Ayat al Kursi


AL-QURAN DI SEBALIK AYAT KURSI

NAMA:
MUHAMAD NIZAM BIN MOHD RADZIF
NO MATRIK:2011393191

Di sediakan untuk: 
Ustaz Abdul Aziz bin Harjin

Maksudnya:’Allah tiada Tuhan(yang berhak disembah)melainkan Dia yang Tetap hidup yang Kekal selama-selamanya mentadbirkan memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat member syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang merak tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya)Luasnya Kursi Allah kehendaki (memberitahu kepadaNya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaaNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dilah yang Maha Tinggi( darjat kemudianYa), lagi Maha Besar(kekuasaaNya)’.
Ayat kursi diturunkan pada satu malam selepas hijrah, menurut riwayat ayat ini diturunkan dengan
diiringi oleh beribu-ribu malaikat sebagai penghantarnya disebabkan oleh kebesaran dan kemulianya. Disebabkan oleh kebesaran ayat ini syaitan dan iblis menjadi risau disebabkan ada ayat yang

akan menghalang perjuangan meraka dalam menghancurkan umah Nabi Adam A. S. Sebaik ayat ini diwahyukan kepada Rasulullah SAW, baginda segera memerintahkan kepada penulis al-Quran iaitu Zaid bin Thabit agar menulisnya dan menyebarkan ayat kebesaran Allah SWT. Ayat ini disebut sebagai Ayat Kursi disebabkan didalam nya terdapat perkataan ‘Kuris’ ertinya tempat duduk yang megah lagi martabatnya.
 Suasana Ayat Kursi Diturunkan
 Ibu Katsir mengatakan di dalam Tafsir Ibnu Katsir, ”Inilah yang disebut Ayat Kursi. Ayat ini mengandungi suatu hal yang sangat agung. Dan terdapat sebuah hadis sahih dari Rasullulah SAW yang menyebut adalah ayat yang paling utama di dalam kitab Allah SWT (Al-Quran). ”Imam Ahmad meriwayatkan dari Ubay bin Ka’ab bahawa Nabu SAW pernah bertanya kepadanya, ”Apakah ayat paling agung di dalam kitab Allah ?’ maka ‘Allah dan rasulNya lebih mengetahu’ sahut Ubay bin Ka’ab maka Nabi SAW mengulang –ulang pertanyaan tersebut dan kemudian Ubay bin Ka’ab menjawab ‘Ayat Kursi’
Namun begitu keadaan bagi syaitan dan iblis amat berbeza sekali apabila Ayat Kuris diturunkan sebelum itu, syaitan dan iblis telah disebut dalam Al-Quran makhluk yang di benci oleh Allah SWT bahkan telah di keluarkan dari syurga disebabkan sifat angkuhnya terhadap Nabi Adam AS, gara – gara peristiwa itu syaitan dan iblis telah bersumpah akan menyesatkan semua umat kaum Nabi Adam AS di dalam buku ini menceritakan terdapat 7 golongan kumpulan mereka
1. Thabr:bertugas ketika manusia ditimpa kecelakaan atau kematian dengan menyuruhkan manusia merosakkan diri meraka
2. A’war:Bertugas sebagai penghasut melakukan zina dengan menggambarkan kepada manusia tentang keseronakan dan keindahan-keindahanya
3. Masut:Membisikkan supaya manusia berdusta dan berbohong.
4. Dasim:Menghasut seseorang supaya marah kepada keluarganya dan menuduh mereka mendedahkan keaibanya
5. Zalanbur:Bertugas merayau-rayau di pasar-pasar serta menghastu penjual dan pembeli mengadu terhadap kecurangan yang lain
6. Khandab:Bertugas menggangu manusia semasa sedang solat
 7. Walhan:Bertugas mengganggu manusia semasa mengambil air sembahyang
Dan disebabkan keturunan Ayat Kuris kegoncangan di alam jin dan syaitan telah melanda di antara mereka lari bertempiaran menyembunyikan diri mereka ke dasar laut dalam tanah, ke awan, ke gua dan sebagainya, ada juga dari kalangan mereka yang menjerit ketakutan bahkan ada antara mereka pengsan dan terbakar tidak dilupakan disebabkan oleh keagungan Ayat Kursi ini.

Fadilat dan Keagungan Ayat Kursi
Terdapat banyak fadilat yang kita boleh perolehi dari Ayat Kursi itu sendiri seperti di dalam kitab Khawasul Quran
1. Sesiapa yang sentiasa beramal membacanya pada setiap kali selepas solat, nescaya dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang mustakim dan pahala balasan amal orang-orang siddiq iaitu syurga
2. Sesiapa yang membaca ayat kursi ketika henda tidur nescaya Allah SWT mengurniakan keselamatan kepadanya dan jiran-jiranya
3. Sesiapa yang membaca Ayat Kuris sebanyak 170 kali pada waktu tengah malam kerana sesuatu hajat, insyaAllah akan berhasil hajatnya.
4. Sesiapa yang menemui halangan atau kesusahan dalam usaha mencari rezeki, bacalah Ayat Kursi 170 kali, insyaAllah akan murah rezekinya
 Di atas adalah antara cirri-ciri fadilat yang kita boleh perolehi daripada Ayat Kursi itu sendiri.
Terdapat kisah kisah tentang kehebatan dan Keagungan Ayat Kursi ini antaranya yang boleh kite amik ikhtibar ialah dari Ayah Abdullah bin Ubay dengan Jin peminta sedekah yang megisahkan oleh ayah Abdullah bin Ubay Ka’ab r. a, menjadi bukti nyata akan keampuhan Ayat Kursi sebagai pelindung. Ia menceritakan bahawa pada suatu malam ketika melihat kebun kurma milliknya, tiba-tiba ia melihat seekor haiwan mirip dengan seorang anak yang baru baligh. Maka ayah Abdullah bin Ubay bin Ka’ab r. a mengucapkan salam dan dijawab oleh anak itu.
Kesesatan Golongan Menyelewengkan Ayat Kursi
 Khadam Ayat amat famous digolongan pawang meraka gunakan nya untuk mengubat penyakit traditional kebatinan Melayu. Pada asalnya ‘khadam ayat’ ni membawa maksud berguru atau pon menuntut ilmu dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran yang di sertai dengan kaedah kaedah khusus dan dimana akhirnya didatangi oleh makhluk yang dipanggil khadam ayat. Mereka yang mempelajari ayat ini hampir semua antara mereka tidak tahu apa itu khadam ayat lalu mereka terlibat dengan kegiatan amalan kebatinan ketika mereka melakukan rawatan dan tilikan untuk mengatasi masalah. Menurut pengalaman pawang-pawang yang mengunakan amalan ini khadam ayat ini bukan lah syaitan atau pon jin. Dengan membaca ayat kursi dengan kerap tambahan dengan waktu-waktu tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu juga dia akan didatangi dengan makhluk yang dikenali sebagai Khadam Ayat. Dengan membaca ayat kerusi ini dengan kekarapan atau pon selalunya dengan ikuti dengan syarat-syarat lain, dia akan didatangi dengan makhluk yang aneh yang dipercayai sebagai ‘khadam ayat kursi’perwatakah khadam ini ialah memakai jubah hijau dan dan dia akan menghulurkan tangan lalu menanya apakah hajat yang oleh si pengamal. Antara cirri-ciri khadam ayat ini ialah pengamal akan dijaga oleh khadam ayat dari segi keluarga dan harta bendanya di samping itu ia juga akan menjaga rumah dan menyembuhkan penyakit.
Antara cara-cara mendapatkan Khadam Ayat
 Bagi untuk mendapatkan khadam ayat ada syarat-syarat yang perlu dibuat dan tidak sewenangnya seseorang itu boleh mendapatkannya, antara syarat seorang pengamal untuk mendapampingan dengan Khadam Ayat ialah mengadakan kenduri terlebih dahulu sebelum mengamalkan ayat-ayat tertentu yang dibaca dikenali sebagai ‘kepala doa akasyah’, ’doa akashyah’, ’pelapik doa akasyah, ’ dan ‘doa rijalul ghaib’.
Kandungan dan Mesej Ayat Kuris
 Kita merasa jauh dengan Allah SWT jika kita tidak melaksanakan perintahNya bahkan Dia berada dekat dengan diri kita, antara cirri-ciri orang yang jauh dari Nya ialah orang yang melakukan zina tanpa mengira apakah kesalahan yang telah beliau lakukan dan dosa yang telah dilakukan itu telah menjadi ‘hijab’ bagainya bagaikan tidak Nampak apakah dosa yang telah beliau lakukan dan tidak dapat merasakan kebesaran dan kewujudan Allah SWT yang Agung, bagi orang ini Allah SWT amat murka baginya, dari segi batinya hanya Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui. 
Pendinding Dari Serangan Hasad Dengki
 Ayat Kursi boleh menjadi pendinding bagi sebarang niat jahat atau perancangan terhadap seseorang itu dan dapat terhindar rancagan jahat oleh orang yang ingin melakukan sesuatu yang jahat terhadap seseorang itu seperti membunuh, menikam, menuang asid dan sebagainya. Dengan membaca surah an-Naas, al-Falaq dan Ayat Kursi. Ini dapat dibuktikan melalu kisah Rasullulah SAW yang sakit selama 40 hari daripada perbuatan jahat oleh Abdullah bin Ubai yang mengaku dirinya Islam tetapi musuh Nabi Muhammad SAW, mengunakan limu sihir namun begitu Rasullulah SAW membaca sura an-Naas, al-Falaq dan diikuti Ayat Kursi maka datang lah Jibrail mendoakan Rasullulah SAW bermaksuh ‘Dengan nama Allah, aku menjampi engkau daripada setiap perkara yang boleh menyakitimu, daripada penghasad dan pengdengki, semoga Allah menyembuhkan kamu. ’
 Maka disitulah kuatnya Ayat Kursi ini tersebut yang disebut-sebutkan siapa berani menikam ataupon melawan orang yang meminta perlindungan Allah SWT. Siapa juga yang berani menuangkan racun kedalam makanan jika Allah SWT yang melindunginya daripada segala anasir-anasir jahat. Di sampan itu juga Rasulullah SAW juga pernah sabda yang bermaksud :’Jika seseorang mengalami mimpi baik dalam tidurnya, hendaklah dia tidak menceritakan mimpi itu kecuali kepada orang yang mencintainya ‘.
Hikmah dan Makrifat
 Ibadat dan penyembahan terhadap Allah SWT memerlukan kedua-duanya iaitu peraturan syariat dan makrifat. Ini kerana daripada firman Allah SWT di dalam surah adz-Zaariyat 56 ‘Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKu’.
Maksud ayat di atas membawa maksud ‘mereka diciptakan supaya mengenali Allah SWT’ dengan lebih maksud makna ayat di atas ialah bagaimana dia boleh memujiNya dengan sebenar-sebenarnya, meminta tolonganNya dan berkhidmat kepada-Nya. Oleh itu dengan makrikat seseorang itu boleh dicapai dengan menyingkap takbir hitam yang menutupi cermin hati seseorang, menyucikannya sehinnga bersih dan mengilapnya sehingga bercahaya
 Tujuan suci diciptakan manusia ialah supaya manusia mereka mengenali Allah SWT dan memperoleh makrikat dariNya, ada beberapa peringkat untuk mendapat makrikat
1. Seseorang itu perlu mengenali sifat-sifat Allah SWT dan dalil-dalil yang menjadi kenyataan atau perzahiran bagi sifat-sifat tersebut
2. Mengenali Zat Allah SWT
Dengan mempunya kedua-dua makrifat diatas diperoleh hikmah kebijaksanaan yang datang dari dua aspek iaitu hikmah kebijaksaan korhanian dan pengatahuan zahir tentang benda-benda nyata.
Pendapat Para Ulama Tentang Ayat Kursi
 Para Ulama banyak berkongsi tentang pendapat terhadap ayat suci Al-Quran ini iaitu Ayat Kursi, terdapat banyak para ulama berkongsi pendapat antaranya iailah
Pendapat Imam Hassan Al-Banna
 Beliau berkata tentang ayat kursi ini menceritakan kindahan dan kehebatan Islam tercermin pada Ayat Kursi dan Asmaul Husna
Pendapat Syafie Abal Umar- As-Siddiq
 Ayat Kursi mengajarkan cara hidup yang dianjurkan oleh Islam, Ia adalah agama terbaik dan terindah yang tiada tolak bandingnnya dengan ajaran-ajaran agama yang lain.
Pendapat Imam Maududi Al-Ghazali Huseini
 Beliau berpendapat Islam mengatur hidup manusia dengan penuh bijaksana dan penuh keadilan, mengajar manusia nilai-nilai mulia, mengharamkan penindasan, haramkan maksiat dan syirik kepada Allah SWT, menyarankan hidup bersatu padu, tolong-menolong dan mewujudkan masyarakat madani murni yang mendapat hidayah Allah SWT

Kuasa Dan Keajaiban Ayat Kursi
Imam Ibnul Qayyim berkata:
‘Pada sesuatu ketika aku pernah jatuh sakit, tetapi aku tidak menemukan seorang doctor atau ubat penyembuh. Lalu aku berusaha mengubati dan menyembuhkan diriku dengan surah al-Fatihah dan Ayat Kursi, maka aku melihat pengaruh yang sangat menakjubkan. Aku ambil segelas air zamzam dan membacakan kedua-dua ayat tersebut berulang-kali, lalu aku memninumnya hingga aku mendapatkan kesembuhan yang menakjubkan. Seterusnya aku bersandar dengan cara tersebut dalam mengubati pelbagai penyakit dan aku merasakan manfaat yang sangat besar. Kemudian aku khabarkan kepada orang ramai yang mengluhkan sesuatu penyakit dan ramai dari mereka yang sembuh dengan cepat’.
-Zaadul Ma’aad dan Al-Jawabul Kaafi-
Melalui peristiwa di atas boleh dilihat tentang kehebatan Ayat Kursi selain dari ayat yang ditakuti oleh golongan syaitan dan iblis yang boleh membakar mereka jika dibaca dengan memahami ayat nya bahkan ia juga boleh menyembuhkan sebarang penyakit dengan membaca ayat al-Fatiha diikuti dengan Ayat Kursi. Selain itu Ayat Kursi juga boleh mengurangkan ketegangan saraf otak manusia yang berpunca daripada produksi zat cortisol atau zat lainya ketika merespons terjadi kerana antara saraf otak dan otot, dengan pengaruh ayat Al-Quran terhadap ketegangan saraf menyebabkan seluruh badan segar kembali dan mestabilkan badan seseorang itu yang mengalami ketegangan saraf otak.

Membentengi Diri Dari Nafsu Amarah Dan Maksiat
 Disebabkan energy yang dikeluarkan oleh Ayat Kursi mampu membuat segala bentuk kejahatan roboh sebagaimana robohnya kesombongan dan ego iblis apabila berdepan dengan ayat yang ajaib ini. Segala bentuk hawa nafu yang buruk-buruk akan terkuk lutut apabila dibacakan Ayat Kursi, menandakan betapa hebatnya Ayat Kursi itu sendiri. Nafsu dikatakan berkerjasama dengan syaitan kerana melalui nafsu la terciptanya kejadian-kejadian seperti merogol, memfitnah dan sebagainya
1. Nafsu itu merupakan musuh dalam selimut iaitu ia beroperasi dalam diri manusia
2. Nafsu juga merupakan musang berbulu ayam iaitu menyamar sebagai kawan kepada manusia
Ulama-ulama sufi menganjurkan tiga langkah untuk melemahkan hawa nafsu:-
1. Setiap keinginan nafsu itu hendaklah dicegah dan ditahan. Ini berersti ia dikurun atau dibelenggu. Umpama binatang liar apabila dikurung atau ditambat ia menjadi jinak
2. Hendaklah memberikan sesuatu tekanan atau deraan yang berat ke atasnya. Umpama keldai yang liar, apabila dilebihkan muatan bebdan diatas belakangnya, nescaya ia menjadi lemah dan akan menurut perintah, apa lagi kalau dikurang kan rumput untuknya
3. Hendaklah sering berziki, membaca al-Quran dan berdoa memohon perlindungan daripada Allah SWT agar terselamat daripada angkara nafsu jahat. Langkah ini pernting kerana hanya dengan mendapat rahmat Allah Taala, hamba-Nya akan bebas daripada pengaruh atau runtuhan nafsu.
Membentuk Akhlak Yang Unggul Dan Cemerlang
 Tenaga yang dihasilkan oleh mereka yang membaca dan mengamalkan Ayat Kursi adalah pantulan dari ayat ‘Yang Maha Tinggi darjat KemulianNya’ Ertinya menghasilkan akhlak mulia tinggi dan cemerlang yang terhasil dari sifat-sifat mahmudah (terpuji) ialah
1. Menjauhkan diri dari perkara-perkara subahat
2. Memelihara pandangan
3. Memelihara lidah
4. Bersifat lemah-lembut
5. Bersifat benar
6. Bersifat tawaduk
7. Menjauhi sangka buruk dan mengumpat
8. Bermurah hati


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com