. Syariah ialah cara-cara beribadat, asas-asas kehidupan yang bermasyarakat dan sempadan-sempadan di antara di antara yang halal dan haram.
    Sejak permulaan Allah telah menurunkan syariah yang berlainan kepada nabi-nabiNya dengan tujuan memeliharakan hal bangsa-bangsa yang berlainan pada zaman-zaman yang berbeza untuk mendidik setiap ummat ini agar sentiasa berada di jalan yang benar.

PERANTARA UNTUK MENGENAL HUKUM SYARIAH.
Dua perantara untuk mengetahui asas-asas syariah dan hukum-hukumnya ialah Al-Quran dan Sunnah.

FIQH.
Empat mazhab fiqh yang diikut oleh kebanyakan kaum muslimin di muka bumi ini ialah ;-
1.    Fiqh Hanafi ; Disusun oleh Imam Abu Hanifah ra dengan bantuan sahabat-sahabatnya seperti Abu Yusuf,Muhammad, Zafar dan lain-lain ulama besar.
2.    Fiqh Maliki ; Disusun oleh Imam Malik ibn Anas ra.
3.    Fiqh Syafi’i ; Disusun oleh Imam Muhammad Ibn Idris Asy-Syafi’i ra.
4.    Fiqh Hanbali ; Disusun oleh Imam Ahmad ibn Hanbal ra.


Bab 6 ; HUKUM DAN SYARIAH
-Asas-asas syariah , hak dan bahagiannya yang empat , Hak-hak Allah , Hak-hak diri , Hak-hak para hamba , Hak-hak seluruh makhluk , syariah alam yang kekal.

HAK DAN BAHAGIANNYA YANG EMPAT.
Di dalam hukum Syariah Islamiyyah , bagi setaip peribadi manusia ada empat macam hak iaitu ;-
1.    Hak-hak Allah
2.    Hak-hak peribadi
3.    Hak-hak hambaNya
4.    Hak-hak yang dibawah kekuasaannya di dunia ini berupa sesuatu yang dapat dipergunakan dan dimanfaatinya.

HAK-HAK ALLAH.
     Hak Allah yang pertama ialah beriman kepadaNya, tidak menyekutukanNya, dan tidak mengambil selainNya sebagai tuhan. Hak ini ditunaikan dengan percaya akan kalimah “ Tiada Tuhan melainkan Allah”.
    Hak Allah yang kedua ialah mengakui sepenuhnya akan kebenaran dan petunjuk yang dating daripadaNya. Hak ini ditunaikan dengan percaya akan “Muhammad itu Utusan Allah”
    Hak Allah yang ketiga ialah “ditaati”. Hak ini ditunaikan dengan mengikut undang-undang yang diterangkan oleh Kitab Allah Al-Majid yang dihuraikan dan disyarahkan oleh Sunnah Rasulullah as.
    Hak Allah yang keempat ialah “dipertuan”. Untuk menunaikan hak ini, wajib keatas manusia menunaikan segala yang diwajibkan yang terdiri dari berbagai fardhu dan kewajipan.
HAK-HAK DIRI.
Manusia itu menzalimi dirinya sendiri lebih banyak daripada menzalimi orang lain.Salah satu kelemahan yang lebih nyata yang ada dalam hasrat semula jadi manusia apabila nafsu mengawal diri sendiri. Contohnya seperti berikut ;-
    Seorang lelaki tertarik kepada arak atau alcohol, ia menjadi buta menempuh jalan mabuk kerana minuman ia tahan menghadapi mudarat yang berbahaya bagi kesihatannya, dirinya, hartanya dan kekayaannya.
    Lelaki yang kedua yang telah menjadi sahaya kepada nafsunya, ia melakukan perbuatan yang menjuruskannya ke araah kebinasaan.
    Lelaki yang ketiga pula, bercita-cita hendak memenangkan dirinya. Dengan bersungguh-sungguh ia membersihkan jiwanya. Ia menentang dirinya sendiri. Ditentangnya semua kelazatan dan syahwat yang datang mempengaruhinya. Ia enggan menunaikan segala keperluannya. Dijauhi perkahwinan, ditahannya makan minum, ditinggalkannya pakaian. Sehingga hampir-hampir dia tiada tempat tinggal di dunia ini, yang mengikut pandangannya penuh dengan orang-orang berdosa. Ia lari ke hutan dan gua-gua. Ia menyangka, dunia dicipta bukan untuknya.
Syariah Islamiyyah melarang manusia melakukan sesuatu yang membinasakan diri sendiri seperti minum arak, berjudi, mengambil dadah dan ganja. Ia melarang manusia makan bangkai,darah,daging babi, binatang yang memudharatkan kesihatan,berbisa dan kotor. Ini adalah kerana kesannya adalah buruk untuk manusia , ianya akan melibatkan kesihatan manusia, akhlaknya , kekuatan akal dan jiwanya.

HAK-HAK SEMUA MAKHLUK.
Allah SWT telah memberi kurnia ke atas manusia lebih banyak daripada hamba-hambaNya yang lain. Contohnya , diizinkanNya manusia mengendalikan makhlukNya yang lain dan menunjukkannya dengan kekuatannya. Syariah Islam tidak membenarkan manusia membunuh binatang melainkan untuk dimakan, ia melarang manusia membunuh dengan tujuan untuk bersenang-senang dan bermain-main. Kita menggunakan cara”menyembelih” untuk membunuh binatang yang boleh dimakan.
Islam juga tidak membenarkan manusia membunuh binatang liar yg boleh memudharatkan haiwan kecil yg berbisa. Selain itu, islam melarang sama sekali manusia. Islam juga membenci pengurungan burung tanpa keperluan.
Walaubagaimanapun, Islam memberi kelonggaran terhadap pohon-pohon lebih daripada haiwan. Contohnya, manusia dibenarkan memeteik bunga, dan buahnya. Akan tetapi, kita tetap tidak boleh membinasakan atau mencabutnya tanpa keperluan.

SYARIAH ALAM YANG KEKAL.
Dalam syariah ini manusia tidak dibezakan antara satu sama lain kecuali aqidah dan amal. Islam membawa syariah sejagat yg membolehkan semua umat mempercayai “aqidah” iaitu ‘Tiada Tuhan melainkan Allah’. Syariah ini adalah kekal. Undang-undangnya tidak disusun berdasarkan adat sesuatu ummat. Oleh kerana fitrah ini tetap pada setiap masa maka wajarlah jika undang-undang yg disusun di atasnya kekal.

Dan akhir seruan kita,
bahawa segala puji bagi Allah seluruh alam.

KESIMPULAN
Islam adalah al-din iaitu cara kehidupan yang lengkap dan sempurna dari semua aspek kehidupan. Ajaran yang lengkap dan sempurna ini diturunkan oleh Allah SWT sebagai panduan hidup untuk manusia mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com