Sunday, October 21, 2012

Konsep Tamadun Islam

NAMA PENSYARAH: 
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJN

NAMA: 
ZULKARNAEN BIN HABEP

NO I/C: 
930606-10-6311

NO PELAJAR: 
2011741023

TARIKH HANTAR: 
12 SEPTEMBER 2012

ABSTRAK
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, dalam Islam, terdapat banyak topik-topik yang boleh dijadikan bahan perbincangan dan kajian, ini kerana Islam adalah menyeluruh. Saya memilih tajuk “Tamadun” kerana ramai yang tidak mengetahui sejarah Tamadun Islam sebelum ini, termasuklah saya sendiri. Oleh itu, saya telah membuat kajian untuk mengetahui sejarah tentang Tamadun Islam ini. Banyak tentang Tamadun Islam yang kita tidak ketahui, contohnya asal-usul makna perkataan “tamadun”, sumbangan Tamadun Islam kepada dunia dan sebagainya.
Sebagai umat Islam, sekurang-kurangnya kita perlu tahu tentang asas-asas kewujudan Tamadun dan Kerajaan Islam yang wujud. Insya-allah dengan kemudahan yang sedia ada ini, saya mampu menjalankan tugasan yang diberikan dengan sebaik mungkin. Segala yang baik datang daripada ALLAH SWT dan yang buruk datangnya dari saya.

PENDAHULUAN
Syukur kehadrat ilahi, dengan nikmat yang melimpah ruah, dapat juga akhirnya saya menyiapkan tugasan yang diberikan, Alhamdulillah. Bersyukur juga kepada ALLAH SWT kerana masih memberi saya kesempatan untuk saya menyempurnakan tugasan ini dan memberi saya ilmu pengetahuan yang saya tidak tahu sebelum ini. Tamadun Islam ialah satu tajuk yang mencabar diri. Ia juga satu tajuk yang amat menarik kerana kita dapat mengetahui sejarah tentang Tamadun Islam, sebuah masyarakat yang hidup bersama hingga ke hari ini. Bukan mudah untuk mencari maklumat-maklumat yang tepat dan betul. Dalam tempoh selama sebulan, saya berjaya menyempurnakan tugasan ini dengan sempurna, Insya-ALLAH. Saya ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang memberi sokongan kepada saya. Selain itu, saya juga gembira membuat tugasan ini kerana tugasan ini selain daripada tugasan semata-mata, ia juga telah memberi ilmu kepada saya dimana saya tidak menghiraukannya sebelum ini, terima kasih. Saya harap Ustaz berpuas hati dengan hasil kerja saya, Amin.

KONSEP
TAMADUN ISLAM
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
KANDUNGAN TENTANG TAMADUN ISLAM
1 Asal Usul dan Definisi Tamadun
2 Perbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat
3 Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam Melayu

HURAIAN

Asal Usul dan Definisi Tamadun

Pelbagai tamadun telah wujud dalam sejarah kehidupan manusia bermula dari tamadun purba seperti Mesoptania, Tamadun Mesir dan Tamadun Indus. Kemudian muncal pula tamadun-tamadun besar seperti Tamadun Rom, Ynani dan Parsi. Tamadun Islam adalah salah satunya yang masih bertahan hingga ke hari ini. Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad S.A.W. selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa Baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. Kemudiannya, Tamadun Islam telah tersebar secara meluas hingga ke seluruh dunia termasuk Eopah yang pada ketika itu mengalami zaman kegelapan, dan masih kekal hingga kini. Ini membuktikan Tamadun Islam ialah tamadun yang hebat.

DEFINISI TAMADUN: BAHASA DAN ISTILAH

Definisi tamadun mengikut bahasa yang digunakan di tanah melayu ialah perkataan “madanna” yang berasal dari Arab.

Mengikut kamus dewan ialah keadaan masyarakat manusia yang dicirikan dan didasarkan pada taraf kemajuan kebendaan dan perkembangan pemikiran (sosial, budaya, politik dan lain-lain)

Mengikut Kamus al-Marbawi ialah dari perkataan “madanna” yang didefinisikan sebagai tamadun dengan kehalusan adab yang bererti berkelakan seperti orang-orang kota, baik perangai dan kelakannya (al-Marbawi :248)

TAMADUN MENGIKUT IBN KHALDUN

Beliau menggunakan perkataan “umran” untuk membincangkan tamadun. Perkataan “umran” bermaksud :
-Suatu kawasan atau tempat yang didiami manusia.
-Keadaan yang subur dan makmur dan berkembang.
-Kawasan yang mempnyai pemerintah atau Raja dan didiami dengan baik.
-Dikait dengan kota-kota dan bandar-bandar yang didirikan oleh
pemerintah atau dinasti tedahulu.
Dalam pengertian yang khusus, kajian oleh Ibn Khaldun tentang tamadun ialah masyarakat yang mempunyai beberapa ciri antaranya ialah mempnyai pegangan agama yang kuat, sistem kenegaraan yang teratur, sisem perundangan yang tersusun rapi, kehidupan cara bandar dan menggunakan kaedah penuisan yang tinggi dan kepakaran dalam bidang senilukis dan senibina. Prof Marzuki HJ Mahmood merumuskan pandangan Ibn Khaldun tentang tamadun ialah kemuncak pembangan yang berkait dengan peningkatan kemewahan, keindahan suasana dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh dipertingatkan kualitinya.

TAMADUN DARI MUHAMMAD FARID WAJDI

Perkataan tamadun yang berasal daripada perkataan “madaniyah” boleh ditemui dalam kitab Al-Madaniah wa al-Islam yang dikarang oleh Muhammad Farid Wajdi. Istilah “madaniyah” juga pernah digunakan oleh Syeikh Mhammad Abduh dalam risalahnya, “Al-Islam wa al Nas wa al Ilm wa al-Madaniah” dan Tafsir al-Mannar. Perkataan “madaniyah” digunakan bagi menggantikan istilah tamadun.

Perbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat

Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam??
Kenapa suasana maju tidak terjadi di alam Melayu?
Kenapakah suasana maju dan cemerlang itu tidak terjadi di alam Melayu walaupun Islam dan ilmu-ilmu dari dunia Islam Timur Tengah telah dipelajari sejak abad ke-13 lagi? Cubalah bandingkan hakikat ilmu di Nusantara dan di Eropah itu bagi mengenal pasti apakah yang menyebabkan orang Melayu terbelakang atau mundur, walhal daerah Nusantara ini bukan seperti Antartika. Nusantara adalah daerah yang subur dan kaya dengan pelbagai hasil bumi dan pertanian.


Ilmu pengetahuan dari Timur Tengah yang dibawa ke alam Melayu bukanlah seperti yang terjadi di Eropah. Eropah menerima ilmu-ilmu dari dunia Islam sewaktu umat Islam berada dalam kekuatan dan kemajuan. Sebab itu ilmu-ilmu yang disifatkan sebagai "akademik" itu berkembang pesat di Eropah dan akhirnya mereka maju.
Nusantara mewarisi suasana yang lemah dan mundur justeru kerajaan-kerajaan Islam di Timur Tengah telah jatuh ke tangan bangsa Tartar. Pada tahun 1258 ataupun abad ke-13, Kota Baghdad telah ditawan oleh bangsa ganas Tartar tersebut. Kumpulan-kumpulan Sufi kemudiannya mengambil peranan menjaga Islam.
A H Johns dalam eseinya, "Ahli Sufi dan Karya Penulisan Sejarah" (Muslim Mystics and Historical Writing) mengungkapkan apa yang telah disebutkan oleh Gibb tentang hal kejatuhan ini:
"Selepas penawanan pemerintahan Khalifah, tugas memeliharakan penyatuan Masyarakat Islam diserah kepada ahli-ahli sufi, iaitu suatu perkembangan yang tertimbul daripada perhubungan yang rapat di antara kalangan sufi Sheikh serta pengikut-pengikutnya, semangat mubaligh sufi, dan asas popular pergerakan itu. Mazhab sufi semakin menjadi asas yang stabil dan berdisiplin dan sebahagiannya menyebar ke kawasan yang luas. " (dipetik oleh A H Johns 1993, 39).
Maksudnya setelah berlaku serangan bangsa ganas itu, orang-orang Sufi telah muncul dan berfungsi menyelamatkan Islam. Dan mereka ini mengembangkan aktiviti mereka ke wilayah-wilayah yang lebih luas. Para sufi pengembara telah melakukan pengembaraan hingga ke Nusantara. Mereka berjaya menyebarkan Islam kepada penduduk Nusantara dalam semua lapisan masyarakat. Berkat dan keistimewaan mereka telah menyebabkan berlaku perkahwinan dengan wanita tempatan, maka bertambah luaslah kegiatan pengislaman.
Mengikut Prof Naguib, tariqat Naqsyabandiah adalah antara yang terbesar. Selain daripada tariqat ini ada lapan lagi tariqat yang besar. Tariqat-tariqat itu ialah Qadariyyah, Rifaiyyah, Syadiliyyah, Chistiyyah, Syatariyyah, Ahmadiyyah, Tijamiyyah dan Alawiyyah (Naguib, 1963, 32).
Daripada sembilan tariqat ini terdapat banyak lagi organisasi yang lain. Ia bermula dengan 14 jenis tariqat kemudian berpecah lagi kepada 163. Jadi kalau dicampur dengan yang asal, menjadikan 177 tariqat, tetapi yang masih kekal hingga ke hari ini berjumlah 76 jenis tariqat sahaja (Abu Hassan Sham, 1980, 75).
Sarjana Sastera Melayu Klasik dari Rusia Vladimir I Braginsky dalam pendahuluan untuk bukunya, Tasawuf dan Sastera Melayu mengungkapkan bahawa di Nusantara ini tasawuf telah diserap masuk ke dalam kehidupan umat Melayu: "Sejak akhir abad ke-14 terutama sekali abad ke-16-17, tasawuf selalu memainkan peranan yang sangat penting dalam sejarah, agama dan budaya di kawasan Melayu — Indonesia yang maha luas itu.
Cukup dikatakan bahawa bentuk Sufi ternyata bentuk yang paling sesuai dengan mentalitas rakyat-rakyat di dunia kepulauan itu, bagi tersebar luasnya Islam di kalangan mereka. Semangat toleransi yang menjadi kelaziman dalam tasawuf mazhab Ibn Arabi yang agung itu serta juga kecekapan dan kefasihan mubaligh-mubaligh sufi yang tahu jalan-jalan menuju hati, baik para intelek dan aristokrat yang terpelajar mahupun rakyat jelata, sangat mempermudahkan bagi masuknya agama Islam ke dalam semua lapisan masyarakat. (1993, xi)
Amalan-amalan sufi ini adalah pada peringkat untuk menebal keyakinan dalam hati dan menjalinkan keakraban yang tinggi dalam konteks hubungan intim dengan Tuhan. Selain itu ilmu-ilmu asas Islam seperti Fekah, Tauhid, al-Quran dan al-Hadith serta lain-lain terus dipelajari. Pelajar-pelajar Melayu-Indonesia yang mendapat didikan di Makkah dan Madinah pada musim haji atau selepas musim haji kembali ke Nusantara dan mengembangkan ilmu-ilmu itu kepada masyarakat setempat. (Azyumardi Azra, 1995, 17)
Samudra Pasai (1280-1400) adalah tempat penulisan kitab-kitab agama dan kesusasteraan Melayu. Melaka (1400-1511) juga menampilkan hal yang serupa, ditambah lagi dengan cerita-cerita hikayat pahlawan-pahlawan agung seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah yang dibaca untuk memulihkan semangat orang-orang Melayu untuk menentang Portugis pada 1511.
Aceh (1511-1650) memaparkan para sultan yang berminat kepada agama. Pusat pengajian agama didirikan. Sewaktu pemerintahan Sultan-sultan Iskandar Thani, Sultan Iskandar Muda dan Sultan Safiatuddin, ilmu pengetahuan khasnya agama dan tasawuf berkembang pesat. Lahir di sini pujangga Hamzah Fansuri, Samsuddin al-Sumatrani, Nuruddin al-Raniri, Abdul Rauf Singkel, Bukhari al-Jauhari dan lain-lain. Hamzah Fansuri terkenal dengan buku-buku tasawuf aliran Wujudiah.
Suasana yang serupa lahir di Johor-Riau (1650-1800). Raja-raja Riau juga berminat pada ilmu pengetahuan agama dan kesusasteraan. Bandar Penyegat menjadi pusat pengajian Islam dan banyak menerbitkan buku-buku bidang itu. Raja Ahmad, ayah Raja Ali adalah seorang yang sangat gemar pada ilmu agama. Raja Ali Haji adalah antara keluarga diraja yang menjadi alim dalam bahasa dan agama terutamanya usuluddin dan tasawuf.
Peminat-peminat persuratan klasik atau para pembaca yang berhasrat untuk mengetahui buku-buku dan corak ilmu dalam bidang-bidang sastera, fekah, usuluddin, tasawuf, kisah nabi-nabi dan sebagainya bolehlah membaca buku Tengku Iskandar, Kesusasteraan Klasik Melayu Sepanjang Abad (1995). Buku ini sangat menyeluruh tentang tajuk yang dibicarakan di atas. Setelah mengesan sejarah dan perkembangan pemikiran umat Melayu di Nusantara ini, penulis berpendapat senario pemikiran, falsafah hidup dan budaya orang-orang Melayu dahulu berlegar-legar sekitar agama dan kesusasteraan. Alam Melayu dikuasaikan oleh faham ketuhanan, kemanusiaan dan kebudayaan. Bangsa Melayu dan lain-lain suku bangsa di kawasan ini telah menikmati kemajuan-kemajuan dalam bidang ini. Namun seperti yang disebutkan di atas, ilmu-ilmu yang ada itu tidak luas dan tidak dapat menyelamatkan umat ini apabila diserang oleh contohnya bangsa-bangsa Barat.
Penentangan yang keras memang ada di lokasi-lokasi serangan yang terjadi, tetapi sejarah memaparkan umat ini kalah lalu tanah air yang subur ini dijajah. Sebab utama di sini ialah bangsa asing itu memiliki kecekapan yang lebih tinggi berbanding dengan kebolehan umat Melayu di daerah ini.
Inilah persoalan yang perlu diperhatikan, bahawa citra Islam yang tiba di kawasan kita pada abad ke-13 itu adalah citra Islam yang sudah lemah dan mundur. Tidak seperti yang terjadi di Eropah di abad pertengahan, seperti yang telah disentuh di atas. Ilmu-ilmu yang mengalir ke Eropah meliputi ilmu-ilmu yang mampu memajukan pemikiran dan pencetusan gagasan-gagasan saintifik seperti falsafah, matematik, fizik, perubatan, etika, psikologi, politik, astronomi, kimia, optik, dan muzik.
Ilmu ini diambil dan dipelajari secara serius di Eropah, iaitu di pusat-pusat pengajian tinggi yang telah disebutkan di atas. Sebaliknya setelah umat Islam parah diserang dan ditawan oleh bangsa Tartar dan Baghdad jatuh ke tangan mereka pada tahun 1258, maka ilmu yang disebutkan itu tidak sampai ke sini. Ilmu yang tiba bukanlah dari Baghdad, Harran Iskandariyah, Antiokh iaitu kota-kata intelek dan saintifik, sebaliknya dari Makkah dan Madinah. Dua kata ini adalah kota agama yang penting dalam Islam dan ilmunya juga adalah ilmu-ilmu agama dalam gugusan usuluddin dan syariah serta kaya dengan amalan tasawuf. Jadi inilah ilmu-ilmu yang dipindahkan ke Nusantara.
Umat ini "maju" hanyalah dalam konteks yang terhad. Perkembangan rasionalisme dan saintifik yang disebutkan oleh Naguib juga adalah dirujuk dalam perkembangan-perkembangan ini dan dari sudut perubahan dari Hinduisme-Buddhisme kepada Islam bukan seperti yang berlaku di Eropah di abad pertengahan.
Ilmu-ilmu yang mampu menjana kemajuan dalam erti yang lebih luas tidak sampai ke daerah ini. Oleh itu kita terkebelakang hingga kini. Penjajahan yang berlaku hanyalah menambah parah pada situasi masyarakat yang sudah lemah!
RUMUSAN

Rumusan yang saya dapat daripada tugasan ini ialah Tamadun ialah SATU PERMULAAN kepada masyarakat terdahulu untuk memajukan diri, sehingga sekarang. Di dalam dunia ini, bukan hanya ada satu tamadun sahaja, tetapi banyak tamadun-tamadun besar yang mampu mengubah dunia yang mundur hingga menjadi dunia yang maju seperti sekarang, semuanya bermula dengan penciptaan tamadun. Ia memberi impak besar kepada kehidupan semua manusia. Salah satu tamadun besar yang telah pun berjaya mengubah dunia dan saya percaya, ia akan mengubah lagi kehidupan manusia, ialah Tamadun Islam, kerana ia telah memberi impak dan perubahan yang besar dan ketara antara zaman dahulu dan zaman sekarang, namun cara hidup tetap berpaksikan pada agama Islam, itu yang pasti dan tidak boleh diubah, Insya-ALLAH.


------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau 
PERLIS
MALAYSIA

013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com




No comments:

Post a Comment