DISEDIAKAN UNTUK:
USTAZ ABD AZIZ B HARJIN
PENSYARAH PENDIDIKAN ISLAM
DISEDIAKAN OLEH:
NURUL NAJIHAH BT ZAINOL
2011513859
PROGRAM:
DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN
TARIKH HANTAR:
11 SEPTEMBER 2012
Nabi Muhammad S. A. W memberi beberapa sebab yang dapat memasukkan
seseorang wanita itu ke syurga iaitu:
• Solat fardhu lima waktu
• Puasa di bulan Ramadhan
• Menjaga kemaluan
• Taat kepada suami
Sesungguhnya Allah telah mewajibkan kepadamu agar solat lima waktu
sehari semalam. Solat merupakan tiang agama bagi umat Islam. Barang sesiapa
yang melakukan solat lima waktu tersebut maka dia telah menegakkan agamanya dan
sesiapa yang meninggalkannya maka beerti dia telah merobohkan agamanya sendiri.
Allah juga telah memperingatkan kita agar tidak menyibukkan diri dengan hanya
mencari harta dunia sahaja sehingga kita lupa untuk menunaikan solat.
Selain itu, Allah juga telah mewajibkan kita agar berpuasa di
bulan ramadhan secara sempurna. Puasa ini merupakan salah satu rukun Islam yang
amat dituntut. Puasa harus dilakukan dari terbit fajar hingga terbernam
matahari. Kita juga harus berjaga-jaga daripada melakukan perkara-perkara yang
makruh dan haram ketika berpuasa.
Sebab ketiga yang memasukkan seseorang wanita itu ke syurga ialah
sentiasa memelihara kehormatan. Kemudian sentiasa mentaati suamimu dan sentiasa
menjaga akhlak seorang wanita kerana itu merupakan tunjang untuk menjamin rumah
tangga yang bahagia.
Assalamualaikum w. b. t. Bersyukur ke hadrat Illahi kerana dengan
limpah kurninya dapat saya menyiapkan tugasan yang di beri ini dengan lancar.
Ribuan terima kasih juga di ucapkan kepada pensyarah CTU 151 saya, Ustaz Abdul
Aziz b Harjin kerana memberi peluang dan kesempatan kepada saya untuk membuat
analisis tentang topik yang telah dipilih iaitu ‘ amalan wanita ke pintu
syurga’.
Tidak lupa juga kepada ibubapa saya Zainol b Abdullah serta ibu
saya Fatimah bt Dahaman yang tidak henti-henti memberi sokongan dan dorongan
agar saya dapat menyiapkan tugasan yang diberi dengan baik. Terima kasih juga
kepada rakan-rakan yang sedikit sebanyak membantu dalam memberi pendapat dan
maklumat yang berguna yang dapat di manfaatkan di dalam tugasan CTU ini.
Dengan menjalankan tugasan ini dapat memberi saya lebih
pengetahuan yang lebih mendalam tentang topik yang saya kaji ini. Akhir kata,
saya berharap tugasan ini dapat memberi iktibar kepada saya dan rakan-rakan.
Rasulullah s. a. w bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang
wanita itu solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadan, menjaga
kemaluan(tidak berzina), serta taat kepada suaminya, maka di katakan kepadanya:
masuklah ke dalam syurga dari pintu mana yang kamu suka!”
(Hadis riwayat Ahmad dan Tabram). Alangkah mudahnya bagi seorang
wanita untuk masuk syurga, hanya dengan mengamalkan empat perkara tersebut,
tetapi malangnya di dalam syurga itu kebanyakan penghuninya bukanlah wanita.
Ini terbukti dengan hadis Rasulullah s. a. w ketika malam Isra’ Mi’raj, dimana
Rasulullah s. a. w diberi penghormatan untuk melihat syurga dan neraka. Dan
kebanyakan wanita berada di dalam neraka.
Mengapakah begini jadinya? Apakah wanita tidak mampu
mengamalkan empat perkara yamg mudahkannya untuk ke syurga? Apakah kebanyakan
wanita sangat gemar melakukan dosa-dosa yang akan menyebabkan dirinya dihumban
ke neraka? Apakah kebanyakan wanita tidak Nampak jalan-jalan yang mudah untuk
ke syurga itu?
Abu Hurairah r. a berkata: Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga
itu? Jawabnya: Dari Air. Kami bertanya: Ceritakan tentang bangunan syurga!
Jawabnya yang bermaksud: Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan
lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’faran, kerikilnya
mutiara dan yakut.
Kemudian Nabi s. a. w bersabda yang bermaksud:
Tiga jenis doa yang tidak akan ditolak: imam (pemimpin hakim) yang
adil, doa orang berpuasa ketika berbuka dan doa orang yang teraniaya, maka
doannya terangkat di atas awan, dilihat oleh tuhan lalu berfirman. Demi
kemuliaan dan kesabaranku, Aku akan bela padamu hanya menanti masanya.
• MENUTUP AURAT
Sesungguhnya Islam mewajibkan agar kita berhijab. Kewajipan ini
tidak lain hanyalah untuk memelihara diri kita dari sifat yang kenal akan rasa
malu, dan jauh daripada penzinaan dan di keji oleh Allah S.A.W.
Sebagai wanita muslimah yang beriman kepada Allah dan hari kiamat,
kita tidak boleh melanggar perintah Allah dan membuka aurat (tidak memakai
hijab) di khalayak ramai atau di hadapan kaum lelaki yang bukan mahram.
Di antara hukum-hukum Nabawi yang mengkhususkan tentang hijab
adalah diterima solat seseorang itu bergantung kepada cara seseorang muslimah
tersebut memakai tudung iaitu adakah si pemakai menutup aurat ataupun tidak.
Menutup kepala juga haruslah menutupi kedua telinga, kerana ia merupakan sebahagian
daripada kepala.
Jika kamu tahu bahawa kedua telinga adalah sebahagian dari kepala,
maka kamu harus menutup kedua telinga tatkala menutup kepala. Tetapi menutup
wajah dan kedua tapak tangan adalah tidak wajib. Ini menurut kata-kata sepakat
para ulama-ulama.
Perkara yang harus kita pelihara juga adalah leher, dada, atau
lengan tidak boleh di nampakkan ketika solat kerana semua itu adalah termasuk
aurat yang wajib di jaga bagi seorang wanita yang solehah.
• MENDIRIKAN SOLAT DAN
MENJAGA SOLATNYA
Seseorang wanita yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan
keatasnya untuk solat fardhu lima waktu sehari semalam. Solat fardhu harus
dilakukan dengan rajin dan lakukan solat sunat bagi menampung kekurangan yang
terdapat pada solat wajib itu.
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan
kewajipan ini. Selain khusyuk menunaikan solat juga kita dituntut beristiqamah
iaitu melakukan solat dengan berterusan serta menjaga waktunya.
Ini bermaksud solat itu mesti dilaksanakan diawal waktu dan
tidak dilengah-lengahkan atau melambat-lambat untuk menunaikan solat tersebut.
• DILARANG MEMAKAI
WANGI-WANGIAN
Daripada Abu Hurairah radiyallahu’anhu, dia berkata: ‘Rasulullah
SAW berkata: ‘Siapapun wanita yang memakai (bau harum), maka mereka janganlah
menunaikan solat Isyak yang akhir bersama kami’. ”
Daripada Zainab Ath-Thaqfiyyah, sesungguhnya dia pernah membicarakan
tentang Rasulullah s. a. w, bahawa beliau berkata: ‘Apabila salah seorang di
antara kamu turut menunaikan solat Isyak, maka janganlah memakai wangi-wangian
pada malam itu’
“Dan di dalam suatu riwayat disebutkan:’Apabila salah seorang di
antara kamu memasuki masjid, maka janganlah memakai minyak wangi’. ”
Seorang wanita yang berfikir untuk mendapat keredhaan Allah
akan berusaha untuk menambahkan ilmu agamanya, dengan cara mendalami kandungan
Kitab Allah dan sunnah Nabi-Nya. Ini adalah salah satu kewajipan untuk setiap
muslim agar mereka lebih mengenali pencipta mereka.
Para ulama mengambil kesimpulan dari hadith-hadith ini dan juga
hadith lain yang serupa, bahawa disyaratkan bagi wanita yang pergi ke masjid,
agar mereka tidak memakai minyak wangi, tidak berhias, tidak memakai kasut yang
boleh menimbulkan bunyi dan mengenakan pakaian yang sopan.
Para ulama berkata: “Siapapun wanita yang memakai (bau harum)”,
seseorang wanita yang pergi solat berjemah, mereka disarankan agar tidak
memakai minyak wangi atau benda-benda lain yang boleh menyebarkan bau yang
harum. Bahkan beliau menegah
wanita yang pergi solat berjemaah dengan memakai wangi-wangian,
maka solatnya tidak akan diterima sehinggalah beliau menbersihkan diri dahulu.
Diriwayatkan dari bekas hamba sahaya Abu Rahman, yang bernama Ubaid,
Abu Hurairah pernah berselisih dengan seorang wanita yang memakai
minyak wangi yang sedang menuju ke masjid. Lalu dia berkata:
“Wahai hamba Allah, hendak ke manakah engkau?”
Wanita itu menjawab, “ke masjid”
“Apakah untuk keperluan kamu memakai minyak wangi?”Tanya Abu
Hurairah.
“Benar, ” jawab wanita itu.
Abu Hurairah berkata; “Sesungguhnya aku pernah mendengar
Rasulullah s. a. w berkata:
“Siapapun wanita yang memakai minyak wangi, kemudian dia keluar ke
masjid, maka solatnya tidak akan diterima sehingga dia mandi’. ”
• MENJAGA PERGAULAN LELAKI
DAN PEREMPUAN
Tajuk ini menerangkan bahawa tidak boleh seseorang lelaki menetap
di rumah seorang wanita kecuali wanita tersebut adalah mahramnya. Nabi s. a. w
telah memastikan bahaya nya bagi lelaki yang bercampur dengan wanita dan
baginda berkata: “Janganlah kamu sekalian memasuki tempat para wanita”
Dalam peringatan Nabi ini terkandung pengharaman berkhalwat dengan
wanita bukan mahram dan terkandung peringatan agar tidak bercampur dengan
seseorang yang bukan mahramnya. Mahram yang dimaksudkan ini adalah setiap
lelaki yang diharamkan untuk menikahi seseorang wanita.
Masalah pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan yang dapat
dilihat merata tempat kini dianggap sebagai akhlak yang buruk dan tidak sama
sekali termasuk akhlak wanita-wanita muslimah.
Wahai saudari-saudari, akibat paling besar yang akan kamu kesali
kerana pergaulan bebas adalah hilang rasa malu, kesucian dan kehormatan diri.
Dalam keterangan di atas, dapat diketahui seberapa bahayanya
pergaulan bebas dengan bukan mahram, baik tatkala mencari ilmu ataupun semasa
waktu kerja mahupun di rumah.
• TAAT KEPADA SUAMI
Taat kepada suami merupakan satu lagi sifat wanita yang solehah.
Taat kepada suami adalah tanggungjawab isteri yang wajib di sempurnakan. Sebuah
hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Bazzar Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam
bersabda: "Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat
kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan
bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat
daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka. " (Hadis
riwayat Al Imam Bazzar).
Isteri adalah sumber kebahagiaan dan ketenteraman di dalam sebuah
rumahtangga. Ia perlu mempunyai sifat-sifat sabar dan perhatian yang sepenuhnya
kepada suami dan juga anak-anak.
Sikap inilah yang boleh mewujudkan suasana yang tenang, aman dan
damai dalam sesebuah rumahtangga yang harmoni. Dalam hal ini, para isteri
mithali akan sentiasa bersikap baik kepada suami.
Saidina Abu Bakar Radhiallahu Anhu meriwayatkan bahawa Rasullullah
Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda: "Seorang wanita yang menyakiti
hati suami dengan lidahnya, dia mendatangkan celaan dan kemurkaan Allah, para
malaikat dan umat manusia. "
Selain itu, Saidina Ali Radhiallahu Anhu meriwayatkan sebuah hadis
mengenai setiap isteri yang tidak menghormati status suaminya. "Wanita
yang berkata kepada suaminya yang tidak melihat apa-apa kebaikan pada suaminya,
Allah menghapuskan segala perbuatan baiknya selama 70 tahun, walaupun dia
berpuasa selama itu siang hari dan bersembahyang pada malamnya. " (Hadis Riwayat
Imam Majah dan An-Nasai)
• BERBUAT BAIK KEPADA ORANG
TUA
“Seorang ibu mampu membesarkan anak yang ramai, namun anak yang
ramai belum tentu mampu membela ibunya”
Demikian ungkapan yang menggambarkan realiti keadaan yang
merentas masa. Kisah Si Tanggang, walaupun masih ada ruang untuk dikritik
beberapa kepercayaan karut yang ada di dalam cerita tersebut, namaun realiti
hari ini mengiyakan wujudnya anak-anak yang menjadi anak yang derhaka kepada
kedua ibubapa mereka, jauh sekali untuk berbuat baik kepada kedua ibubapa.
Terdapat banyak hadith yang menunujukkan perkara ini. Imam Muslim
di dalam kitab Sahihnya meriwayatkan sebuah hadith yang bermaksud:
“Kehinaan bagi sesiapa yang memiliki kedua ibubapanya yang sudah
tua salah seorang atau kedua-duanya, tidak dapat memasuki syurga. ”
Al-Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan hadith ini berkata: “Hadith
ini berupa galakan untuk berbuat baik kepada ibubapa dan besar pahalanya,
maknanya berbuat baik kepada mereka berdua ketika mereka sudah tua dan lemah
dengan memberi khidmat atau nafkah atau selainnya menjadi sebab dapatnya
memasuki syurga, dan sesiapa yang mengurangi perkara (berbuat baik kepada
ibubapa) maka dia terlepas dari memasuki syurga maka Allah menghina keatas
dirinya.
Demikian betapa besarnya hikmah berbuat baik kepada ibubapa
sehingga ia menjadi salah satu sebab beroleh syurga dan neraka bagi seseorang
itu.
Di dalam al-Adab al-Mufrad al-Imam al-Bukhari meriwayatkan sebuah
hadith daripada Ibn ‘Abbas R. A yang didatangi seorang lelaki bertanya:
“Aku telah meminang seorang wanita tetapi dia tidak menerima
pinangan-ku, kemudian wanita itu dipinang oleh lelaki lain, dan wanita itu
menerima pinangan tersebut, maka timbul perasaan cemburu aku terhadap wanita
tersebut, lalu aku membunuhnya. Apakah ada lagi peluang bagi ku bertaubat? Ibn
‘Abbas bertanya :”(Adakah) Ibu-mu masih hidup?”Jawab lelaki tersebut:”tidak.
”Kata Ibn ‘Abbas: “Bertaubatlah kepada Allah A. Z. W. J dan hampirkanlah dirimu
kepada-Nya semampu-mu. ” ‘Atho bin Yassar berkata: “Aku pergi bertanya kepada
Ibn ‘Al-Abbas: “Mengapa anda bertanya kepada lelaki apakah ibunya masih hidup?”
Jawab Ibn ‘Abbas: Sesungguhnya aku tidak mengetahui adanya yang lebih hampir
kepada Allah A. Z. W. J lebih daripada berbuat baik kepada ibu”
Hadith ini menunjukkan kepada kita bagaimana berbuat baik kepada
ibu dapat menghapuskan kesalahan yang pernah kita lakukan, kerana itu sahabat
Nabi S.A.W. Ibn ‘Abbas r. a bertanyakan keadaan ibu lelaki tersebut apakah
masih hidup ataupun tidak, sehingga dia dapat berbuat baik kepada ibunya,
seterusnya dapat menghapuskan kesalahan dan dosanya.
Dari penjelasan di atas jelas menunjukkan berbuat baik kepada
kedua ibubapa itu adalah suatu kewajipan yang harus menjadi ikutan muslimah
pada zaman kini.
• BERZIKIR KEPADA ALLAH
Zikrullah bukan hanya dengan kita melafazkan kalimah-kalimah suci
seperti Subhanallah, Alhamdullilah, Allahu Akhbar dan lain-lain lagi tetapi
Zikrullah ialah satu ungkapan umum yang terangkum di dalamnya segala perbuatan
yang kita lakukan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah S.A.W. Rugilah kita
dsebagai wanita solehah jika tidak berzikir kepada Allah. Besar pahalanya bagi
sesiapa yang sentiasa berzikir kepada Allah. Berzikir kepada Allah menunujukkan
kita sentiasa mengingati Allah tidak kira waktu. Allah sentiasa mengingatkan
kita di dalam kitab suci Al Quran supaya berzikirlah seperti berikut:
“ Dan sebutlah nama Tuhanmu dalam hatimu dengan merendahkan diri
dan rasa takut, dan juga tidak meninggikan suara, di waktu pagi dan petang, dan
janganlah kamu termasuk di dalam golongan orang-orang yang sentiasa lalai”.
Surah 7: Al A’raf, ayat 205. Jika seorang muslimah yang sentiasa berzikir
kepada Allah, nescaya Allah akan sentiasa mengingatinya dan menjaganya termasuk
hatinya. Firman Allah: “ Maka ingatlah kepadaKu, nescaya Aku akan ingat
kepadamu. Dan bersyukurlah kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).
Surah Al- Baqarah ayat 152.
Peranan zikir ini samalah seperti air bagi ikan, jika ikan
tersebut di keluarkan dari air maka matilah ikan tersebut. Begitulah juga
dengan hati, hati akan mati jika ia tidak berada dalam zikirullah (hati kita
akan sentiasa gelap tanpa hidayah Allah S. A. W).
• MEMBERI DAN MENJAWAB
SALAM
Memberi salam adalah sunat bagi umat Islam manakala menjawab salam
adalah wajib.
Terdapat banyak hikmah yang Allah S. W. T berikan disebalik
memberi salam. Justeru itulah, banyak hadis-hadis yang menceritakan kelebihan
memberi dan menjawab salam.
Antaranya ialah:
Nabi Muhammad S. A. W pernah bersabda; “Demi Tuhan yang diriku di
dalam kekuasaan-Nya! Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman, dan
kamu tidak akan beriman sehingga dapat berkasih mesra. Adakah aku belum
menunujukkan kepada kamu satu amalan, yang apabila kamu mengerjakan nescaya
kamu akan berkasih mesra?”
Para sahabat baginda menjawab;
“ Belum Wahai Rasulullah S. A. W”
Kemudian Rasulullah S. A. W pun menerangkan:
“Kembangkanlah memberi salam di antara kamu” (Hadis Riwayat Muslim
daripada Abu Hurairah)
Selain itu, malaikat pula akan mendoakan bagi mereka yang memberi
dan membalas salam sebanyak 70 kali. Ini terbukti didalam hadis:
“Apabila seseorang Islam itu memberi salam kepada orang Islam lalu
salam tersebut dibalas, maka berdoalah para malaikat untuknya 70 kali” (Hadis
riwayat Sahibul Firdaus daripada Abu Hurairah)
Kesimpulannya, daripada tajuk yang saya kaji ini terdapat banyak
perkara yang dapat kita lakukan untuk mendapat keredhaan jika kita sentiasa
mengamalkan perkara-perkara yang di sukai Allah S.W.T. Wahai saudari-saudari,
hindarkan lah diri kita daripada melakukan kemungkaran kerana kebanyakan
penghuni neraka itu adalah daripada golongan wanita. Oleh itu sama-samalah kita
berusaha untuk mendapat hidayah Allah demi kesejahteraan di dunia dan akhirat.
------------------------------------------------------
Ustaz Abd Aziz bin Harjin
Pensyarah Tamadun Islam
Universiti Teknologi MARA Perlis
02600 Arau
PERLIS
MALAYSIA
013-4006206
04-9882701
abdazizharjin@perlis.uitm.edu.my
http://abdazizharjin.blogspot.com