Akidah Teras Pembangunan Muslim


DISEDIAKAN UNTUK:  
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

DISEDIAKAN OLEH: 
MOHAMMAD AMIRUL BIN SAIDIN

2. 0 ABSTRAK
Semua umat islam mesti mempunyai Akidah yang diredhai oleh Allah SWT kerana hidup kita di dunia ini dicipta oleh Allah hanyalah untuk menyembah dan beribadat kepadaNya. Sesungguhnya akidah melambangkan keperibadian seorang mukmin yang yang sentiasa patuh kepada perintah Allah dan meninggalkan segla laranganNya. Kita mudah kalah dengan hasutan syaitan sehingga kita boleh melakukan perkara yang boleh membatalkan akidah kita, justeru kita perlulah mengambil inisiatif bagi mengelakkan hal-hal seperti ini berlaku, kita boleh menghalangnya dengan cara sentisa cuba merapatkan di kepada Allah SWT agar hidup kita sentiasa di redhai Allah SWT. Apabila kita berbuat salah dan silap kita perlulah bertaubat dan sentiaa berdoa kepada Allah tanpa henti kerana Allah itu Maha Pengampun dan Allah amat sayang akan hambaNya yang bertaubat kepadaNya. Justeru kita perlulah mengikuti cara yang tertulis dalam Al-Quran untuk memperkukuhkan dan memantapkan lagi akidah kita kepad Allah SWT. Apabila semuanya dapat dilakukan dengan baik serta mendapat restu daripada Allah SWT, umat Islam dapat membangun dengan cara yang baik serta mendapat kejayaan daripada Allah SWT. Sessungguhnya apabila kita melakukan suruhan Allah SWT, Allah Akan membalasnya dengan setimpal. Tidak rugi sekiranya kita merapatkan diri kepada Allah.

3. 0 PENDAHULUAN
Alhamdullilah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang di beri oleh Ustaz Abdul Aziz B. Harjin dengan jayanya. Dengan nikmat kesihatan tubuh badan yang diberi oleh Allah SWT, saya gunakan peluang ini dengan sepenuhnya agar dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurna dan diterima oleh ustaz saya dengan hati yang terbuka. Selama tiga minngu masa yang saya telah ambil untuk menyiapkan tugasan saya ini, dalam masa itu banyak faktor yang secara tidak lansung telah membantu saya menyiapkan tugasan ini, terutamanya ustaz saya yang telah banyak memberi bimbingan serta kata-kata semangat yang banyak membantu saya sedikit sebanyak mengenai tugasan saya ini, saya sangat bebesar hati. Terima kasih juga saya ucapkan kepada teman sekelas saya yang telah membantu saya secara lansung mahupun tidak, saya sangat menghargainya. Saya juga berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya, yang telah memberi kata-kata dorongan kepada saya, tanpa mereka saya tidak akan wujud uitm ini, saya sangat berbangga mempunyai ibu bapa seperti mereka kerana mereka la yang mendidik saya dari kecil hinnga saya menjejakkan kaki saya ke uitm ini, sesunguhnya pengorbanan kedua ibu bapa itu sangat besar nilainya yang tidak dapat dibandingkan dengan harta, jadi saya harap ustaz akan berpuas hati dengan apa yang saya kemukakan kepada ustaz ini, sekian.


4. 0 KONSEP
Perkataan akidah di dalam bahasa Melayu merupakan perkataan pinjaman daripada Arab. Di dalam bahasa Arab, perkataan akidah adalah kata terbitan daripada akad yang membawa maksud ikatan dan simpulan tali yang kuat. Akidah dari sudut istilah ialah perkara-perkara yang dibenarkan oleh jiwa, melahirkan ketenangan di hati tanpa ada rasa syak wasangka yang boleh menimbulkan perkara yang salah. Akidah juga boleh ditakrifkan sebagai kepercayaan yang pasti dan muktamad atau kata lain kata mati iaitu kepercayaan yang pasti terhadap suatu perkara itu sama ada ia benar mahupun salah. Berdasarkan taakrifan ini dapat disimpulkan bahawa akidah itu ialah keyakinan terhadap suatu perkara yang dipegang dengan kuat tanpa ada keraguan.
Sebenarnya semua ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi adalah satu. Dasar akidahnya ialah mengesakan Allah dengan tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu yang lain. Yang membezakannya antara ajaran-ajaran semua utusan Allah ialah dari segi Syariatnya sahaja. Akidah yang benar hanya terdapat dalam Islam. Ini kerana pengutusan Nabi Muhammad SAW sebagai rasul yang terakhir maka terbatal semua ajaran langit sebelum ini. Islam yang ajarannya terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW merupakan satu cara hidup yang dijanjikan oleh Allah SWT ketulenannya berkekalan sehingga akhir hayat. Allah Taala berfirman;
 Terjemahannya:Sesungguhnya Kamilah yang Menurunkan Al-Auran dan kamilah yang memelihara dan menjaganya (surah al Hijr:9)
Akidah Islam ialah kepercayaan dan keyakinan serta keimanan kepada Allah SWT dan Rasulnya serta apa-apa yang dibawa oleh Rasulullah dan dilaksanakan dalam kehidupan seharian. Akidah islam merangkumi keyakinan kepada Allah SWT sebagai Rabb dan Ilah serta beriman dengan nama-nama Allah dan sifat-sifatNya.
 5. 0 HURAIAN

Sesungguhnya akidah itu melambangkan keperibadian seorang umat Islam, justeru kita perlulah
sentiasa berusaha merapat diri dengan Allah SWT agar akidah kita tidak terpesong daripada
Islam yang sebenar. Jadi janganlah kita mengambil ringan akan hal-hal seperti ini kerana
sesungguhnya ianya tidak merugikan kita, malahan akan memberikan kebahagian kepada kita
di dunia serta di akhirat sekiranya kita sentiasa memelihara akidah kita. Sesungguhnya Allah itu
sangat menyayangi umatnya yang sentiasa bersujud kepadanya. Pada zaman metropolitan ini
mungkin tidak semua memahami ape maksud sebenar akidah yang sebenarnya, sesetengah itu
hanya pernah mendengar, apabila ditanya apa maksudnya, hanya mampu mengelengkan
kepala, tandanya umat pada zaman mayapada ini tidak mengambil endah akan hal-hal
sedemikian rupa, walhal ianya amat penting untuk kita ketahui.

Terdapat beberapa asas-asas akidah Islam yang telahpun ditetapkan oleh Allah SWT melalui
lidah Rasulnya Muhammad SAW. Pertama ialah Kepercayaan kepada Allah SWT. Beriman
kepada Allah SWT adalah perkara paling penting dan sangat dituntut dalam agama. Dengan
kata lain Beriman kerpada Allah ialah beriman dengan dengan kewujudanNya
mengenaliNya, mempelajari apa sahaja yang datang daripadaNya dan yakin serta
melaksanakan perintah serta petunjuknya. Kedua ialah beriman kepada Malaikat iaitu kita perlu meyakini bahaw apara malaikat itu merupakan ciptaan Allah SWT di Alam Ghaib berbannding manusia yang Allah cipta di Alam nyata. Mereka merupakan makhluk Allah yang paling patuh dan taat kepadanya. Ketiga ialah beriman kepada kitab-kitab Allah SWT iaitu Setiap individu muslim perlu mengetahui dan meyakini bahawa Allah telah mewahyukan kitab-kitab tertentu kepada UtusanNya di kalangan nabi dan rasul sebagai panduan mereka dan umat mereka. Antara kitab-kitab yang diturunkan oleh Allah SWT ialah Suhuf yang diturunkan kepada Nabi Ibrahim a. s dan Nabi Musa. Antaranya lagi ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada Nabi Daud. Kitab Taurat pula diturunkan kepada Nabi Musa. Seterusnya Kitab Injil yang diturunkan Kepada Nabi Isa. Akhir sekali ialah Al-Quran yang diturunkan kepada junjungan besar kita iaitu Nabi Muhammad SAW, yang menjadi panduan seluruh umat Islam dahulu, kini dan selamanya. Allah berfirman;
 Terjemahannya:”Allah tiada Tuhan(yang berhak disembah)melainkan dia, Yang tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya. Ia menurunkan kepadamu(Wahai Muhammad )Kitab suci (Al-Quran)Dengan mengandungi kebenaran, Dengan mengesahkan isi kitab-kitab suci Yang Telah diturunkan dahulu daripadanya, dan ia juga Yang menurunkan kitab-kitab Taurat dan Injil” (Surah Ali Imran:2-3)
Seterusnya kepercayaan kepada rasul dimana setiap individu muslim mestilah di dalam beriman kkepada Rasul utusan Allah mestilah mengetahui bahawa Allah telah menyediakan dan mengutuskan rasul pada setiap ummat. tujuannya tidak lain hanyalah untuk menyeru supaya manusia menyembah Allah dan menjauhi penyembahan selain Dia. Seterusnya, kita perlulah percaya kepada hari Akhirat, tuntutan keimanan kepada hari Akhirat ialah setiap individu mestilah mempercayai dan meyakini tentang adanya kehidupan selepas alam dunia ini. Hakikat hari akhirat berlaku dalam berapa perinkat dimulai dengan alam kubur, hari kebangkitan, hari perhimpunan, perbentangan amalan, hisab dan timbangan timbalan, titian sirat dan akhir sekali balasan syurga atau neraka. Asas akidah yang terakhir ialah kepercayaan kepada Qada dan Qadar Allah. Hal ini izhar menerangkan bahawa takdir ialah ketentuan Allah SWT. Allah berfirman:
 Terjemahan:Allah mengetahui akan apa Yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa Yang kurang dari Yang dikandung dalam rahim itu atau Yang Lebih. dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya Dengan kadar Yang Tertentu.
 (Surah al Ra’d:8)
Keimanan dan ketauhidan yang jitu kepada Alah SWT sememagnya bukan sesuatu perkara yang mudah ianya memerlukan keikhlasan diri yang penuh. Keikhlasan akan menjuruskan ke arah pembentukan mukmin yang bertaqwa kepada Allah SWT dan ketaqwaan ini lah yang melambangkan keperibadian seseorang muslim itu sama ada baik mahupun buruk. Untuk menjadi mukmin yang hebat di sisi Allah SWt, Islam telah memperkenalkan cara yang betul untuk membina serta mengukuhkan ketaqwaan seorang umat Islam. Antara carannya ialah melalui dengan penguasaan ilmu yang lebih mendalam akan menjadikan seseorang itu lebih bertaqwa dan juga menjadi lebih arif di dalam persoalan yang berkaitan dengan keimanan serta tidak akan melakukan sesuatu perkara dengan tergesa-gesa menurutkan hawa nafsu. Selain itu, kita perlulah mengelak kan diri dari suasana yang jahiliah, pada zaman pra Islam, Masyarakat Arab terutamanya berada dalam kesesatan dan banyak amalan-amalan mereka yang bercanggah dengan naluri dan tuntutan kehidupan menusia yang diciptakan oleh Allah SWT antaranya ialah, menyembah bahala, minum arak, pembunuhan kanak-kanak perempuan yang tidak berdosa dan sebagainya.
Selain itu, kita mestilah beriltizam meninggalkan yang haram, kita mesti lah meninggal kan segala benda yang dilarang oleh Allah dan melakukan tuntutannya, ini lah cara nya untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, Disebabkan akidah yang diredhai oleh Allah kita bakal memprolehkebahagian di dunia dan insyallah dan juga di akhirat kelak.
Firman Allah SWT:
 Terjemahan:”Berimanlah kamu kepada Alah dan RasulNya serta kepada penerang cahaya (al-Quran)yang kami turunkan. Dan (Ingatlah)Allah amat mendalam pengetahuanNya akan segala kamu kerjakan. ”
 (Surah At-Taghabun:8)
Firman Allah di atas izhar menunjukkan kita bahawa Allah mengetahui akan apa yang kita lakukan walaupun ianya sebesar kuman kerana Allah itu Maha Melihat segala-galanya. Sesungguhnya keimanan yang kukuh akan melindungi diri kita dari melakukan perkara yang di luar batas yang akan merosak kan akidah serta keimanan kita. Antaranya lagi ialah kita mestilah beriltizam melakukan ibadah.
Firman Allah SWT:
Terjemahan:”Dan (Ingatlah)!Dan ingatlah Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada Ku. ”
 (Surah Az-Zariyat:56)
Firman Allah di atas izhar menjelaskan bahawa kita diciptakan di dunia ini hanyalah untuk beribadat dan menyembah Allah SWT. Akidah Islam menjadi asas utama di dalam agama, dan Allah SWT menjadikan manusia untuk menyembah dan beribadah kepadaNya yang menghubungkan di antara manusia dengan Allah SWT. Perkara yang akhir sekali perlu dilakukan ialah kita perlu lah bertaubat dan teruskan berdoa kepada Allah SWT. Akidah Islam tidak akan kukuh sekiranya tidak diiringi dengan kita selalu bertaubat dan berdoa kepada Allah SWT. Taubat dan berdoa merupakan salah satu cara untuk kita merapatkan diri dengan Allah SWT. Ianya juga merupakan senjata orang mukmin yang kuat dan ampuh. Kita merupakan manusia biasa yang tidak pernah lepas dari melakukan salah dan silap tidak kira silap kita dengan Allah mahu pun silap sesama manusia. Oleh itu kita perlulah Sentiasa berdoa dan bertaubat kepada Allah SWT tanpa henti bagi menunjukkan kita sangat mencintai Allah SWT. Sesungguhnya kita mudah kalah dengan godaan syaitan yang menyebabkan kita blupa pada Allah, Sedangkan Nabi Adam boleh kalah dengan godaan syaitan inikan kita yang hanya manusia biasa yang tidak punya apa-apa. Hasutan dan godaan syaitan inilah yang menyebabkan Kemurkaan Allah SWT kepada hamba-hambanya.
Firman Allah SWT:
 Terjemahan:”Dan Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu ayat-ayat yang jelas, dan tidak ada yang ingkar kepadaNya melainkan orang-orang yang fasik”.
 (Surah Al-Baqarah:99)
Bertaubat mestilah dalam ertikata yang sebenar-benarnya bertaubat, bukannya main malah berjanji dengan Allah SWT bahawa kita tidak akan mengulangi lagi perbuatan keji yang telah dilakukan yang besar dosanya di sisi Allah SWT kerana taubat sebeginilah yang akan diterima oleh Allah SWT.
Seseorang itu di anggap terkeluar dari iman dan islam sekiranya dia beriktikad, berkata kata atau melakukan perbuatan yang membatalkan ikrardan tasdiq dua kalimah syahadah dan diwajibkan kepada kerajaan Islam melaksanakan Hukum Murtad(hudud)kepadanya. Berdasarkan Al_Quran dan Sunnah Rasulullah SAW, Al-Imam At-Tahawi menyenaraikan empat perkara yang boleh membatalkan iman iaitu, yang pertama ialah mengingkari sifat Rububiyyah dan mencelanya. Mentauhidkan allah SWT pada RububiyyahNya, beriktikad bahawa dialah Tuhan pencipta sekalian Alam, mentadbir, memilikinya, memberi rezeki, segala-galanya di bawah pengetahuan, kehendak dan kebijaksanaanNya. Maka setiap iktikad, perkataan dan tindak-tanduk yang menunjukkan keingkarannya menjadi kafir dan riddah. Seterusnya ialah, Mengingkari atau mencela Asma’Allah s. w. t dan sifat-sifatNya. Allah SWT dan RasulNya telah mensabitkan baginya beberapa nama(Asma’)dan sifat, di samping menafikan beberapa sifat. Maka sesiapa yang menafikan apa yang disabitkan oleh Allah atau yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW, maka dia kafir.
Antaranya lagi ialah mengingkari atau mencela sifat Uluhiyyah. iaitu ialah perkataan atau perbuatan yang mengingkari Allah SWT sahaja yang layak disembah, yang lain dariNya tidak berhak disembah dan diabdikan diri kepadaNya dengan pengertian ibadah. Akhir sekali ialah mengingkari atau mencela Rasulullah SAW atau kerasulannya. Iaitu perbuatan atau iktikad yang menafikan atau mencela kerasulan atau peribadi orang yang menjadi Rasul SAW dan mengingkari apa-apa yang dikhabarkan oleh Rasulullah SAW seperti tenteng kebangkitan selepas mati, tentang mahsyar, hizab, mizan, sirat, syurga, neraka dan lain-lain lagi perkara ghaib. Empat perbuatan yang disebut di atas ialah perkara-perkkara yang boleh membatalkan Akidah dan keimanan seseorang itu.

Disini ingin saya rungkaikan beberapa peranan akidah dalam pembangunan Ummah. Akidah merupakan asas utama dalam pembentukan masyarakat Islam. Akidah yang sempurna bakal melahirkan umah yang patuh kepada ajaran Allah SWT, dapat membentuk halatuju ummah yang jelas. Selain itu, dapat membina keperibadian ummah yang unggul, dapat mengukuhkan kecemerlangan ummah yang gemilang, akhir sekali dapat menjana pemikiran ummah yang kritis. Umat Islam yang mempunyai akidah akan dapat melaksanakan segala perintah yang diturunkan oleh Allah dan RasulNya dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh kerelaan tanpa ada paksaan dari orang lain, umat Islam yang mempunyai akidah yabg kental dapat memahami dengan jelas akan matlamat kehidupan mereka samada untuk kepentingan dunia dan juga akhirat. Seterusnya, umat Islam yang yang berakhlak mulia lahir dari ummah yang berakidah dan tanpa akidah tidak mungkin umat islam dapat akhlak yang mulia. Dengan cara mematuhi ajaran-ajaran Islam serta mempunyai akidah yang mantap lagi jelas ekonomi dapat di bangunkan. Akhir sekali umat Islam yang berakidah mulia adlah ummah yang memahami status diri mereka yang sebenar sebagai khalifah Allah di muka bumi ini iaitu menjadi pemimpin yang menjalankan tanggungjawab berlandaskan hukum syarak serta tidak bercanggah dengan suruhan Allah SWT.

6. 0 PENUTUP
Secara menyeluruhnya buku ini mengandungi maksudnya yang amat padat dan harus dibaca oleh remaja pada zaman sekarang ini, debgan itu barulah kita dapat sedar betapa pentingnya akidah untuk diri kita, di situ juga la kita dapat melihat diri kita sama ada kita ini masih di jalan Allah SWT ataupun sebaliknya, Sebagai umat Islam yang gemilang, kita perlulah sentiasa menyembah Allah SWT dan tidak menyekutukan Allah SWT kerana Allah satu-satunya Tuhan yang harus kita sembah. Bagi yang sering kali terpesong dari jalan yang diredhai Allah SWT, segeralah bertaubat dengan sebetul-betul nya, mengaku akan salah silap yang telah dilakukan serta berjanji kepada Allah SWT agar tidak mengulangi kesilapan yang sama dan teruskan berdoa dan berdoa kerana sesungguhnya, Allah amat menyayangi hambanya yang bertaubat akan kesilapan mereka dan sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar Allah memberi keampunan, sesungguhnya Allah sentiasa memberi peluang kepada hambanya yang ingin bertaubat. Kita perlulah sentiasa beriman kepada rukun Iman agar diri kita sentiasa berada di jalan Allah SWT. Apabila akidah kita mantap, kita boleh menjadi muslim yang dinamis, bermatlamat, mempunyai keperibadian yang mulia serta menjadi ummah yang memahami status diri sebenar mereka yang sebenar sebagai khalifah Allah di muka bumi iaitu pemimpin menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan sebaiknya.
Disediakan Oleh:
MOHAMMAD BADARUDDIN BIN ROSLAN
2011149385
BMD2Cc

Disediakan untuk
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN