Cara hidup muslim melalui peradaban


DISEDIAKAN UNTUK: 
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN

DISEDIAKAN OLEH: 
NOOR AINHIDAYAH BINTI KOFLI 
2011399297

TARIKH MENGHANTAR: 
11 SEPTEMBER 2012

PENGHARGAAN

Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum. . .
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana kerja kursus bagi CTU 151 ini dapat disiapkan juga pada masa dan waktu yang telah ditetapkan. Tidak lupa juga diucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah subjek ini iaitu Ustaz Abdul Aziz B. Harjin kerana memberi tunjuk ajar yang berkesan dalam menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang secara tidak langsung memberi pandangan dan idea-idea yang bernas dalam menyempurnakan tugasan ini. Akhir kata, semoga tugasan yang disiapkan ini dapat memenuhi syarat-syarat yang sepatutnya.
Wabillahi Taufik wal-Hidayah
Terima Kasih

PENDAHULUAN

Adab ialah perkataan Arab yang membawa maksud adat, ataupun juga membawa maksud kebiasaan, budi bahasa, peraturan pergaulan dan kelakuan yang dicontohi dari orang yang baik akhlaknya. Perkataan asal adab bermakna benda yang bagus, persediaan dan keramaian. Adab di dalam kontek ini adalah sama dengan perkataan Latin Urbanitas, yang bermaksud berketamadunan, budibahasa, kehalusan budi pekerti yang terdapat di kota berbanding dengan ketidaksopanan yang dipraktikkan oleh orang-orang pada masa itu.
Sumber peradaban di dalam budaya-budaya lain yang terhasil dari keadaan semasa yang terdapat dalam masyarakat itu dan ia akan berubah-ubah untuk menyesuaikan dengan suasana semasa. Al Quran dan Sunnah telah menggariskan peraturan yang luas mengenai kehidupan manusia bagi setiap zaman.

CARA HIDUP MUSLIM MELALUI PERADABAN
CIRI-CIRI PERADABAN ISLAM
1)Kesyumulan dan Kesopanan
Satu dari asas utama peradaban Islam ialah ketatatertiban, iaitu unsur yang sangat penting bagi menentukan kekuatan dan kejayaan sesuatu bangsa sebagaimana kejahatan dan peribadi yang buruk akan membawa kerosakan dan kebinasaan kepada sesuatu bangsa itu.
Konsep keinsanan manusia berasaskan amal soleh yang dilakukan oleh manusia itu, iaitu manusia yang baik yang banyak mengerjakan amalan baik dan menjauhi amalan buruk yang dilarang. Amalan soleh bukan hanya terhad kepada melakukan ibadah khusus seperti sembahyang, puasa, mengerjakan haji dan sebagainya sahaja, tetapi bertolong menolong sesama manusia di dalam kebaikan, ziarah menziarahi, memberi makan kepada anjing yang tidak bertuan, berjimak dengan suami atau isteri juga adalah amalan soleh. Sombong dan angkuh tidak dibolehkan dalam apa jua perbuatan kerana tiada seorang pun manusia yang lebih tinggi kedudukannya dari seorang manusia lain kecuali mereka yang tinggi taqwanya kepada Allah. 
Islam menganjurkan kesederhanaan dan keikhlasan di dalam setiap perlakuan baik dalam urusan dunia mahupun akhirat dan melarang keras sikap berlebih-lebihan, kekerasan, paksaan, berpura-pura, angkuh, sombong, riak dan taksub.

2)Matlamat
Di dalam Islam, apa yang penting dan utama ditentukan oleh apa yang menjadi matlamat di dalam Islam, antaranya ialah masyarakat yang maju dan bertamadun dan masyarakat yang makmur dan bahagia dari segi moral dan harta. Peradaban Islam menganjurkan umatnya melaksanakan apa yang penting dan utama dan menjauhkan diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. Mungkin lebih mudah difahami jika diturunkan beberapa contoh keperluan asas manusia mengikut ajaran Islam:
>Pakaian bertujuan untuk melindungi pemakai dari cuaca panas dan sejuk dan juga untuk menutup aurat.
>Rumah adalah untuk bertujuan sebagai tempat berlindung dari cuaca panas dan sejuk dan dari sebarang gangguan dan ancaman.
>Kebersihan bukan sahaja melindungi diri dari penyakit tetapi melambangkan sifat perikemanusiaan seseorang itu.
>Binatang dijadikan oleh Allah untuk manusia dengan tujuan-tujuan tertentu seperti sebagai makanan, bekerja dan kenderaan dan dilarang menggunakan mereka hanya untuk bersuka ria seperti melaga ayam.
Jelas sekali bahawa tanpa sekatan seperti yang dianjurkan di dalam peradaban Islam, semua cara ini akan dijadikan matlamat oleh manusia.
3)Sifat Lemah Lembut dan Baik Hati
Rasulullah SAW menganjurkan sikap baik hati dipraktikkan dalam semua perlakuan umat Islam. Antara contoh-contohnya ialah:
>Bila bercakap, suara hendaklah hanya cukup didengar oleh orang yang berkenaan, tidak perlu terlalu kuat.
>Perkataan yang buruk atau kasar hendaklah dielakkan.
>Ketawa hendaklah tidak kuat atau berbunyi tidak enak.
>Hendaklah cuba menahan tangisan, dan apabila menangis hendaklah dengan sopan, tidak menjerit-jerit dan hendaklah mengesat air mata.
>Di sunatkan senyum apabila bertemu sesama manusia.
4)Bertimbangrasa kepada Orang Lain
Menyakiti orang lain baik dari segi perbuatan, perkataan atau moral adalah ditegah oleh
Islam. Sesungguhnya, tingkah laku yang baik bagi seorang Muslim banyak bergantung kepada sifat timbangrasa dan menjaga kepentingan orang lain seperti:
>Mencaci atau menghina pegangan atau agama orang lain sama ada secara terang-terangan atau sindiran adalah dilarang. 
>Apabila di jalan seorang Islam hendaklah menjauhi sikap dan perbuatan yang akan menyakiti, mengendalakan atau mengganggu orang lain seperti berludah atau membuat bising.
>Apabila di masjid, janganlah mencelah di antara dua orang untuk mendapatkan tempat duduk atau melanggar mereka kerana hendak pergi ke hadapan.
>Bergurau senda menggunakan perkataan yang tidak enak atau memalukan orang lain adalah ditegah. Begitu juga menghina orang lain melalui sindiran atau umpatan atau tekaan adalah dilarang.
4)Peranan Peradaban Islam di Dalam Pergaulan
Matlamat utama peradaban Muslim ialah menjalin hubungan dan mengukuhkan ukhwah dan sebagaimana yang akan dapat kita lihat, sifat-sifat yang perlu ada bagi seorang Muslim itu ialah jujur, menghormati orang lain, amanah, dapat menahan marah dan sebagainya. Pergaulan seharusnya tidak mengandungi unsur-unsur mementingkan diri atau ‘ada udang di sebalik batu” tetapi hendaklah ikhlas hanya kerana Allah.
Pergaulan digalakkan secara perjumpaan beramai-ramai dan inilah sebabnya Islam mewajibkan sembahyang berjemaah di masjid setiap Jumaat dan menganjurkan sembahyang sunat hari raya kerana di sinilah umat Islam dan saling berkenalan. Perjumpaan yang paling besar ialah ketika mengerjakan haji di Mekah dengan dihadiri oleh hampir dua juta jemaah haji dari berbagai bangsa dan negara setiap tahun.
5)Peradaban Islam dalam Hal-hal Agama
>Bersumpah dengan nama selain dari Allah atau dengan nama-nama Tuhan atau sifat-sifatNya adalah haram
>Apabila ada kematian, ucapan seperti “hilanglah tempat aku bergantung” atau “dia pergi terlalau awal” adalah haram kerana mengandungi unsur syirik.
>Seseorang Muslim tidak harus berjanji melakukan sesuatu melainkan dengan merujukkan kepada kehendak Allah dengan berkata Insya Allah (jika diizinkan Allah).
>Membatalkan bermusafir hanya kerana telah terlihat tanda atau alamat yang tidak baik adalah haram kerana ini mengandungi unsur tidak mempercayai takdir.
Sentiasa berpegang teguh dengan adab-adab dan peraturan Islam akan menjauhkan seseorang Muslim dari mendekati bidaah yang tergolong dalam ibadah yang baru dicipta mahupun tokok tambah kepada sunnah Rasulullah. Rasulullah telah bersabda “Sesiapa yang mengadakan –adakan ibadah lain dari yang diajarkan, adalah itu bidaah dan ditolak”
6)Peradaban Islam Dari Sudut Psikologi
>Talak tidak harus dijatuhkan ketika isteri sedang haid kerana ia sedang mengalami tekanan perasaan.
>Selain dari menjaga kebersihan, bersuci akan menyegarkan badan dan fikiran dengan berwuduk sebelum mengerjakan sembahyang, mandi setelah berjimak, melahirkan anak dan haid. Mereka yang memandikan jenazah juga disunatkan mandi kerana bagi semua keadaan ini, mereka akan merasa segar kerana mandi daat menenangkan fikiran dari apa yang mereka alami sebelumnya.
7)Peradaban Islam Dari Segi Perubatan dan Kebersihan
Islam mengajar umatnya supaya sentiasa menjaga kebersihan diri, baik tubuh badan, pakaian, tempat tinggal dan kawasan sekitar untuk menjauhkan penyakit dan juga supaya hati lebih tenang apabila berada di dalam suasana yang bersih. Berwuduk yang diwajibkan untuk mengerjakan sembahyang adalah membasuh anggota badan yang paling terdedah keada kotoran dan habuk. Memotong kuku disuruh oleh Islam kerana kotoran mudah terkumpul pada kuku yang panjang dan ini tentulah tidak sesuai bagi tangan yang sentiasa digunakan untuk memasak, makan, minum dan berjabat tangan.
Di antara kotoran yang mesti dihindari oleh seseorang Muslim ialah najis dan air kencing kerana air kencing mengandungi kuman yang akan bertukar menjadi gas ammonia yang mengeluarkan bau yang sungguh tidak menyenangkan manakala beberapa penyakit boleh dijangkiti akibat dari menghidu bau najis lama.
Suruhan agar Muslim tidak makan tidak makan dengan banyak malah berhenti sebelum kenyang dan makan apabila berasa lapar mempunyai kebaikan-kebaikan dari segi kesihatan, sosial dan moral.
Menyembelih binatang seperti yang disuruh Islam menjamin Muslim untuk mendapat daging yang bersih dari darah kerana darah diketahui sebagai ajen yang baik bagi pembiakan kuman yang menyebabkan berbagai jenis penyakit. Minum alkohol diharamkan Islam kerana walaupun ia mempunyai kebaikan, itu hanyalah sedikit dan keburukan akibat dari meminumnya lebih banyak baik dari segi kesihatan, moral dan mental.
8)Peranan Peradaban Islam Dalam Ekonomi
Peradaban Islam juga menitikberatkan penjagaan ekonomi negara yang sihat dan melarang sikap bermewah-mewah dan membazir di samping menyuruh umatnya berjimat cermat kerana wang ialah alat yang penting bagi kemajuan sesuatu negara baik di masa aman mahupun ketika perang. Muslim walaupun kaya tidak seharusnya membelanjakan wang sesuka hati mereka kerana ini akan menimbulkan kesan kepada ekonomi negara. Umat Islam dilarang bersikap berlebih-lebihan dan membazir kerana Allah telah berfirman di dalam Al Quran surah 5 ayat 3 yang bermaksud:”Mereka yang berlebih-lebihan dan membazir adalah kawan syaitan dan syaitan itu tidak bersyukur kepada Allah. Beberapa aspek kehidupan boleh menimbulkan kesan kepada kemunduran atau mantapnya ekonomi seperti contoh-contoh di bawah:
>Bersederhana dalam berpakaian adalah disuruh dan pakaian bukanlah matlamat tetapi hanya sebagai alat untuk menutup aurat dan dengan itu hendaklah tidak membazirkan wang dengan berbelanja besar membeli pakaian.
>Rumah hendaklah sederhana dan dapat melindungi dari cuaca dan ancaman pencuri dan bukan mengundang pencuri. Juga tidak boleh berbelanja mahal membina masjid dan menghias samada rumah atau masjid kerana masjid dikira dari segi pemanfaatan ke atasnya dan bukan dari segi rupa atau belanjanya.
>Dalam Islam, perkahwinan yang paling afdhal ialah yang tidak menelan belanja yang mahal dan tidak mengandungi perkara-perkara yang membazirkan wang.
9)Peradaban Islam Dalam Perkahwinan dan Kehidupan Berkeluarga
Institusi keluarga adalah tempat di mana anak-anak yang menjadi asas masyarakat akan dididik dari segi moral dan nilai-nilai murni. Hubungan keluarga antara lelaki dan perempuan akan menentukan samada masyarakat itu suatu masyarakat yang bertamaddun atau mundur. Melihat kepada betapa pentingnya perkahwinan dan institusi keluarga, banyak ayat Quran dan juga sabda Rasulullah mengenai perkara ini, dan di antaranya ialah:
>Muslim disunatkan berkahwin awal kerana perkahwinan akan menambah bilangan saudara antara kedua belah pihak.
>Muslim hendaklah tidak menjadikan perkahwinan suatu yang susah dilakukan dan dalam Islam perkahwinan yang paling dirahmati ialah yang paling tidak membebankan pengantinnya.
Islam menitikberatkan kejayaan sesuatu perkahwinan yang dibina dan perkahwinan tidak boleh berjaya jika beberapa syarat tidak dipenuhi:
>Persetujuan dari kedua-dua lelaki dan perempuan untuk mengahwini satu sama lain.
>Sekufu iaitu terdapat persamaan antara lelaki dan perempuan samada dari segi harta, keturunan atau agama. Pasangan yang paling baik ialah yang sama berpegang teguh kepada agama.
>Suami dan isteri dinasihatkan untuk menyelesaikan sebarang perselisihan faham tanpa campur tangan orang lain.
>Bagi kejayaan hubungan suami isteri, ia mestilah berdasarkan sifat hormat menghormati, memahami, bekerjasama, kasih sayang dan insan.
10)Peradaban Islam Mengenai Taraf Wanita
Undang-undang Islam berlaku adil terhadap kedua-dua lelaki dan wanita di mana wanita boleh memiliki harta dan menguruskan hartanya, wanita boleh meminjamkan, memajak dan apa sahaja pekerjaan yang dibolehkan bagi lelaki. Walaupun tempat yang lebih utama bagi wanita ialah di rumah, tetapi ini tidak bermakna wanita harus menganggap rumah sebagai penjara kerana ia boleh keluar dan menjalankan urusan seperti perniagaan, mengajar dan sebagainya selagi ia dapat menjaga batas-batas pergaulan dan adab-adab wanita apabila keluar rumah.
Keadaan atau taraf wanita di sesetengah negara Muslim hari ini tidak harus dijadikan kesimpulan bahawa wanita dianggap manusia kelas kedua oleh Islam. Beberapa contoh-contoh di bawah adalah antara contoh-contoh yang membuktikan wanita adalah setaraf dengan lelaki:
>Rasulullah menyuruh lelaki melayani wanita dengan hormat dan lemah lembut dan tidak memandang rendah kepada mereka dan lelaki yang baik ialah lelaki yang yang paling baik terhadap isterinya.
>Peranan wanita sebagai ibu amatlah disanjung tinggi hinggakan Rasulullah mengatakan syurga berada di bawah tapak kaki ibu dan ibu berhak ke atas layanan baik dari anaknya melebihi bapa.
>Isteri yang baik ialah harta yang paling bernilai di dunia ini di mana ia mempunyai peranan penting di dalam rumahtangga dalam mengatur ekonomi dan pergaulan keluarga.
>Di dalam Islam pakaian lelaki dan perempuan diwajibkan menutup aurat tetapi pakaian lelaki dan perempuan adalah berbeza kerana perbezaan bentuk badan dan kesan mereka terhadap masyarakat. Begitu juga wanita yang ingin keluar dari rumah mestilah ditemani oleh suami atau mahramnya agar ia terselamat dari sebarang gangguan.
11)Peradaban Islam Mengenai Disiplin
Islam mengajar umatnya mengawal perasaan dan bijak menggunakan akal fikiran. Islam juga mengajar umatnya agar sentiasa bersabar, berpuas hati, bersyukur, berdikari dan tidak meminta tolong kecuali atas perkara yang memerlukan sahaja. Menepati waktu dan mendisiplinkan diri adalah sifat yang patut ada pada diri seorang Muslim dan ini di ajar melalui waktu sembahyang lima waktu dan puasa di bulan ramadhan.
Oleh kerana pentingnya waktu dan hidup bersederhana maka beberapa contoh aspek kehidupan di bawah bolehlah dijadikan tauladan. :
>Kehidupan Muslim bermula apabila terbit fajar dan tamat sesudah sembahyang Isyak.
>Berkumpul hanya berbual kosong adalah perkara yang dilarang oleh Islam dan walaupun bergaul dan bertemu selalu digalakkan dalam Islam, masa ini hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara bermanfaat sahaja seperti menuntut ilmu
12)Peradaban Islam Dalam Mengekalkan Perpaduan dan Budaya
Salah satu kejayaan Islam ialah ia berjaya menyatupadukan umat Islam yang terdiri daripada pelbagai keturunan, bercakap berlainan bahasa dan tinggal di merata negara di dunia ini.
Satu yang penting dalam peradaban Islam ialah larangan untuk mengikut atau meniru gaya hidup orang kafir. Ini tidak harus disalahertikan dengan mengambil ilmu atau belajar dari mereka tentang sains, teknologi dan kemahiran mereka yang mana ini digalakkan sehingga Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud “tuntutlah ilmu walau ke negeri China”. Tetapi yang dilarang oleh Islam ialah cara menyambut perayaan dan sebagainya yang diamalkan oleh orang-orang bukan Islam kerana Muslim hendaklah membezakan diri dan amalan mereka dan meniru orang-orang kafir sebagaimana sabda Rasullullah yang bermaksud “mereka akan dibangkitkan di akhirat kelak bersama dengan kaum yang mereka ikuti”.
PENUTUP

Peraturan bagi adab dan perlakuan Muslim bukanlah dicipta oleh pendapat manusia tetapi telah diambil dari Al Quran dan sunnah Rasulullah di mana kedua-duanya adalah diturunkan oleh Allah yang Maha Mengetahui dan Maha Pengasih kepada hambaNya. Seorang Muslim tidak boleh dihukum jika ia telah melakukan kesalahan kerana dipaksa atau kerana kejahilannya tetapi ia dihukum jika ia mengetahui dan memang berniat untuk melakukan kejahatan itu.
Walaupun mengamalkan cara hidup Islam tidak dipertanggungjawabkan ke atas Muslim sehingga ia akil baligh, tetapi adalah ibubapa di anjurkan mengasuh anaknya supaya mengamalkan ajaran Islam yang sebenar sejak kecil lagi supaya anak itu secara langsung akan mengamalkannya apabila dewasa kelak.

------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com