Hiburan mengikut perspektif Islam


NAMA:
MUHAMMAD IQBAL BIN NOOR RAFIZAN

NO PELAJAR:
2011378311

NAMA PENSYARAH:
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

KOD PROGRAM: 
BM111

GROUP:
BMD2CC

Hiburan mengikut perspektif Islam
Hiburan adalah sesuatu aktiviti dimana manusia lakukan untuk melepaskan tekanan, merehatkan minda, menghiburkan hati dan menenangkan jiwa setelah melakukan sesuatu kerja atau sesuatu perbuatan yang menyebabkan mereka tertekan. Hiburan juga telah wujud sejak pada zaman dahulu kala lagi. Hiburan pada zaman dahulu banyak disampaikan dengan cara bersyair, berpidato dan juga melalui lagu. Namun, pada zaman dahulu, hiburan banyak berkisarkan tentang peperangan dan tragedy yang menimpa manusia pada zaman dahulu. Pada zaman dahulu juga, hiburan mereka banyak diselitkan dengan unsur-unsur pengajaran dan pedoman untuk manusia. Pada zaman ini, terdapat banyak jenis hiburan dan antaranya adalah seperti hiburan dengan lakonan, muzik dan acara sukan juga boleh diketegorikan sebagai suatu bentuk hiburan. Hiburan juga boleh menjadi tempat bagi seseorang itu untuk menunjukkan bakat mereka dalam sesuatu bidang. Contohnya, seseorang itu boleh menunjukkan bakat mereka dalam acara sukan dan lakonan atau lain-lain. Namun, melalui hiburan juga manusia boleh dipesongkan dan dilalaikan. Ini kerana, manusia sering mengisi masa mereka dangan hiburan-hiburan sehingga lupa akan tanggungjawab mereka dan perkara-perkara yang jauh lebih penting daripada sesuatu hiburan itu. Tambahan lagi, konsep hiburan pada zaman kini telah banyak ditambah dan diperbaharui oleh Negara-negara barat dengan cara penyampaian yang lebih agresif dan ditambah dengan elemen-elemen yang menyimpang dari ajaran agama Islam.
Pada zaman moden dan canggih ini, konsep hiburan telah diperkembangkan dan diperbaharui. Pembaharuan konsep hiburan pada zaman ini boleh dibahagikan kepada dua konsep, iaitu pertama adalah, konsep pembaharuan hiburan dengan unsur positifadalah seperti, Konsep hiburan masa kini yang telah diperbaharui dengan konsep hiburan yang mengikut hukum agama islam dan yang telah ditetapkan oleh syarak. Selain itu juga, konsep hiburan ini menampilkan pengacara dan pelakon-pelakon yang menutup aurat dan tidak berlebih-lebihan dalam menyampaikan sesuatu. Tambahan lagi, pembahuruan dari segi ilmu keagamaan juga turut dibuat. Contohnya seperti segmen bacaan al-quran, zikir dan nasyid dalam konsep yang lebih menarik. Konsep hiburan ini juga turut mengetengahkan gaya hidup dan budaya yang positif dan mulia yang patut dicontohi oleh para remaja yang merupakan pelapis negara dan pejuang untuk agama. Kedua adalah konsep pembaharuan hiburan dengan unsur negatif. Contohnya, konsep hiburan ini diperbanyakkan segmen hiburan yang tidak menutup aurat dan melalaikan manusia. Konsep hiburan ini juga diperbanyakkan dengan hiburan yang tidak ada menyentuh tentang hal-hal agama walau sedikit pun. Konsep hiburan ini juga banyak mengajar penonton untuk membuat perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Tambahan lagi Ia juga tiada unsur-unsur nilai-nilai murni untuk diteladani oleh penonton-penonton.
Agama Islam merupakan sebuah agama fitrah bagi manusia. Jika dibandingkan dengan agama-agama yang lain, agama Islam merupakan agama yang menolak sesuatu yang jauh dari fitrah dan juga sesuatu yang bersifat mengongkong penganutnya. Contohnya, Islam menggalakkan penganutnya untuk berkahwin dan mendapatkan tidur walaupun sekejap sekalipun ketika mengerjakan ibadat. Islam juga menggalakkan supaya penganutnya untuk menikmati keindahan alam, mendengar atau membuat hiburan yang dibolehkan kerana sesungguhnya ia dapat merehatkan minda dan menenangkan jiwa. Hiburan adalah sesuatu perkara yang mampu menenangkan jiwa dan merehatkan minda. Namun, hiburan hendaklah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh agama Islam. Secara umumnya, Islam tidak mengahalang dan mengharamkan hiburan secara keseluruhannya, akan tetapi, Islam menetapkan had untuk sesuatu hiburan. Hiburan itu juga hendaklah terdapat unsur-unsur nilai murni yang positif agar dapat dicontohi dan diteladani oleh penganutnya. Hiburan tersebut juga haruslah tidak melalaikan penganutnya sehingga lupa kepada Allah S. W. T. serta tanggungjawab mereka sebagai umat islam. Ini kerana, hiburan itu adalah fitrah bagi setiap manusia. Maqasid Syariah telah menyatakan bahawa Islam tidak pernah mengharamkan sesuatu yang baik melainkan membolehkannya, sebagai rahmat kepada ummah untuk kebaikkan jiwa-jiwa dan akal manusia. Hiburan diharuskan dibuat dan dinikmati, akan tetapi ia mestilah berlandaskan syarat agama Islam. Syarat hiburan diharuskan adalah, Hiburan tersebut hendaklah terdapat unsur-unsur dn tidak meninggalkan adab-adab Islam. Intipati atau tajuk hiburan tersebut tidak terdapat unsur-unsur yang menarik ke arah kemaksiatan dan perkara-perkara haram serta melupakan kita tentang Allah S. W. T. Alat muzik adalah diharamkan untuk dibawa ke dalam rumah Allah kerana rumah Allah adalah untuk beribadat. Hiburan tersebut hendaklah tidak berlebih-lebihan kerana Islam tidam menggalakkan perbuatan berlebih-lebihan. Tujuan penganjuran hiburan tersebut untuk tujuan yang tidak menyimpang dari agamaTempat dan persembahan hendaklah tidak yang mengundang maksiat. Dua sumber umat Islam iaitu Al-Quran dan Hadis juga ada menyentuh mengenai hal hiburan ini. Contoh dalil dari Al-Quranyang menyentuh tentang hiburanadalah seperti berikut:
i)               Firman Allah di dalam Surah al-Jumaah ayat 11:
Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan ( yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbar- berkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki
Tafsiran dari ayat di atas:
Para sahabat sedang mendengar khutbah Jumaat, lalu mereka meninggalkan Rasulullah saw dan pergi kepada perniagaan disamping mendengar nyanyin yang menggembirakan (al-lahwu), namun demikian al-Quran tidak mengharamkan al-lahwu tersebut. Rasulullah saw juga tidak menempelak atau menidakkan perbuatan tersebut. Ini bermakna : Nyanyian yang menggembirakan seperti itu adalah harus.

ii)             Firman Allah di dalam Surah al-Anbia" ayat 16-17
Maksudnya: Dan (ingatlah) kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya, secara main-main (16) Sekiranya kami hendak mengambil sesuatu untuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi kami, akan tetapi kami tidak melakukannya (17)
Tafsiran dari ayat di atas:
Kedua-dua ayat di atas menyentuh dua perkara iaitu: 1)mainan dan 2)- kegembiraan (lahwu). Kedua-dua perkara tersebut tidak diharamkan. Ianya diharuskan( difahami dari gaya ayat).
Manakala Dalil dari hadisyang ada menyentuh tentang hiburanpula adalah seperti berikut,
i)                     Daripada Aisyah r. a katanya: Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r. a serta mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami). (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Tafsiran dari hadis:
Hadis sahih ini jelas menunjukkan nyanyian adalah diharuskan. Kalau tidak harus masakan Rasulullah saw mendengar nyanyian tersebut bersama Aisyah. Abu Bakar yang ingin melarang dan cuba menegur putrinya Aisyah, telah ditegur oleh Rasulullah dan berkata kepadanya, tidak mengapa. Nyanyian adalah harus.
ii)                   Daripada Khalid bin Zakwan katanya: Ar-Rabi" binti Ma"waz berkata: Telah dating mengunjungiku nabi saw bersempenan hari perkahwinanku, baginda mengambil tempat duduk diatas hamparanku dihadapanku, sepertiman kamu berada dihadapnku sekarang. Ketika itu sekumpulan perempuan sedang mengadakan persembahan nyanyian dengan iringan duff (sejenis alat muzik). Menggunakan senikata memuji pejuang-pejuang yang terqurban dikalangan bapa-bapa kami diperistiwa perang Badar. Salah seorang penyanyi tersebut meneruskan nyanyian dengan menggunakan lirik: bersama kami nabi Allah yang mengetahui apa yang alan berlaku esok hari. Mendengar lirik terakhir itu Rasulullah saw menyapa: tinggalkan lirik itu dan teruskan nyanyian dengan lirik yang telah kamu nyanyikan sebelumnya. ( Hadis riwayat al-Bukhari)
Tafsiran dari hadis:
Rasulullah saw menghadiri majlis perkahwinan yang serikan dengan nyanyian wanita-wanita muda menggunakan alat muzik. Rasulullah saw tidak melarang perbuatan tersebut malah turut mendengar nyanyian tersebut. Namun apa yang dilarang oleh Rasulullh adalah lirik lagu yang jelas bertentangan dengan hukum syarak. Tiada seorang insan pun(walaupun ia Rasulullah) yang mengetahui apa yang akan berlaku pada esok hari. Ini bermakna, bagind tidak menghalang nyanyian tersebut akan tetapi baginda menghalang penggunaan lirik lagu tersebut.
Daripada kedua-dua jenis sumber dan pegangan umat Islam tersebut, nyanyian atau sebuah hiburan adalah diharuskan. Namun hiburan tersebut hendaklah tidak lari jauh dari ajaran agama Islam. Tambahan lagi, kita sebagai umat Islam haruslah membuat sesuatu perbuatan yang mengingatkan kita pada pencipta kita dengan membuat hiburan yang bertujuan untuk memuji kebesaran dan mengingati Allah S. W. T dan Rasulullah. Penggunaan alat muzik dalam hiburanjuga sudah menjadi topik perbincangan yang selalu dipertengahkan oleh para ulama. Hiburan sentiasa dikaitkan dan sentiasa digandingkan degan alatan muzik. Pelbagai jenis alatan muzik yang digunakan dalam setiap rancangan hiburan. Contoh jenis alatan muzik adah seperti, alatan muzik yang bertali, bertiup, dan dipukul. Pelbagai pandangan dan pendapat yang diberikan oleh para ulama. Pandangan setiap mazhab juga berbeza. Contoh pandangan mazhab-mazhab islam adalah seperti berikut, mengikut Mazhab Hanbali, hukum bagi menggunakan alatan muzik adalah diharamkan. Ini bermaksud, segala penggunaan alat muzik yang bertali, alat muzik yang ditiup dan dipukul adalah diharamkan. Manakala, mengikutMazhab Shafiepula hukum bagi menggunakan alatan muzik yang bertali, alatan yang ditiup, dan alatan yang dipalu adalah haram melainkan kompang. Selain daripada itu Mazhab Malikijuga berpendapat sama dengan pendapat yang telah diberikan oleh Mazhab Shafie iaitu hukum bagi menggunakan alatan muzik yang bertali, alatan yang ditiup, dan alatan yang dipalu adalah haram melainkan kompang.
Setelah diteliti semua pandangan ulama-ulama dari semua mazhab, kesimpulan dalam hukum penggunaan semua alat muzik adalah diharuskan. Ini kerana tiada dalil yang sahih dan terang dalam menentukan hukum tentang penggunaan alatan muzik dalam hiburan. Pengharaman sesuatu alatan muzik itu akan berlaku sekiranya sesuatu unsur-unsur kemaksiatan dan kelalaian terhadap tuntutan agama bersamanya. Namun, kita haruslah sentiasa mengelakkan diri daripada berhibur sehingga lalai dan lupa kepada kewajipan kita sebagai orang islam.
 Terdapat banyak jenis-jenis hiburan yang terdapat pada zaman era globalisasi ini. Perkara ini tidak terkecuali juga terdapat di Negara-negara islam di seluruh dunia. Terdapat banyak hiburan-hiburan yang baik dan juga terdapat juga hiburan-hiburan yang melalaikan dan tidak memberi manfaat kepada manusia. Sebagai umat islam kita haruslah bijak memilih dan membezakan jenis-jenis hiburan yang halal dan haram. Berdasarkan kesemua dalil dan hadis-hadis yang sahih, terdapat banyak hiburan yang dihalalkan atau hiburan yang baik dan hiburan yang melalaikan yang harus umat islam bezakan. Antara jenishiburan yang baik atau dihalalkanadalahsekiranya hiburan tersebut terdapat unsur-unsur fitnah, Tidak terdapat unsur-unsur yang mengajak kearah maksiat, menunjukkan nilai-nilai murni dalam hiburan, memakai pakaian yang menutup aura dan sopan, mengajak penonton membuat perkara yang baik dan mulia, dan juga sentiasa mengingatkan penonton agar mengingati ALLAH S. W. T. Manakala, hiburan yang melalaikan atau hiburan yang diharamkan adalah seperti hiburan yang mengandungi unsur fitnah dan mengandungi berita atau cerita yang tidak benar, menunjukkan sesuatu budaya yang tidak mengandungi unsur positif, hiburan yang menunjukkan aurat-aurat penyampainya dan hiburan yang menggunakan kata-kata kesat.
Menurut Fatwa Sheikh Shaltut, muzik atau segala bentuk hiburan adalah diharuskan selagi ianya tidak bertujuan untuk melalaikan dan maksiat. Manakala menurut Al-Ghazali, tidak ada bukti atau perincian syarak berkenaan dengan alatan muzik, yang halal atau haram akann tetapi ia berhantung kepada masa dan keadaan tempat serta mana-mana alat muzik yang dimainkan adalah bertujuan yang baik, maka ia adalah harus untuk didengari. Manakala, bagi hiburan yang menggunakan alatan yang melalaikan dan pemuzik serta penyanyi yang mempamerkan akhlak yang buruk, maka ia adalah merupakan perbuatan yang ditegah sama sekali. Oleh itu, kita sebagai umat Islam haruslah pandai menilai jenis-jenis hiburan di sekeliling kita sama ada ianya adalah jenis hiburan yang baik dan halal atau tidak. Tambahan lagi, kita juga haruslah bijak memilih jenis hiburan yang baik dan tidak melalaikan serta melupakan kita tentang Allah S. W. T. Ini bermakna bahawa, tidak menjadi satu masalah sekiranya hiburan pada masa kini disemarakkan lagi akan tetapi ianya haruslah dibangunkan mengikut acuan dan garis panduan yang betul dan mengikut hukum syarak yang telah ditentukan oleh Islam asalkan ianya bertujuan untuk memberi semangat, mendidik, memberi nasihat dan lain-lain perkara yang positif. Ini kerana berdasarkan sejarah, manusia di zaman dahulu sering memberi semangat kepada askar-askar yang hendak berperang melalui lagu dan puisi.
Setiap perkara dan perbuatan yang baik pasti ada kebaikkan dan keburukkannya. Kebaikkan dalam mengikuti dan menghiburkan diri dengan hiburan yang baik adalah seperti, hati dan perasaan sentiasa aman dan tenteram dengan hiburan yang mengingatkan kita tentang Allah S. W. T, hidup kita juga akan sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah S. W. T, kita juga akan sentiasa ingin membuat perkara-perkara yang baik dan dirahmati kerana hiburan-hiburan yang kita ikuti menunjukkan nilai-nilai murni yang baik dan yang terakhir pula adalah hiburan yang baik dapat mebuatkan kita dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat, ini kerana, apabila kita telah diterapkan dan dididik dengan hiburan yang baik atau hiburan yang menunjukkan nilai-nilai murni kita akan menggunakannya dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian kita dengan membantu orang-orang di sekeliling kita, dan menghormati orang lain. Keburukkan dalam mengikuti atau menghiburkan hati dengan hiburan yang tidak baik atau yang tidak berlandaskan Islam pula adalah seperti, kita akan hidup penuh dengan kemaksiatan dan sentiasa penuh dengan dosa, kita akan sentiasa lalai dan lupa akan Allah S. W. T serta tanggungjawab kita sebagai orang Islam, hidup kita juga akan sentiasa tidak diberkati dan dirahmati oleh Allah S. W. T, serta, kita juga akan sentiasa dipandang rendah oleh masyarakat kerana perlakuan dan adab kita yang teruk oleh kerana pengaruh dari hiburan yang tidak baik atau hiburan yang tidak mengikut syarak.
 Kesimpulannya, umat Islam di seluruh dunia haruslah bijak memilih dan juga bijak membezakan diantara jenis hiburan yang baik dan diredhai ataupun jenis hiburan yang tidak baik dan tidak diredhai oleh Allah S. W. T. Umat Islam juga haruslah mengelakkan diri daripada terlibat dan terpengaruH dengan hiburan-hiburan yang melalaikan dan menyesatkan. Ini kerana, sesungguhnya hiburan yang melalaikn dan tidak mengikut hukum islam itu hanyalah membuang masa dan menjauhkan diri kita daripada Allah S. W. T. dan kita juga hendaklah berhibur dengan batasan agar tidak menyimpang dari agama Islam.


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com