SAIDINA UMAR AL-KHATTAB

NAMA : 
MOHD FARIDZUL BIN ANUAR

NO. PELAJAR : 
2011576667

POGRAM : 
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN

KUMPULAN : 
BMD2BC

KOD KURSUS : 
CTU 151

UMAR AL-KHATTAB
Pengenalan
Nama sebenar dan jurai keturunannya ialah Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza bin Ryah bin Abdullah bin Qurti bin Rizah bin Adiyyi bin Kaab. Nama ibunya ialah Hantamah binti Hisyam bin al-Mughirah bin Abdullah bin Umar bin Makhzum. Umar dilahirkan di mekah, 42 tahun sebelum hijrah iaitu pada tahun 584 Masihi, 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah S.A.W.
Berketurunan Bani Adi, Quraisy. Beliau memeluk islam ketika berusia 35 tahun. Sebelum memeluk islam Umar al-Khattab menjadi duta bagi kaum Quraisy. Sekiranya berlaku peperangan, beliau dihantar sebagai duta ataupun perunding bagi pihak kaum Quraisy. Semasa jahiliah juga Umar al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berhati keras dan kejam sehingga sanggup menanam anak perempuannya hidup-hidup.
Beliau bukan sahaja pernah menyakiti Rasulullah SAW malah suatu ketika berniat untuk membunuhnya. Tetapi setelah memeluk islam, hatinya yang keras itu digunakannya bagi membela Rasulullah SAW dan Islam.
Sifat berani dan kegagahannya digunakan bagi menentang mereka yang memusuhi baginda sehingga mendapat gelaran al-Faruq yang bermaksud orang yang berani menyatakan kebenaran.

Beliau antara sahabat yang dijamin masuk syurga oleh Rasulullah SAW. Apabila Saidina Abu Bakar as-Siddiq sakit, beliau mencadangkan Umar al-Khattab sebagai pengantinya selepas mendapat persetujuan daripada sahabat-sahabatnya. Beliau memerintah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari kerana beliau telah wafat kerana telah dibunuh oleh Fairuz iaitu Majusi yang berbangsa Farsi.

Riwayat hidup Umar al-Khattab

Al- Khattab bin Nufail al-Mahzumi begitu gembira apabila mengetahui isterinya Hantamah binti Hisyam sedang mengandungkan anak pertama mereka. Bagi menunjukkan rasa gembira, al-Kattab menyembelih 10 ekor unta dan mengagihkan daging unta tersebut kepada golongan fakir miskin di kota mekah.
 Beliau berdoa agar anak yang dikandung isterinya itu adalah anak lelaki. Setelah sekian lama menanti. Akhirnya tibalah masa untuk Hantamah melahirkan anak didalam kandungannya. Al-Khattab menempah khidmat seorang bidan yg berpengalaman untuk menyambut kelahiran anaknya itu.
Namun Hantamah menghadapi kesukaran untuk melahirkan bayi tersebut. Hantamah sukar melahirkan bayi tersebut mungkin disebabkan dosa-dosa yg dilakukan oleh suaminya. Oleh itu al–Khattab segera pergi ke kaabah untuk memohon doa agar isterinya mudah melahirkan anak. Beliau berdoa dengan bersungguh-sungguh sambil berjalan mengelilingi kaabah. Tidak lama kemudian Hantamah selamat melahirkan kandungannya, mereka memperolehi seorang bayi lelaki yang sihat dan comel.
 Setelah mengetahui isterinya telah melahirkan, al-Kattab terus sujud lalu mengucapkan terima kasih kepada tuhan. Beliau turut menamakan anaknya di hadapan kaabah dan berkata, ”aku namakan anak ini Umar al-Kattab. Aku pasti mendidiknya menjadi pahlawan. Dia pasti menebus maruah Bani Adi yang dikalahkan oleh Bani Abdul Syam dalam peperangan. Oleh itu, semenjak kecil Umar al-Khattab dilatih menunggang kuda dan bermain senjata. Dia juga sering disuruh menjalani latihan lasak supaya menjadi kuat dan berani. Al-Khattab juga menjemput mereka yang berpengalaman untuk mengajar anaknya mengenai ilmu peperangan.
 Selain itu Umar al-Khattab juga dilatih menjadi pemidato yang hebat kerana orang-orang Bani Adi terkenal dengan pemidato yang hebat. Al-Khattab bertindak kasar terhadap Umar kerana dia tidak mahu Umar dimanjakan. Umar disuruh menjadi penggembala unta dan kambing, setiap hari Umar berjalan kaki seorang diri membawa haiwan ternakannya itu ke Dhajnan, suatu kawasan hutan yang jauh dah terpencil. Ini menjadikan Umar seorang yang berani, beliau juga mendaki bukit dan menuruni lembah.
Semua ini menjadikan Umar seorang yang bertanggungjawab, bersifat kasih sayang dan bersemangat tinggi. Pada sebelah malam pula Umar dan rakannya sering berkumpul di suatu kawasan lapang yg tidak begitu jauh dari kaabah. Disitu mereka menjalani latihan gusti, satu-satunya sukan yang digemari umar al-Khattab. Dia sering menjadi juara dikalangan rakannya.
Suatu hari orang ramai berkumpul di pasar Ukhaz bagi menonton perlawanan gusti. Unaiyah, jaguh gusti lima tahun berturut-turut berlegar-legar di gelanggang dan menyuarakan cabaran kepada orang ramai untuk menandinginya. Unaiyah terlalu sombong dan lagaknya menyakitkan hati, oleh itu Umar segera menyahut cabarannya. Mereka bertarung keesokkan harinya. Unaiyah bertubuh besar dan kelihatan garang. Umar al-Khattab pula anak muda yang tegap, lincah dan mempunyai semangat serta keberanian yang tinggi. Walau bagaimanapun Umar al-Khattab berjaya menewaskan unaiyah dan diisytiharkan sebagai pemenang.
Semua kabilah Bani Adi berasa gembira dengan kemenangan itu, mereka meraikannya dengan mengadakan acara hiburan dan makan malam. Umar disanjung oleh orang ramai. akhirnya timbul perasaan megah, ujub dan takbur yang mula bersarang dalam dirinya.
Dalam pada masa yang sama Abu Lahab telah mengapi-apikan Umar Al-Khattab dengan sahabatnya Khalid Al-Walid agar bertarung gusti antara satu sama lain. Abu Lahap Berjaya dan pertarungan antara Umar dan Khalid berlaku. Dalam perlawanan tersebut kaki kiri Umar al-Khattab patah dan Khalid diisytiharkan sebagai pemenang. Walaupun kalah Umar al-Khattab tetap dianggap jaguh gusti bagi kaum Bani Adi.
 Tidak lama kemudian selepas pulih dari kecederaan, Umar al-Khattab dilantik menjadi panglima Bani Adi. Beliau turut berkahwin dengan Zainab binti Ma’un dan mendapat beberapa orang anak. kemudian beliau berkahwin dengan Malkiah binti Jarwal. Umar berasa begitu bahagia dengan kehidupannya kini.
“Muhammad mengaku dia dilantik oleh tuhan menjadi nabi dan persuruh-Nya. apa pendapat kalian?’ Abu Lahab bertanya kepada pembesar Quraisy. Muhammad mengajak orang ramai menyembah Tuhannya dan melarang mereka menyembah al-Latta dan al-Uzza. Beliau juga melarang kita membunuh anak-anak perempuan. Pemimpin-pemimpin Quraisy mencari jalan bagi menghalang Muhammad daripada menyebarkan agama baru yang dibawanya.
Untuk membuktikan dirinya masih berpegang kepada amalan nenek moyang mereka, Umar menanam anak perempuanya hidup-hidup kedalam tanah. Namun beliau berasa kesal dan sedih.
 Umar al-Khattab mengetahui bahawa hambanya Labinah telah menjadi pengikut Muhammad. Umar menyuruh Labinah meninggalkan Muhammad namun pendirian Labinah tetap tidak berubah. Umar sangat marah dan memukul Labinah sehingga pengsan. Kepala Labinah hamper dipenggal. Mujur ditahan oleh isterinya. Penyeksaan itu sampai ke pengetahuan Abu Bakar. Beliau datang melihat Labinah dan berasa kagum dengan keteguhan hatinya. Abu Bakar menemui Umar al-Khattab supaya menjual Labinah kepadanya. Akhirnya Umar bersetuju, lalu Labinah dibawa pulang. Abu Bakar membebaskannya, kini Labinah bukan lagi seorang hamba.
Selepas kejadian itu adiknya Fatimah dan suaminya Said telah memeluk islam secara diam. Rasulullah SAW berdoa, ” wahai Tuhan kami, kuatkanlah agama kami dengan Umar al-Khattab. Rasulullah SAW menyuruh Khabbab mengajar said dan isterinya membaca al-Quran.
Umar al- Khattab diberi tanggungjawab membunuh Muhammad oleh kaum Bani Adi. Sejurus iti beliau juga mendapati bahawa adiknya Fatimah serta suaminya Said sudah menjadi pengikut Muhammad. Dengan perasaan marah yang meluap-luap Umar al-khattab pergi ke rumah adiknya. Umar menerpa masuk kerumah dan terlihat Fatimah memengang sesuatu dan bertanya kepada adiknya. Said menjawab, “itu wahyu Allah, yang sedang kami baca tadi’. Umar berasa sangat marah dan terus memukul Said, Fatimah cuba membantu tetapi turut ditampar sehingga berdarah mulutnya. Melihat keadaan adiknya itu Umar berasa kasihan, beliau turut meminta kebenaran mahu membaca lembaran ayat-ayat suci al-Quran itu dan berjanji tidak akan memusnahkannya.
Ayat –ayat ini begitu indah, Umar al-Khattab turut menyukainya. Khabbab keluar dari bilik dan menyatakan bahawa dia merasakan Umar mendapat hidayah. Umar al-Khattab meminta agar Khabbab tunjukkan dimana Muhammad dan Khabbab bersetuju. Kedatangan Umar al-Khattab dilihat para sahabat Rasulullah SAW. Mereka cemas kerana menyangka Umar al-Khattab mempunyai niat jahat. Sebaik tiba dihadapannya Umar al-Khattab menjatuhkan pedangnya lalu memeluk tubuh Rasulullah SAW. Beliau turut mahu menjadi pengikut Muhammad, beriman kepada Allah dan percaya dengan apa yang Rasulullah SAW sampaikan.
 Walau bagaimanapun, ternyata kedua isteri Umar al-Khattab tidak menyenangi apabila suaminya menjadi pengikut Muhammad. Mereka sudah tidak mempunyai persefahaman. Umar Al-Khattab terpaksa menceraikan kedua-dua isterinya iaitu Mulaikah dan Quraibah kerana mereka tidak mahu menjadi pengikut Muhammad. Tidak lama kemudian Umar al-Khattab bertemu jodoh dengan Ummi Hakim binti Haris. hidupnya lebih bahagia.
 Umar al-Khattab membuat pengakuan kepada kaum Quraisy bahawa beliau telah memeluk islam. Kuam Quraisy menjadi berang lalu menyerbu Umar al-Khattab serta mengugut untuk memukulnya. Namun Umar al-khattab sedikit pun tidak gentar. Beliau telah memilih jalan yang benar dan tiada sapa pun yang boleh mengubah pendiriannya. Oleh sifatnya yang berani menyatakan kebenaran Rasulullah SAW memberikan gelaran al-Faruq kepada umar al-Khattab.
 Pengikut Muhammad mula berhijrah ke Habsyah kerana tidak tahan dengan penyeksaan yang dilakukan kaum Quraisy kepada mereka. Perkara itu akhirnya diketahui kaum Quraisy. Abu Jahal dan Abu Lahab merancang sesuatu iaitu memujuk Raja Habsyah supaya menangkap semua pengikut Muhammad itu, mereka mahu memberikan hadiah berupa emas dan permata kepada beliau.
Namun segala usaha itu gagal. Sudah ramai pengikut Muhammad yang telah berhijrah ke Madinah. Mereka berhijrah secara bersembunyi pada waktu malam. Iyas dan 20 orang lelaki yang mahu berhijrah ke Madinah tapi mereka bimbang diserang kaum Quraisy.
Lalu, Umar al-Khattab mempelawa dirinya untuk melindungi rombongan tersebut. Beliau mempunyai cara tersendiri untuk menakut-nakutkan musuhnya. Umar al-Khattab berasa sangat gembira kerana helahnya mahu menakut-nakutkan orang-orang Quraisy Berjaya. Namun Abu Jahal tidak berputus asa. Dia mencari jalan untu membawa adiknya Iyas pulang. Dia membohongi Iyas dengan mengatakan bahawa ibu mereka berasa sangat sedih, tidak berselera makan dan tidak mahu keluar rumah sebelum berjumpa Iyas. Iyas yang terpengaruh dengan pujukan itu bersetuju untuk pulang semula ke Mekah.
Abu Jahal seoran yang licik dan pandai menipu, itu semua hanyalah helah agar Iyas tidak berhijrah. . sebaik tiba di Mekah, Iyas diikat dan dikuranh di dalam penjara. Dia diseksa dengan teruk kerana tidak mahu kembali ke agama asal. Beritu itu sampai ke pengetahuan Umar al-Khattab dia berang dan kembali ke Mekah. Dia menemui al-Walid bagi mengetahui dimana Iyas dikurung. Umar al-Khattab segera ke rumah Abu Jahal lalu membebaskan Iyas lalu dibawanya ke Madinah. “Allah sudah mengizinkan kita berperang, ” kata Abu Bakar as-Siddiq lalu membaca surah al-Haj ayat 39.
 Kafilah Quraisy dari Syam dalam perjalanan pulang ke Mekah. Rasulullah SAW mengajak orang ramai keluar bagi menyekat kafilah itu, kerana mereka selalu menyerang penduduk di pinggir Madinah. Kafilah dagang Quraisy itu diketuai Abu Sufian bin Harb, orang yang begitu memusuhi Rasulullah SAW.
Keesokan harinya Nabi Muhammad SAW keluar bersama 317 pengikutnya yang terdiri daripada 86 kaum Muhajirin, 61 kaum Aus dan 170 Khazraj. Seramai 70 orang menaiki unta, Cuma 2 orang yang menunggang kuda dan selebihnya berjalan kaki. Dhamdham bin Amer al-Ghifari yang ditugaskan menjaga keselamatan kafilah Quraisy mendapat tahu bahawa Muhammad dan pengikutnyasedang mengejar mereka. Lalu dia ditugaskan oleh Abu Sufian untuk memberitahu penduduk mekah supaya mereka menghantar bantuan, Dhamdham mengoyakkan bajunya serta mencederakan untanya sebagai helah untuk mendapatkan perhatian.
 Dalam masa singkat terbentuklah subuah angkatan perang quraisy seramai 950 orang. 200 orang menunggang kuda, manakala selebihnya menaiki unta. Angkatan perang itu turut disertai 50 orang wanita yang bertindak sebagai pembakar semangat. Walau bagaimanapun kafilah Quraisy itu selamat sampai ke Mekah. Mereka disambut gembira oleh anak-anak dan isteri.
Sebagai tanda kegembiraan angkatan perang Quraisy mereka menuju ke Badar bagi meraikannya. Berita ini diketahui Rasulullah SAW dan mereka bertekad untuk berperang. Keesokan harinya berlakulah pertempuran yang hebat antara angkatan perang Quraisy dengan pasukan yang dipimpin oleh Rasulullah SAW.
 Dalam peperangan tersebut Umar al-Khattab terpaksa menentang bapa saudaranya al-As. Al-As tewas di tangan Umar al-Khattab. Peperangan itu dimenangi oleh tentera Islam. seramai 70 orang tentera Quraisy terbunuh dan 70 orang menjadi tawanan perang. Manakala di pihak Rasulullah SAW hanya 14 orang yang mati syahid.
Ketua-ketua kabilah berkumpul di hadapan kaabah. Mereka ingin menuntut bela di atas kematian kaum kerabat mereka. Mereka melantik Khalid al-Walid bagi mengetuai pasukan berkuda seramai 200 orang. Apabila persiapan perang dilakukan, angkatan perang Quraisy itu pun keluar dari kota Mekah menuju ke Madinah.
Berita itu sampai ke Rasulullah SAW. Beliau berbincang dengan para sahabatnya dan bersetuju berganding bahu mempertahankan kota Madinah. Nabi Muhammad SAW membawa 700 orang pengikutnya keluar dari Madinah. Mereka terus berjalan menuju ke bukit Uhud.
Mereka membelakangi bukit Uhud. bagi melindungi dari serangan musuh Nabi Muhammad SAW meletakkan 50 orang pemanah di atas bukit diketuai Abdullah bin Jubair. Abu Sufian berasa sangat yakin kerana angkatan tenteranya 3000 orang sedangkan pasukan lawanya hanya 700 orang. Namun peperangan ini dimenangi oleh tentera Islam.
 Pada suatu hari Rasulullah SAW bermimpi mereka pergi ke Mekah, bertawaf mengelilingi kaabah tanpa diganggu oleh sesiapa pun. Oleh itu beliau membuat persiapan dan menyeru orang-orang Muhajirin untuk meyertai beliau berangkat ke Mekah.
Pada bulan Zulkaedah tahun ke -6 Hijrah, Nabi Muhammad SAW bersama pengikutnya seramai 1500 orang menuju ke Mekah bertujuan mengerjakan umrah. Abu Sufian tidak membenarkan perkara tersebut lalu dia membentuk angkatan perang bagi menghalang niat Nabi Muhammad SAW itu. Nabi Muhammad SAW melantik Uthman bin Affan memasuki kota mekah untuk memberitahu kaum Quraisy tentang kedatangan mereka. Oleh itu kaum Quraisy menghantar Budail bin Warqak untuk menyiasat.
Dalam masa sama seorang kaum Quraisy telah mengeruhkan suasana dengan menyebarkan berita Uthman telah dibunuh. Berita ini menimbulkan kemarahan dan mereka ingin menuntut bela. Selepas itu rundingan dijalankan. Mereka menghantar Suhail bin Amru mewakili kaum Quraisy bagi mengikat perjanjian dengan Nabi Muhammad SAW. Antara perjanjian tersebut Muhammad dan pengikutnya hanya dibenarkan bertawaf pada tahun hadapan, sekiranya ada orang-orang Mekah yang datang ke Madinah bagi menganut Islam hendaklah dikembalikan semula ke Mekah, tetapi sekiranya ada orang Madinah yang murtad lalu kembali ke Mekah tidak perlu kembali ke Madinah.
 Akhirnya perjanjian damai itu selesai setelah dipersetujui kedua belah pihak. Tidak lama selepas itu Rasulullah SAW telah wafat. Seorang ketua yang baru harus dilantik. Abu Bakar as –Siddiq dipilih menjadi khalifah pemimpin umat Islam. Namun apabila Saidina Abu Bakar as-Siddiq sakit, beliau mencadangkan Umar al-Khattab sebagai pengantinya setelah mendapat persetujuan dari para sahabatnya.
 Umar al-Khattab Berjaya memerintah selama 10 tahun 6 bulan 4 hari dan Berjaya menundukkan kuasa Rom dan Parsi malah Berjaya membuat pembahruan pada pemerintahan islam. Namun beliau telah wafat pada bulan Zulhijrah tahun ke-23 Hijrah ketika berusia 63 tahun kerana beliau telah dibunuh oleh Fairuz iaitu seorang hamba Majusi yang bebangsa Farsi.


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com