DISEDIAKAN OLEH:
ZUL FAHMI BIN ABDUL JALAL
No. Matrik :
2011545861
Kumpulan :
BMD2Cc
DISEDIAKAN UNTUK
USTAZ ABD AZIZ BIN HARJIN
PROGRAM
Diploma Pengurusan Perniagaan
PENDAHULUAN
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan izinnya saya dapat
menyumpurnakan tugas ini dengan sempurna tanpa sebarang masalah. Saya juga
ingin berterima kasih kepada pensayarah saya kerana dengan tugasan ini juga
saya dapat mendalami lagi ilmu saya tentang islam. Tidak lupa juga kepada kawan
kawan saya yang selalu berada di samping saya untuk membantu serba sedikit
berkenaan dengan tugasan ini.
Islam merupakan tonggak
utama sesebuah muslim, ianya merupakan tiang agama bagi seseorang muslim itu,
ianya memimpin seseorang itu kejalan yang lurus untuk mentauhidkan Allah SWT.
Tanpa islam disisi mereka, seseorang itu akan tergolong dalam kalangan orang
orang yang rugi, sesungguhnya, islam itu adalah agama yang sebenar benarnya.
Islam (Bahasa Arab: الإسلام; al-'islām (bantuan•maklumat);
disebut: [ɪs. ˈlaːm]) (aslama = أسلم, yuslimu = يسلم, islaman = اسلاما) ialah
agama samawi yang terkandung dalam al-Quran, yang dianggap penganutnya sebagai
kalam Allah (Bahasa Arab: الله, Allāh), kata demi kata, serta ajaran dan contoh
normatif nabi terakhir Nabi Muhammad S.A.W., seorang tokoh politik dan
keagamaan Arab abad ke-7. Perkataan Islam bermaksud "penyerahan",
atau penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah. Seorang penganut Islam dikenali
sebagai Muslim, bermaksud "seorang yang tunduk [kepada Allah]".
ISLAM
Muslim percaya bahawa Allah itu Esa dan tujuan hidup ialah untuk
menyembah Tuhan. Muslim juga percaya bahawa Islam merupakan versi lengkap dan
sejagat kepercayaan monoteistik ajaran Nabi Ibrahim a. s., Nabi Musa a. s., Nabi
Isa a. s., dan lain-lain nabi. Nabi Muhammad S.A.W. bukanlah pengasas agama
baru, sebaliknya menjadi pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi
terdahulu. Tradisi Islam menegaskan bahawa agama Yahudi dan Kristian
memutarbalikkan wahyu yang Allah berikan kepada nabi-nabi ini dengan mengubah
teks atau memperkenalkan tafsiran palsu, atau kedua-duanya.
Hampir kesemua Muslim tergolong dalam salah satu dari dua mazhab
terbesar, Sunah dan Syiah. Islam adalah agama paling berpengaruh di Afrika dan
Timur Tengah, serta di sebahagian besar Asia. Komuniti besar juga ditemui di
China, Semenanjung Balkan di Eropah Timur dan Rusia. Terdapat juga sebahagian
besar komuniti pendatang Muslim di bahagian lain dunia, seperti Eropah Barat.
Sekitar 20% Muslim tinggal di negara-negara Arab, 25% di Asia Selatan dan 13%
di Indonesia, negara Muslim terbesar mengikut populasi. Terdapat sekitar 1. 57
bilion Muslim, atau 23% penduduk dunia, menjadikan Islam agama kedua terbesar
di dunia, selepas Kristian, dan boleh dikatakan agama yang berkembang paling
pesat di dunia.
MAKSUD ISLAM
Perkataan Islam merupakan kata nama kerjaan berasal daripada kata
akar tiga konsonan s-l-m, dan diterbitkan dari kata kerja bahasa Arab Aslama,
yang bermaksud "untuk merelakan, menyerah atau tunduk (kepada Tuhan).
"Satu lagi perkataan yang diterbitkan daripada akar yang sama ialah salam
(سلام) yang bermaksud 'sejahtera'. Dengan demikian, Islam bermaksud penyerahan
dan penundukan kepada Allah, dan Muslim harus menunjukkan ini dengan
menyembah-Nya, menurut perintah-Nya, dan mengelakkan syirik. Perkataan ini
kadangkala memiliki pengertian berlainan dalam al-Quran. Dalam sesetengah ayat,
kualiti Islam sebagai kepercayaan dalaman ditegaskan: "Barangsiapa yang
Allah kehendaki untuk memberi panduan kepadanya nescaya Dia melapangkan dadanya
kepada Islam. "Ayat lain menghubung islām dan dīn (lazimnya diterjemahkan
sebagai "agama" atau "cara hidup"): "Hari ini Aku
telah sempurnakan bagi kamu agamamu (dīn) dan Aku telah cukupkan nikmatKu
kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama kamu. " Manakala
ada pula yang menggambarkan Islam sebagai perbuatan kembali kepada Allah—lebih
dari hanya penyataan pengesahan keimanan.
AQIDAH DAN IMAN
Iman ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan
melakukan dengan anggota badan. Para ulama menetapkan setiap Muslim mestilah
percaya kepada enam perkara asas dalam Islam yang dikenali sebagai Rukun Iman,
iaitu percaya pada Allah, pesuruhNya, malaikatNya, wahyuNya, Hari Kiamat, dan
pada qada dan qadar.
Muslim percaya bahawa Allah mewahyukan pesanan terakhirNya kepada
manusia melalui Nabi Islam Muhammad S.A.W. dan melalui malaikat Jibrail. Bagi
umat Islam, Nabi Muhammad S.A.W. merupakan Nabiullah terakhir dan kitab
al-Qur'an merupakan wahyu yang diterima baginda lebih dari dua dekad. Muslim
percaya bahawa para nabi merupakan manusia dan bukan tuhan/dewa, meskipun
mereka mampu melakukan mukjizat untuk membuktikan kenabian mereka. Nabi-nabi
dianggap menjadi yang paling hampir sempurna dari semua manusia, dan uniknya
merupakan penerima wahyu ketuhanan-sama ada terus dari Allah atau melalui
perantaraan malaikat. Al-Qur'an menerangkan nama-nama berbagai tokoh yang
dianggap nabi dalam Islam, termasuk Nabi Adam a. s., Nabi Nuh a. s., Nabi
Ibrahim a. s., Nabi Musa a. s. dan Nabi Isa a. s. Teologi Islam mengatakan
bahawa semua pesuruh Allah sejak Nabi Adam a. s. memberi perutusan yang sama -
Islam - penundukan kepada Allah. Islam dihuraikan dalam al-Qur'an sebagai
"sifat primordial bagaimana Allah mencipta manusia", dan Al-Qur'an
menyatakan bahawa nama Muslim telah diberikan oleh Nabi Ibrahim a. s
ALLAH DAN TUHAN DALAM ISLAM
Konsep teologi asas Islam ialah tauhid-kepercayaan bahawa terdapat
hanya satu Tuhan. Istilah Arab untuk Tuhan ialah Allāh; kebanyakan ilmuwan
percaya ia diperoleh daripada penyingkatan kata al- (yang/itu) dan ʾilāh
(tuhan), bermaksud "Tuhan" (al-ilāh), namun yang lain menjejak asal
usulnya daripada kata Arami Alāhā. Bangsa bukan Arab mungkin menggunakan nama
lain untuk Allah, seperti "Tanrı" dalam bahasa Turki atau
"Khodā" dalam Parsi. Kepercayaan kepada Allah juga merupakan
sebahagian daripada Rukun Islam, di mana tauhid diluahkan dalam syahadah
(pengakuan), dengan mengisytiharkan bahawa:
"Tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh
Allah. "
Dalam teologi tradisi Islam, Allah itu di luar pemahaman manusia;
Muslim tidak perlu membayangkan Allah, cuma memuja dan sujud padaNya sebagai
pencipta alam. Mereka mempercayai tujuan kewujudan ialah untuk menyembah Tuhan.
Qur'an kadangkala memerikan Allah dengan nama atau sifat lain, seperti
al-Rahman, bermakna "Maha Pengasih" dan al-Rahim, bermakna "Maha
Penyayang" (lihat Asmaul Husna). Allah dihuraikan dalam surah 112
al-Qur'an sebagai
"Dialah Allah Yang Maha Esa; Allah, Yang Kekal, Mutlak; Dia
tiada beranak dan Dia pula tidak diperanakkan; Dan tidak ada sesiapapun yang
serupa denganNya. "
Dengan itu Muslim menolak doktrin Tritunggal Kristian, dan
membandingkannya kepada politeisme.
KITAB DAN AL-QURAN
Surah pertama dalam manuskrip al-Qur'an oleh Khattat Aziz Efendi
Muslim mempercayai bahawa terdapat beberapa kitab suci yang
diturunkan Allah kepada nabi-nabinya, dengan al-Quran sebagai kitab terakhir.
Mereka juga mempercayai kandungan kitab-kitab sebelum al-Quran, Taurat dan
Injil, telah dipesongkan—sama ada dari segi tafsiran, teks, atau keduanya.
Muslim menganggap al-Qur'an sebagai kata sebenar Allah; ia adalah pusat teks
keagamaan Islam yang diturunkan dalam bahasa Arab. Muslim percaya bahawa ayat
Al-Qur'an telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. oleh Allah melalui
malaikat Jibrail pada banyak peristiwa antara 610 dan kewafatan baginda pada 8
Jun 632. Al-Qur'an dilaporkan telah ditulis oleh sahabat Nabi semasa baginda
masih hidup, namun cara utama penyampaian ialah melalui lisan. Ia telah disusun
pada zaman khalifah pertama Abu Bakar as-Siddiq, dan telah dipiawaikan di bawah
pentadbiran khalifah ketiga Uthman bin Affan.
Al-Qur'an dibahagikan kepada 114 surah, atau bab, yang apabila
digabungkan, mengandungi 6, 236 ayat. Surah lebih awal secara kronologinya,
diturunkan di Makkah, menekankan topik etika dan kerohanian. Surah Madaniyyah
berikutnya kebanyakannya membincangkan isu sosial dan moral yang berkaitan
dengan masyarakat Muslim. Al-Qur'an lebih menekankan panduan moral berbanding
ajaran undang-undang, dan dianggap "buku sumber prinsip dan nilai
Islam". Pakar undang-undang Muslimmerujuk hadith, atau rekod bertulis
kehidupan Nabi Muhammad S.A.W., sebagai tambahan kepada al-Qur'an dan untuk
membantu menafsirkannya. Sains ulasan dan takwil al-Qur'an dikenali sebagai
tafsir.
Perkataan Qur'an bermaksud "pengucapan". Apabila Muslim
bertutur secara abstrak mengenai al-Qur'an, mereka lazimnya memaksudkan kitab
suci yang dibaca dalam bahasa Arab berbanding karya bercetak atau sebarang
terjemahannya. Bagi Muslim, al-Qur'an hanya sempurna seperti diturunkan dalam
bahasa Arab asli; terjemahan adalah semestinya kurang tepat atas sebab
perbezaan bahasa, kesilapan daripada penterjemah, dan kemustahilan mengekalkan
gaya asal yang diilhamkan. Terjemahan oleh itu hanya dianggap sebagai ulasan
terhadap al-Qur'an, atau "tafsiran maksudnya", bukan seperti
al-Qur'an itu sendiri.
MALAIKAT
Kepercayaan kepada malaikat merupakan satu lagi asas keimanan
Islam. Kata bahasa Arab untuk malaikat (malak) bermaksud "utusan",
seperti yang setara dengannya dalam Ibrani (malakh) dan Greek (angelos).
Menurut Al-Qur'an, malaikat tidak memiliki tekad bebas, dan menyembah Allah
dengan kepatuhan sempurna. Tugas malaikat termasuk menyampaikan wahyu daripada
Allah, mengagungkan Allah, mencatat setiap perbuatan manusia, dan mengambil
jiwa manusia di akhir hayatnya. Mereka juga difikirkan untuk menjadi perantara
bagi pihak manusia. Al-Qur'an menghuraikan malaikat sebagai "utusan dengan
kepak—dua, atau tiga, atau empat (pasang): Dia [Allah] menambahkan Makhluk mengikut
kemahuanNya…"
[sunting]Nabi dan Rasul
Rencana utama: Nabi dan Nabi Muhammad S.A.W.
Muslim mengakui para nabi (Bahasa Arab: نبي) dan rasul (رسول)
sebagai manusia yang dipilih Tuhan untuk menjadi utusanNya. Menurut Qur'an,
[39] semua nabi merupakan manusia dan bukan tuhan, walaupun mereka mendapat
mukjizat yang membuktikan kenabian mereka. Teologi Islam menyatakan semua rasul
menyampaikan pesanan Islam—penyerahan kepada kehendak Tuhan. Al-Qur'an menyebut
nama beberapa orang yang dianggap nabi, termasuk Adam, Nuh, Ibrahim, Musa dan
Isa. Muslim juga percaya bahawa Allah menghantar Nabi Muhammad S.A.W. (Penutup
segala Nabi) untuk menyebarkan pesanan ketuhanan ke seluruh alam (untuk
menyimpulkan dan memuktamadkan kata Tuhan), sedangkan rasul-rasul sebelum baginda
dihantar kepada puak atau kaum tertentu sahaja.
Dalam Islam, contoh "normatif" kehidupan Nabi Muhammad
S.A.W. dipanggil Sunnah (harfiahnya "kebiasaan"). Contoh ini
dipelihara dalam tradisi yang dikenali sebagai hadith ("laporan"),
iaitu rekod kata, perbuatan, dan perwatakan peribadi baginda. Muslim digalakkan
untuk mencontohi perbuatan Nabi Muhammad S.A.W. dalam kehidupan harian mereka,
dan sunnah dilihat sebagai penting kepada panduan tafsiran al-Qur'an.
HARI KEBANGKITAN DAN KIAMAT
Kepercayaan pada "Hari Kebangkitan", Yawm al-Qiyāmah
(juga dikenali sebagai yawm ad-dīn, "Hari Pengadilan" dan as-sā`a,
"Saat Terakhir") juga penting pada Muslim. Mereka percaya bahawa masa
Qiyāmah telah ditentukan oleh Allah tetapi tidak diketahui oleh manusia. Ujian
dan kesengsaraan yang mendahului dan semasa Kiamat dihuraikan dalam al-Qur'an
dan hadith, dan juga dalam komentar dari ulama. Al-Qur'an menekankan
kebangkitan jasad, suatu pemecahan dari kefahaman Arab pra-Islam tentang
kematian. Ia menyatakan bahawa kebangkitan akan diikuti oleh perhimpunan
manusia, dan pengadilan mereka oleh Allah.
Al-Qur'an menyenaraikan beberapa dosa yang boleh membawa seseorang
ke neraka, seperti kufur, riba dan ketidakjujuran. Muslim melihat syurga
(jannah) sebagai tempat keriangan dan kebahagiaan, dengan rujukan al-Qur'an
menghuraikan sifatnya dan keseronokan fizikal yang akan datang. Terdapat juga
rujukan kepada ridwān (kegembiraan dan senang hati). Tradisi mistik dalam Islam
meletakkan keseronokan kesyurgaan ini dalam konteks kesedaran yang amat
terhadap Allah.
QADA’ DAN QADAR
Selaras dengan kepercayaan Islam dalam takdir, atau ketentuan
tuhan (al-qadā wa'l-qadar), Allah mempunyai pengetahuan dan kawalan penuh ke
atas semua yang berlaku. Ini dijelaskan dalam ayat al-Qur'an seperti
"Katakan: 'Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa
yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami'…Bagi Muslim,
segala di dunia yang berlaku, baik atau jahat, telah ditentukan dan tiada apa
yang boleh berlaku kecuali atas izin Allah. Menurut ahli teologi Muslim,
walaupun peristiwa telah ditentukan, manusia memiliki tekad bebas dan dia boleh
memilih antara betul atau salah, dan demikian bertanggungjawab atas
perbuatannya. Menurut tradisi Islam, semua yang telah ditakdirkan oleh Allah
ditulis dalam al-Luh al-Mahfūz, "Batu Suratan Terpelihara".
RUKUN ISLAM
Syahadah ditulis pada plak di Masjid Agung Xi'an, China
Amalan Haji termasuk berjalan tujuh kali mengelilingi Kaabah
(tawaf). Muslim juga bersolat menghadap ke sini.
Lima Rukun Islam (Bahasa Arab: اركانالدين) adalah lima amalan
penting dalam Islam Sunah, dan lima konsep asas penerimaan agama bagi Islam
Syiah.
Rukun Islam bagi Muslim Sunnah ialah:
Syahadah (الشهادة), iaitu
fahaman asas ajaran IslamØ
اشهدانلاالهالااللهاشهدانمحمدارسولالله
Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa
Muhammad adalah pesuruh Allah.
Solat (صلاة), atau amalan
sembahyang, wajib dilakukan lima kali sehari. Setiap solat perlu menghadap
Kaabah di Makkah. Di kebanyakan negara Muslim, peringatan yang dipanggil Azan
disiarkan secara umum dari masjid tempatan pada masa yang sesuai.Ø
Puasa (صوم), iaitu
berpuasa pada bulan Ramadan. Muslim tidak boleh makan atau minum dari subuh
hingga senja pada bulan ini, dan harus berwaspada dari dosa lain.Ø
Zakat (زكاة), atau
pemberian sedekah. Amalan pemberian ini wajib untuk semua Muslim yang mampu,
berdasarkan pada kekayaan yang dikumpul. Bahagian yang ditetapkan digunakan
untuk membantu yang miskin dan yang memerlukan, dan juga untuk membantu
menyebarkan Islam.Ø
Haji (حج), iaitu ziarah
semasa bulan Zulhijjah ke bandar Makkah. Setiap Muslim yang mampu (dari segi
badan dan harta) wajib menunaikan haji sekurang-kurangnya sekali seumur
hidupnya.Ø
SYARIAH DAN FIQH
Syariah (secara harfiah: "laluan menuju ke tempat
berair") merupakan hukum Islam yang dibentuk oleh kesarjanaan tradisi
Islam. Dalam Islam, Syariah ialah penyataan kehendak ketuhanan, dan
"membentuk satu sistem kewajipan terhadap seorang Muslim oleh sebab kepercayaan
agamanya".
Hukum Islam meliputi semua aspek kehidupan, daripada hal negara,
seperti pentadbiran dan hubungan luar, kepada isu kehidupan seharian. Al-Qur'an
menakrifkan hudud sebagai hukuman untuk lima jenayah khusus: berzina, tuduhan
zina, meminum arak, mencuri dan merompak. Al-Qur'an dan Sunnah juga mengandungi
hukum pewarisan, perkahwinan, dan pembalasan untuk kecederaan dan bunuh, serta
peraturan untuk puasa, sedekah dan solat. Bagaimanapun, arahan dan larangan ini
mungkin agak umum, jadi tahap amalannya berbeza-beza. Para ulama telah
membentuk sistem hukum berasaskan peraturan-peraturan ini dan tafsiran mereka.
Fiqh, atau "perundangan", ditaksirkan sebagai
pengetahuan peraturan amali agama. Cara yang digunakan pakar hukum Islam untuk
memperoleh hukum dikenali sebagai usul al-fiqh ("teori hukum", atau
"prinsip fiqh"). Menurut teori hukum Islam, undang-undang Islam
mempunyai empat sumber asas, iaitu mengikut keutamaan: Al-Qur'an, Sunnah,
kesepakatan ulama Muslim (ijma'), dan pemikiran beranalogi (qiyas). Untuk pakar
hukum Islam awal, teori kurang penting berbanding aplikasi pragmatik hukum ini.
Pada abad ke-9, Imam al-Shafi'i memberikan asas teori perundangan Islam dengan
mengekodkan prinsip fiqh (termasuk empat sumber asas) dalam bukunya ar-Risālah.
AGAMA DAN NEGARA
Hukum Islam tidak membezakan "hal masjid" dan "hal
negara"; fungsi ulama sebenarnya adalah sebagai tokoh perundangan dan ahli
teologi. Secara amalinya, pemerintah Islam kerap kali melangkaui bidang kuasa
Mahkamah Syariah dengan mewujudkan sistem selari "mahkamah
pengaduan", yang mana dikuasai mereka. Apabila dunia Islam mula bertembung
dengan idea sekular Barat, masyarakat Muslim bergerak balas dengan cara
berbeza. Turki telah diperintah sebagai negara sekular sejak reformasi Mustafa
Kemal Atatürk. Manakala, Revolusi Iran 1979 menggantikan rejim agak sekular
dengan Republik Islam yang diketuai oleh Ayatollah Ruhollah Khomeini.
JIHAD
Jihad bermaksud "berusaha atau berjuang" (pada jalan
Allah) dan dianggap "rukun Islam keenam" oleh minoriti Muslim Sunnah.
Dalam makna yang lebih luas, jihad secara klasiknya ditafsirkan sebagai
"berusaha sedaya upaya menggunakan kuasa, ikthiar atau kebolehan diri
dalam melawan benda yang tidak dibenarkan. " Bergantung pada jenis benda
yang menjadi lawan, sama ada seorang musuh nyata, syaitan, atau suatu aspek
dalam diri sendiri, beberapa kategori berlainan jihad dapat diertikan. Jihad
juga merujuk kepada berusaha untuk memiliki kesempurnaan keagamaan dan moral.
Namun jihad apabila digunakan tanpa sebarang penerang difahami merujuk kepada
aspek ketenteraan. Sesetengah pihak berkuasa Muslim, terutamanya di kalangan
Syi'ah dan Sufi, membezakan antara "jihad lebih besar", yang
berkaitan dengan kesempurnaan rohaniah diri, dan "jihad kecil", ditakrifkan
sebagai peperangan.
Di dalam fiqh, jihad lazimnya dianggap bermaksud penggunaan
ketenteraan terhadap penempur bukan-Muslim dalam pertahanan atau pengembangan
ummah. Tujuan terakhirnya diperdebatkan, sesetengah mendakwa ia cuma sebagai
pertahanan dan pencegahan, manakala yang lain mendakwa matlamatnya ialah
menyejagatkan Islam. Jihad merupakan satu-satunya bentuk peperangan yang
dibenarkan dalam Islam dan mungkin diisytiharkan terhadap orang murtad,
pemberontak, perompak, kumpulan ganas, dan ketua atau negeri yang menindas
Muslim atau menghalang dakwah. Kebanyakan Muslim kini mentafsirkan jihad
sebagai hanya suatu bentuk pertahanan perang: jihad luaran termasuk berjuang
untuk membuat masyarakat Islam mematuhi norma keadilan Islam.
Dalam kebanyakan keadaan dan untuk kebanyakan Muslim, jihad
merupakan tugas kolektif (fardu kifayah): pelaksanaannya oleh sebahagian
masyarakat mengecualikan yang lain. Hanya untuk orang yang diberi kuasa,
terutamanya raja (imam), jihad menjadi tugas individu. Untuk penduduk lain, ini
hanya berlaku dalam kes pengerahan umum. [68] Untuk kebanyakan Syiah, jihad
serangan hanya boleh diisytiharkan oleh Imam masyarakat Muslim, dan oleh itu
digantung sejak keghaiban Muhammad al-Mahdi pada 868 M.
SEJARAH DAN PENYEBARAN ISLAM
Nabi Muhammad S.A.W. (sek. 570 – 632) adalah seorang peniaga yang
kemudian menjadi pemimpin agama, politik dan ketenteraan. Baginda dilihat
sebagai utusan terakhir Tuhan, dan bukan pencipta Islam. Muslim mempercayai
bahawa baginda merupakan pemulih kepercayaan monoteistik asal Nabi Adam,
Ibrahim, Musa, Isa dan lain-lain. Baginda dilihat sebagai nabi terakhir dan
terhebat—manusia yang paling sempurna, dan pemilik semua sifat unggul. Baginda
dilaporkan menerima wahyu dari Allah selama 23 tahun kehidupan terakhirnya,
bermula pada usia 40 tahun. Kandungan wahyu ini, dikenali sebagai al-Qur'an,
telah dihafal dan direkodkan oleh sahabat baginda.
Semasa zaman ini, Nabi Muhammad S.A.W. berdakwah kepada orang
Makkah, merayu mereka untuk meninggalkan politeisme. Walaupun sesetengahnya
memeluk Islam, Nabi Muhammad S.A.W. dan pengikutnya telah ditindas oleh pihak
berkuasa Makkah. Selepas 13 tahun berdakwah, baginda dan orang Muslim berhijrah
ke bandar Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada 622. Di sana, dengan
mualaf Madinah (Ansar) dan pendatang Makkah (Muhajirin), Nabi Muhammad S.A.W.
mendirikan kuasa keagamaan dan politiknya. Beberapa pertempuran terjadi dengan
Musyrikin Makkah dan orang Yahudi Madinah yang menentang Muslim diusir. Pada
masa yang sama, laluan perdagangan Makkah disekat sambil Nabi Muhammad S.A.W.
membawa puak-puak padang pasir di sekeliling Madinah masuk ke pihaknya. Pada
629 baginda telah menakluki Makkah dengan hampir tanpa pertumpahan darah, dan
pada masa kewafatannya pada 632 telah menguasai seluruh Semenanjung Arab.
• Kebangkitan khilafah dan
perang saudara (632–650)
Maklumat terperinci: pewaris kepada Nabi Muhammad, Khulafa
al-Rasyidin, Penaklukan Muslim, dan Pertempuran Karbala
Nabi Muhammad S.A.W. mula berdakwah menyebarkan Islam di Makkah
sebelum berhijrah ke Madinah di mana baginda menyatukan puak-puak Arab kepada
sebuah negara Islam terawal. Dengan kewafatan Nabi Muhammad S.A.W. pada 632,
perselisihan faham tercetus terhadap siapa yang akan mewarisi baginda sebagai
ketua umat Muslim. Umar Al-Khattab, sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang terkenal,
mencadangkan Abu Bakar as-Siddiq, yang merupakan rakan dan sahabat karib Nabi
Muhammad S.A.W. Orang lain menambah sokongan mereka dan Abu Bakar telah
dilantik sebagai khalifah pertama. Pilihan ini bagaimanapun dipertikaikan oleh
sesetengah sahabat Nabi Muhammad S.A.W. yang beranggapan bahawa Ali bin Abi
Talib, sepupu dan menantunya, sepatutnya dilantik sebagai pewarisnya. Tugas
segera Abu Bakar as-Siddiq ialah untuk membela kekalahan baru-baru ini kepada
Empayar Byzantine (atau Empayar Rom Timur, walaupun beliau terpaksa
menghentikan pemberontakan sekelompok puak Arab dalam episod yang dikenali
sebagai Perang Riddah, atau "Perang Murtad".
• Wilayah Khilafah pada 750
M
Kewafatan beliau pada 634 menyebabkan pelantikan Umar al-Khattab
sebagai khalifah, diikuti oleh Uthman bin Affan dan Ali bin Abi Talib.
Keempat-empat khalifah ini dikenali sebagai al-khulafā' ar-rāshidūn
("Khalifah yang Benar"). Di bawah mereka, wilayah pemerintahan Muslim
berkembang jauh ke wilayah Parsi dan Byzantine.
Apabila Saidina Umar telah dibunuh pada 644, pemilihan Uthman
sebagai pewaris menghadapi penentangan yang meningkat. Pada 656, Saidina Uthman
juga dibunuh, dan Saidina Ali memegang jawatan khalifah. Selepas melawan
pembangkang dalam perang saudara pertama ("Fitnah Pertama"), Ali pula
telah dibunuh oleh Khawarij pada 661. Berikutan ini, Mu'awiyah, yang merupakan
gabenor Levant, mengambil kuasa dan memulakan Dinasti Umayyah.
Pertikaian terhadap kepimpinan agama dan politik ini telah membawa
kepada perpecahan dalam masyarakat Muslim. Majoritinya menerima kesahan tiga
pemerintah sebelum Saidina Ali, dan kini dikenali sebagai Sunah. Minoriti yang
tak setuju, dan percaya bahawa Saidina Ali adalah pewaris sebenar; telah
dikenali sebagai Syiah. Selepas kemangkatan Mu'awiyah pada 680, konflik
pewarisan tercetus sekali lagi dalam perang saudara yang dikenali sebagai
"Fitnah Kedua". Sesudah itu, Dinasti Umayyah kekal memerintah selama
70 tahun, dan berjaya menakluk Maghribi dan Al-Andalus (Semenanjung Iberia,
bekas Hispania Visigoth) dan Gallia Narbonensis di barat di samping
mengembangkan wilayah Muslim ke Sindh dan pinggiran Asia Tengah. Antara contoh
seni bina terbaik hasil penaklukan Islam yang masih kekal ialah Masjid Besar
Kairouan (di Tunisia) yang dibina pada 670 oleh jeneral Umayyah Uqbah ibn Nafi
dan dianggap sebagai moyang dan model semua masjid di barat dunia Islam.
Sementara elit Arab-Muslim bertempur dalam penaklukan, sesetengah Muslim zahid
mula mempersoalkan kewarakan dan menurut kemahuan dalam kehidupan duniawi,
menekankan kepada kemiskinan, rendah diri dan pengelakan dosa sebagai jalan
menolak kemahuan badan. Muslim soleh yang zahid seperti Hasan al-Basri ini
kemudian membangkitkan gerakan yang akanberkembang menjadi kesufian.
Bagi aristokrasi Umayyah, Islam dilihat sebagai agama untuk Arab
sahaja; ekonomi Empayar Umayyah berdasarkan pada anggapan bahawa majoriti
bukan-Muslim (Zimmi) perlu membayar cukai kepada Arab Muslim minoriti. Seorang
bukan-Arab yang mahu memeluk Islam perlu terlebih dahulu menjadi pelanggan suku
Arab. Malah selepas pemelukan, Muslim baru ini (mawali) tidak mencapai kesamaan
sosial dan ekonomi dengan Arab. Keturunan dari bapa saudara Nabi Muhammad
S.A.W. Abbas bin Abdul Muttalib menghimpunkan mawali yang tidak puas hati, Arab
miskin, dan sebahagian Syi'ah terhadap Umayyah dan menggulingkan mereka dengan
bantuan dari propagandis dan jeneral mereka iaitu Abu Muslim, memulakan Dinasti
Abbasiyyah pada 750.
ZAMAN KEGEMILANGAN ISLAM
Gambaran artis Pertempuran Hattin pada 1187, di mana
Baitulmuqaddis ditawan semula oleh tentera Salahuddin al-Ayyubi
Di bawah Abbasiyyah, tamadun Islam berkembang pesat pada
"Zaman Kegemilangan Islam", dengan ibu kotanya di bandar kosmopolitan
Baghdad. Koleksi hadith utama telah disusun dan empat mazhab Sunah moden telah
diasaskan. Hukum Islam telah maju dengan hebat oleh usaha imam awal abad ke-9
al-Shafi'i; beliau mengekodkan cara untuk memastikan kebolehpercayaan hadis,
satu topik yang telah menjadi fokus pertikaian di kalangan sarjana Islam. Ahli
falsafah Ibnu Sina dan Al-Farabi cuba untuk menggabungkan prinsip Greek ke
dalam teologi Islam, manakala yang lain seperti ahli teologi abad ke-11 Abu
Hamid Al-Ghazali menentangnya dan akhirnya berjaya. [88] Sufisme dan Syiah pula
mengalami perubahan besar pada abad ke-9. Kesufian menjadi gerakan mantap yang
telah bergerak ke arah kebatinan dan menjauhi rumpun zahidnya, manakala Syiah
berpecah berpunca dari ketidaksetujuan atas pewarisan Imam.
Penyebaran penguasaan Islam menyebabkan permusuhan di kalangan
penulis Kristian medieval yang melihat Islam sebagai musuh berdasarkan bilangan
besar pemeluk baru Muslim. Penentangan ini mengakibatkan perjanjian polemik
yang menggambarkan Islam sebagai agama anti-Al-Masih dan Muslim sebagai penuh
bernafsu dan submanusia. Pada Zaman Pertengahan juga, sebilangan kecil ahli
falsafah Arab seperti pemuisi Al-Ma'arri mengambil pendekatan kritikal kepada
Islam, dan ahli falsafah Yahudi Maimonides membezakan pandangan Islam mengenai
moral dengan pandangan Yahudi yang beliau sendiri huraikan.
Hospital awam didirikan pada masa ini (dipanggil hospital
Bimaristan), dan dianggap "hospital pertama" dari segi makna moden
perkataan itu dan mengeluarkan diploma perubatan pertama untuk perlesenan
doktor perubatan. Guinness Book of World Records mengiktiraf Universiti
Al-Karaouine yang diasaskan pada 859 M sebagai universiti memberi ijazah tertua
di dunia. Asal usul kedoktoran juga bermula dari ijazat attadris wa 'l-ifttd
("lesen mengajar dan memberikan pendapat hukum") di madrasah yang
mengajar syariah. Institusi pertama untuk pesakit mental juga diasaskan di
dunia Muslim. Ketika ini, piawai teknik uji kaji dan pengkuantitian
diperkenalkan kepada proses saintifik untuk membezakan teori-teori bersaing di
samping tradisi petikan. Ibn Al-Haitham dianggap sebagai bapa kaedah saintifik
moden dan sering dipanggil "ahli sains sebenar pertama. "Institusi
perundangan yang diperkenalkan Islam termasuklah amanah dan wakaf.
SUNNAH
Islam Sunah merupakan kumpulan terbesar dalam Islam (sehingga 90%)
daripada 1. 5 bilion Muslim di dunia). Dalam bahasa Arab, as-Sunnah secara
harfiah bermaksud "prinsip" atau "laluan". Al-Qur'an dan
Sunnah (contoh kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. seperti yang direkodkan dalam
hadith) merupakan asas utama doktrin Sunah. Sunnah dilihat sebagai penting
dalam membantu mentafsirkan Qur'an.
Sunah (atau Sunni) percaya bahawa empat khalifah pertama merupakan
pewaris benar kepada Nabi Muhammad S.A.W. kerana Allah tidak menunjukkan
mana-mana ketua tertentu untuk mewarisinya, ketua itu perlu dipilih. Sunah
mengakui empat mazhab (aliran pemikiran) utama yang sah: Hanafi, Maliki,
Syafi'i dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini menerima kesahihan yang lain dan
seorang Muslim boleh memilih mana-mana yang menyenangkannya. Terdapat juga
gerakan ultra-ortodoks di dalam Sunah, contohnya Salafi yang mengambil generasi
pertama Muslim sebagai model teladan.
SYI’AH
Syiah membentuk 10–20% Muslim dan adalah rumpun kedua terbesar
Islam. Mereka percaya dalam kepimpinan Imam dari keturunan Ali bin Abi Talib,
yang mengikut kebanyakan Syiah tidak mungkin berbuat salah. Mereka percaya
bahawa Saidina Ali yang merupakan sepupu dan menantu Nabi Muhammad S.A.W.
merupakan pewaris sebenar baginda, dan mereka memanggil beliau Imam pertama,
menolak keabsahan khalifah Muslim sebelumnya. Bagi mereka, seorang Imam
memerintah dengan hak perlantikan ketuhanan dan memiliki "kuasa kerohanian
mutlak" di kalangan Muslim, mempunyai kata terakhir dalam hal doktrin dan
wahyu. Islam Syi'ah mempunyai beberapa rumpun, yang terbesar ialah Syiah Imam
Dua Belas (iṯnāʿašariyya), di mana istilah Syiah secara umum lazimnya merujuk
kepada kumpulan ini. Walaupun Imam Dua Belas berkongsi banyak amalan teras
dengan Sunah, dua rumpun ini tidak bersetuju mengenai taraf kepentingan dan
kesahihan sebahagian koleksi hadith. Syiah Imam Dua Belas mengikuti tradisi
hukum yang dipanggil fiqh Ja'fari. Kumpulan Syiah lain termasuklah Ismailiyah
dan Zaidiyah, yang berbeza dari segi senarai Imam dan kepercayaan teologi.
DUNIA ISLAM DAN UMMAH
Populasi Muslim mengikut peratusan
Kajian demografi menyeluruh terhadap 232 negara dan wilayah pada
2009 melaporkan bahawa 23% penduduk dunia atau 1. 57 bilion orang merupakan
Muslim. Sekitar 80–90% angka ini merupakan Ahli Sunah Waljamaah dan 10–20%
adalah Syiah, [8][142][10] dengan minoriti kecil tergolong dalam mazhab lain.
Kira-kira 50 negara bermajoriti Muslim, [143] dan sekitar 20% dari semua Muslim
seluruh dunia merupakan Arab. [144] Antara 1900 dan 1970 komuniti Muslim sejagat
berkembang daripada 200 juta kepada 551 juta;[145] antara 1970 dan 2009
populasi Muslim berkembang lebih tiga kali menjadi 1. 57 bilion.
Majoriti Muslim tinggal di Asia dan Afrika. Sekitar 62% Muslim
menetap di Asia, dengan lebih 683 juta penganut di Indonesia, Pakistan, India
dan Bangladesh. [147][148] Di Timur Tengah, negara bukan Arab seperti Turki dan
Iran adalah negara majoriti Muslim terbesar; di Afrika, Mesir dan Nigeria
memiliki masyarakat Muslim teramai.
Kebanyakan anggaran menyatakan yang Republik Rakyat China memiliki
antara 20 hingga 30 juta Muslim (1. 5% hingga 2% penduduk). Bagaimanapun, data
daripada International Population Center San Diego State University menunjukkan
bahawa China memiliki 65. 3 juta Muslim. Islam ialah agama kedua terbesar
selepas Kristian di banyak negara Eropah, dan sedang menghampiri status
tersebut di benua Amerika, dengan antara 2. 45 juta dan kira-kira 7 juta Muslim
di Amerika Syarikat.
MASJID
Masjid ialah tempat ibadat untuk Muslim. Walaupun tujuan utama
masjid ialah sebagai tempat ibadat, ia juga penting kepada komuniti Muslim
sebagai tempat untuk perjumpaan dan pengajian. Masjid moden telah berkembang
secara ketara daripada rekaan awal dari abad ke-7, dan mengandungi beraneka
unsur seni bina seperti menara masjid.
TAKWIM
Permulaan rasmi era Muslim yang dipilih ialah Hijrah pada 622 M,
yang merupakan titik perubahan penting dalam nasib Nabi Muhammad S.A.W.
Penetapan tahun ini sebagai tahun 1 H atau 1 AH (Anno Hegirae) dalam kalendar
Islam dilaporkan dibuat oleh Khalifah Umar. Ia merupakan takwim qamari, dengan
19 tahun lazim 354 hari dan 11 tahun lompat 355 hari dalam kitaran 30 tahun.
Tarikh Islam tidak boleh ditukarkan kepada tarikh Masihi secara mudah dengan
menambah 622 tahun: peruntukan harus dibuat untuk fakta bahawa setiap abad
Hijri sejajar dengan hanya 97 tahun dalam kalendar Kristian.
Hari suci Islam jatuh pada tarikh tetap dalam takwim qamari, yang
bermakna mereka terjadi pada musim berlainan pada tahun berlainan dalam
Kalendar Gregory. Perayaan Islam yang terpenting ialah Hari Raya Aidilfitri (B.
Arab: عيدالفطر) pada 1 Syawal, yang menandakan berakhirnya bulan berpuasa
Ramadan, dan Hari Raya Aidiladha (B. Arab: عيدالأضحى) pada 10 Zulhijah,
serentak dengan haji ke Makkah. Hari dalam takwim Islam bermula pada waktu
maghrib.
ISLAM DAN AGAMA LAIN
Masjid Al-Aqsa di Al Haram Al Sharif, Baitulmuqaddis, sebuah tapak
suci bagi Islam dan Agama Yahudi
Qubbat As-Sakhrah, juga di Al Haram Al Sharif. Muslim percaya Nabi
Muhammad S.A.W. naik ke syurga dari sini
Menurut doktrin Islam, Islam merupakan agama asal manusia, diakui
oleh Nabi Adam a. s. Pada suatu ketika, perpecahan berlaku, dan Allah mula
mengutuskan nabi-nabi untuk menyampaikan wahyu-Nya kepada manusia. Nabi Ibrahim
a. s., Nabi Musa a. s., nabi-nabi Ibrani dan Nabi Isa a. s., kesemuanya diakui
sebagai nabi, tetapi Islam percaya pesanan mereka dan teks Taurat dan Injil
telah dicemarkan oleh orang Yahudi dan Kristian. Begitu juga, setiap
kanak-kanak dilahirkan Muslim, tetapi telah dibawa memeluk agama lain oleh ibu
bapa mereka yang tidak Islam.
Hukum Islam membahagikan bukan-Muslim kepada beberapa kategori,
bergantung pada hubungan mereka dengan negeri Islam. Kristian dan Yahudi yang
hidup di bawah pemerintahan Islam dikenali sebagai zimmi ("orang yang
dilindungi"). Menurut aturan ini, keselamatan peribadi dan harta zimmi
dijamin dengan syarat mereka membayar ufti (jizyah) kepada kerajaan Islam.
Status ini turut diberikan kepada orang Majusi dan kadangkala orang Hindu,
tetapi bukan kepada ateis atau agnostik. Mereka yang hidup di tanah bukan-Muslim
(dar al-harb) dikenali sebagai harbi, dan sebaik memasuki pakatan dengan negeri
Muslim dikenali sebagai ahl al-ahd. Mereka yang menerima jaminan keselamatan
semasa tinggal buat sementara waktu di tanah Muslim dikenali sebagai ahl
al-amān. Kedudukan mereka adalah sama seperti zimmi kecuali mereka tidak perlu
membayar jizyah. Orang yang bersetuju gencatan senjata (ahl al-hudna) adalah
yang tinggal di luar wilayah Muslim dan bersetuju untuk menahan diri dari
menyerang Muslim. Murtad dari Islam ditegah, dan boleh dihukum bunuh.
Gerakan Alevi, Yazidi, Duruzi, Ahmadiyyah, Bábí, Bahá'í dan
Barghawata sama ada berpunca dari Islam atau berkongsi sesetengah kepercayaan
dengan Islam. Sesetengah menganggap diri mereka berbeza manakala yang lain
menganggap masih bermazhab Islam walaupun berkontroversi dalam sesetengah
kepercayaan mereka dengan Muslim aliran utama. Sikhisme, diasaskan oleh Guru
Nanak pada lewat abad ke-15 di Punjab, mengandungi aspek kedua-dua Islam dan
Hinduisme.
KESIMPULAN
Kesimpulannya, islam merupakan agama yang suci, diturunkan oleh
Allah SWT supaya umat manusia dapat jadikan ia sebagai panduan dan rujukan
kejalan-NYA. Amalan keagamaan Islam termasuklah Rukun Islam, yang merupakan
lima tanggungjawab yang menyatukan Muslim ke dalam sebuah masyarakat. Selain
itu, terdapat syariat Islam (شريعة, syari'ah) yang menyentuh pada hampir semua
aspek kehidupan dan kemasyarakatan. Tradisi ini meliputi segalanya dari hal
praktik seperti hukum pemakanan dan perbankan kepada jihad dan zakat.
------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com