Sunday, October 21, 2012

Sumpah Allah Tentang Kemuliaan Al-Quran

NAMA: Rafifi Shahin Bin Rohizan
NO PELAJAR: 2011751161
KOS/KUMPULAN: Diploma Pengajian Perniagaan(BMD2ac)
NAMA PENSYARAH: Ustaz Abd Aziz Bin Harjin
TARIKH DIHANTAR: 11 September 2012

PENGHARGAAN
Assalamulaikum saya ucapakan pada yang membaca tugasan kerja saya pada hari ini. Saya berasa amat besar hati kerana dapat menyiapkan tugasan yang diberi ini. Syukur kehadrat Allah SWT kerana memanjangkan umur untuk saya untuk menyiapkan tugasan yang diberi ini. Terima kasih saya ucapkan pada pensyarah saya Ustaz Abd Aziz bin Harjin, kerana sudi memberi tunjuk ajar pada saya untuk menyiapkan tugasan ini, tidak lupa kepada rakan-rakan saya yang banyak membantu mencari bahan untuk tugasan ini. Tidak lupa juga pada Uitm Perlis kerana menyediakan prasana yg mencukupi untuk saya mencrai bahan untuk menyiapkan tugasan ini.

PENDAHULUAN
Cerita yang saya ingin ceritakan ini bertajuk Sumpah Allah tentang kemuliaan Al-Quran. Dalam cerita ini menceritakan tentang betapa mulianya al-Quran hingga menjadi kitab suci bagi penganut Islam. Dalam cerita ini ada menceritakan tentang serba sedikit isi yang terdapat di dalam Al-Quran. Ia juga menceritakan akibat orang yang tidak mengikut dan berpegang al-Quran dan kelebihan orang yang mengikuti pegangan Al-Quran. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah membaca kisah yang saya ingin ceritakan ini. Diharap dapat dijadikan iktibar dan pendoman kelak.

SUMPAH ALLAH TENTANG KEMULIAN AL-QURAN
Alhamdulilah, majoriti umat islam menghormati al-Quran sebagai sebuah kitab suci. Akan tetapi sayang sekali, boleh dikatakan bahawa penghormatan kepada al-Quran dilakukan tanpa mengkaji dan memahami isi kandungannya. Jauh sekali daripada mengamalkannya.
Sejak dari kecil kita telah diajar oleh orang tua kita untuk menghormati al-Quran semata-mata kerana ia adalah al-Quran. Namun, jarang sekali kita ditekankan untuk belajar mengetahui dan memahami isi kandungan al-Quran dan perananya kepada kita sebagai seseorang islam.
Sekali-sekala kita mengamalkan al-quran, tetapi yang diamalkan bukanlah ajarannya. Ayat-ayatnya sahaja yang diperalatkan untuk tujuan tertentu seperti hiasan dalam rumah, menghalau gangguan makhluk ghaib, melariskan jualan, menyembuhkan penyakit, lulus peperiksaan, memagari rumah dan pelbagai lagi.
Sememangnya tidak salah untuk menghormati al-Quran kerana ia adalah al-Quran kerana ia adalah al-Quran. Jika penghormatan ini didasarkan kepada sikap mengkaji dan memahami serta mengamalkan isi kandungannya, maka ia lebih bermakna dan bermanfaat untuk kita semua.
Lebih dari itu, dengan memahami dan mengamalkan isi kandungan al-Quran, kita sebenarnya telah mencapai tujuan asal al-Quran itu oleh itu diturunkan oleh Allah SWT.
Benar, kita beriman kepada al-Quran. Kita juga mempelajari cara mempelajari cara membaca ayatnya berdasarkan disiplin tajwid yang betul. Akan tetapi, kita masih jauh daripada memahami dan mengkaji isi kandungan al-Quran, apatah lagi mengamalkannya.
Al-Quran kitab suci Allah. Ia menjadi pentunjuk yang menunjukkan kita pada jalan yang mudah, pendek, lurus dan selamat daripada segala kesesakan, cabaran dan liku-liku kehidupan. Tanpa petunjuk al-Quran, kita mudah tersesat ke pelbagai jalan yang lain.
Sifatnya takut kepada Allah menyebabkan kita menghampirinya dengan mentaati segala perintah dan meninggalkan segala larangan-Nya. Kita juga akan sentiasa berusaha mencari keredaan dan menjauhi kemurakaan-Nya. Semua ini dapat kita capai apabila kita menjadikan al-Quran sebagai petunjuk.
Al-Quran adalah cahaya yang menyinari segenap penjuru dunia ini. Al-Quran juga menjadi cahaya yang menerangi sehingga orang yang menggunakan suluhannya sebagai petunjuk, akan memilik ikehidupan yang bermatlamat, terarah lagi terurus.
Kehidupan ini tidak pernah sepi daraipada suasana yang menimbulkan pertanyaan dan persoalan kepada diri kita. Manakah yang benar dan bagaimanakah kita membezakan sama ada ia adalah benar atau salah?
Maka sekali lagi jawapan bagi persoalan di atas ialah ala-Quran. Ianaya bukan sahaja menunjuka dan menjelaskan kepada kita apa yang benar dan apa yang salah, tetapi ia juga berperanan menjelaskan kepada kita kaedah untuk membezakan sesuatu perkara yang benar dan yang salah.
Jika yang menghidupkan jasmani adalah perkara-perkara materialistic, maka yang menghidupkan rohani adalah al-Quran. Jika yang mengubati jasmani yang sakit adalah ubat, maka yang mengubati rohani yang sakit adalah al-Quran. Rohani yang hidup adalah sesuatu yang dicari-cari oleh manusia masa kini.
Setelah sekian lama member tumpuan kepada kehidupan jasmani, akhirnya mereka sedar bahawa ia sebenarnya tidak member kehidupan kepada rohani. Tanpa rohani yang hidup, jasmani terasa sakit, malah ia seolah-olah telah mati sekali pun dihiasi dengan pelbagai keindahn materialistik.
Ini terbukti melalui sejarah bangsa Arab dimana sebelum ditutunkan al-Quran, mereka adalah satu bangsa yang hina lagi tidak dikenali oleh dunia. Akan tetapi setelah diturunkan al-quran, mereka berpegang dan mempratikkan seluruh ajarannya sehingga bangkitlah mereka mampu nmengalahi bangsa-bangsa lain khasnya Rom dan Parsi, dua tamadun yang agung pada saat itu.
Apabila islam berkembang kepada bangsa-bangsa yang lain, mereka turut berpegang teguh kepada ajaran al-Quran dan mempratikkannya dalam seluruh urusan kehidupan.
Berdasarkan sikap ini, mereka yakin umat Islam akan bangkit menjadi umat yang mulia dari timur hingga ke barat. Umat Islam akan menjadi umat yang mulia dari timur hingga ke barat. Umat islam akan menjadi umat yang disegani dan dicontohi serta dihormati oleh umat umat yang lain.
Sayang sekali, beberapa kurun kemudian umat Islam mula mengabaikan ajaran al-Quran. Mereka sudah mengamalkan ajaran-ajaran yang lain. Sikap ini telah merubah keadaan mereka ke arah kehinaan dan kebinasaan sebagaimana yang dapat diperhatikan sekarang ini.
Lebih menyedihkan ialah umat islam masa kini bukan sahaja mengabaikan al-Quran sebagai kunci kejayaan tetapi mereka mencari kunci kemuliaan dan kejayaan daripada orang-orang bukan Islam. Umat islam masa kini sentiasa tunduk dan patuh kepada kehendak dan desakan orang-orang kafir di serata dunia.
Umat Islam meniru bulat- bulat apa sahaja yang berasal daripada orang bukan islam. Malah, mereka menggunakan skala ukuran orang bukan islam untuk menilai dan membezakan antara kemuliaan dan kehinaan. Umat islam masa kini lupa atau tidak tahu bahawa skala ukuran yang sebenar bagi kemuliaan ialah apa yang ada di sisi Allah. Firman Allah yang bermaksud:
‘’Sesiapa yang mahukan kemuliaan, maka bagi Allah jualah segala kemuliaan. ’’
Melalui al-Quran kita dapat mengenal nama-nama dan sifat-sifat Allah. Dengan itu kita dapat memperoleh sedikit gambaran tentang cara Allah mentadbir segala urusan-Nya. Pada waktu yang sama, melalui al-Quran kita mengetahui bahawa nama dan sifat Allah hanyalah sama dari sudut istilah dan makna, tetapi tidak dari sudut bentuk dan tatacaranya.
Sebagai contoh, Allah memiliki sifat melihat dan mendengar. Namun, penglihatan Allah bukanlah dengan mata dan cahaya. Pendengaran Allah bukanlah dengan telinga dan gelombang bunyi sebagaimana makhluk. Ini kerana, Allah maha suci daripada memiliki apa-apa kesamaan dengan makhluk ciptaan-Nya.
Melalui al-Quran, kita juga dapat mengenal Allah sebagai tuhan yang maha pemberi rahmat dan maha pengasih terhadap para hambaNya, lagi maha pengampun.
Dengan pengenalan ini, hendaklah kita semua jangan berputus asa daripada rahmat, kasih saying dan pengampun Allah tanpa mengira sebesar atau sebanyak mana kesalahan yang pernah kita lakukan.
Melalui al-Quran, kita dapat mengenal Allah sebagai Tuhan yang hanya akan mengubah nasib sesuatu kaum apabila kaum itu sendiri yang terlebih dahulu menghendaki perubahan tersebut dan bertindak ke arahnya. Sikap dan usaha memainkan peranan yang sangat penting untuk memperolehi pertolongan Allah.
Melalui al-quran, kita juga dapat mengenali bahawa Allah melarang seseorang hamba itu daripada melanggar perintah dan larangan-Nya. Bahkan, melalui al-Quran kita dapat mengetahui bahawa sebesar-besar larangan ialah memperkatakan sesuatu tentang Allah tanpa ilmu.
Umat islam perlu menjadikan al_quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian kerana Al-Quran adalah kitab yang paling agung diantara kitab-kitab yang lain. Ia diturunkan kepada Nabi Muhammad.
Setiap orang Islam wajib belajar membaca al-Quran. Al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad secara beransur-ansur, ayat demi ayat mengikut keperluan pada masa itu. Setelah Rasulullah s. a. w wafat barulah salah seorang sahabat menyusunnya menjadi sebuah al-Quran yang ada seperti sekarang ini.
Seluruh isi kandungan al-Quran merupakan panduan bagi setiap manusia untuk menjalani kehidupan seharian.
Allah berfirman lagi yang bermaksud:
‘’Maka Aku bersumpah dengan tempat beredarnya bintang-bintang. Sesungguhnya sumpah itu adalah sumpah yang besar kalau kamu mengetahui. ’’
(Surah al-Waqiah;ayat 75-76)
Jika Allah sendiri mengagungkan al-Quran, mengagungkan al-Quran, mengapa manusia sanggup mengabaikan al-Quran dan tidak ambil peduli tentang isi kandungan al-Quran?Tulisan-tulisan al-Quran hanya untuk dijadikan perhiasan, bukan dijadikan panduan menjalani kehidupan seharian.
Al-Quran yang diturunkan kepada Rasul-Nya, mempunyai kelebihan dan mukjizat yang tiada tandingannya.
Allah membuat bandingan mengenai penerimaan manusia terhadap al-Quran, dengan sifat gunung yang kukuh akan menjadi hancur kerana keagungan al-Quran. Umat manusia hendaklah sentiasa berpegang teguh kepada al-Quran di dalam kehidupan seharian sebagai panduan.
Semua makhluk selain manusia tidak mampu untuk menanggung amanah al-quran sehingga gunung-ganang yang kuat dan teguh pun hancur berkecai.
Umat manusia hendaklah memahami kandungan al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan. Allah mempunyai nama dan sifat-sifat yang maha agung lagi maha sempurna.
Dalam surah al-Hasyr ayat 21-24, Allah berfirman yang bermaksud:
‘’sekiranya kami menurunkan al-quran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk dan pecah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan itu, kami kemukakan untuk manusia, supaya mereka berfikir. ’’
‘’Dialah Allah yang tiada Tuhan selain dia, yang mengetahui perkara ghaib dan perkara nyata. Dialah yang maha pemurah lagi maha penyayang. ’’
‘’Dialah Allah yang tiada tuhan selain dia, maha agung, maha suci, maha sejahtera, maha mengurniakan keamanan, maha memelihara, maha perkasa, maha kuasa, maha memiliki segala keagungan. Maha suci Allah dari segala apa yang mereka sekutukan dengan-Nya. ’’
‘’Dialah Allah yang mencipta, mengadakan, membentuk rupa, yang mempunyai nama-nama yang paling baik. Bertasbih kepada-Nya segala makhluk yang terdapat dilangit dan di bumi. Dan dialah yang maha perkasa lagi maha bijaksana’’
Al-Quran adalah kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad sebagai panduan untuk memimpin seluruh umat manusia ke jalan kebenaran. Al-Quran adalah sebuah kitab yang istimewa kerana ia adalah mukjizat agung kepada baginda Rasulullah S.A.W.
Kandungan al-Quran adalah lengkap dan merangkumi semua aspek kehidupan manusia seperti akhlak, ekonomi, social, politik dan sebagainya. Ajaran al-quran sesuai untuk diamalkan oleh semua bangsa dan di semua tempat.
Al-Quran dijamin terpelihara daripada sebarang perubahan dan penyelewengan sehingga hari kiamat. Keindahan bahasa al-quran tidak dapat ditandingi. Al-Quran juga membimbing manusia untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Setiap huruf yang dibaca, dikira sebagai ibadat dan diberi ganjaran pahal disisi Allah.
Sumpah Allah diatas menunjukkan kemuliaan al-quran yang sangat agung. Sesiapa yang mengamalkan isi kandungan al-quran, tidak akan tersesat dan terpengaruh dengan godaan syaitan laknatullah. Allah berfirman lagi dengan maksudnya:
‘’Sesungguhnya al-quran ini adalah bacaan yang sangat mulia’’
Syaitan dan jin tidak akan berani mengganggu orang-orang yang suka membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya.
Apabila terdengar seseorang sedang membaca al-Quran, syaitan akan lari bertempiaran. Apabila dibaca di dalam rumah, syatan tidak akan mengganggu penghuni rumah tersebut. Allah sentiasa melindungi orang-orang yang suka membaca al-Quran dari perbuatan-perbuatan orang yang zalim.
Dunia ini akan menjadi aman damai dan sejahtera, jika semua manusia mengamalkan isi kandungan al-quran. Lebih banyak rahmat yang diturunkan oleh Allah apabila manusia hidup berpandukan kepada al-Quran. Tidak akan terjadi penindasan kepada orang-orang yang lemah.
Al-Quran merupakan kitab yang terpelihara, yang tercatat di Lauhul mahfudz(catatan yang tersimpan di singgahsana Allah). Al-Quran tidak boleh disentuh melainkan oleh orang-orang yang berwuduk terlebih dahulu. Al-Quran tidak boleh diletakkan di tempat yang rendah dari kita, untuk mengelakkan dari dilangkahi orang dan menjaga kemuliaan al-quran dengan mempelajari dan menyimpannya dengan baik.
Al-Quran adalah kalam Allah(percakapan Allah), Tuhan semesta alam. Tidak boleh disia-siakan dan dipandang hina. Kalau Allah memuliakan al-Quran kenapa manusia pula tidak mahu memuliakannya ?
Manusia yang tidak beriman kepada al-Quran akan tersesat dan menyesatkan. Sepanjang kehidupannya di dunia ini, hanya bertemankan syaitan. Pemikiran dan akhlaknya banyak dipengaruhi syaitan. Mereka tidak pernah berfikir bahawa dunia ini hanaya kehidupan sementara.
Jangan sekali-kali al-Quran dijadikan senda gurau. Allah telah member peringatan kepada manusia melalui firman-Nya yang bermaksud:
‘’Maka apakah kamu menganggap rendah saja al-Quran ini?’’
Mengapa masih ramai manusia melengahkan diri untuk mempelajari al-Quran? Ada sebahagian manusia yang mengagungkan al-Quran tetapi tidak mengamalkannya. Mereka hanya mementingkan harta kekayaan. Setiap hari Allah memberikan rezeki kepada manusia, tetapi ramai yang lupa untuk menyembah Allah.
Klau kita mengakui rezeki itu adalah pemberian Allah, kenapa selalu meninggalkan solat, berbohong kepada ibubapa, melawan perintah guru dan berbohong pada kawan?Bukankah Allah melarang berbohong kepada sesiapa sahaja. Bohong itu adalah perbuatan dosa besar.
Oleh itu, kalau kita merasa bahawa rezeki itu adalah pemberian daripada Allah, maka syukurilah dengan mengucapkan Alhamdulillah. Taatlah kepada perintah Allah dan jangan sekali-kali mendustakan dan meninggalkan perintahNya.
Pada zaman sekarang, perbuatan berdusta atau berbohong seolah-olah menjadi perkara biasa di kalangan manusia. Allah berfirman yang bermaksud:
‘’Kamu mengganti rezeki yang Allah berikan dengan mendustakan Allah. ’’(Surah al-Waqiah;ayat82)
Mereka terlupa dengan azab Allah dan hari kiamat. Di akhirat, segala pembohongan mereka akan dibalas dengan gunting yang diambil dari api neraka untuk mengguntimg lidah mereka sehingga bertahun lamanya.
Manusia dapat hidup kerana memiliki nyawa. Sekiranya Allah mencabut nyawa kita, sudah tentu tubuh badan ini tidak bergerak. Ramai manusia lupa bahawa nyawa adalah pemberian Allah.
Sebagai bukti, ramai manusia tidak memanfaatkan kehidupan sementara ini dengan melakukan perbuatan yang baik. Ada di antara mereka yang menjadi penagih dadah, berjudi, merempit dijalan, bergaduh dan lain-lain.
Ada pula dari kalangan manusia yang sanagt sombong kerana pangkat dan kekayaan yang mereka miliki, Mereka lupa bahawa pada suatu hari nanti akan pergi meninggalkan dnia ini, menemui Allah untuk menerima pembalasan di atas segala amalan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia.
Manusia ketika sedang nazak, sudah tidak termampu untuk melawan kehendak allah. Meski pun mereka adalah seorang jutawan ternama, memiliki pangkat yang tinggi dan sombong dengan segala kemwahan dan kekuasaan di dunia. Mampukah ketika itu mereka menahan nyawa daripada dicabut oleh Allah?Mampukah ketika itu mereka hdiup semula apabila nyawa tidak ada dalam jasad?
Bagi mereka yang masih hidup, syukurilah nkmat Allah. Jangan sesekali bersifat tamak dan sombong. suatu hari nanti manusia akan kembali menghadap Allah. Sesiapa yang pernah menyaksikan kematian orang lain, ambillah hikmah.
Ada dari kalangan mereka yang dibakar hidup-hidup dia\dalam api neraka kerana ingkar dengan perintah allah semasa di dunia. Ada yang digantung dengan tali yang diambil dari api neraka, digunting lidahnya, diminumkan air yang mendidih, diberi makan daging busuk, dibelit ular raksasa, disengat kala jengking yang berbisa dan berbagai-bagai lagi bentuk seksaan. Seksaan tersebut akan dijalani selama beribu-ribu tahun lamanya. Ada di antara mereka yang kekal selamanya dalam seksaan itu. Sesuai dengan peringatan Allah kepada seluruh manusia.
Segala bisikan dan tipu daya syaitan kita lawan dengan membaca al-Quran dan mengamalkan isi kandungannya. Segala budaya yang dating daripada orang-orang kafir, janganlah diamalkan seandainya tidak sesuai dengan perintah Allah seperti yang terkandung di dalam al-Quran.
Biasakan lidah kita dengan berzikir kalimah-kalimah terpuji seperti, alhamdulilah, subhanallah, astaghfirullah dan lain-lain. Demikian pula apabila kita mengatakan cinta kepada Rasulullah S.A.W. Contohilah akhlak baginda dan banyaklah membaca selawat agar di padang Mahsyar nanti, kita diakui dan diberi syafaat oleh baginda. Dengan selalu menyebut nama tuhan yang maha besar dan membca selawat kepada Nabi Muhammad, InsyaAllah dari godaan syaitan dan tipu muslihatnya.
Seseorang itu akan dapat memperoleh kemuliaan, jika dia menggunakan al-Quran. Sebaliknya dia akan memperolehi kehinaan, jika mengabaikannya.
Apabila kita mengkehendaki kebahagian hidup, mati di jalan Allah, keselamatan di hari kiamat, naugan teduh di hari panas dan hidayah, dilindungi daripada kesesatan, bacalah al-Quran dan amalkan isi kandungannya. Gunakan al-quran sebagai petunjuk dalam kehidupan seharian. al-Quran adalah kalam Allah yang boleh dijdaikan pendinding daripada gangguan syaitan dan pemberat dalam timbangan amal.
Cerita hari kiamat dalam surah al-Waqiah ini memberikan pendidikan kepada seluruh manusia bahawa suatu hari nanti kiamat akan pasti terjadi. Akan tetapi, tidak ada seseorang manusia pun yang mengetahui bila akan terjadi peristiwa hari kiamat tersebut.
Oleh sebab itu, takutlah dengan azab dan seksaan Allah. Berusahalah menjadi manusia yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Jadikanlah al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan seharian.
Jangan sekali-kali melakukan kezaliman kepada diri sendiri dan orang lain. Jadikan Nabi Muhammad sebagai contoh terbaik dalam setiap diri kita masing-masing. Jangan mudah terpengaruh dengan budaya-budaya yang tidak sesuai dengan al-Quran dan hadis. Manfaatkanlah akal untuk berfikir sebaik-baiknya. Allah memberikan akal kepada semua manusia dalam dunia ini, agar sentiasa berfikir tentang kebesaran dan kebenaran ajaran Islam yang dibawa oleh Nbai Muhammad.
Manusia hanya mampu berusaha, belajar dan berfikir tetapi Allah yang menentukan segala-galanya. Tanpa restu dan kasih sayang Allah, nescaya manusia tidak mampu berbuat apa-apa.
Srgala yang ada dalam dunia ini adalah milik Allah. Manusia hidup kerana ada roh, sedangkan roh adalah milik Allah. Apabila tiba masanya, Allah akan keluarkan roh daripada tubuh badan kita. Selagi roh masih dikandung badan, tingkatlah amal dan ibadah sebagai cara dan tanda kita mensyukuri nikmat yang telah allah berikan.

PENUTUP
Kesimpulan dari kisah yang diceritakan, walaupun sekaya mana kita, setinggi mana pun pangkat kita, seramai mana pengaruh kita pada Allah juga kita akan kembali. Sesungguhnya kita ini merupakan ciptaan Allah SWT. Jika hidup kita berpandukan Al-Quran dan Hadis nescaya hidup kita akan sentiasa berada dijalan yang lurus dan kita juga akan selamat dunia dan akhirat. Insya-Allah.

No comments:

Post a Comment