Teori Kedatangan Islam di Alam Melayu


Disediakan Untuk 
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

Disediakan Oleh:
MOHAMMAD BADARUDDIN BIN ROSLAN

Alhamdulillah rabbil alamin was solatu was salamu ala rasulillah wa ala rasulillah wa ala alihi ashabihi ajmain. Amma ba’du.
Islam Dan Alam Melayu

Islam amat menitik beratkan pembentukan tamadun dalam sesebuah masyarakat. Bukan agama Allah sahaja yang sangat menitik beratkan pembentukan tamadun ini malah semua agama lain di dunia ini juga amat mementingkan pembentukan tamadun. Sebagai contoh yang dapat diperhatikan ialah tamadun melayu yang berlangsung di alam melayu. Malaysia yang terletak di asia tenggara bersama-sama dengan negara Indonesia, Singapura, Brunei serta Sabah dan Sarawak juga tergolong didalam alam melayu. Nama-nama lain pada ketika itu adalah seperti Borneo, Sumatera, Kepulauan Riau, Luzon, Maluku, Jawa, dan Mindanao. Mengikut kajian, perkataan ‘Melayu’ telah wujud sekitar abad ke-17 Masihi. Pada abad tersebut dikatakan ada dua jenis kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat melayu. Yang pertama ialah animisme iaitu mempercayai wujudnya jiwa dan roh yang boleh menguasai manusia dan dinamisme iaitu alam mempunyai semangat yang dianggap berkuasa ke atas manusia. Bahkan pada masa sekarang masih ada segolongan masyarakat melayu yang masih mengamalkan amalan terkutuk ini. Seterusnya pula kepercayaan yang kedua adalah pengaruh yang dating dari luar iaitu Hindu-Buddha. Kedatangan agama Hindu dan Buddha kea lam melayu telah telah menjadikan upacara agama lebih tersusun. Tetapi ajaran Hindu-Buddha ini membesar-besarkan keagungan dewa-dewa dan ini akan mempengaruhi kepercayaan masyarakat melayu.

Teori Kedatangan Islam Di Alam Melayu
Kedatangan islam di alam melayu tidak seperti agama-agama lain kerana ianya berlangsung dengan suasana aman dan harmoni seta tidak berlaku peperangan malah diterima baik oleh masyarakat melayu.
Secara umumnya ada tiga teori yang berbeza mengenai kedatangan islam di alam melayu. 
1 Kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi
2 Kedatangan Islam dari India
3 Kedatangan Islam dari China

Teori Kedatangan Islam Dari Tanah Arab/Parsi
Hubungan perdagangan negara Arab dengan tanah melayu telah berlaku sebelum wujudnya islam lagi. Tetapi aktiviti dagangan bertambah selepas islam diperkenalkan di alam melayu pada abad ke-7 masihi. Sesuai dengan islam yang bersifat universal, masyarakat melayu selesa dengan agama islam yang dianuti mereka. Malah ianya memudahkan lagi pedegang-pedegang Arab melakukan aktiviti dagangan mereka.
Sebagai contoh bukti kedatangan Islam terus dari dari Arab/Parsi telah dihujahkan oleh Professor Doktor Syed Muhammad Naquib Al-Attas (1972) ialah:
1 Pengaruh daripada sudut tulisan jawi yang berasal dari Arab.
2 Kebabyakan ulama-ulama yang datang ke rantau ini adalah dari tanah arab seperti Syeikh Ismail al-Siddiq, Maulana Abu Bakar, Maulana Iskah dan ramai lagi.
3 Istilah Melaka berasal daripada Arab iaitu ‘mulaqat’ bermaksud tempat pertemuan.
4 Terdirinya kerajaan Melayu-Islam Melaka yang menggunakan perundangan islam ‘Syariah Islamiyyah’ untuk mentadbir negara.
5 Terdapat istilah bahasa Arab dalam bahasa Melayu sebagai contoh adil, zalim, ilmu, kanun, kalam dan sebagainya.

Kedatangan Islam Dari Negara China dan Champa
Islam sendiri pernah sampai ke negara China atau Champa pada sekitar tahun 650 Masihi yang pada ketika itu zaman pemerintahan Dinasti Pang. Pada waktu tersebut, wilayah Canon telah menjadi tempat tumpuan pedagang-pedagang serta pendakwah Islam. Pada tahun 877 Masihi, telah berlaku pemberontakan di wilayah Canton yang telah mengorbankan 120 000 hingga 200 000 pedagang-pedagang yang kebanyakannya datang dari Tanah Arab dan mnyebabkan orang Arab-Islam menyelamatkan diri mereka di Kalah (Kedah) serta Palembang. Menurut catatan, kedatangan pedagang-pedagang Islam dari negara China bermula pada awal tahun 977 Masihi.

Kedatangan Islam Dari India
Brian Harisson penyokong kepada Snouck Hurgronje merupakan seorang orientalis barat yang telah mengemukakan teori iaitu masyarakat alam melayu mengambil pandangan daripada masyarakat India bagi tujuan khidmat nasihat dan bimbingan dalam hal-hal dagangan da kebudayaan. Ianya bertujuan untukmenjalinkan hubungan dua hala ini dam alam melayu berminat dengan agam Islam yang dianuti oleh pedagang-pedangan India.
Selain itu, pengaruh perkataan India seperti ‘lebai’ telah diguna pakai dalam masyarakat melayu sehingga kini. Malah senibina kubah masjid juga dikatakan berasal daripada senibina dari negara India.

Faktor-Faktor Perkembangan Islam Di Alam Melayu
Berdasarkan buku berjudul ‘Theories on The Introduction and Expansion of Islam In Malaysia’ karya Professor Cesar (Qaisar) Adib Majul (1966) telah mengemukakan beberapa factor sebagai pendorong kepada perkembangan Islam di Tanah Melayu antaranya ialah:
Faktor Keistimewaan Islam
1 Ajaran Islam sangat mementingkan konsep ketuhanan.
2 Islam juga ajaran yang menekankan tuntutan jasmani, rohani serta aqli sesuai dengan fitrah manusia.
3 Islam mengutamakan persamaan hak, akhlak yang mulia, persaudaraan sesama manusia dan sebagainya.
4 Islam merangkumi semua aspek kehidupan.
5 Islam merupakan agama yang mudah difahami, mudah diamalkan serta mudah dilakukan.
Faktor Perkahwinan
Perkahwinan merupakan satu langkah ke arah membina rumah tangga malah Islam menggalakkan perkahwinan bagi mengelakkan kejadian maksiat. Pada zaman dulu, perkahwinan ini berlangsung kebanyakannya antara golongan sufi, pedagang-pedagang dan pendakwah dengan anak-anak gadis tempatan termasuk puteri-puteri di istana dan anak-anak pembesar di setiap negeri-negeri berhampiran atau negeri-negeri yang ditakluki. Dengan ini golongan masyarakat alam melayu untuk memeluk Islam adalah tinggi.
Faktor Pemimpin Atau Pembesar
Pengaruh pemimpin atau pembesar seperti raja atau sultan sangat memainkan peranan dalam penyebaran agama Islam di alam melayu ini. Kebanyakannya negeri yang masyarakatnya begitu taat serta taksub dengan pemimpinnya akan mengikut agama yang dianuti pemimpin mereka. Oleh itu jika pemimpin atau pemerintah mereka memeluk Islam secara tidak langsung masyarakat melayu turut akan memeluk Islam berdasarkan konsep daulat dan derhaka kerana tradisi taat kepada pemimpin yang memerintah tanpa ada sebarang bantahan atau tentangan telah tertanam dalam jiwa raga masyarakat alam melayu dari dulu sehingga kini.
Faktor Persaingan Penyebaran Agama
Salah satu penyebab kedatangan pihak British ke Tanah Melayu adalah untuk menyebarkan agama Kristian di Asia Tenggara. Begitu juga semasa berlakunya peperangan salib sekitar abad ke-15 hingga ke-19 Masihi adalah untuk menyebarkan agama Islam dan Kristian. Berdasarkan kefahaman, penerimaan dan penyebaran di rantau alam melayu terhadap agama Islam ialah kerelaan masyarakat melayu untuk menerima Islam, memahami kenapa mereka menerima Islam dan mengetahui tindakan mereka setelah memeluk Islam. Para pendakwah juga sangat memainkan peranan serta membantu dalam memahami tasawur Islam yang sebenar. Di samping itu, faktor-faktor lain juga tidak kurang pentingnya kerana ianya juga saling berkait rapat antara satu sama lain. 

Pengaruh Islam Di Alam Melayu
Kedatangan Islam ke alam melayu telah membawa kemajuan, perubahan, serta ke arah satu era baharu yang menjurus kepada zaman baru yang lebih bertamadun. Satu kenyataan yang tidak dapat dinafikan ialah masyarakat alam melayu dapat menerima agama Islam dengan begitu cepat disebabkan keistimewaannya tersendiri. Antara sebab-sebab atau kesan-kesan serta perubahan-perubahan tersebut adalah seperti berikut:
1 Akidah atau kepercayaan
2 Politik atau pemerintahan
3 Perundangan
4 Pendidikan atau keilmuan
5 Bahasa dan tulisan jawi
6 Sosiobudaya dan sosioekonomi
7 Kesenian
Perubahan daripada aspek akidah atau kepercayaan
kepercayaan masyarakat alam melayu sebelum kedatangan Islam dipengaruhi oleh animism dan dinamisme yang mempercayai setiap perkara atau benda mempunyai semangat atau roh yang member kesan baik atau buruk serta mempercayai kuasa roh nenek moyang. Juga ada yang berpendapat bahawa telah wujud agama tauhid iaitu kepercayaan kepadaTuhan yang Maha Esa di alam melayu.
Walau bagaimanapun selepas kedatangan agama Islam, masih ada segelintir masyarakat alam melayu mempercayai politheisme (percaya lebih dari satu Tuhan) akibat pengaruh yang dibawa oleh agama Hindu-Buddha.
Dengan menerapkan amalan tauhid yang sememangnya menjadi akidah Islam kepada masyarakat alam melayu akan melahirkan amalan yang sebaris dengan syariat Islam terutama ibadah khusus seperti solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memberi zakat, mengerjakan haji bagi yang berkemampuan, membaca Al-Quran serta seumpamanya.
Jadi pengaruh akidah, ibadah dan tassawur Islam sangat membantu di dalam kehidupan masyarakat di alam melayu serta mengukuhkan lagi agama Islam sehingga kini dan susah untuk dipisahkan antara melayu dengan Islam. Dengan ini menjadikan masyarakat melayu ingin membina tamadun yang lebih gemilang berbanding zaman sebelumnya.

Perubahan daripada aspek bahasa dan perkataan
Dengan adanya Islam di alam melayu, pengaruh daripada bahasa dan perkataan juga telah diberi nafas baru terhadap bahasa melayu. Tulisan daripada Al-Quran yang diasaskan daripada 29 huruf itu telah menyebabkan masyarakat alam melayu pandai membaca dan menulis.
 Selain itu, dari segi sastera juga telah diberi pembaharuan di alam melayu. Sebagai contoh fungsi dan peranannya telah berubah daripada sifat hiburan kini telah dijadikan kepada media pendidikan dan pendakwah.

Perubahan daripada aspek perlakuan individu
 Dalam hal sebegini, pendakwah amat memainkan peranan yang sangat penting dalam memberi kesedaran kepada anak-anak muda-mudi zaman sekarang berkenaan hal Islam. Hampir setiap kawasan wujudnya pendakwah-pendakwah bagi mewujudkan kesedaran kepada masyarakat mengenai Islam. Setiap individu perlu memberikan salam jika bertemu seseorang dan selalu menyebut astaghfirulLah, alhamdulilLah, insya’Allah dan sebagainya. Ini bagi memastikan setiap individu mempraktikkan aspek-aspek perlakuan dan bukan sahaja pendakwah malah setiap umat Islam perlu mempraktikkan asas-asas fardhu ain serta fardhu kifayah supaya dapat memantapkan lagi perlakuan setiap individu.

Perubahan daripada aspek sosial
 Setelah kedatangan Islam sifat dan nilai-nilai murni telah diterap dan ditambah dengan pendidikan agama terutama al-Quran yang ditekankan masyarakat melayu. Pengajian agama Islam telah dijalankan secara formal dan tidak formal sejak dahulu lagi.
Penekanan masyarakat melayu dalam bidang pendidikan ini telah membawa kepada perubahan social terhadap masyarakat setempat. Ianya berlaku setelah berlakunya kesedaran setiap individu setelah mendapat pendidikan secara kebetulan atau tidak. sebagai contoh pergaulan diantara lelaki dan perempuan amat terbatas bagi yang bukan muhrim. Ini bertujuan bagi mengelakkan berlakunya perbuatan yang tidak diingini seperti zina
Disebabkan budaya melayu berteraskan Islam amalan dan masyarakat setempat, maka aspek-aspek ini menjadi asas utama dalam membentuk budaya masyarakat melayu yang sinonim dengan agama mereka iaitu agama Islam.

Perubahan daripada aspek sosio-ekonomi
Berdasarkan sejarah, aspek ekonomi di alam melayu sebelum kedatangan Islam sangat mundur serta tidak menentu. Ianya boleh diibaratkan sebagai kais pagi makn pagi, kais petang makan petang. Ianya begitu daif skali, sehinggakan ada jurang besar antara orang kaya dan orang miskin, pangkat tinggi dengan pangkat rendah amat ketara sekali. Tetapi semua itu berubah setelah Islam diperkenalkan serta diperluaskan di alam melayu.
Ini disebabkan Islam mengajar manusia supaya mengamalkan persamaan taraf di kalangan manusia. Jangan ada jurang diantara orang kaya dengan orang miskin dan mesti tolong-menolong antara satu sama lain. Jangan sesekali wujud perbezaan disebabkan harta, keturunan, pangkat dan seumpama dengannya.
Masyarakat di alam melayu perlu bekerjasama demi meningkatkan dan memajukan ekonomi. Kesanggupan dan kerelaan orang –orang kaya mengeluarkan zakat serta bersedekah tidak kira dengan cara apa sekali pun merupakan faktor-faktor penting menyumbang ke arah perkembangan ekonomi dan keharmonian masyarakat serta kemajuan negara.

Kesimpulan
Tujuan utama kedatangan Islam ke alam melayu sudah semestinya untuk menyebarkan serta meluaskan empayar Islam ke serata dunia. Kedatangan Islam ke alam melayu sudah lama sejak pemerintahan kesultanan Melaka lagi dengan secara tidak rasmi. Titik mula perkembangan Islam bermula selepas Parameswara memeluk Islam di rantau ini. Pertapakan Islam di alam melayu telah membawa pengaruh besar dalam kehidupan masyarakat ala mini dan ianya memainkan peranan yang amat penting dalam mengembangkn syiar Islam.
Kedatangan Islam di rantau ini iaitu masyarakat alam melayu ini telah membawa pengaruh yang sangat besar. Perubahan ini bukan sahaja dalam aspek aqidah malah mencakupi keseluruhan kehidupan bukan sahaja masyarakat melayu malah masyarakat-masyarakat seluruh dunia. Walaupun pada mulanya agak sukar untuk mengembangkan agama Islam dan sukar untuk menghilangkan sama sekali pengaruh yang telah sebati dengan masyarakat melayu akibat kesan daripada amalan nenek moyang mereka. Namun apa yang paling penting sekali adalah asas-asas kepada Islam itu sendiri tersebut tidak mengalami perubahan, namun masyarakat melayu telah menerima agama tersebutsebagai agama mereka dan sebagaimana yang kita lihat hari ini agama Islam telah sebati dengan masyarakat melayu sehingga sekarang dan beberapa rantau yang lain. Alhamdulillah.
Sehingga sekarang kita masih lagi dipengaruhi oleh Islam dalam setiap dasar dan segala tindakan yang berbentuk sistem kehidupan. Segala perkara yang hendak dilakukan perlu mengikut kaedah Islam kerana Islam kini menjadi asas kepada perpaduan masyarakat alam melayu sehingga disinonimkan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu. Pada zaman sekarang yang serba moden ini kekuatan, perkembangan serta kekuasaan masyarakat alam melayu bergantung sejauh mana mereka beramal dengan ajaran agama Islam itu sendiri. Agama Islam sendiri Berjaya mengangkat martabat masyarakat alam melyu itu sendiri malah pernah meletakkan mereka di puncak tamadun dunia pada zaman kegemilangan kerajaan Melayu-Islam Melaka. Kegagalan masyarakat melayu pada zaman sekarang adalah disebabkan kerenggangan mereka dengan agama mereka sendiri dari mengamal dengan Islam. Akhlak anak-anak muda zaman sekarang tidak lagi seperti dulu yang lebih mengagung-agungkan masyarakat di barat daripada mengagung-agungkan agama, bangsa serta negara mereka sendiri.
Untuk memartabatkan dan menaikkan serta mengagungkan kembali masyarakat alam melayu pada masa kini adalah kita perlu kembali kepada jalan yang lurus iaitu kembali beramal dengan agama Islam, beramal dengan dasar-dasar serta prinsip-prinsip Islam secara menyeluruh bukan hanya Islam pada nama sahaja tetapi ikhlas berjuang demi menegakkan Islam, berjuang kerana Allah S. W. T. Wallahuallam.



------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com