HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM.

NAMA:
SITI SARA BINTI MOHD KARIM

NO. MATRIK:
2011568211

KUMPULAN:
BMD2Cc

NAMA PENSYARAH:
USTAZ ABD AZIZ HARJIN

TARIKH HANTAR:
12/09/2012

HUKUM PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Perkahwinan merupakan sesuatu yang diperlukan dalam hidup seluruh masyarakat sejak zaman dahulu, sekarang dan di masa yang akan datang. Perkahwinan timbul hubungan suami isteri dan mengeratkan hubungan kekeluargaan. Beberapa asas hukum perkahwinan menurut islam antaranya ialah perkahwinan berdasar dan untuk menegakkan hukum Allah. Perkahwinan adalah satu perbuatan hukum yang membawa pengaruh bagi orang yang melakukan perkahwinan sendiri ataupun masyarakat serta negara. Sebuah keluarga yang dibentuk melalui perkahwinan adalah unit yang terkecil bagi pembinaan masyarakat. Ikatan perkahwinan adalah ikatan zahir batin dan tanggungjawab yang berlanjutan bukan hanya hubungan sesama manusia sewaktu hidup didunia tetapi di akhirat juga. Pembinaan keluarga dan keturunan harus berdasarkan ketentuan agama. Setiap keluarga wajib menegakkan hukum agama.
Ikatan perkahwinan adalah untuk selamanya dan akad pernikahan tidak boleh ditentukan btas waktunya. ikatan perkahwinan haruslah dikekalkan kerana islam menutup pintu penceraian meskipun tidak mengharamkannya. penceraian hanyalah sebagai jalan keluar dari masalah kalau ianya terpaksa dilakukan tetapi penceraian dibenci oleh Allah. Suami isteri masing-masing mempunyai tanggungjawab didalam sebuah keluarga. mereka diikat dengan ketentuan-ketentuan agama dalam menjalankan hak dan kewajipan sebagai pemimpin dan ibu rumah tangga. Didalam kehidupan berkeluarga disebut oleh Allah bahawa suami mempunyai kekebihan darjat atas wanita yang digelar isteri. suami juga bertanggungjawab dalam pembinaan keluarga serta mencari dan member nafkah kepada keluarganya. Manakala isteri mempunyai kewajipan tertentu di dalam kedudukannya sebagai seorang ibu rumahtangga yang menguruskan urusan rumahtangga dan mengasuh serta mendidik anak-anak.
HIKMAH PERKAHWINAN
Hikmah menurut undang-undang perkahwinan ialah agama menentukankan bahawa sahnya perkahwinan. Perkahwinan sah apabila dilakukan menurut hukum agama masing-masing dan kepercayaannya. Selain itu, perkahwinan juga bertujuan untuk membentuk sebuah keluarga yang kekal bahagia serta harmoni. Suami isteri juga harus saling mengerti dan saling bantu membantu antara satu sama lain serta mengembangkan keperibadian yang teguh untuk mencapai kesejahteraan dan kebahagiaan rumah tangga bersama dalam waktu yang tidak terbatas. Hak dan kedudukan isteri seimbang dengan hak dan kedudukan suami. Segala sesuatu baik mahu pun buruk dalam kehidupan rumah tangga atau dalam pergaulan masyarakat dapat dirunding dan diputuskan oleh mereka sendiri.
PENGERTIAN PERKAHWINAN
Pengertian perkahwinan menurut bahasa ialah persetubuhan atau perkumpulanManakala dari segi syarak ialah akad yang menghalalkan perhubungan dengan akad yang mengandungi syarat-syarat tertentu. Sebelum perkahwinan dilangsungkan, langkah pertama yang harus dilakukan disebut khitbah. Khitbah bermaksud pinangan atau erti kata lain lamaran permintaan untuk menjadikan seseorang perempuan itu sebagai isteri. Perempuan yang boleh dipinang ialah perempuan itu bukan lah isteri orang, tidak berada dalam iddah dan bukan juga dalam pinangan orang lain. Manakala perempuan yang tidak boleh dipinang ialah isteri orang atau perempuan yang berada dalam iddah raj’i kerana perempuan yang berada dalam iddah raj’i itu adalah seperti masih mempunyai suami. Seperti yang diketahui apabila perempuan tersebut dirujuk kembali oleh suaminya dan ini bererti perempuan tersebut akan menjadi isteri yang mutlak kepada lelaki itu. Sebelum dilakukan pinangan lelaki disunatkan untuk melihat terlebih dahulu perempuan yang bakal dipinangnya. Hukum melihat calon suami atau isteri tidak terbatas kepada lelaki sahaja malahan perempuan juga boleh melihat lelaki yang meminangnya untuk mendapatkan kesan bahawa lelaki yang meminangnya itu menarik pada pandangan matanya.
HUKUM ERKAHWINAN
Hukum perkahwinan ialah sunat bagi seseorang apabila pemikiran nya telah cukup matang dan hatinya telah terorong untuk berkahwin dan mendirikan rumah tangga serta mampu memberikan nafkah zahir dan batin kepada bakal pasangan nya. Disamping itu, mereka akan mendapat pahala kerana melakukan perbuatan sunat dan dapat myekat mereka daripada melakukan perbuatan zina. Wajib apabila seseorang itu dilihat dari pertumbuhan jasmaninya sudah layak untuk berkahwin dan memiliki kehidupan yang cukup sempurna, dan apabila mereka tidak berkahwin akan mudah terjerumus dalam perbuatan tercela seperti zina maka wajib lah mereka berkahwin. Makruh apabila seseorang itu sudah layak untuk berkahwin tetapi tidak mampu memberi nafkah kepada keluarganya maka lebih baik mereka tidak berkahwin dahulu kerana akan membawa kesengsaraan bagi keluarganya. Haram jika seseorang itu mengahwini perempuan dengan maksud mahu menyakiti, menganiaya, atau mempermainkannya. Jika ia melakukan perkahwinan itu dengan niat yang tidak baik maka ia berdosa meskipun perkahwinannya sah kerana memenuhi syarat-syarat yang ditentukan. Tetapi apabila perkahwinan itu tidak terjadi maka ia akan mendapat pahala.
Suatu perkahwinan itu akan sah hukumnya apabila memenuhi rukun dan syarat perkahwinan. Antara rukun perkahwinan ialah adanya calon suami atau isteri, wali, dua orang saksi dan paling penting siqhah (lafaz akad nikah). Sealin itu, syarat-syarat calon suami ialah bukan mahram, dengan kemahuan sendiri bukan paksaan, seorang lelaki sejati, seorang muslim dan tidak mengerjakan ihram atau umrah. Manakala calon isteri pula bukan mahram, orang muslimah, bukan isteri orang, tidak berada dalam iddah suaminya dan tidak bersaudara apabila perempuan tersebut dijadikan sebagai isteri kedua, ketiga dan keempat. Ijab-kabul ialah akad nikah yang tersusun daripada siqhah (susunan kata)yang berisi ijab iaitu penyerahan pihak pertama dan qobul iaitu penerimaan daripada pihak kedua atas pertalian nikah. Ijab dan qobul hendaklah disebut dengan jelas dan tidak terputus.
WALIMATUL URUS PERKAHWINAN
Walimah ialah kenduri yang dilaksanakan dalam pernikahan dan hukum mengadakan walimah ialah sunat bukannya wajib. kepentingan melakukan walimah adalah untuk menghebahkan kepada seluruh masyarakat perkahwinan tersebut bagi mengelakkan fitnah. Selain itu, bertujuan untuk ketaqwaan dan keberkatan serta dapat mngeratkan silaturrahim keluarga disamping bersedekah mengikut kemampuan dan mengadakan kenduri kahwin sunat muakad. Mahar atau maskahwin ialah suatu pemberian wajib oleh suami kepada isteri yang harus disebut pada saat dilakukan akad atau ijab Kabul. Selalunya mahar diberikan pada waktu akad nikah yang dilangsungkan secara tunai sebagai lambang bahawa suami dengan suka rela memberikan dan mengornankan hartanya sebagai pemberian kepada suaminya. Pemberian mahar wajib atas seorang lelaki, namun ia tidak menjadi rukun nikah kerana pada waktu akad maskawin belum diberikan tetapi akad nikah tetap sah. Mahar terbahagi kepada dua iaitu mahar ‘musamma’dan mahar ‘mitsil’. Mahar musamma ialah mahar yang diucapkan sewaktu waktu akad. Mahar musamma selalunya diberikan secara tunai dan biasanya ditangguhkan pembayarannya. Mahar mitsil pula suatu mahar yang layak atau sepadan dengan kedudukan isterinya.
Tidak sah perkahwinan itu tanpa seorang wali dan syarat-syarat wali ialah islam, baligh, berakal, lelaki dan adil. Seorang yang berhak menjadi wali ialah bapa, datuk sebelah bapa, saudara lelaki kandung seibu sebapa, saudara lelaki sebapa, anak lelaki dari saudara lelaki kandung dan bapa saudara sebelah bapa. Wali mujbir ialah wali yang berhak mengahwinkan anak perempuannya yang telah baligh, berakal dan tidak meminta izin terlebih dahulu daripada anak perempuannya. Wali mujbir ialah bapa dan datuk sahaja. Al-quran telah meletakkan hukum larangan pernikahan antaranya ialah berdasarkan perbezaan agama, berdasarkan pertalian darah, perempuan yang berada dalam iddah, perempuan yang berada dalam ihram dan pernikahan disebabkan isteri orang. Pernikahan tidak boleh bertentangan dengan ketentuan agama. rukun dan syarat perkahwinan haruslah lengkap dan dilakukan secara baik. perkahwinan yang berselisihan dengan ketentuan agama dilarang dilakukan antaranya ialah kurang rukun atau syarat yang tidak dipenuhi maka nikah tidak boleh dilakukan. Misalnya pernikahan tanpa saksi, pernikahan dengan mahram. Dan jika pernikahan itu terjadi maka pernikahan itu adalah batal.
Disamping itu, nikah syiqhar atau kahwin tukar ialah waali bagi seorang perempuan menikahkan perempuan yang ia wali kepada lelaki lain dengan perjanjian bahawa lelaki itu mahu menikahkan wanita dibawah perwaliannya kepadanya tanpa membayar mahar. Nikah muhallil(nikah untuk penghalal)ialah nikah yang dilakukan oleh seseorang dengan tujuan untuk menghalalkan perempuan yang dinikahinya bagi bekas suaminya yang telah menjatuhkan talak tiga, untuk kahwin lagi. Perempuan yang telah dijatuhi talak tiga tidak boleh berkahwin semula dengan bekas suaminya kecuali apabila terjadi perempuan itu telah dikahwini oleh orang lain, nikahnya tidak dimaksudkan sebagai penghalal kepada bekas suaminya tetapi terjadi perceraian dan telah habis iddahnya kepada lelaki yang dikahwininya itu. Nikah tafwidh ialah nikah yang di dalam akad ijab Kabul pihak mempelai lelaki tidak menyatakan kesediaan membayar mahar kepada pihak mempelai perempuan. Pernikahan tersebut dilarang kerana tidak menyebut mahar padahal mahar harus disebut di dalam ijab Kabul. Nikah mut’ah ialah nikah yang dilakukan seseorang dengan tujuan semata-mata untuk melepaskan hawa nafsu dan bersenang-senang untuk sementara waktu. Nikah tersebut dilarang dilakukan kerana tidak sesuai dengan tujuan perkahwinan yang disyariatkan.
 Selepas sah pernikahan itu maka bermulalah kehidupan yang baru dan bertanggungjawab melaksanakan hak dan kewajipan suami isteri, harta kekayaan dan juga keturunan. Hak dan kewajipan seorang suami isteri terbahagi kepada tiga bahagian iaitu hak dan kewajipan sebagai seorang suami, hak dan kewajipan sebagai seorang isteri dan juga hak bersama suami isteri. Pernikahan dapat membentuk rumah tangga dan keturunan harmoni, penuh kasih sayang dan tolong menolong antara satu sama lain. Oleh itu, pergaulan yang baik antara suami isteri haruslah dipupuk dan tidak boleh hanya mementingkan diri sendiri sahaja. Isteri mestilah memberikan hak suami dan baik dan begitu juga suami. Suami hendaklah juga melaksanakan kewajipan nya dan sebagai pemimpin keluarga dan memberikan nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Isteri juga berhak mendapat layanan yang baik daripada suami bahkan isteri juga berhak menuntut apabila suami tidak menpedulikan hak-hak isteri baik dari masalah mendapatkan keturunan atau zuriat ataupun yang melibatkan nafkah.
Nusyuz ialah meninggalkan kewajipan bersuami isteri. Contohnya suami nusyuz kepada keluarga kerana tidak memberikan nafkah kepada mereka manakala isteri nusyuz pula isteri keluar rumah tanpa keizinan suami dan perbuatan tersebut sangat dilarang oleh agama. Cara mengatasi nusyuz ialah dengan memberikan nasihat yang baik, memisahkan diri daripada tempat tidur dan memukul dengan cara yang baikdan tidak dengan alatan yang merbahaya. Syiqaq menurut bahasa ialah perselisihan manakala dari segi istilah ialah perselisihan antara suami isteri yang penyelesaian diserahkan kepada kelurga kedua-dua belah pihak atau dikenali juga sebagai ‘hakam’. Hakam ialah orany yang diutuskan dari pihak suami dan isteri untuk merunding dan mencari jalan penyelesaian perselisihan mereka. Cara yang terbaik apabila terjadi perselisihan adalah dengan mengangkat dua hakam iaitu seoarang daripada sebelah pihak perempuan dan sebelah lagi daripada sebelah pihak lelaki. Apabila kedua-dua hakam itu sudah sepakat untuk mendamaikan kembali suami isteri maka mereka suami isteri boleh hidup kembali sebagai sebauh kelauarga dan suami isteri. Tetapi apabila tiada jalan penyelesaian lain maka mereka haruslah bercerai dan terdapat dua cara iaitu sebelah suami menjatuhkan talak kepada isteri atau sebelah isteri menjatuhkan khulu’ kepada suami.
Harta kekayaan ialah harta suami isteri iaitu harta kepunyaan suami atau isteri yang diperoleh masing-masing sebelum berkahwin ataupun harta yang diperoleh mereka selama perkahwinan. Menurut islam harta seorang perempuan tidak menjadi milik bersama suami. Isteri mempunyai hak yang penuh terhadap hartanya. Suami tidak boleh menuntut hak harta isteri kecuali isteri memberikan hartanya kepada suami. Keturunan dalam sebuah kelurga amatlah penting dalam membentuk keluarga yang harmoni. Seperti yang disebut nikah ialah satu aqad untuk menghalalkan hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan dengan tujuan untuk membentuk kehidupan rumah tangga dan mendapat keredaan Allah S.W.T. Perbuatan zina amat dilarang adalah bertujuan untuk memelihara keturunan umat manusia.
Pernikahan dalam islam selain untuk membina rumah tangga yang bahagia ia juga merupakan tali yang kuat untuk mengikat tali persaudaraan antara kedua belah pihak suami mahupun pihak isteri. Walaupun begitu masalah yang selalu berlaku dalam sebuah rumh tangga juga ialah persengketaan, kurangnya kepercayaan antara satu sama lain dan sehingga kadang-kadang terjadinya kepada goyahnya sebuah rumahtangga itu. Keruntuhan sesebuah rumah tangga itu bukan sahaja disebabkan oleh isteri tetapi juga daripada sikap suami. Ini disebabkan sikap suami yang selalu menyalahi isteri dan sering mencurigai isteri. Selain itu, sikap suami yang tdak mempedulikan hak isteri dan sikap suami yang suka berfoya-foya. Kesemua sebab-sebab berikut akan menyebabkan keruntuhan sebuah keluarga. Di dalam islam hubungan pernikahan itu terputus disebabkan terjadi beberapa perkara iaitu meninggal dunia, talak, keputusan hakim, fasakh’, khulu’, li’an, ila’, zihar dan juga murtad. Apabila suami atau isteri meninggal dunia maka terputuslah tali yang mengikat perkahwinan mereka. Jika isteri meninggal suami boleh berkahwin dengan perempuan lain pada bila-bila masa sahaja. Tetapi jika suami meninggal maka isteri terpaksa menunggu iddah selama empat bulan sepuluh hari sebelum berkahwin dengan orang lain.
Perceraian sudah ada sebelum islam lagi kecuali di dalam satu atau dua bangsa yang tiada didapati hukum perceraian di kalangan mereka. Pengertian talak menurut bahasa ialah melepaskan atau menanggalkan. Manakala dari segi istilah pula bermaksud melepaskan seseorang perempuan dari ikatan perkahwinannya. Agama islam telah menetapkan adanya hukum perceraian ini, namun diiringi dengan penjelasan dari rasulullah bahawa perceraian itu sangat tidak disukai oleh Allah. Kerana perceraian itu ibarat meruntuhkan masjid yang dibina. Talak atau perceraian itu adalah mutlak yang diberikan kepada kaum lelaki. Pada zaman jahiliyah tidak wujud peraturan yang mengatur tentang perceraian. Lelaki boleh sesuka hati menjatuhkan talak kepada isteri mereka. Oleh sebab itu kaum lelaki boleh buat sewenang-wenang kepada isteri mereka kerana apabila mereka marah atau benci kepada isteri mereka dengan senang mereka melafazkan cerai. Apabila isteri mereka sudah habis iddah maka mereka merujuk kembali isteri mereka. Maka datangnya agama islam memperbaiki masyarakat jahiliyah yang amat menghina kaum wanita itu. Jmhur ulama menegaskan bahawa menjatuhkan talak hanya dilakukan sekali. Menjatuhkan dua atau tiga talak sekaligus hukumnya bid’ah dan haram. Talak yang diberikan untuk merujuk kembali kepada suami ialah dua kali talak sahaja. Talak ketiga tidak boleh dirujuk lagi oleh suami dan tidak halal isteri itu bagi suami melainkan isteri sudah bersuami dengan lelaki lain dan telah bersetubuh dengan lelaki yang baru dikahwininya itu.
Talak satu dan dua itu dinamakan talak raj’i iaitu talak yang boleh suami rujuk semula kepada bekas isterinya dengan tiada memerlukan bernika semula. Talak ba’in ialah talak yang tidak boleh suami rujuk semula kepada bekas isterinya kecuali dengan syarat tertentu. Talak ba’in terbahagi kepada dua iaitu talak ba’in sughro dan talak ba’in kubro. Talak ba’in sughro ialah talak yang dijatuhkan kepada isteri yang belum dinikahi oleh orang lain dan talak tebus. Talak ba’in kubro ialah talak tiga. Dalam talak tersebut suami tidak boleh rujuk suami kedua semula kepada isterinya dan tidak boleh berkahwin semula bersama isterinya kecuali memenuhi syarat-syarat yang ditentukan. Syarat-syarat tersebut ialah bekas isterinya telah berkahwin dengan lelaki lain, telah bersetubuh bersama lelaki yang baru dikahwini oleh bekas isterinya, telah diceraikan oleh lelaki kedua bekas isterinya dan apabila bekas isterinya sudah habis iddah dari suami yang kedua.
Fasakh ialah batalnya akad nikah dan putusnya ikatan antara suami isteri. Fasakh terjadi disebabkan sesuatu terjadi di dalam akad nikah atau dengan sebab yang datang yang dapat menghalangi tetapnya akad seperti murtad. Contoh terjadinya fasakh ialah jika akad telah dilangsungkan dan ternyata si isteri yang telah dinikahi tersebut mempunyai hubungan kekeluargaan dengan sebab penyusuan maka batal lah dengan pembayaran pihak isteri. Khulu’hendaklah mengikut sukarela suami isteri dan suami boleh mengambil sebahagian daripada harta isteri sebagai tebusan. Akibat daripada khulu’kedua-dua tidak boleh dirujuk kembali sebagai suami isteri dan hendaklah dilakukan akad nikah semula jika ingin merujuk semula. Ila’ ialah sumpah suami bahawa dia tidak akan bersetubuh atau menyentuh isteri yang dikahwininya. Pengertian zihar ini pada zaman jahiliyah merupakan kebiasaan orang arab kepada isteri dan enggan melepaskan dan mengucapkan perkataan seperti menyatakan kepada isterinya yang mempunyai persamaan kepada ibunya yang bermaksud tidak baik. Apabila suami telah mengucapkan zihar maka isterinya itu haram disetubuhi seperti mna dia diharamkan menyetubuhi ibunya. Jika suami mahu bersama kembali kepada isterinya haruslah membayar kifarat iaitu memerdekakan budak, atau berpuasa dua bulan berturut-turut atau memberi makanan kepada enam puluh orang miskin. Murtad membawa maksud keluar daripada agama islam. Apabila murtad salah seorang dari suami isteri, maka putuslah hubungan perkahwinan mereka disebabkan salah seorang daripada mereka telah murtad.
KESIMPULAN
Perkahwinan adalah dapat menghindar manusia daripada melakukan maksiat. Ia juga adalah satu ibadah yang diperintahkan oleh Allah dqan juga sunnah rasulullah S.A.W. Di samping itu, perkahwinan juga adalah satu syariat kerana dengan perkahwinan dapat mnyekat manusia daripada pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Selain itu, perkahwinan juga merupakan muamalah iaitu ia merupakan tuntutan fitrah manusia. Dengan perkahwinan juga kita dapat membuat pemilihan calon suami dan isteri. Perkahwinan juga dapat memberikan ketenangan(sakinah)kasih sayang(mawaddah)dan juga belas ihsan(warahmah)antara pasangan suami isteri, anak-anak dan kaum kerabat keluarga serta dapat mewujudkan keluarga yang besar dan silaturrahim yang terjalin dapat dieratkan.


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com