Perkembangan Tamadun Islam

Nama Pensyarah: 
Ustaz Abd Aziz bin Harjin.

Nama pelajar
Noor Syakilla Binti Bahruddin.

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM
    MUQADDIMAH
Islam adalah agama yang menyeluruh, agama sememangnya untuk manusia seluruhnya. Sejak terciptanya konsep kesejagatan ianya telah sedia difahami. Ia tidak lagi memerlukan sampai berabad- abad untuk memahami maksud sebenar menyeluruh itu. Oleh kerana, agama adalah bersifat menyeluruh, maka tidak hairanlah jika kemunculan tamadun itu dengan sekelip mata telah merubah sejarah dunia. Sehubungan itu, tamadun juga telah membawa revolusi besar ke Tanah Arab. Kemunculan Islam telah memulakan Zaman Pertengahan bagi Dunia Eropah.

    ZAMAN KHULAFA’ AL – RASHIDIN
 
 #FAKTOR KHALIFAH
Ketika pelantikan khalifah terdapat kekacauan selepas Rasulullah. Puak
pertama mempertahankan agar jawatan itu dipegang oleh keturunan Quraisy sahaja, iaitu terdiri dari kalangan Muhajirin. Puak kedua dari keturunan pertamaini, mereka menuntut agar jawatan khalifah dikhaskan kepada keluarga Bani Hashim sahaja. Kerana mereka adalah tergolong dari kaum kerabat Rasulullah sendiri. Puak ini diperjuangkan oleh Ali bin Abu Talib dan penyokong- penyokongnya.

 #SISTEM PEMILIHAN KHALIFAH
    Dalam pemilihan khalifah terdapat empat faktor yang harus ada pada khalifah.Pertama adalah Bai’at atau pemberian taat setia, seperti apa yang dilakukan terhadap Abu Bakar Al- Siddiq yang terjadi dalam dua peringakat. Peringakat pertama dinamakan ‘Al- Bai’ah Al- Khassah’, iaitu pemberian taat setia dari golongan- golongan yang khas di dalam perhimpunan di Saqifah Bani Saidah sahaja. Selepas itu, barulah Abu Bakar menerima ‘Al- Bai’ah Al- ‘Ammah, iaitu pemberian taat setia oleh rakyat jelata pada hari yang kedua di Masjid Nabi.
    Kedua ialah melalui wasiat, seperti yang terjadi pada Umar Al- Khattab apabila dia ditunjuk sebagai pengganti oleh Abu Bakar sendiri. Oleh sebab itu, Abu Bakar mencadangkan nama Umar, dan kebetulan Umar telah dipersetujui oleh sahabat- sahabat. Dengan persetujuan ramai baru diperintahkannya agar Usman Affan menulis sayarat yang menetapkan Umar sebagai penggantinya. Cara pemikiran Umar adalah menurut sistem wasiat, tetapi ia telah mendapat sokongan masyarakat.
    Ketiga melalui sistem Syura, iaitu pemilihan khalifah ditentukan oleh Majlis Mesyuarat. Sistem Syura dilakukan oleh Umar dengan mencalonkan enam orang sahabat besar yang terdiri daripada Usman Affan, Ali bin Abu Talib, Talhah bin Ubaidullah, Zubair Al- Awwam, Saad bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin Auf.
    Akhirnya perlantikan khalifah juga dilaksanakan amanah. Beginilah caranya apabila dari cara- cara yang biasa untuk memilih pemimpin- pemimpin dengan bebas sudah tertutup. Kerana ini telah berlaku terhadap Usman sendiri yang di dakwa telah membuat pelbagai kesilapan dan melakukan kezaliman kepada masyarakat.

    EMPAT ORANG KHALIFAH YANG DILANTIK

 #ABU BAKAR AL- SIDDIQ (632- 634M)
Abu Bakar adalah seorang sahabat Nabi yang terdekat, Abu Bakar adalah salah seorang calon utama dalam pemilihan oleh masyarakat untuk menguruskan tugas yang pernah dilakukan oleh Rasulullah iaitu sebagai pemimpin umat. Walaupun Abu Bakar pernah ditentang oleh masyarakat tentang pemilihannya sebagai khalifah, namun selepas Abu Bakar telah secara sah menjadi khalifah dengan secara terpaksa masyarakat harus menerimanya. Abu Bakar telah banyak membantu bagi mengelakkan umat Islam dari berantakkan sesama Islam. Abu Bakar berusaha dengan sendirinya untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dengan keyakinan yang beliau ada beliau telah berjaya mendapatkan kemenangan yang penuh kegemilangan.

 #UMAR AL- KHATTAB (634- 644M)
Umar adalah khalifah yang sangat mementingkan cara kerjanya. Beliau akan menanyakan sahabat- sahabatnya tentang cara beliau melakukan tugas kerana beliau inginkan berlakunya keadilan dan mengunakan kepintarannya. Umar berbuat demikain kerana beliau bukan inginkan yang terbaik sahaja kerana ianya tidak memandai jika mereka tidak menjalankan tangungjawab mereka dengan amanah. Umar sendiri akan melakukan rondaan setiap malam kerana untuk menjaga keamanan dan mengetahui keadaan sebenar masyakat di situ. Umar merahsiakan identitinya sebagai khalifah, kerana beliau bukan seorang yang riak. Beliau juga telah memulakan pentadbiran yang teratur. Berdasarkan prinsip Syura, Umar telah membentuk Majlis Tertinggi dan Majlis Umum.

 #UTHMAN BIN AFFAN (644- 656M)
Usman mempunyai sikap yang terlalu sopan santun dan pemaaf. Usman telah berjasa dengan menumpaskan gerakkan pemberontakkan wilayah- wilayah yang telah ditakluk ketika zaman Umar Al- Khattab iaitu Khurasan, Iskandariyah, Armenia dan Azerbaijan. Seterusnya, beliau telah mengembangkan gerakkan Islam dan beliau telah menakluk daerah seperti Jurjan, Talkan dan Balkh malahan beliau juga dapat menyebarkan sampai je Sungai Jihun (Amu Daria), pulau- pulau di Cyprus dan Rhodes. Akhirnya, beliau telah menyalin semula Al- Quran dengan menggunakan bahasa yang sebenar- benarnya.


 #ALI BIN ABI TALIB (656- 661M)
Ali telah mewarisi satu pemerintahan yang kucar- kacir, itu bukanlah kehendaknya kerana beliau tidak mampu lagi untuk memulihkan semula. Oleh kerana itu, terkuburlah sudah rangkaian Khulafa’ Rashidin. Keadaan ini terjadi bukanlah salah Ali bin Talib sahaja kerana ianya berlaku kerana kesilapan yang lepas. Sebuah kerajaan adalah tanggungjawab bersama dan ianya termasuklah tokoh- tokoh sahabatnya sendiri. Beliau terkenal dengan seorang yang tegas dan radikal dengan perkara- perkara yang terjadi.


    ZAMAN KERAJAAN BANI UMAYYAH
Kerajaan Bani Umayyah telah dinamakan berdasarkan nama ketua keluarga mereka iaitu salah satu msyarakat dari keturunan Umayyah bin Abd Shams bin Abd Manaf bin Qusay. Bermulanya perlantikan Mu’awiyah bin Abi Sufiyan terbentuklah sebuah kerajaan yang dinamakan Kerajaan Bani Umayyah ketika tahun 661M. Mu’awiyah bin Abi Sufiyan dilantik bagi menggantikan Sayyidina Ali yang sebelumnya sebagai khalifah bagi masyarakat disitu. Bagaimanapun kerajaan Bani Umayyah tetap menggunakan konsep institusi khalifah sehinggalah Kerajaan Uthmaniyyah sehinggalah penghujung Perang Dunia yang pertama.
Khalifah Bani Umayyah mempraktikkan al- Quran, Hadis dan Ijma’ sebagai panduan mereka untuk membentuk sumber perundangan negara. Carta organisasi negara dikekalkan seperti ketika pemerintahan Zaman Rasulullah s.a.w. dan khulafa’ al- Rasyidin. Namun begitu, kerajaan Bani Umayyah memperbaikinya bagi menanpung penambahan penduduk disitu dan penambahan keluasan daerah Islam pada ketika itu.


    SUMBANGAN TAHAP PERTAMA DI DAMSYIK (661- 750M)

 
 #POLITIK DAN PENTADBIRAN
 Terkandung empat sistem telah digunakan pakaikan iaitu Sistem Khalifah, Sistem Wazarah, Sistem Setia dan Sistem Hijabah(sekatan). Dengan adanya sistem perundangan ketika zaman Rasulullah, kini wujudlah sebuah sistem politik yang bersistematik dan mudah di pratikan. Pernambahan beberap jabatan seperti Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Cap Mohor Pemerintahan yang telah dicipta oleh Mauwiyah.



 #PENDIDIKAN DAN SOSIAL
 Masyarakat Islam telah memperkenalkan sumber pendidikan seperti Sains dan Teknologi. Sumber pendidikan ini menerangkan proses pembuatan kapal, proses pembuatan alat kelengkapan perang dan cara- cara penyamaian bagi pembukaan pertanian. Bermulanya dari negara Byzantium dan Parsi boleh mendapatkan ilmu sains serta falsafah Yunani, India dan memperoleh pelbagai ilmu di China. Ketika inilah bermulanya pertejemahan bahasa Latin ke bahasa Arab. Bahasa ini diguna pakai sebagai bahasa rasmi. Pendidikan dimulakan di Kota Basrah, ianya menjadi pusat pembelajaran dan penyebaran ilmu. Khalil bin Ahmad adalah ilmuan bahagian pakar bahasa dan fisiologi Arab. Manakala Al- Farazdaq, Jarir, Umar bin Abi Rabiah dan Al- Uzri adalah ilmuan sasterawan. Ilmu yang terkandung didalam Al- Quran dan Hadis mula diperluaskan iaitu seperti Ulum Al- Quran dan Mustalah Al- Hadis.

 
   #EKONOMI, KEWANGAN DAN SENIBINA
 Wujudnya sistem ekonomi Islam maka mata wang Islam haruslah diperkenalkan bagi menggantikan mata wang Byzantium dan Parsi. Setiap hasil yang terkumpul dari setiap wilayah dikumpulkan. Setelah dikumpulkan hasil itu akan ditolak dari kos pembelanjaan dan seterusnya ia akan di kumpulkan wang lebihan dan dihantar ke Baitulmal iaitu pusat di Damsyik. Seni bina masjid yang di bina mempunyai seninya yang tersendiri dan mempunyai identiti Islamnya yang tersendiri. Antaranya Mihrab ditinggikan seperti Masjid Nabawi, mata tangga mihrab ditambah menjadi enam dan mimbar diukir dengan ayat- ayat suci Al- Quran. Khalifah Abdul Malik binMarwan telah memperkenal kan Kubah ketika zaman pemerintahannya.


    KEJATUHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH DI DAMSYIK
    Kejatuhan Kerajaan Bani Umayyah di Damsyik bermula pada zaman pemerintahan Khalifah Al- Walid 2. Pada ktika itu masyarakat Islam mula memandang remeh dan hilang pedoman kerana berpunca daripada politik, ekonomi dan semanggat terhadap memperjuangkan Islam mula mundur sehingga kekuasaan Islam dirampas oleh Bani Abbasiyyah pada tahun 750M.


    FAKTOR- FAKTOR KEJATUHAN BANI UMAYYAH


 
 #SISTEM PENGANTIAN KHALIFAH MELALUI GARIS KETURUNAN
    Bid’ah adalah satu sistem pengantian khalifah yang baru diperkenalkan secara warisan. Islam banyak menekankan aspek senioriti ianya adalah satu cara yang pengaturannya kurang kejelasan. Berpunca dari kesalahan pencaturan itulah bermulanya persaingan tidak sihat berlaku kerana masing- masing saling membenci dan cemburu dalam kalangan ahli keluarga yang datang dari istana.


 #LATAR BELAKANG TERBENTUKNYA DINASTI BANI UMAYYAH
    Pembentukkan Kerajaan Bani Umayyah tidak terlepas dari melakukan konflik- konflik didalam politik pada zaman pemerintahan Khalifah Ali. Kesan dari pegangan Syi’ah masih lagi terasa dan mereka tetap meneruskan membuat tentangan. Malahan meraka berani membuat tentangan secara terbuka dan pada peringkat akhirnya mereka membuat secara sembunyi sama seperti ketika pentengahan kekuasaan Bani Umayyah. Selepas tertumpasnya gerakkan kerana gerakkan ini telah banyak mengambil alih kuasa kekuatan pemerintah ketika itu.




#PERTENTANGAN ETNIK ANTARA SUKU ARAB UTARA DAN SUKU ARAB SELATAN
    Ketika kekuasaan Bani Umayyah telah berlaku pertentangan etnik iaiyu antara suku kaum Arab Utara dan suku kaum Arab Selatan. Tentangan ini telah berlaku sebelum datangnya Islam di situ lagi. Persengketaan ini mengakibatkan penguasaan Bani Umayyah menghadapi pelbagai kesulitan bagi mewujudkan sebuah persatuan dan kesatuan masyarakat.

 #GOLONGAN MAWALI (bukan Arab)
    Kebanyakkan golongan Mawali terutamanya yang berada di sekitar Iraq dan wilayah bahagian timur mersakan mereka tidak berpuas hati. Masyarakat tidak berpuas hati kerana statu Mawali telah menerangkan bahawa mereka adalah golongan rendah kedudukannya. Sehubungan itu, masyarakat itu menujukan bertapa angkuhnya bangsa Arab yang telah diperlihatkan ketika zaman Bani Umayyah.

 
 #KELEMAHAN PEMERINTAHAN KERAJAAN BANI UMAYYAH
    Pemerintah telah menasihatkan Bani Umayyah kerana sistem perundangannya semakin menurun. Kelemahan ini disebabkan cara hidup mewah yang diterapkan di dalam kawasan istana sehingga menyebabkan anak- anak khalifah tidak mampu menanggung amanah yang telah diberikan untuk menguruskan hal negara takala mereka menguruskan pentadbiran negara yang telah diwarisi oleh mereka. Sehubungan itu, ahli ulama mersakan sangat kecewa dengan segala yang telah terjadi dan dilakukan oleh pewaris- pewaris khalifah. Mereka kurang memberi tumpuan terhadap perkembangan agama dan ianya semakin merosot tentang hal agama.

 #KEMUNCULAN KEKUATAN BARU
    Punca kejatuhan kekuasaan Bani Umayyah telah menyebabkan munculnya kuasa baru yang telah memonopoli kawasan iaitu dari keturunan Al-Abbas bin Abdul Muttalib. Penguasaannya telah mendapat sokongan masyarakat Bani Hasyim dan keturunan Mawali. Mereka merasakan mereka telah diskriminasi oleh pemerintahan Bani Umayyah.
#SUMBANGAN TAHAP KEDUA DI ANDALUSIA (756- 1031M)

Belakunya kejatuhan Bani Umayyah pada tahun 750M, Abdul Rahman al- Daakhili telah membawa diri ke Palestin, Mesir dan Maghribi. Sehubungan itu, beliau mengishtiharkan bahawa beliau adalah salah seorang amir di Andalusia dan Cordova telah menewaskan tentera suku kaum Qais pada tahun 756M. Amir adalah suatu penghormatan kuasa khalifah Bani Abbasiyyah yang berada di Baghdad.

  
    KESIMPULAN
Islam telah berkembang luas keseluruh negara, pelbagai ilmu pembelajaran yang telah diperuntukan. Pengalaman yang lepas mengajar erti kesabaran dan ketabahan bagi menaik semula semaggat yang telah pudar sebagai mana yang telah berlaku di alam kerajaan Khalifa’ al- Rasyidin. Bagamanapun semaggat juang khalifah- khalifah tidak pernah luntur demi agamanya.

------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com