Detik sakarat al maut


Segala puji bagi Allah sekalian alam dengan limpah dan kurnianya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus yang diberikan kepada saya. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Ustaz kerana telah membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada saya bagi menyiap kerja kursus ini dengan sempurna. Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada kedua ibubapa saya kerana telah memberi bantuan kewangan dan dorongan untuk saya menjalankan tugasan ini dengan baik dan sempurna. Tidak lupa juga kepada sahabat-sahabat saya kerana telah memberi bantuan kepada saya seperti nasihat yang berguna dan saya mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat bagi menjayakan kerja kursus ini, semua yang baik datang daripada Allah dan semua yang kurang datang daripada kelemahan diri saya sendiri.

PENDAHULUAN
Sesungguhnya segala puji bagi Allah. Kami memuji-Nya serta memohon pertolongan dan keampunan-Nya. Kami juga berlindung kepada-Nya dari segala kejahatan jiwa dan keburukan amalan-amalan kami. ‘ Aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad ialah pesuruh Allah’. “ Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan janganlah sesekali kamu mati melainkan dalam keadaan agama islam”. (Al-Imran; 102). “ Hai sekalian manusia, bertakwalah kepada Allah yang telah menciptakan kamu dari seorang diri, dan darinya Allah menciptakan isterinya dan dari keduanya Allah kembangbiakkan laiki-laki dan perempuan yang banyak. Dan bertakwalah kepada Allah yang (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta antara satu sama lain dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu ”. (An-Nisa’; 1). Setiap yang kecil dan yang besar akan mati, setiap orang mulia akan mati, setiap orang kaya dan miskin akan mati, setiap orang yang taat dan mungkar akan mati, setiap yang gagah dan lemah akan mati. Tidak kira tua atau muda semuanya akan mati dengan ketentuan Ilahi. Hanya Zat Yang Memiliki Kemuliaan dan Kekuasaan (Allah) ahaja yang tidak akan mati. Seperti mana firman Allah, “Sesungguhnya keadaan kekusaan-Nya apabila mengkehendaki sesuatu hanyalah befirman ‘ jadilah ’ maka terjadilah ia. (Yassin; 81).

DETIK-DETIK SAKARATUL MAUT
Sakaratul maut adalahdetik yang paling ngeri dan menakutkan dalam kehidupan setiap manusia. Menyerang roh dan mencabutnya dari setiap urat saraf, dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Ia lebih sakit daripada ditikam pedang, dibelah dengan gergaji, dan dikelar dengan pisau. Kita semua sedang menanati detik itu, kerana setiap sedutan nafas adalah langkah yang semakin mendekatkan dirinya dengan kematian, menunggu kedatangan malaikat pencabut nyawa. Malangnya ramai manusia tidak menyedarinya dan leka dibuai arus keseronokkan dunia.

Manusia perlu mencari keredaan Allah untuk kesenangan di akhirat kelak. Islam melarang umatnya mengharap kematian, kecuali jika bimbang agamanya akan hancur. Larangan ini dilakukan supaya orang yang beriman dapat menambah kebaikannya dan orang mungkar dapat segera bertaubat. Anas meriwayatkan, Rasulullah bersabda ; “janganlah salah seorang daripada kamu mengharapkan kematian kerana sesuatu bahaya akan menimpanya. Namun jika ia terpaksa melakukannya, hendaklah ia mengucapkan, `Ya Allah, panjangkanlah umurku jika hidup lebih baik bagiku, dan matikanlah aku jika kematian lebih baik bagiku`. ” Manusia juga haruslah sentiasa mengingati saat datangnya kematian dan bersiap sedia untuk menghadapinya, ini bagi menguatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Ini adalah perkara yang sangat baik bagi orang yang menjadikan kematian sebagai tempat ia jatuh, tanah sebagai tempat pembaringan, cacing sebagai kawan, Munkar dan Nakir sebagai teman, kubur sebagai rumah, kiamat sebagai tempat kembalinya, serta syurga dan neraka sebagai hasil atas amalannya supaya tidak ada yang difikirnya kecuali Allah. Allah berfirman “biarkanlah mereka (di dunia ini) makan dan berserokan dan dilalaikan oleh angan-angan (kosong), maka kelak mereka akan mengetahui (akibat perbuatan mereka”. (Al-Hijr: 3). Manusia seharunya menjaga sikap mereka terhadap kematian. Manusia itu ada yang tenggelam (sibuk dengan dunia), ada yang menyesal pada permulaan, da nada pula yang mengetahui pada akhirnya. Orang yang tenggelam (sibuk dengan dunia) mereka tidak akan mengingati akan kematian kerana mereka sibyuk dalam mengejar dunia. Orang yang menyesal mereka ini tergolong dalam golong yang beriman, ini kerana mereka akan memperbanyakan zikir dan ibadat agar hati mereka muncul perasaaan takut dan taubat mereka akan menjadi sempurna.
Allah berfirman “katakanlah ’sesungguhnya kematian yang kamu lari darinya, maka sesungguhnya kematian itu akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada (Allah), yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan’. ” (Al-Jumu’ah; 8). Namun yang mengherankan, seandainya manusia sedang berada dalam kenikmatan yang paling besar dan tempat-tempat hiburan yang paling baik, padahal ia sedang menunggu saat datangnya singa yang akan datang menerkam sebanyak lima terkaman bagi menghilangkan kenikmatan, sehingga akan musnahlah kehidupannya. Pada hakitkatnya setiap denyutan jantung, ia sedang menunggu kedatangan malaikat maut yang membawa sakarat naza’ dan mereka lalai terhadap semua itu. Ketahuilah, hebatnya derita ketika sakaratul maut tidak ada yang mengetahuinya, melainkan orang yang telah merasakannya. Naza’ ialah ungkapan dari suatu penderitaan yang dialami oleh roh, dan kemudian ia merebak ke seluruh tubuh hingga tidak tersisih satu pun bahagian tubuh melainkan ia dihinggapi dengan rasa kesakitan. Sakitnya naza’akan menyerang roh dan akan menyebarkan ke seluruh badan kerana saat roh ditarik daripada setiap urat, saraf, sendi, rambut, kulit, dan belahan kepala hingga ke pangkalnya. Secara perlahan-lahan setiap anggota menjadi mati. Permulaannya kedua kaki menjadi terasa sejuk dan dingin, lalu betis, pahanya, serta setiap anggota badan mengalami penderitaan yang sangat pedih dan klimaksnya adalah dikepala. Pada saat itulah, pandangan mata kepada dunia serta keluarga terputus dan pintu taubat sudah tertutup baginya. Ibnu Umar berkata Rasulullah bersabda; “sesungguhnya Allah akan menerima taubat seorang hamba selagi rohnya belum sampai di kepalanya”. Dan Allah berfirman; “dan tidaklah taubat itu diteima Allah daripada orang-orang yang mengerjakan kejahatan (yang) hingga apabila datang ajal kepada seseorang itu di antara mereka, (barulah) ia mengatakan, ’sesungguhya aku bertaubat sekarang’…” (An-Nisa’; 18). Diriwayatkan ada sekelompok orang Bani Israel sedang melati perkuburan. Sebahagian mereka berkata kepada sebahagian yang mereka yang lain, “seandainya kamu berdoa kepada Allah agar Dia mengeluarkanmayat dari kubur ini untuk kamu bertanya. “ Maka mereka pun berdoa kepada Allah, hingga tiba-tiba dihadapan mereka sendiri berdiri seorang yang terdapat bekas sujud di antara kedua matanya telah keluar dari kuburnya, lalu ia bertanya. “Wahai kaum, apa yang kamu kehendaki dariku! Sungguh pun aku telah merasa kematian sejak lima puluh tahun, dan hingga sekarang pahitnya kematian tidak pernah sesekali membuatku tenang. Kematian ialah kengerian di dunia dan akhirat yang paling menyakitkan bagi orang mukmin. Ia lebih mengerikan daripada dikelar dengan pisau.
Seandainya mayat itu boleh dikembalikan, dan menceritakan tentang kematian kepada manusia yang hidup nescaya mereka tidak dapat mengambil manfaat didunia dan tidak boleh tidur dengan tenang. Diriwayatkan tatkala Nabi Ibrahim meninggal dunia, Allah bertanya, “bagaimana engkau merasakan kematian wahai kekasihku?” lalu Nabi Ibrahim menjawab, “ia laksana besi yang mencengkam bulu roma yang kering lalu ditarik. ”Allah berfirman, “padahal kami telah meringankannya untukmu”. Bencana-bencana yang mengerikan bakal datang disaat seseorang itu menghadapi kematian. Antaranya ialah pertama pedihnya naza’ seperti yang telah diceritakan. Kedua melihat bentuk malaikat maut dan timbul rasa ketakutan dalam dirinya. walaupun ia melihat bentuk malaikat yang mencabut nyawa bagi orang yang berdosa itu ialah orang yang kuat kekuatannya nescaya ia tidak akan sanggup melihatnya. Dari Ibrahim, Al-Khali bahawa ia bertanya kepada malaikat maut, “bolehkah kamu memperlihatkan kepadaku bentuk kamu ketika kamu mencabut ruh orang yang fasik?” Malaikat maut berkata, “apakah engkau sanggup melihatku?” lalu ia menjawab, “ Ya, lalu aku berpaling darinya dan kemudian aku menoleh kepadanya lagi, dan tenyatalah susuk tubuhnya orang yang sangat hitam, rambutnya berdiri, baunya sangat busuk, pakaiannya hitam, mulut dan hidung keluar api dan asap”. Sehingga Ibrahim pun pengsan. Kemudian setelah Ibrahim sedarkan diri dan malikat maut kembali dengan bentuknya yang asal, Ibrahim berkata “ wahai malaikat maut, jika orang yang fasik itu tidak melihat yang lain disaat kematiannya melainkan rupamu, maka hal itu sudah cukup baginya”. Ketiga melihat para pelaku maksiat, tempat-tempat mereka di neraka dan ketakutan yang datang kepadanya. Ketika saat naza’ kekuatan mereka lemah dah roh-roh mereka besiap sedia untuk keluar. Roh-roh mereka tidak akan keluar, selagi mereka belum mendengar seruan malaikat maut dengan salah satu daripada dua khabar gembira, “bergembiralah di neraka wahai musuh Allah!” atau “bergembiralah di dalam syurga wahai wali Allah!” dari sini ketakutan orang yang berfikir akan muncul. Dari Aisyah ia berkata Rasulullah bersabda; “barang siapa yang senang berjumpa Allah, maka Allah senang berjumpanya. Dan barangsiapa yang benci berjumpa dengan Allah, maka Allah pun benci untuk berjumpa dengannya. Maka aku bertanya ‘wahai nabi Allah apakah maksudnya benci akan kematian?Sebab setiap daripada kita benci akan kematian. ’ Nabi menjawab, ‘bukan begitu, tapi jika seseorang mukmin itu diberi khabar gembira dengan rahmat dan keredaan Allah serta syurgaNya, nescaya ia kan senang berjumpanya. Adapun orang kafir jika diberi khabar dengan azab dan kemurkaan Allah, nescaya ia kan benci untuk berjumpa dengan Allah dan Allah pun benci untuk berjumpa dengannya.
Semua ini akan dialami oleh orang-orang yang melakukan maksiat dan akan dijauhkan daaripada orang-orang yang taat kepada Allah. Orang yang taat akan melihat malaikat maut dalam rupa yang baik. Antara keadaaan para sahabat wafat, sebagai contoh Abu Bakar As-Siddiq, saat beliau menjelang wafat, Aisyah berkata “demi umurku!Kekayaan tiadak akan lagi berguna kalau nyawa sudah ditarik dan dada sudah terasa sesak”. Hadis Al-Barra’ bin Azib, telah menerangkan tentang roh orang muslim dan kafir ketika dicabut. Al- Barra’ bin Azib berkata “ kami pernah mengiringi jenazah seorang ansar bersama Rasullulah dan kemudian kami sampai ke tanah perkuburan sedangkan liang lahad belum digali. Lalu Rasulullah duduk mengadap kiblat dan kami pun dduk disekitarnya. Rasulullah membawa tongkat di tangannya, lalu beliau memukul tonkat tersebut ke tanah, dan beliau melihat kea rah langit dan melihat semula ke tanah, menaikkan pandangannya dan menurunkan semula pandangannya sebanyak tiga kali, lalu bersabda, “berlindunglah kalian kepada Allah daripada azab kubur”. Beliau megucapkan itu sebanyak dua hingga tiga kali, lalu beliau bersabda, “ Ya Allah aku berlindung kepadaMu daripada siksa kubur!” sebanyak tiga kali. Beliau bersabda lagi, “ jika seorang hamba yang beriman menghadapi saat-saat berakhirnya didunia dan bagi menghadapi akhirat, malaikat yang putih wajahnya turun dari langit, wajah mereka putih bagaikan cahaya matahari. Mereka menbawa kain kafan dan minyak wangi dari syurga, mereka duduk di tempan yang sayup mata memandang, lalu malaikat maut datang dan duduk dikepalanya, kemudian mengatakan, ‘wahai jiwa yang baik keluarlah menuju ampunan dan keredaan Allah!’ Rasulullah bersabda ‘ lalu jiwanya keluar bagaikan air yang mengalir dan diambil oleh malaikat maut’ ”. Dalam riwayat lain mengatakan, “ setelah rohnya keluar malikat yang berada diantara langit dan bumi solat untuknya dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit. Setiap penjaga pintu berdoa untuknya agar roh itu dinaikan dari pintu mereka. Setelah roh itu diambail oleh malaikat maut, malaikat lain tidak embiarkan roh itu dipegang oleh malaikat maut, malaikat lain segera mengambilnya dan meletakkannya kain kafan yang diulasi oleh minyak wangi. inilah yang di maksudkan dalam firman Allah, “sehingga datangnya kematian kepada salah seorang daripada kamu, ia diwafatkan oleh malaikat-malaikat kami dan malaikat-malaikat kami itu tidak melalaikan kewajibannya”. (Al-An’am; 61). Rasulullah bersabda “ sedangkan seorang hamba yang kafir jika ia menghapi saat kematian, turunlah kepadanya malaikat yang bengis lagi kasar. Wajahnya hitam membawa kain kasar dari api, mereka duduk sejauh pandangan mata. Lalu datanglah malaikat maut dan duduk dikepalanya dan berkata ‘wahai jiwa yang jahat, keluarlah menuju kemurkaan dan kemarahan Allah!’ dan rohnya dicabut dengan kasar, hingga seluruh otot dan uratnya terputus. Kemudian malaikat yang berada diantara langit dan bumi melaknatnya, begitu juga malaikat langit dan pintu langit tertutup baginya. Setiap malaikat penjaga pintu berdoa agar roh itu tidak melepasi pintu mereka. Ketika rohnya sudah dicabut, malaikat maut tidak akan membiarkan walaupun sesaat berada di tangannya. Malaikat yang hadir segera mengambil rohnya dan mengenakannya kain kafan yang kasar, lalu terciumlah bau busuk sebagaimana bau yang paling busuk didunia. Kemudian roh itu dibawa naik. Setiap malaikat bertanya ‘roh busuk siapakah ini?’ mereka menjawab (fulan bin fulan) dengan menyebut namanya yang paling buruk didunia. Sampai ke hujung langit malaikat meminta izin untuk masuk, tetapi tidak dibukakan pintunya. Lalu Rasulullah menbaca ayat; “. . sesekali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak pula mereka masuk syurga, hingga unta masuk ke lubang jarum. Demikianlah kami memberi pembalasan terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan”. (Al-A’raf; 40). Dimanakah tempat tinggal roh setelah mati?. Ada perbezaan pendapat mengenai tempat tinggal roh setelah manusia mati hingga hari kiamat nanti. Pendapat yang plaing kuat adalah tempat tinggal roh ialah dialam barzakh, dan tempat tinggal tersebut berbeza bagi sesuai dengan alamannya didunia. Begitu juga tempat tinggal roh-roh para Nabi sebagaimana dilihat oleh Rasulullah ketika peristiwa Isra’ Mi’raj. Ada pula roh yang berada di bumi dan tidak boleh untuk tinggal bersama para penghuni langit. Mereka ini ialah roh yang jahat, iaitu roh yang tinggal di periuk tempat diberi azab dan balasan yang pedih kepada para penzina. Selain itu ada roh yang tinggal di sungai yang berdarah dan dilempari batu. Sebahagian sahabat bertanya kepada Rasulullah, “ wahai Rasulullah bagaimana anak-anak kaum musyrikin (yang mati sebelum dewasa)?”. Nabi menjawab, “mereka pun demikian. Orang yang kamu lihat sesetengah rupa parasnya cantik dan sesetengah lagi buruk tetapi mereka sama-sama melakukan amalan baik dan jahat, mereka mendapat keampunan daripada Allah”. Selain itu, bolehkah roh manusia yang hidup bertemu dengan roh manusia yang telah meninggal?Ya, roh manusia hidup yang sedang tidur boleh bertemu dengan roh manusia yang telah meningal dunia. Sebagaimana firman Allah. “ Allah memegang jiwa (orang) ketika matinya dan memegang jiwa (orang) yang belum mati diwaktu tidurnya; maka Dia tahanlah jiwa (orang) yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia melepaskan jiwa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir”. (Az-Zumar; 42).
Ayat ini menjadi dalil bahawa roh manusia berkumpul di langit. Sebahagian Ulama berpendapat bahawa Allah mengambil roh manusia yang mati dan manusia yang tidur, lalu roh-roh itu saling berkenalan seperti yang dikehendaki oleh Allah. Allah menahan roh orang yang mati dan melepaskan kembali roh orang yang hidup untuk kembali ke jasadnya. Orang yang telah meninggal dunia juga boleh mendengar ucapan orang yang hidup dan dapat merasakan kehadiran mereka. Hadis yang diriwayatkan Al-Bukhari dam Muslim, Nabi bersabda; “ia mendengar suara langkah mereka jika mereka pergi meninggalkan kuburnya”. Orang yang mati juga mendapat pahala melalui perkara tertentu. Nabi bersabda, “tujuh golongan yang pahalanya mengalir walaupun mereka telah mati dan berada didalm kubur: Guru yang mengajar ilmunya, orang yang membuat sungai, menggali sumur, menanam pohon kurma, membangunkan masjid, mewariskan Al-Quran atau meninggalkan anak soleh yang selalu berdoa baginya setelah mati”. Abu Hurairah menceritakan Nabi bersabda, “jika seseorang manusia meninggal dunia, maka amalannya akas terputus melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang akan mendoakannya”. Kesimpulannya kembalilah kepada Allah dan pintu taubat sentiasa terbuka bagi orang yang beriman. Allah berfirman, “katakanlah, ‘hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dalam mencari keredaan Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa kamu semua. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. (Az-Zumar; 53)

PENUTUP
Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana telah memberi kesempatan kepada saya bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan baik dan sempurna. Seperti mana yang kita tahu mati ialah perkara yang pasti dan tidak perlu diragui lagi. Setiap yang hidup akan menemui mati kelak dan yang membezakannya ialah amalan kita didunia ini. Waspadalah kita terhadap dunia kerana ia merupakan impian kosong, berdoalah adan bertaubat kepada Allah supaya dapat diampuni dosa kita yang terdahulu ataupun yang kemudian. Belum terlambat untuk kita bertaubat dan menyesali atas semua kesalahan yang telah dilakukan. Nabi bersabda, “ Tidak wujud perkataan terlambat bagi orang beriman, jika esok kiamat, dan ada benih di tangan lebih baik ditanam benih itu”. Maksud hadis ini menceritan tidak ada perkataan ‘ terlambat ’ bagi orang islam untuk bertaubat dan menginsafi perbuatannya. Jika esok kiamat akan datang, dan ada benih di tangan lebih baik ditanam benih itu. Jika kiamat itu benar-benar datang tidak ada masalah. Saya akhiri dengan firman Allah berbunyi, “ Tiap-tiap yang berjiwa pasti akan merasakan mati…”. (Al-Imran; 185).


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com