Tajuk: Solat wasiat Rasul terakhir

Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam. Selawat yang paling utama dan salam yang paling sempurna kepada junjungan kita, Muahamad Sallallahu Alaihi wa Sallam, kepada keluarga dan sahabatnya semua. Wa ba’du.

Sesuatu yang paling terkini di ucapkan Nabi Sallallahu Alaihi wa Sallam sebelum Baginda wafat adalah, “Ash-Shalah! Wa maa malakat aymanukum” ; Ingatlah solat! Ingat solat! Dan budak-budak kamu”. Hadis ini diriwayatkan oleh Ali Bin Abu Thalib, Anas bin Malik, Ummu Salamah dan sebagainya. Ummu Salamah berkata, “ Ia(Rasulullah) terus mengucapkannya (solat dan para budak) sampai ucapan tersebut memenuhi lidahnya”.

Solat merupakan wasiat terakhir Nabi Muhamad Sallallahu ‘alaih wa sallam kepada umatnya. ini bermakna bahawa solat merupakan sesuatu yang paling agung yang mesti diperhatikan. Tindakan Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam yang begitu sekali mengucapkan kata-kata solat dngan berulang-ulang di detik-detik terakhir hidupnya menunjukkan kedudukan solat dalam agama yang suci ini. Solat juga merupakan wasiat Rasulullah yang mesti kita renungi dan fikirkan serta melaksanakannya. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam adalah sifat yang tidak bercakap tentang perkara-perkara yang melalaikan yang berdasarkan hawa nafsu. Dalam setiap ucapan dan perbuatan Baginda terdapat hikmah yang kita ketahui dan tidak diketahui, namun Allah Subhanahu wa ta’ala menyiapkan orang mengetahui hikmah tersebut untuk menyebarkannya kerana wasiat ini berkedudukan yang tinggi, maka orang yang menulis tentang solat tidak terhitung jumlahnya dan setiap yang menulis tentang solat sesuai dengan keperluan zamannya.

KEDUDUKAN SOLAT
Solat merupakan rukun Islam yang kedua setelah rukun Islam yang pertama iaitu mengucapkan dua kalimah syahadah yang mengagungkan ke-Esaan Allah Subhanahu wa ta’ala . Oleh itu, solat menjadi rukun amali pertama yang tidak boleh dibandingkan dengan amal yang lain, seperti yang dijelaskan nas-nas(al-Quran dan hadis) yang mulia. Dalam sebuah hadis yang diriwayatakan oleh Ibnu Umar Radhiyallahu anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda, ‘Islam dibangun atas lima perkara : syahadah tiada Tuhan melainkan Allah dan sesungguhnya Muhamad itu pesuruh Allah, menunaikan solat, menunaikan zakat, puasa bulan Ramadhan haji ’’ dan dalam hadis yang diriwayatkan oleh Muadz bin Jabal Radhiyallahu anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda, “yang pentingnya perkara adalah Islam dan tiangnya adalah solat”.

Solat adalah berdiri di hadapan Allah Subhanahu wa ta’ala dengan penuh kehambaan, kerendahan dan kehinaan untuk bermunajat kepada-Nya. dibandingkan dengan ibadah-ibadah lain dalam Islam, solat mempunyai kedudukan yang tertinggi dan utama atas dua perkara iaitu dari segi sejarah, solat merupakan ibadah pertama yang diwajibkan oleh Allah Subhanahu wa ta’ala kepada kaum muslimin dan kedua adalah banyaknya nas-nas yang terbaik al-Quran mahupun hadis yang berbicara mengenai solat dan hal ini tidak kita dapat ibadah lain.

Untuk menjelaskan alasan pertama, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam mula mngerjakan solat pada masa awal-awal dan selepas turunnya wahyu secara langsung untuk pertama kali. Dalam kisah, para sahabat yang masuk Islam di tangan Abu Bakar Radhiyallahu anhu adalah Othman dan sahabatnya. Abu Bakar datang bersam mereka kepada Rasulullah SW ketika menjawab dakwah Nabi dan memeluk Islam, serta mendirikan solat.

Demikianlah, semua nas menekankan bahawa solat mesti dilaksanakan pada awal-awal waktu, bahkan sebelum masa dakwah dilakukan secara sembunyi dan saat itu solat didirikan dua kali iaitu dua rakaat di pagi hari dan di petang hari. Hal tersebut terus berlangsung sampai malam peristiwa Israk Mikraj dan sejak saat itu bentuk solat sudah berubah, iaitu lima waktu sehari semalam. Dan pada hari berikutnya, diperintahkan Jibril turun dan mengimami Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam dalam mendirikan solat lima waktu yang diwajibkan sambil menjelaskan waktu-waktu solat tersebut.

Adapun nas-nas yang menjelaskan kedudukan solat antara lain :

1.  Semua kewajipan dalam Islam diturunkan kepada Nabi melalui malaikat Jibril, kecuali solat. Solat diturunkan langsung dari Allah Subhanahu wa ta’ala kepada Nabi Muahamad Sallallahu ‘alaih wa sallam di langit dalam peristiwa Israk Mikraj. Secara langsung menunjukkan ibadah solat mempunyai keistimewaan yang tidak kita peroleh dalam ibadah-ibadah yang lain.
2.  Hal ini menjelaskan betapa pentingnya kedudukan solat dengan adanya nas-nas secara tegas menjelaskan kedudukan solat. Antaranya dalam Shahih Muslim, diriwayatkan daripada Jabir Radhiyallahu anhu berkata, “ Aku mendengar Rasulullah bersabda, “ yang membezakan antara lelaki dengan kesyirikan dan kekufuran adalah meninggalkan solat”.
3.  Solat adalah yang pertama dihisab pada hari kiamat. Abu Hurairah Radhiyallahu anhu berkata, “ sesungguhnya, amal yang pertama dihisab adalah solat, jika solatnya baik maka ia beruntung dan Berjaya, jika sebaliknya maka ia telah merugikan”.
4.  Solat adalah ibadah persendirian yang berkaitan dengan seorang muslim. Oleh kerana itu, solat adalah ibadah yang tidak boleh digantikan. Imam Ibnu Taimiyah berkata, “solat seperti halnya iman, tidak boleh digantikan dalam keadaan apapun, seseorang tidak boleh menggantikan solat fardhu orang lain, baik kerana uzur atau tidak, seperti halnya seseorang tidak boleh menggantikan iman orang lain, solat tidak gugur dengan suatu keadaan seperti tidak gugurnya iman, bahkan seseorang diwajibkan solat selagi akalnya hadir dan ia mampu untuk mengerjakan sebahagian pekerjaan solat”.
5.  Imam Ahmad rahimallah berkata, “Ketahuilah bahawa Allah Subhanahu wa ta’ala telah mengagungkan keutamaan dan perkara solat dalam al-Quran, Allah telah memuliakan solat dan orang yang melakukannya, dan secara khusus menyebutkan di antara pelbagai ketaatan di pelbagai surat al-Quran”.

MENJADIKAN SOLAT SEBAGAI FOKUS PERHATIAN
Kita telah mengetahui dengan jelas tentang kedudukan solat bahawa solat adalah ibadah utama. Oleh itu, solat mestilah dijadikan keutamaan dan dokus muslim sehingga solat selalu ada dalam fikiran dan ia selalu berfikir untuk mengerjakannya. Sebagai musli, apapun pekerjaannya, ia akan mengatur segala pekerjaan dan urusannya untuk disesuaikan dengan waktu mengerjakan solat, agar tidak ada waktu solat yang ia lalui tanpa mengerjakannya.

Jika ia sedang sibuk dengan pekerjaan dan mempunyai jadual sangat padat, maka waktu solat tetap menjadi keutamaan utamanya, kemudian perlu bijak dalam membahagi semua pekerjaannya di antara waktu-waktu solat. Jika ia musafir, ia memilih jenis musafir yang tidak mensia-siakan waktu solat dengan menggunakan kemudahan yang diberikan olehb syariat seperti menjamakkan dua solat. Jika ia membuat agenda untuk suatu pekerjaan, maka agenda tersebut di luar waktu solat atau tidak bersamaan dengan waktu mengerjakan solat.

Seorang muslim adalah orang yang mengagendakan hidupnya, maka ia harus memasukkan jadual waktu soat dalam agenda hidupnya tersebut dan menjadikan waktu-waktu di luar solat untuk melakukan kerja-kerja lain

PELIHARALAH SEMUA SOLAT
Seorang muslim dituntut untuk berusaha dalam melaksanakan ibadah solat dengan sempurna. Kesempurnaan yang dimaksudkan adalah benar-benar sempurna seperti halnya kamu berusaha untuk menjaga sebuah amanah yang dipertanggungjawab ke atas kamu.

Menjaga ibadah solat seperti tuntutan di atas tidak akan dikecapi melainkan hal-hal seperti berikut :

Melaksanakan solat pada waktu yang telah ditentukan
Melaksanakan solat secara betul dari segi bentuknya
Melaksanakan solat secara sempurna, baik yang dengan kekhusyukan atau ibadah

FAKTOR-FAKTOR DALAM MENJAGA SOLAT :
   Waktu :-
Melaksanakan solat pada awal waktunya adalah perkara yang sangat dicintai Allah Subhanahu wa ta’ala , seperti yang diriwayatkan oleh Ibnu Mas’ud radhiyallah anhu berkata, “Aku Tanya Nabi Sallallahu ‘alaih wa sallam , amal apa yang paling dicintai Allah Subhanahu wa ta’ala ?” Baginda menjwab “solat pada waktunya”.

   Menyempurnakan solat dari segi perbuatan dan ucapan :-
Solat didefinisikan sebagai beberapa perkataan dan perbuatan yang dimulakan dengan takbir dan diakhiri dengan salam. Antara cara menjaga solat adalah mengerjakan suata gerakan dan ucapan sesuai dengan apa yang dilakukan Rasulullah. Baginda pernah bersabda, “solatlah kamu seperti halnya kamu melihat aku solat”. Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam menaiki mimbar dan solat di situ sehingga semua orang melihatnya dan belajar dengan terperinci setiap gerakannya, bahagian-bahagiannya, baik yang mencakup jari, tangan atau duduk.

   Khusyuk dan menghadirkan hati dalam solat :-
Syariat telah menjelaskan untuk menjauhi hal-hal yang dapat mengganggu ketenangan hati semasa mendirikan solat dan menuntut untuk menjauhi hal-hal yang mengarah ke arah itu. Salah satu hadis untuk menjelaskan perkara di atas, antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidah Aisyah radhiyallahu anhu, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda, “Tidak ada kekhusyukkan solat dihadapan makanan dan tidak juga dalam keadaan menahan kencing”. Rasulullah juga bersabda, “jika makan malam salah satu dari kamu telah disajikan dan iqamah solat sudah berkumandang, maka mulailah dengan makan dahulu, jangan tergesa-gesa sampai menyelesaikan makan malamnya”.


SOLAT SUNAT RAWATIB
 Solat sunat ini merupakan tambahan atas solat fardhu. Solat sunat ini dinamakan solat “sunnah”. Dari solat-solat sunat tersebut utamanya adalah solat sunat yang berkaitan dengan mengerjakan solat fardhu, iaitu yang dinamakan solat sunat rawatib. Antara hadis yang menjelaskan hal ini adalah yang diriwayatkan dari Umar RA, ia berkata, “ Aku solat bersama Rasulullah sajdataini(dua rakaat) sebelum solat zuhur dan sajdataini setelahnya, sajdataini sebelum maghrib, sajdataini setelah isyak dan sajdataini setelah solat jumaat”.

 Keseluruhan hadis-hadis mendorong kita untuk mengerjakan solat sunat:
  Dua rakaat sebelum Subuh 
  Dua rakaat atau empat rakaat sebelum Zuhur 
  Dua rakaat setelah Zuhur 
  Dua rakaat sebelum Asar 
  Dua rakaat setelah Maghrib 
  Dua rakaat setelah isyak 

Khusus bagi dua rakaat sebelum subuh, diriwayatkan dari Aisyah RA. ia berkata, “ tidak ada solat sunat yang paling dipegang Rasulullah melebihi dua rakaat sebelum subuh”.

Ada lagi solat-solat sunat yang lain seperti solat sunat tahajjud, solat Duha, solat Qiyamulail dan dua rakaat setelah berwudhu. Solat sunat sebaiknya dilakukan di rumah, seperti yang dijelaskan hadis berikut

Diriwayatkan dari Jabir RA berkata, Rasulullah bersabda, “ Jika salah satu dari kamu melaksanakan solat di masjid maka hendaklah ia menjadikan untuk rumahnya sebahagian dari solatnya sesungguhnya Allah Subhanahu wa ta’ala menjadikan kenaikan dirumahnya dan solatnya(dari solat yang ia kerjakan)”.

SOLAT SUNAT MERUPAKAN PENYEMPURNAAN BAGI SOLAT FARDHU
Dalam sebuah hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda, “sesungguhnya seseorang beranjak dari solatnya dan tidak ditulis (diberi ganjaran) baginya kecuali 1/10, 1/9, 1/8, 1/7, 1/6, 1/5, 1/4, 1/3, 1/2 dari solatnya”.
Yang patut direnungi oleh pembaca dari hadis ini adalah, bahawa turutan ganjaran solat dalam hadis tersebut terhenti di angka ½.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA, ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam berkata, “ sesungguhnya amal perbuatan seorang hamba pertama kali dihisab adalah solatnya. Jika solatnya baik, maka untung lah ia. Jika solatnya rosak, maka rugilah ia. Jika solat fardhunya ada yang kurang, maka Allah Subhanahu wa ta’ala berkata, “ lihatlat apakah hamba-Ku ini memiliki solat sunat ? maka sempurnakanlah solat sunat tersebut apa-apa yang kurang dalam solat sunat fardhunya, kemudian semua amal ibadahnya seperti itu”.

Dua hadis di atas dan hadis-hadis lainya yang senada menjelaskan prose hisab yang terjadi pada Hari Kiamat yang berkaitan dengan ibadah solat dan ibadah yang lain seperti zakat, puasa dan lain sebagainya. Jadi kekurangan yang ada pada ibadah-ibadah yang wajib tersebut disempurnakan dengan ibadah-ibadah sunat.

Oleh itu, fungsi solat sunat yang dilakukan bukan sekadar untuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahu wa ta’ala dan berusaha mendapatkan darjat yang tinggi, malah lebih dari itu adalah untuk menampung apa-apa yang kurang dalam ibadah-ibadah yang wajib. Dengan fungsi seperti dijelaskan di atas menjadikan solat atau ibadah yang sunat seperti halnya ibadah wajib, kerana seseorang itu tidak memiliki ganjaran dari solat atau ibadah sunat, bagaimana ia menampung kekurangan-kekurangan yang mungkin terdapat dalam ibadah-ibadah fardhunya.

SOLAT MENGGUGURKAN DOSA
Allah berfirman : “dan dirikanlah solat itu pada kedua waktu (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat”. 

Allah Subhanahu wa ta’ala menjadikan solat sebagai penghapus dosa-dosa. Orang muslim yang mengdirikan solat 5 kali sehari semalam untuk mengulangi firman Allah yang berbunyi “ iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in” tidak mungkin akan melanggar komitmen ini. Oleh itu, solat dijadikan Allah sebagai perisai bagi mencegah perbuatan keji dan mungkar daripada seseorang muslim. Allah berfirman “dirikanlah solat, sesungguhnya solat mencegah perbuatan keji dan mungkar”.

Orang yang solat tidak boleh mencegahnya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka ia harus meneliti semula, bahawa solat yang ia kerjakan bukan solat yang digambarkan dalam al-Quran. Diriwayatkan dari ‘Imran b Hushain, Rasulullah Sallallahu ‘alaih wa sallam bersabda, “ barang siapa yang solatnya tidak boleh mencegah ia dari perbuatan keji dan mungkar, maka tidak ada solat baginya”.

Salah satu dari watak dan tuntutan solat adalah sebagai penghalang antara seorang hamba dengan dosa-dosa besar mahupun dosa-dosa kecil.

KESIMPULAN
Seorang usahawan yang berjaya adalah ia meletakkan solat sebagai misi sebenar ia dalam hidupnya, mengatur pekerjaannya pada waktu-waktu yang sesuai agar solat dapat dilakukan pada awal waktunya. Seorang muslim juga dituntut untuk memiliki waktu dan terminal yang tetap agar ia boleh muhasabah dirinya di hadapan Allah Yang Esa untuk memuji atas perbuatan yang baik dan memohon keampunan daripada-Nya atas perbuatan yang buruk yang dilakukan.

Amirul Mukminin Umar b Khattab RA berkata,
“hisablah diri kamu sebelum kamu dihisabkan timbanglah amal perbuatan kamu sebelum ditimbangkan atas kamu, sesungguhnya hal tersebut lebih ringan atas kamu dalam hisab besok(Hari kiamat) untuk menghisab diri kamu sekrang, berhisablah untuk sebuah perhelahan yang palinh besar iaitu hari dimana segala sesuatu digelar tidak ada yang tersembunyi dari kamu”
Selawat dan salam atas junjungan kita Muhammad Sallallahu ‘alaih wa sallam , keluarga dan sahabat baginda.


Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
013-4006-206, 011-1070-4212
abdazizharjin.blogspot.com